Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHS : 10

"CUMA ada Alissa tanpa Along Hael," getus satu suara dengan nada tertanya-tanya. Pegangan di bahunya hampir membuatkannya terjerit.

"Buta ni lagi!" pekik Rawda bersama pandangan mata yang tajam.

"Kau nak orang dekat sini kutuk kau sebab hina orang macam aku?" Orang itu mula bersuara. Seakan mengenali juga Rawda.

"Orang yang simpati dengan nasib orang buta macam you je yang simpan sedikit nurani dalam hati mereka untuk rasa kesian bila dengar I hina you."

Niatnya cuma ingin menyampaikan permintaan mama, akan tetapi lain pula jadinya. Ikut hati, dia tidak mahu langsung menegur si halilintar ini.

"Agenda you nak menggatal dengan adik sendiri ke sampai nak sentuh-sentuh ini?" Rawda cuba meraih tujuan.

"Mama panggil kau, dia nak kau teman dia sarungkan cincin, dia segan seorang-seorang."

"Next time, keluarkan suara untuk sampaikan sesuatu, gunakan suara daripada guna mata yang dah tak ada tu. Bagi ada function suara tu dulu."

Azi enggan membalas kata-kata Rawda. Tidak mahu bertengkar di majlis kebahagiaan abangnya.

"Mama dekat bilik pertama," beritahu Azi sebelum mengatur langkahnya meninggalkan meja yang diduduki oleh Rawda.

"Thanks. Ngah, hujan. Jangan nak redah je." Rawda menarik tangan Azi membuntuti langkahnya menggunakan jalan di bawah khemah.

Meski terdengar rungutan daripada bibir Rawda, dia tahu Rawda tidak memaksudkannya. Tangannya dilepaskan dengan kasar diakhir langkah. Barangkali berada di bawah bumbung rumah.

Azi menggeleng perlahan. Sebenarnya tujuannya hendak ke kereta untuk bergerak pulang, baru sahaja dia terdengar bunyi pintu kereta ditekan kunci menandakan Pak Rashid sudah keluar daripada kereta bagi menuntunnya ke kereta, Rawda pantas menariknya.

Sudahlah jalan penuh batu-batu kecil, tentunya sukar baginya melangkah dengan berhati-hati. Dia tidak boleh terlalu lama di sini, terdapat urusan mustahak yang ditunda seketika bagi menghadiri majlis ini.

"Radzi, mahu pulang atau tidak?" Azi terus mengangkat wajah. Suara Pak Rashid.

"Ya Allah, Pak Rashid. Saya ingat tak dapatlah saya nak selesaikan urusan saya, mujur Pak Rashid datang terus ke sini."

"Pak Rashid datang untuk pastikan sebab tadi Radzi dah maklum perlu hadir satu mesyuarat tapi ditunda. Jadi, Pak Rashid sedia maklum dan bila nampak saja Pak Rashid terus dapatkan Radzi, tapi Cik Rawda tarik Radzi, Pak Rashid pelik dan terus datang bertanya." Pak Rashid menjelaskan.

Azi melakar senyuman tika itu. Gembira mempunyai pekerja yang memberikan sepenuh komited terhadap kerja meski hanya bekerja sebagai pemandu kereta.

"Mama," seru Rawda seraya terus memboloskan tubuhnya ke dalam bilik Alissa. Wajah Alissa diperhati sebelum melabuhkan punggung di sisi mama.

"Not bad," komen Rawda sambil mengukir senyuman kepada Alissa yang seolah baru sahaja menyedari kehadirannya.

"Terima kasih hadir, Rawda." Alissa mengucapkan ucapan itu dengan nada suara yang berbahasa.

Rawda mempamerkan riak wajah kosong. Tiada ekspresi. Dia hadir kerana abangnya. Bukan kerana pilihan abangnya ini.

"Sama-sama, Alissa." Ringkas Alissa membalas ucapan itu. Dia tidak ingin memborak panjang. Maka, dia akhirkan dengan respon ringkas sahaja.

"Mana Angah? Mama ingat nak bergambar." Tengku Afina bersuara perlahan.

"Ngah dekat luar, yang pasti Rawda tak nak panggil," jawab Rawda bersama kata-kata selanjutnya seperti memberi amaran.

Tengku Afina tidak marah. Dia tahu jika Rawda bertemu dengan Azi, pertelingkahan pasti tercetus.

Sebaik selesai acara menyarungkan cincin, Tengku Afina meminta diri mencari Azi. Rawda yang menunggu, sekadar memerhati tingkah laku Alissa.

"By the way, apa khabar kawan baik you? Atau lebih dikenali sebagai bakal kak ipar I yang tak jadi, Syalia Erisha." Rawda langsung bertanya dengan nada cukup sinis. Sengaja Rawda menyebut dan menekankan sebaris nama Erisha tanpa menghiraukan beberapa orang yang barangkali mengenali Erisha. Mustahil tidak mengenali, dia tahu ini juga pernah menjadi tempat tinggal Erisha seketika.

Rawda menatap mata Alissa menanti jawapan. Terlihat riak wajah itu berubah, Rawda makin merasakan rancangannya bagi menyedarkan gadis itu, akan berjaya.

"Kedudukan yang you ada sekarang iaitu kedudukan sebagai bakal kakak ipar I adalah kedudukan yang pernah diduduki oleh Erisha. Jadi, tak salah I bertanya. Erm... I'm just curious." Rawda menegaskan ingin tahu.

Alissa cuba melarikan wajah daripada terus ditenung oleh Rawda. Dia hilang jawapan yang seharusnya diberikan. Wajahnya mula berpeluh.

"It's okay, Alissa. Janganlah risau. Curious je, tapi memandangkan you macam belum bersedia sedangkan cuma jawab baik atau tak, tahu atau tak, tapi barangkali you gugup setiap kali nama Erisha terpacul. I tahu you tak boleh dengar nama kawan baik you sebab you rasa tercabar. I'm sorry," bisik Rawda di akhir kata. Sempat dia merapikan tudung Alissa. Penuh agenda tersirat di matanya saat menyapa sepasang mata Alissa yang bergerak-gerak seolah tidak senang melihatnya.

"I think I have to go, I pun nak cari abang I," sambung Alissa menitipkan pamit. Wajah Alissa yang terlihat bersama deraian air mata membuatkan bibirnya terlakar senyuman licik.

Langkah Alissa dimatikan sekejap.

"Sebelum I lupa, cincin itu I yang pilih. I harap you tak syok sendiri fikir yang Along Hael yang pilihkan. I sebenarnya saja nak hangatkan you, sebelum ini semasa pertunangan Erisha dan Along, Along yang pilih cincin untuk Erisha. I harap you faham dan fikir baik-baik sebelum hendak jadi kakak ipar I, sebab you tak dicintai dan you akan hadap mulut I. Along cuma dapat bela you dua tiga kali je, itupun pada mulanya, seterusnya you sendiri kena pertahankan diri you. Sebagaimana yang you tahu, Rawda Amaryn bukan sembarangan orang." Sekali lagi Rawda menitipkan pesan. Bahkan dibisik olehnya pada butir kata akhir.

Alissa hanya mampu beriaksi wajah. Perasaannya mulai dihurungi sedih. Rawda merendah-rendahkannya tanpa memikirkan perasaannya. Niatnya hanya ingin merawat duka di hati Tengku Hael namun diperlekehkan sebegini sekali.

Tiada langsung terdetik ingin merampas kekasih sahabatnya sendiri. Bisa jadi Rawda salah faham. Dia benar-benar berharap dia dapat menjelaskan salah faham ini. Namun, di saat ini dia tidak mampu. Hatinya terkilan memamah setiap kata yang dilontarkan oleh Rawda terhadapnya.

Dari jauh, seseorang menyaksikan keramaian majlis itu.

BUNYI hempasan pintu kereta mengejutkan mereka. Pak Rashid cepat kalih melihat gerangan yang memasuki kereta.

"Siapa tu Pak Rashid?" Azi bersuara. Nadanya risau.

Pak Rashid melepaskan nafas lega, sudahlah dia tua, dayanya tidak kuat melawan jika yang memasuki kereta saat ini adalah penjahat.

"I lah!" Suara memetir itu terus membuatkan Azi tahu dengan sendiri.

Pak Rashid memusing semula tubuhnya menghadap stereng. Sebaiknya dia memulakan perjalanan sebelum beberapa orang di luar mendengar suara anak majikannya itu.

"Kenapa menyirap ni Rawda?" Rawda hilang butir kata hendak mencelah kata-kata Azi. Intonasi Azi menenangkan dirinya seketika.

Rawda yang ternampak Pak Rashid sedikit terkejut, cepat dia menyelitkan rambutnya seolah tidak mendengar apa-apa.

"Apa you cakap tadi?" Wajah Azi dipandang. Pak Rashid menyambungkan perjalanan.

"Kenapa naik angin dan kenapa balik naik kereta aku?"

"Oh ya. Majlis dekat rumah kampung ini tak ada langsung spair payung! Basah!"

Azi tidak hairan, ada kala Rawda hal kecil boleh jadi salah. Azi mula mencari bahu Pak Rashid. Rawda memerhati sahaja tangan Azi yang meliar.

Pegangan yang terasa melakarkan senyuman di bibir Azi. Rawda buat muka jelek. Dia tahu Azi cuba melakukan sendiri.

"Hantarkan Rawda dulu, kemudian saya."

"Ngah nak balik rumah, kan? I pun nak balik." Rawda masih dengan riak yang sama. Meski Azi tidak nampak, dia tetap pamerkan.

"Tak, aku ada mesyuarat."

"Tapi baju you basah. But, nah baju sut putih ni I pinjamkan. Pastikan you pakai baik-baik. Kotor, you bayar."

"Tak apalah, dah kering sikit. Kau pakailah, lagipun baju kau mesti ketat, hujan-hujan macam ni lagi jarang, mudah pandangan orang tembus." Azi memberikan semula. Tepat dia meletakkan sut itu di bahu Rawda.

"Baju I tak ketat langsung. You kalau dah buta jangan jelas sangat, you tahu tak..." Rawda terjeda. Dahinya berkerut. Tangan Rawda menapak di dada.

Azi berpaling ke sisi, Rawda tiba-tiba terputus kata. Pak Rashid turut melirik ke cermin.

Azi terkejut apabila tangannya tiba-tiba disentuh.

"Sakit..." Rawda bersuara semula. Namun suaranya mengerang. Seolah sedang menahan kesakitan.

Tangannya digenggam kuat. Cepat Azi berpaut pada pegangan Rawda di tangannya. Pak Rashid memberi signal berhenti.

"Kenapa ni Rawda?" Azi mulai cemas. Makin kuat Rawda menggengam tangannya malah dia terdengar nafas yang sesak.

Rawda memukul dada berulang kali. Lemah pukulan berakhir semula di tangan Azi.

"Rawda, kenapa? Pak Rashid?"

"Cik Rawda sesak nafas rasa saya, Radzi," maklum Pak Rashid segera.

"Pak Rashid, kita ke hospital!" Kuat suara Azi menampar gegendang telinga Pak Rashid.

Nafas Rawda kian tercungap-cungap. Azi bagai hilang fikiran. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Azi mendapatkan telefonnya di dalam poket kerusi. Jarinya bergetar menekan nombor. Dia telah menghafal kedudukan nombor. Bergetar jarinya menekan nombor Hafiz, rakan baik abangnya yang merupakan seorang doktor.

"Ngah, I dah na... nak mati." Lemah suara Rawda.

Kereta yang berlalu diperhati dari jauh. Di manakah peluangnya? Hati Tengku Hael jauh sekali untuk dia gapai. Sekurang-kurangnya hati bakal adik ipar terasa dimiliki, namun hampa, kehadirannya seolah tidak hidup di antara mereka.

_____________
WRITER COMMENT: Btw, ni macam scene ceritakan watak-watak yang akan mulai diketengahkan, seperti Azi dan Rawda.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro