BAB 8
"Sini! Kau nak pergi mana!" Kata Iman Fahri. Dia mengheret Iman Irdina masuk ke dalam bilik air.
"Sakit Abang! Lepaskan saya!" Rayu Iman Irdina.
Dia meronta-ronta ingin lari namun apakan daya kekuatan perempuan berbanding dengan kekuatan lelaki.
"Kau tak akan dapat lari dari aku! Sebab kau, keluarga aku sendiri abaikan aku! Sebab kau juga, bapak aku tampar aku! Kau ni memang bawa bala betul dekat aku!" Tengking Iman Fahri dengan lantang.
Dia mengambil tali pinggang lalu melibas pada badan Iman Irdina di dalam bilik air dengan berkali-kali.
Dia merenung tajam pada Iman Irdina yang sudah lemah itu. Hatinya masih lagi tidak puas. Dia duduk bercangkung di depan Iman Irdina. Dagu dicengkam kasar lalu menghadiahkan senyuman sinis.
PANG!
"Mati kau perempuan!..."
PANG!
"Kau memang menyusahkan aku!..."
PANG!
"Dasar malang! Isteri tak guna!.."
Dia tersenyum menyenget dan berdiri kembali. Kaki baru sahaja ingin melangkah keluar, tetapi Iman Irdina memanggil namanya.
Dia berpusing kembali menghadap Iman Irdina terbaring lemah dengan gaya berpeluk tubuh.
"Jangan sampai hati saya dah tawar, baru abang nak menyesal" Ucap Iman Irdina.
Iman Fahri tertawa sinis sambil bertepuk tangan. Dia tunduk kembali dirinya di depan Iman Irdina. Mata Iman Irdina ditatap penuh perasaan benci.
"Kau hanya sampah sarap yang terbuang di tong sampah" Ujar Iman Fahri.
Dia menjeling maut kepada Iman Irdina.
"Kalau macam itu tanggapan abang dekat saya, saya redha dan ikhlas dengan hati yang terbuka. Lepas ini, abang anggaplah seolah-olah saya dah mati. Tataplah wajah saya sepuasnya. Mungkin tak lama lagi, wajah yang abang benci sangat inilah yang akan pergi jauh dari hidup abang"
"Jangan sampai abang pula yang meroyan cari saya. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tahu sebab saya, semua harta Daddy tak dapat pada abang. Saya janji, saya sendiri akan pastikan semua harta Daddy akan jadi milik Abang sepenuhnya." Tutur Iman Irdina dengan panjang lebar.
Dia pejamkan matanya. Sungguh dia penat.
Terlalu penat dengan dunia yang penuh lakonan.
Dalam tidak sedar dia terlelap di dalam bilik air itu seorang diri. Telinganya dapat menangkap derapan kaki yang sudah menjauh dan bunyi daun pintu dihempas dengan kuat.
•••
Iman Fahri mengelamun seorang diri di hadapan kolam rumahnya. Air di paras betisnya itu dikuis-kuis seperti kuis pasir.
Telinganya masih lagi terngiang-ngiang dengan suara Iman Irdina berkata begitu kepadanya.
"Kenapa perempuan tu cakap macam tu erk?"Soal Iman Fahri sendiri.
Dalam dia tidak sedar, ayat itu secara spontan keluar dari mulutnya.
"ARGHHH!!!..
Serabutnya kepala aku! Lantak dialah nak cakap apa pun, aku tak kisah! Yang pasti dia harus tunaikan janji dia! Lagi pula, ini semua salah dia!" Teriak Iman Fahri dengan kuat.
Dia mengusutkan rambutnya. Tadi rambutnya kemas rapi kini serabai.
Dengan malasnya dia melangkah masuk kembali ke dalam rumah. Dia hentikan seketika langkah di hadapan bilik Iman Irdina.
Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui keadaan Iman Irdina bagimana, akan tetapi ego mengusai semuanya. Dia tetap keraskan hatinya juga. Tanpa berfikir panjang lagi, dia terus menuju ke arah bilik tidurnya.
•••
Iman Fahri membuka kelopak mata apabila matahari melusuk masuk ke dalam biliknya melalui celah-celah langsir.
Dia menggosok mata beberapa kali dan menguap. Selimut diselak lalu kaki mula menyentuh lantai. Tuala dicapai dengan malasnya dia menuju ke arah bilik air.
Selesai sahaja sahaja membersihkan diri. Iman Fahri memandang dirinya di dalam cermin sambil menyikat rambutnya.
Fikirannya teringat Iman Irdina. Satu keluhan dilepaskan. Dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke arah bilik Iman Irdina. Dengan kasar dia memulas tombol pintu dan meluru masuk ke dalam bilik Iman Irdina.
Iman Fahri kerutkan dahinya apabila memandang suasana di dalam bilik itu sunyi sepi. Tiada penghuni.
Tidak lama kemudian dia ketawa bila teringat Iman Irdina berada di dalam bilik air.
Sekali lagi dia mengerut dahi apabila Iman Irdina tiada di dalam bilik mandi.
Hati mula tidak sedap. Kalau Dato' Kamil tahu pasti, mati dia dikerjakan.
Baru sahaja ingin beredar dari situ, tetapi mata menangkap satu sampul surat berwarna putih di atas meja.
Sampul surat itu tadi diambil dan mengoyak lalu mengeluarkan sekeping surat. Dia membuka dan memandang isi yang ditulis di dalam kertas tersebut.
"Sekali lagi saya nak minta maaf dan ampun dekat abang. Izinkan saya pergi. Saya dah tak sanggup hidup macam ini lagi. Saya janji tak akan muncul lagi dalam hidup abang. Mulai hari ini, abang cari kebahagiaan abang, saya cari kebahagiaan saya sendiri"
Iman Fahri mengumpal kertas itu dengan hati yang membara lalu mencampak kasar ke atas lantai.
Dia mendekati almari Iman Irdina lalu membuka pintu almari. Dia menghempas kuat pintu almari Iman Irdina.
"Bodoh!" Iman Fahri melihat di dalam almari Iman Irdina sudah kosong.
Sudah tentu gadis itu lari daripada rumah!
"Patutlah semalam kau cakap macam tu pada aku. Rupanya kau dah plan nak lari dari rumah! Kau ingat, kau dapat lari dari aku. Aku tak akan duduk diam. Of course not. I'll me make sure you come back to this house" Ujar Iman Fahri.
Dalam diam dia mengukir senyuman sinis. Berani sungguh gadis itu mahu lari daripadanya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro