Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 17

MAJLIS akad nikah mula didatangi ramai orang. Tengku Hael melabuhkan punggungnya di atas pelapik yang tersedia bagi pengantin lelaki. Sejujurnya, tiada perasaan yang dirasakannya saat ini. Dia hanya akur. Sekilas pandangannya pada Tengku Afina, bahagia mamanya sudah cukup membuatkan dia enggan melukakan hati mamanya lagi. Rasa kasih dan sayang akan hadir.

Seketika menanti, pertemuan tempoh hari kembali menghantui ingatannya. Dia menggeleng perlahan lantas menekup wajahnya.

"Hael, kau okey tak?" tegur Hafiz berasa walang hati. Hafiz menyedari Tengku Hael tiba-tiba berkerut dan menekup wajah. Bahu Tengku Hael disentuh seraya menunduk sedikit melihat keadaan Tengku Hael.

"Okey... Cuma biasa, nervous." Tengku Hael memberi alasan yang biasa. Dia pamer senyuman nipis kepada Hafiz.

"Nervous sepatutnya bahagia, ini macam terpaksa dan berserah," sanggah Hafiz tidak puas hati dengan alasan Tengku Hael.

"Aku happy... Aku nervous sebab happy." Suaranya melonjak tinggi daripada katanya sebelum. Tetapi hanya terdengar antara mereka sahaja.

"Happy nervous kau bukan seperti ini."

Tengku Hael enggan mendengar lagi. Sudahlah hatinya kian kucar-kacir, Hafiz pula memberi tekanan. Namun, baru sahaja dia ingin berdiri kerutan di dahi mamanya, memagut pertanyaan. Sepupunya sedang berbisik lagi pada Tengku Afina.

"Ya Allah." Kalimah itu disebut dengan nada resah.

"Kenapa mama?" Azi berusaha mendapatkan mamanya. Mujur Pak Rashid memberikannya tempat duduk berhampiran mamanya.

"Alissa tinggalkan surat, Alissa dah tinggalkan majlis ini," beritahu gadis itu lagi, tetapi kepada Azi. Azi ditambat gusar.

Tengku Afina cepat menggerakkan kerusi rodanya apabila Tengku Hael terus berdiri dan menuju ke bilik persalinan pakaian Alissa.

"Mana Alissa pergi, makcik?" Hafiz terlebih dahulu bersuara. Silih berganti pandangannya pada orang-orang yang turut cemas dengan pemergian Alissa meninggalkan majlis itu.

Tengku Hael hanya kaku di tepi meja. Dia mengesan sehelai kertas yang dibarisi banyak perkataan. Kertas itu diangkat lantaran dia mula membaca setiap butir kata.

Saya minta maaf Hael, saya minta maaf makcik. Saya tak sanggup teruskan. Hael bukan selayaknya untuk saya. Saya sentiasa sedar kasih Hael takkan ada untuk saya, tapi saya tetap nak usaha untuk hadirkan kasih Hael buat saya. Tapi saya tergugat, saya tak mampu lalui dua hati yang masih mencintai.

Maafkan saya Hael sebab saya tinggalkan majlis ini tanpa berbincang dengan awak, saya dah malukan keluarga awak. Saya lebih sanggup dianggap mencemarkan nama awak sekeluarga daripada saya dan awak derita. Saya takut dengan keputusan ni, ini kesilapan terbesar saya buat, Hael.

Melepaskan awak. Saya derita bila saya rasa Erisha selayaknya buat awak. Saya derita kerana saya tak berhenti ingatkan diri saya hati awak masih buat Erisha. Lama saya berusaha untuk hubungan ini, tapi setiap kali saya usaha saya rasa takut, saya bakal hancurkan hati dua insan yang saya sayang. Ini keputusan saya Hael, demi hati awak, demi hati Erisha.

Matanya terarah ke tingkap yang menampakkan luar. Erisha. Syalia Erisha. Saat itu, matanya benar-benar berair. Penuh hanya sekelip mata sebaik matanya disapa wajah itu.

Tengku Hael berpaling setelah mencapai sebentuk cincin yang ditinggalkan oleh Alissa. Dia keluar daripada bilik itu dan menuju ke luar.

Langkahnya dimatikan di depan Erisha. Seraut wajah itu, pemilik wajah itu telah menghancurkan kebahagiaan Alissa. Dua kertas yang terjatuh daripada pegangan Erisha, Tengku Hael turun menyambilnya sebelum Erisha memperoleh semula.

Hael milik kau. Aku tak sepatutnya ambil hak kawan aku. Sejujurnya aku tergugat sangat selepas jumpa kau. Bahkan setelah tahu kau dan Abang Khairi dah bercerai. Aku takut Hael akan berpaling. Tapi bila aku ambil surat ini, aku sedar aku takkan bahagia bila fikir aku bersama dengan orang yang kawan baik aku cinta. Yang sepatutnya di tempat aku, bukan aku ini tempat kau. Tempat kau Risha.

Hanya tatapan kebencian yang terlahir dari matanya terhadap Erisha selepas berakhir hujung kata surat yang kedua.

"Apa semua ni Erisha? Surat apa yang kau bagi dekat Alissa? Mana Alissa!" Suara Tengku Hael mulai meninggi. Tajam pandangannya ke arah Erisha.

"Jawab soalan aku Erisha!" tempik Tengku Hael begitu dingin. Surat yang ditulis oleh Alissa digenggam sekuat hati. Ingin sahaja dia melemparkan surat itu di muka Erisha.

Erisha yang hanya menggeleng bersama air mata membasahi pipi, tidak dapat menjawab persoalannya.

"Dia jumpa saya sebelum dia pergi. Dia pergi kerana saya. Saya salah, Hael. Maafkan saya, maafkan saya Hael." Tersedu-sedan Erisha menangis merayu maaf kepada Tengku Hael. Alissa tidak memberinya peluang untuk menidakkan yang terjadi. Sungguh, dia ingin kembali pada masa hubungan ini baik, Alissa bahagia. Tanpa ada kaitan dengannya.

Tengku Afina lekas datang meleraikan keadaan. Risau riak wajahnya tatkala mendengarkan anaknya menempik. Tetapi, saat matanya terpandangkan seorang gadis di depan anaknya, dia disapa resah.

Dia tahu Erisha ke sini sebagai pengurus catering, Humairah memaklumkannya. Namun hal itu sudah cukup membuatkannya gusar seandainya akan menggugat ketenangan Alissa dan Hael.

Ya Allah, janganlah kerana Erisha, Alissa pergi. Gelisah hatinya jika andaiannya benar.

"Apa yang jadi ini Hael? Kenapa salahkan Syalia?" Bergetar suara Tengku Afina dalam kesal. Andainya dia meminta Erisha meninggalkan majlis ini, demi kebaikan anaknya dan Alissa, pasti andaiannya tidak berlaku.

"Perempuan ini punca Alissa tinggalkan majlis ini, mama!" pekik Tengku Hael tanpa dia sedar. Dia hilang kawalan. Erisha dipandang dengan perasaan marah yang menebal.

Tengku Afina meminta Hafiz menenangkan Tengku Hael. Suaranya tenggelam timbul, bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.

"Kita bincang dekat dalam, Hael. Tolonglah, jangan di sini." Suara Tengku Afina merayu agar keadaan tidak jadi kecoh.

Tengku Hael menepis pegangan Hafiz dibahunya meski dia tahu tujuan Hafiz menenangkannya. Perasaannya bercampur baur, membuatkan Tengku Hael lebih merasa bersalah terhadap Alissa. Dia sedar perasaan Alissa terhadapnya selama ini. Tetapi, dia hanya buat tak endah. Dia akui, dia kesal.

"Kenapa kau buat macam ini Risha?" Tengku Hael melepaskan amarahnya. Seluruh perasaannya hanya disusuli kesalan.

"Sabar Along," pujuk Azi usai turut bersama mereka dalam bilik itu.

"Bagaimana boleh jadi macam ni, Lia? Beritahu makcik. Kalau Lia tahu mana Lissa pergi, Hael boleh pujuk Lissa." Tengku Afina cuba menyelesaikan konflik ini. Nadanya tenang meski mereka dalam keadaan rawan.

"Lia akui Lia tulis surat tu puan, tapi Lia dah buang. Lia tak tahu macam mana Alissa boleh jumpa surat tu. Tadi Alissa jumpa Lia sekejap saja, Lia tak sempat cakap apa-apa, puan."

"Lia tak bersalah Hael. Janganlah panjangkan hal lagi. Kamu pergilah cari Alissa, mama yakin dia masih ada berdekatan sini," ujar Tengku Afina memujuk Tengku Hael. Dia enggam masalah ini dipanjangkan lagi.

"Untuk apa kau tulis surat ni Syalia Erisha? Kau yang tinggalkan aku kerana kau akui kau cintakan Khairi!"

"Saya dah bercerai."

"Itu sebab kau berpaling pada Hael? Pergi Erisha! Hael, tak perlu kau buang masa dengar atau bincang mengenai hal bodoh yang perempuan ini cetuskan! Kita pergi cari Alissa." Hafiz menyokong pujukan Tengku Afina. Dia benci untuk melihat wajah Erisha. Wanita itu terlalu berani. Jika dia ditempat Hael, bercakap dengan Erisha pun dia tidak sudi.

"MAAFKAN Lia, puan. Lia janji Lia takkan muncul lagi dalam hidup puan sekeluarga, terutama sekali Hael. Lia minta maaf sebab dah cetuskan semua ini, maafkan Lia puan."

"Tak apa, Lia. Keadaan tadi semua orang jadi tak menentu, makcik maafkan Lia. Pulanglah," izin Tengku Afina enggan berpanjangan.

Tipulah dia tidak kecewa dengan keputusan Erisha meninggalkan Tengku Hael dulu. Bahkan lagi bila Erisha muncul di hari sebegini dan merosakkannya.

Hati ibu mana yang tak disentuh pilu. Tetapi, dia redha dengan setiap yang berlaku. Dia sudah menganggap Erisha seperti anaknya sendiri, meski duka yang diterima, dia tetap terima.

Lemah kaki Erisha mengatur langkah meninggalkan rumah itu. Dia tidak menyangka akan berlaku sebegini. Andai dia tidak menulis surat itu, Alissa tidak akan pergi.

Erisha terjatuh seusai melepasi rumah dan kawasan situ. Dia tak bangun dan hanya tangisan yang dia mampu hamburkan. Tangisnya cuma kerana kesilapan.

Kesakitan yang menjalar di kakinya tidak dapat dibandingkan dengan kesilapan yang telah dia lakukan. Mengingatkan perkara yang berlaku sekelip mata, menjadikannya takut jika harus berdepan dengan kehidupan yang lara lagi.

Dia ingin pergi jauh. Dia tak sanggup menghadapi derita lagi. Mengapa fikirannya begitu cetek membiarkan dirinya memulakan penderitaan?

Dalam kepayahan, Erisha berdiri. Tengku Afina sudah memaafkannya. Pekerja-pekerja Pak Ngah menghampirinya saat itu.

"Cik Erisha, saya hantarkan Cik Erisha balik." Salah seorang daripada mereka menawar bantuan. Mereka tahu hal yang terjadi, tetapi Erisha tetap pengurus mereka.

Kereta Tengku Hael yang terlihat hampir memasuki lorong ke rumah umi semula, membuatkan Erisha memaksa tubuhnya berdiri. Dia menerima saja tawaran pekerja lelaki itu.

Tengku Hael menuruni kereta seraya langkahnya disegerakan mendapatkan Erisha. Hafiz yang mengikuti turut keluar. Hilang pertuturan Hafiz untuk menghalang.

Terpejam mata Erisha bila Tengku Hael melangkah ke arahnya. Berlinang air mata Erisha apabila merasakan tangannya direntap sebelum dia cuba meninggalkan tempat itu.

"Kau nak pergi mana selepas kau dah menyebabkan masalah ini semua?" tempik Tengku Hael seraya memagut kasar dagu Erisha.

Merah mata Erisha dijamah sepasang mata Tengku Hael. Tanpa sedar, Tengku Hael melepaskan tangan Erisha dan dagu Erisha dengan sekelip mata. Mata itu menghadirkan gerimis seperti pernah dirasakannya dalam hati seperti dulu. Rasa itu menakhluk membuatkannya lantas mengusir.

"Kau kena bertanggungjawab atas apa yang kau dah timbulkan!" Tengku Hael tidak hairan akan perasaan itu lagi. Yang dirasakannya cuma penyesalan, Erisha harus bertanggungjawab dengan apa yang terjadi dan juga rasa kesalnya.

"Bertanggungjawab apa, Hael? Kita minta bantuan budak-budak kampung saja, Hael. Jangan buat tindakan melulu."

Seorang lelaki yang menerpa, mendapatkan tempat di antara mereka. Dia berdiri tepat di depan Erisha dan Tengku Hael. Erisha ditarik berdiri di belakangnya.

"Aku tahu apa yang jadi, tapi bukan dengan cara seperti ini kau nak menghukum dia. Aku saksikan Alissa pergi kerana kemahuan dia, dia sendiri yang inginkan." Din. Din bersuara keras. Erisha harus dipertahankan. Apa yang telah terjadi bukan salah Erisha sepenuhnya.

"Surat dekat tangan perempuan itu, apa Din? Kau masuk campur tanpa usul periksa. Apa hebatnya perempuan tu sampai kau pertahankan dia? Perginya Alissa kerana dia! Untuk apa dia meluah rasa? Dia yang buang aku dari hidup dia! Sedarlah tu, Syalia Erisha!"

Tengku Afina baru sahaja hendak melepaskan keluhan, telinganya disapa kedengaran suara orang-orang bertengkar di luar.

Cepat Tengku Afina menggerakkan kerusi rodanya. Dengan bantuan Humairah, kerusinya ditolak dengan berhati-hati ke luar halaman.

"Dia buat kerana hati dia masih sayangkan kau, aku akui dia silap kerana masih mahukan kau. Tapi, bukan sehingga kau mahu menjatuhkan maruah dia depan orang ramai sebegini!" Sayu suara Din meski tinggi nadanya. Melihat mata-mata yang menyaksikan pergaduhan mereka, cukup memalukan Erisha.

Tangkai hati Tengku Afina bagai direntap tika itu. Terpaksa mamah luka di hati saat menyaksikan pergaduhan berlaku lagi di depan mata.

"Alissa pergi macam itu saja, Din. Kalau dia tak tulis semua tu, Alissa takkan pergi."

"Hael, cukup! Ya Allah, Hael. Ramai orang nak." Sedih suara Tengku Afina cuba menghentikan pergaduhan itu.

"Alissa sudah menjadi pengantin perempuan buat aku."

"Dalam mata aku, Erisha kau masih cinta. Kau jangan buat lagak seperti Erisha bersalah, tidak Alissa yang akhiri hubungan ini, kau yang akhirkan!"

"Majlis ini hancur sehancurnya Hael, cukuplah memikirkan perasaan sendiri dan menidakkan yang dah pun terjadi, mama terkilan Hael. Berhentilah bergaduh, Hael." Tengku Afina hanya mampu menangis. Terkilan hatinya dengan Tengku Hael.

Semua di situ terdiam. Rasa bersalah menyelebungi hati Tengku Hael. Dia menghampiri mamanya. Mengalir air mata Tengku Hael kerana telah menyebabkan mamanya berderaian air mata.

Erisha menahan air mata di belakang Din. Din berpaling bila terdengarkan tangisan Erisha. Masing-masing ditenggelami kesedihan.

Demi menghindari ketegangan, puas Hafiz cuba menenangkan. Dia juga tidak sanggup melihat Tengku Afina menangis lagi.

"Baliklah Lia. Tak ada apa yang kau boleh sumbangkan dekat sini. Aku harap kau tak muncul lagi dalam hidup Hael." Perlahan nada suara Hafiz. Dia enggan berkasar sekali lagi.

"Makcik jemput dia sekali lagi masuk untuk tujuan lain, Hafiz," sela Tengku Afina tidak mahu Hafiz masuk cempur.

Hafiz akur dan sekadar diam.

"Makcik mahu Lia teruskan perkahwinan ini bersama Hael dan jadi sah sebagai suami isteri," putus Tengku Afina perlahan.

Tergamam Hafiz mendengarkan kata putus daripada Tengku Afina. Dia berpaling ke arah Tengku Hael. Ini tidak boleh berlaku. Seandainya dia bersuara, Tengku Afina pasti memarahinya.

Sungguh, dia perlu mencari Alissa. Usahkan gadis lain, Erisha juga tidak layak untuk memiliki semula tempat sebagai isteri Hael, cuma Alissa. Dia mengatur kakinya ke luar. Telefonnya dikeluarkan.

Azi mencapai tongkatnya di sisi seraya meninggalkan ruang tamu. Pak Rashid lekas membantunya. Dia perlu mencari Rawda. Rawda akan dapat menenangkan mama. Ini bukan keinginan Alongnya.

"Keputusan apa ini mama? Hael tak mahu. Alissa bakal isteri Hael, bukan Erisha."

"Benarkah Hael akan bahagia bersama Alissa? Hael benar-benar ingin Alissa menjadikan Alissa sebagai isteri Hael?" Masih sama nadanya, Tengku Afina sudah sehabis daya menahan terkilan.

"Siapapun Alissa, dia sudah menjadi pengantin perempuan buat Hael. Dia memang tak ada keluarga, tapi dia tetap ada maruah. Erisha ingat apa yang dia lakukan sekarang ini hebat sangat ke mama? Dia terlalu sanggup hancurkan kebahagiaan Alissa, sahabat dia sendiri."

"Tolonglah jangan buat mama risau lagi dengan hidup Hael. Mama dah cuba pelbagai cara untuk bantu Hael. Mama sedih tengok anak mama kecewa kerana seorang perempuan. Lama Hael lara seorang diri.

Hael paksa diri Hael gembira depan mama. Hati ibu mana yang tak rasa derita melihat kehidupan anaknya kucar-kacir, melihat anaknya berusaha pendam kesedihan. Mama tahu mama tak pernah mendalami perasaan Hael, tapi mama sedar segala perubahan Hael.

Mama tak pernah salahkan sesiapa meski hati mama marahkan Lia sebab dah buat anak mama macam ini. Semua terjadi ada hikmahnya. Daripada mama lihat lagi hidup Hael sengsara mengusir perasaan yang tak ingin pergi, mama lebih rela Hael berkahwin dengan Lia. Seperti yang Hael mahukan dulu. Seperti yang kita rancangkan dulu."

"Itu dulu mama, Hael dah cuba lupakan Erisha mama. Lupakan cinta Hael, biarpun Hael tewas, Hael dah berusaha mama. Hael tak mahu berpaling, janganlah buat keputusan seperti ini mama," rayu Tengku Hael dalam rawan. Tangan Tengku Afina dipegang erat. Dia benar-benar Tengku Afina tidak teruskan keputusan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro