Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 14

"INI kad anak pakcik, Humairah nama anak pakcik. Dia sebenarnya nak buat ambil catering daripada nak, itu pun kalau nak berkelapangan isnin nanti." Erisha menyambut kad itu.

"Untuk majlis pernikahan ke pakcik?" Suara Erisha sedikit gembira. Dalam hati dia panjat rasa syukur. Lama dia nantikan pelanggan yang inginkan perkhidmatannya.

"Ya betul. Nak call dulu anak pakcik," balas Pak Zai tumpang gembira sebaik mendengar nada baik daripada suara Erisha.

"Terima kasih pakcik, terima kasih sangat-sangat," ucap Erisha penuh hargai. Berbahasa tutur katanya pada pakcik itu.

Pakcik Zai ukir senyum sebagai membalasnya. Dia meminta diri. Tidak lekang dari bibir Erisha mengungkap terima kasih sebelum Pakcik Zai membolos tubuh ke dalam teksinya. Senyum dikirim seraya menghantar Pak Zai melalui ekoran anak matanya. Ya Allah, dia benar-benar bersyukur. Dari dia kecil lagi, lelaki tua itu banyak berperanan membantunya.

Nombor telefon yang tertera pada kad perniagaan itu ditaip. Sebaik panggilan diajukan, Erisha menanti penuh debar.

Erisha lantas memberi salam setelah panggilan dihubungkan. Senyuman menggayuti bibirnya saat Cik Humairah itu, memperincikan urusan catering untuk Erisha memberi perkhidmatan. Akhir kata, Humairah ingin memberi alamat majlis itu diadakan.

Cepat Erisha mendapatkan pen di dalam rumah. Dia berlari masuk semula. Elina yang menyedarinya jadi risau melihat Erisha terburu-buru melangkah.

"Hati-hati Risha," pesan Elina sebelum Erisha hilang di sebalik pintu stor iaitu di bilik bawah tangga.

"Ya ibu, maaf buat ibu risau." Erisha dapat menangkap makna tersirat pesanan itu.

Erisha mengangguk seakan Humairah itu tahu dia maksudkan selanjutnya. Tetapi dia tetap menyelit kata, cuma terbiasa bertingkah.

Saat akhir alamat cuba dibacanya untuk memastikan, tika itu tuhan sahaja yang tahu satu rasa yang menyentap tangkai hatinya. Dia menyambung dengan nada yang tidak semena-mena hiba.

"Nama pasangan itu atau salah seorangnya boleh saya tahu?" Pertanyaan itu terbit di bibirnya.

"Alissa Nabilla dan Tengku Hael," jawab Humairah menyebut nama kedua-dua mempelai pada hari pernikahan itu nanti.

Elina merampas kertas yang Erisha tulis. Dia dengar semua bicara Erisha di telefon melalui balas dan tanya daripada Erisha buat si pemanggil. Kertas itu tertulis alamat arwah Eza.

Melihat Erisha diam tanpa sepatah bicara lagi, membuatkan Elina mengambil alih panggilan itu. Dia lantas menamatkan sebaik meluah sepatah dua kata.

Wajah anaknya dibawa memandangnya.

"Tunang Hael yang ibu maksudkan adalah... Alissa?" Tanpa sedar air mata terus jatuh ke pipi Erisha saat soalan itu habis ditanya.

"Maafkan ibu, Risha." Elina terus mengatakannnya sebelum Erisha menerus ayat.

"Kenapa Alissa ibu, kenapa dia?"

Hancur hati Erisha. Lama dia mencari Alissa. Lama dia cuba mendapatkan sambungan kepada Alissa. Dia mahu meluahkan segala-galanya kepada Alissa. Alissa satu-satunya kawan yang sentiasa mendengar dan membantu susah senang hidupnya. Ternyata Alissa pergi kerana ini. Ya Allah, apa yang aku terima saat ini?

BARANG hantaran yang telah siap dipandang bersama senyuman yang mekar bahagia. Ini hendak diberikan kepada pihak lelaki. Dia sangka perkahwinan mereka akan ditangguhkan kepada masa lebih lama. Ternyata hanya beberapa hari sahaja lagi. Meski sukar melakukan persiapan, tetapi hasilnya cukup memuaskan.

"Sikit hari saja kamu dah nak jadi isteri lelaki yang kamu cinta, Makcik je la tak kahwin-kahwin lagi!" seloroh seorang makcik. Dia bersyukur arwah umi ada kawan-kawan yang baik di sekelilingnya. Dapat berkongsi waktu melakukan persiapan bersamanya, malu juga pada mulanya, tetapi makcik-makcik itu mengatakan tidak menyusahkan.

"Mana tahu giliran makcik pula lepas Alissa kahwin." Pandai Alissa mengambil hati makcik yang bersuara itu tadi.

Riuh suara makcik-makcik itu mengetawakan makcik itu tadi. Alissa turut ketawa. Gembira rasanya, rumah ini tidak sunyi lagi, jika arwah umi masih hidup mesti umi gembira melihatnya bakal menjadi isteri.

Dia melemparkan senyuman akhir pada barangan hantaran sebelum dia mengatur langkah ke luar. Bahagia sungguh hatinya melihat hantaran-hantaran itu. Majlis seperti ini tidak pernah dia lalui lagi, dia tak sangka saat ini aura pengantin baru melekat penuh pada dirinya.

Ingin dia meluahkan rasa gembiranya pada Tengku Hael. Namun baru sahaja dia hendak menekan nombor Tengku Hael, dia teringat akan seseorang yang dinampak olehnya tempoh hari.

Sungguh, dia benar-benar tergugat. Hati mana sahaja tidak takut bila kehadiran kekasih lama pasangannya. Memang kelihatan Tengku Hael tidak menyukai akan kehadiran Erisha, tapi siapa sahaja tahu andai Tengku Hael terdetik inginkan Erisha semula. Dia harap sangat hal ini takkan pernah berlaku.

Dia melakukan pengkhianatan terhadap sahabatnya sendiri. Sahabat yang dia sudah menganggap seperti adik beradik kandung. Layakkah dia diakui dengan anggapan itu? Dia khianati Erisha walaupun dia mengambil kesempatan selepas hubungan itu terlerai.

Dia tidak sanggup andai kehilangan Tengku Hael. Dia tahu dia menyukai dan mulai jatuh cinta terhadap Tengku Hael kerana sikap dan layanan Tengku Hael terhadap Erisha yang sering Erisha ceritakan. Tetapi cinta dan sukanya ikhlas dan tulus buat Tengku Hael.

Dia mahukan kasih sayang yang Erisha ceritakan, setiap kali Erisha menceritakannya, layanan itu menjadi igauannya. Bahkan dia setia menanti Erisha menceritakannya lagi. Namun, saat dia tiba-tiba sedar, dia kesal dengan dirinya. Mencintai kekasih temannya.

Bukankah cinta seandainya setiap kali temui lelaki itu, jantungnya tidak berhenti berdegup kencang? Bahkan sehingga dia ingin meluahkan sahaja perasaannya depan Erisha dan Tengku Hael bahawa perasaannya itu mekar buat Tengku Hael, dia mahukan Tengku Hael. Tetapi, hanya mampu terbayang di fikiran sahaja.

Tuhan sahaja yang tahu perasaannya bila mendapat tahu Erisha memutuskan pertunangan dan meninggalkan Tengku Hael. Cepat dia mengambil kesempatan itu, hanya itu peluang yang tinggal buatnya. Dia cuba mendapatkan hati Tengku Afina dan akhirnya Tengku Afina memperkenalkan dirinya kepada Tengku Hael sebagai pasangan buat Tengku Hael.

Dia salah. Kerana mengkhianati Erisha, tetapi Tengku Hael sekarang miliknya. Erisha hanya sejarah lalu.

Dia benar-benar berharap Hafiz dapat menolongnya. Hafiz akan sampai di sini sebentar nanti. Mujur Hafiz sudi ingin tahu masalahnya. Hafiz banyak memberi nasihat kepada Tengku Hael agar menerimanya. Dia yakin Hafiz dapat memerangi hal ini.

Kereta Hafiz terlihat memasuki halaman. Alissa lantas menyarungkan seliparnya.

Kereta dimatikan enjin. Hafiz keluar daripada kereta, begnya dicapai lalu digantung melalui dari kepalanya. Sejurus itu dia menghampiri Alissa.

"Sorry, I kena pantau patient dalam setengah jam sebelum keluar." Hafiz segera menghampiri di depan Alissa. Melihat anggukan daripada Alissa tanda tidak mengapa, dia memulakan isi pertemuan mereka.

Dia cuma datang sekejap. Harap percakapan mereka tidak lama. Dia masih bertugas pada malam ini, kebetulan dia diminta bertugas menghantar bersama dan memastikan pesakitnya. Pesakit itu tinggal di perumahan orang tua di sekitar sini.

Hafiz menghela nafas penat. Dia bergegas kerana sudah terlewat. Kasihan pula pada Alissa lama menunggu.

"You okay Alissa?" Rentak suaranya yang masih kedengaran lelah, Alissa minta bertenang dahulu dengan isyarat. Alissa menjemput Hafiz masuk. Hanya di halaman depan rumah yang masih bersambung dengan bumbung rumah.

"It's okay you cakap je you perlukan pertolongan apa daripada I, I pun tak boleh lama sebab I bertugas on call harini. Penat macam ni pun dah biasa." Hafiz melabuhkan punggung di kerusi.

Raut wajah itu dapat ditafsir. Alissa sedikit gementar. Barangkali malu kerana ingin meminta pertolongan darinya.

"If about Hael, you tak perlu segan. I terima kita jumpa dengan niat nak tolong you dan Hael agar majlis kauorang berdua berjalan lancar tanpa ada masalah."

Alissa mengumpul kekuatannya demi menghapus rasa tidak tenang akan kehadiran Erisha semula. Dia yakin Hafiz akan dapat menghalang Erisha.

"Sebenarnya I ternampak Erisha tetapi I fikir I salah orang masa itu dan kali kedua memang betul, Erisha I nampak dan bukan seorang tetapi bersama Hael beberapa hari yang lepas," terang Alissa sambil memandang wajah Hafiz bersama pandangan penuh harapan. Dia berharap Hafiz masih membenci Erisha.

Tatkala jelas riak wajah Hafiz berubah, lantas dia menyambung.

"Dan... I nampak Erisha menangis selepas itu, memang Hael seperti tidak ingin berbual tapi saya risau andai ada apa-apa perhubungan melalui telefon antara mereka," sambung Alissa lancar.

Hafiz meraup wajah. Runsing kepalanya sebaik mendengarkan keluhan Alissa.

"You nampak diaorang dekat mana?"

"I pergi hospital masa Rawda admit, I teman Hael. Masa tu semua dua hal itu jadi, tapi masa tu kad Erisha terjatuh. Jadi dekat kad ini ada terperinci mengenai Erisha," jawab Alissa lagi lebih jelas. Dia mengeluarkan kad Erisha, itu kad perniagaan. Erisha berniaga.

"I harap you boleh jumpa dia dan tolong I pujuk dia supaya tak muncul depan I atau Hael lagi." Alissa benar-benar meluahkan harapannya itu.

Hafiz segera mengambil. Kad yang sudah bertukar tangan itu dilihat. Tertera sebaris nama Erisha bersama nombor telefon dan alamat perniagaan.

"I boleh uruskan. You jangan risau, Erisha masih isteri orang dan Hael tunang you." Hafiz menenangkan Alissa. Jarinya laju menaip alamat perniagaan Erisha di papan kekunci telefon pada bahagian carian lokasi.

"I pun harap macam tu," keluh Alissa berharap sepenuhnya kepada Hafiz. Hafiz mengangguk sebelum bangun daripada kerusinya.

Tolong hapuskan dia Hafiz. Itu je sebenar-benarnya yang I nak daripada you. Hanya mampu terlafaz di dalam hatinya.

RESTORAN Pak Ngahnya dituju bersama Qaseh. Sekejap langkahnya terhenti, telefonnya dilihat. Inbox dimasuki mesej daripada ibu.

Maafkan ibu, sayang.

Seketika Erisha rasa sebak. Dia meninggalkan rumah sebaik mengetahui hal itu. Dia bukan mahu melarikan daripada ibu. Tetapi hatinya hancur kerana apa yang telah terjadi. Dia cuba mengeringkan air matanya sebelum berjumpa Pak Ngah. Cukuplah deritanya yang PakNgah tahu, dia tidak mahu lagi membebankan fikiran Pak Ngah dengan duka ini pula.

Erisha melakar senyuman setelah Pak Ngah terpandangkannya.

"Lia." Suara Pak Ngah kedengaran.

"Lia rindu Pak Ngah," luah Erisha seraya menyalam tangan Pak Ngah. Lama dia tidak bertemu Pak Ngah, Encik Razlan.

"Pak Ngah pun rindukan Lia. Alhamdulillah Pak Ngah berjaya buka restoran dekat sini, dekatlah Pak Ngah dengan anak buah Pak Ngah sorang ini. Boleh Pak Ngah nak tolong jualan makanan Lia dekat restoran Pak Ngah," balas Encik Razlan disapa gembira. Senang hati Erisha mendengar nada suara Encik Razlan bertukar gembira.

"Alhamdulillah, terima kasih Pak Ngah. Nanti Pak Ngah beritahu je bila Pak Ngah nak Lia sedia makanan dan menu, Lia boleh letak di sini dan selebihnya jualan penghantaran," ujar Erisha sambil berbual mengenai perniagaan mereka. Qaseh yang ada di sisi hanya mendengar sahaja sementara matanya juga meliar ke serata pelusuk restoran Pak Ngah kakaknya itu.

Restoran itu berkonsepkan makanan tradisional seperti yang dijelaskan pada bawah nama restoran. Suasana persekitaran restoran mengindahkan setiap yang melihatnya. Baru sahaja di muka pintu restoran, sudah terasa nyaman. Haruman restoran itu benar-benar menambat hatinya. Aroma keenakan makanan juga menusuk rongga hidungnya. Menanti sahaja Erisha habis berbual.

"Ini Qaseh, adik angkat Lia yang selalu Lia ceritakan." Erisha memperkenalkan Qaseh semula kerana selama ini Pak Ngahnya mengenali Qaseh dari nama sahaja.

"Razlan," sebut Encik Razlan akan namanya kepada Qaseh. Matanya tepat pada Qaseh.

"Selamat berkenalan Pakcik Razlan." Qaseh menyambut nama yang Encik Razlan perkenalkan dengan ucapan salam perkenalan.

Pandangan Encik Razlan berubah pada Erisha. Erisha yang berkerut hairan, membalas pandangan Encik Razlan dengan raut tertanya. Seketika kemudian, bibirnya menarik senyum. Dia faham.

"Umur 40 lebih kan, kena sangatlah tu," bisik Erisha mengusik dengan perlahan di sisi Encik Razlan. Dia nampak Pak Ngahnya itu ada bibit-bibit menyukai Qaseh.

"Marilah cuba makanan yang Pakcik Razlan buat," ajak Encik Razlan. Sengaja dia menekan gelaran yang Qaseh berikan kepadanya.

"Marah sangat nampaknya tu," usik Erisha makin galak ketawakan Encik Razlan. Qaseh hanya terpinga-pinga tanpa tahu maksud yang dibicarakan antara pak menakan dan anak menakan itu. Dia membiarkan sahaja tanpa masuk campur.

Tetapi boleh tahan juga Pak Ngah kakaknya itu. Meskipun sudah mencecah 40-an lebih, masih tegap badannya, rupa tetap tampan. Cuma rambut sahaja jelas membuktikan umur Encik Razlan.

"Ini semua lauk yang Pak Ngah masak sendiri. Banyak resepi dapat daripada Lia la. Qaseh, cubalah mana-mana yang Qaseh mahu." Encik Razlan memperkenalkan aneka makanan yang dimasak olehnya dengan bantuan beberapa pekerja di dapur. Dia masih fokus mencuba nasib terhadap Qaseh.

Tertawa Erisha dengan percubaan Pak Ngahnya untuk mengurat adik angkatnya itu. Itulah, siapalah suruh membujang sampai ke tua. Tetapi, dia kagum dengan pencapaian Pak Ngah. Pak Ngah sudah memiliki PHD seperti sekian lama yang ingin sekali dicapainya, bahkan Pak Ngah juga dapat membuka banyak cawangan restorannya di beberapa negeri. Kejayaan Pak Ngah menjadi inspirasinya.

Telefonnya berbunyi saat dia ingin menghampiri Pak Ngah dan Qaseh. Tertera sebaris nombor yang tidak dikenali, dia ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu tetapi apabila panggilan itu tamat, satu mesej masuk.

I Hafiz, kawan Hael dan kawan you. You mesti masih ingat I, I nak jumpa you.

Jantung Erisha berdegup kuat. Berdebar dengan apa yang akan dihadapinya. Pelbagai persoalan menjadi pertanyaan di fikiran. Panggilan masuk semula. Erisha berusaha mengawal gementar.

"I cuma ada masa sekarang untuk jumpa you, I rasa tak perlu I introduced siapa I, I dah mesej. Kalau you sibuk, send saja location, I boleh datang." Suara Hafiz yang tegas benar-benar membuatkan dia hairan. Ya, dia gusar tiba-tiba sahaja. Tetapi, mengapa perlu terburu-buru?

"Kenapa nak jumpa saya, Hafiz? Kalau ada apa-apa yang agak penting, saya rasa masa ini tak sesuai, Hafiz baru call saya secara melulu dan nak semuanya berjalan cepat seperti Hafiz mahu. Maaf ya, Hafiz andai saya tersalah kata. Saya harap Hafiz tak melulu sehingga begini kalau betul mahu berbincang atau sebagainya," balas Erisha cuba mengawal nadanya agar tidak didengari oleh mereka di situ.

Mendengarkan Erisha yang diam dan seperti ingin menamatkan panggilan, cepat Hafiz bersuara menahannya.

"I minta maaf Erisha. I tahu I melulu..." Erisha tidak mahu dengar lagi. Peti mesej itu ditekannya. Nombor Hafiz memanggil semula. Erisha laju menaip agar Hafiz segera berhenti menelefonnya berkali-kali.

Location

Ini location saya berada sekarang, saya harap Hafiz tak buat kecoh macam dalam telefon, tolong hormat orang sekeliling.

Hafiz sepertinya menurut. Dia membalas kata maaf dan memintanya menunggu sehingga dia sampai. Erisha enggan menjawab mesej itu, dia biar tanpa respon.

Entah apa yang Hafiz akan katakan. Dari dalam talian telefon, intonasi Hafiz seakan memendam marah akan dirinya. Lama dia tidak berhubung dengan Hafiz, bahkan telefonnya dan nombor telefon ini baru sahaja dia dapat menggunakan kembali, tetapi lengkap baharu.

"Kenapa Lia, ada masalah ke?" Pak Ngah bangun daripada duduknya menemani Qaseh sebentar tadi. Namun, dia gusar apabila lagak Erisha seolah ditandang masalah.

Erisha kalih wajah.

"Tak ada apalah Pak Ngah. Kawan Lia nak datang sini, ada hal nak bincang katanya," jawab Erisha sambil memasukkan semula telefonnya ke dalam beg tangan.

"Ajaklah kawan Lia yang lain, boleh sebarkan pembukaan restoran Pak Ngah kepada orang lain."

"Tengok sekeliling Pak Ngah, banyak tau. Semua tertunggu-tunggu restoran Pak Ngah berubah dekat cawangan sini, Lia pun tunggu. Taklah jauh lagi dengan Pak Ngah."

Encik Razlan memaut bahu anak saudaranya itu. Erisha satu-satunya anak saudaranya, satu-satunya keluarga yang tinggal buatnya. Dia harap dia tidak hilang Erisha seperti dia hilang abangnya. Hanya itu pintanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro