Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

Iman Fahri keluar dari bilik mandi dan mengerutkan dahi apabila Iman Irdina tiada di atas katil.

Tidak lama kemudian, dia tersenyum. Mungkin gadis itu sudah keluar dari bilik tidurnya.

Tanpa berlengah waktu lagi, dia terus mendekati almari dan mengambil sehelai baju T-shirt dan seluar trek.

TOK!

TOK!

TOK!

Pintu bilik Iman Irdina diketuk kuat, bagaikan mahu roboh sahaja pintu itu.

"Keluarlah perempuan! kau buat apa dekat dalam tu? dah mampus ke apa hah?!" Teriak Iman Fahri dengan lantang.

Daun pintu dibuka dan muncul lah Iman Irdina.

"Abang nak apa?" Soal Iman Irdina sambil tunduk kepala. Jari jemarinya berlaga satu sama lain.

Dagu Iman Irdina diangkat agar melihat wajah Iman Fahri.

"Kau tahu tak, betapa bestnya tadi. Kalau aku tahu best macam ni, dah lama aku buat pada kau tau. Nah duit kau" Kata Iman Fahri sambil menghulurkan beberapa keping bernilai RM 100 ringgit kepada Iman Irdina.

Iman Irdina mengambil duit tadi, lalu mencampak kembali ke wajah Iman Fahri.

"Saya bukan pelacur abang! saya ada hati perasaan jugak" Luah Iman Irdina dengan nada sedikit mengeras.

"Dari awal aku tengok kau, memang dah macam pelacur! kau tu, hormat sikit aku sebagai seorang suami. Aku berhak berbuat apa sahaja ke atas kau!" Tengking Iman Fahri.

Dia menolak tubuh Iman Irdina jatuh ke atas lantai. Dia mula mengatur langkah lalu beredar dari situ.

"Sampai hati abang, buat saya macam ni!" Iman Irdina menekup kedua wajah lalu menghemburkan tangisan di situ.

•••

Iman Fahri berhentikan kereta di parking sedia ada di hadapan Cafe Sri Indah. Dia mula keluar dari kereta lalu menuju ke arah Cafe tersebut.

Matanya mula liar mencari sahabatnya. Dia menangkap kedua figura yang sedang rancak berbual itu.

Kedua bahu sahabatnya itu di tepuk perlahan lalu melabuh punggungnya ke atas kerusi sambil menyilang kaki.

"Eh! Pengantin baru kita dah sampai." Usik Azrai sambil ketawa kecil.

"Macam mana hidup berumah tangga ni? best ke tak?." Usik Syafiq pula sambil senyum.

Satu keluhan dilepaskan. Inilah punca dia malas mahu berjumpa dengan sahabatnya.

Suka sangat mengusik!

"Best apa? Korang tahu tak apa perkataan 'TERPAKSA'." Ujar Iman Fahri sambil mendengus kasar.

Mereka berdua saling berpandangan dan memandang kembali wajah Iman Fahri.

"Kau jangan cakap yang kau kena kahwin paksa?." Teka Syafiq sambil angkat sebelah keningnya.

"Betulah. Aku tak tipu korang pun. Memang aku kena kahwin paksa dengan peremuan tu. Dah lah aku tak kenal batang hidung, tetiba kena kahwin"

"What the hell... Ni mesti Daddy kau yang paksa kan?." Teka Azrai pula.

"Macam korang tak tahu bila orang tua tu punya ugut. Korang tahu tak? Dia ugut aku, kalau aku tak kahwin dengan anak kawan dia tu, aku tak akan dapat jawatan CEO dan semua harta dia." Kata Iman Fahri sambil meneguk air dengan perlahan.

"Btw... Mana gambar isteri kau? Aku nak tengok jugak cantik ke tak, yang kau benci sangat nak tengok dia. Buruk sangat ke apa rupa dia?." Ujar Azrai.

Iman Fahri mengeluarkan telefon dari poket seluar dan meleret skrin telefon, lalu menekan galeri dan menunjuk kepada Azrai dan Syafiq.

"Bapak ar kau! Lawa gila kut isteri kau. Ni kalau aku yang dapat, kompem aku tak akan lepaskan dia!." Kata Syafiq sambil melihat gambar Iman Irdina yang sedang senyum manis itu.

"Gila kau Fahri. Lawa macam ni pun kau tak nak. Baik bagi dekat aku je." Balas Azrai pula

"Dah bagi balik telefon aku. Tak perlu nak puji lebih-lebih. Meluat aku dengar." ujar Iman Fahri dengan merampas telefon dari pegangan Azrai.

"Weh Fahri... Aku kenal kau dah lama tau. Jangan cakap kau dera dia?." Soal syafiq kembali dengan keningnya dijongket sebelah.

Iman Fahri bukannya buat dibuat main. Kalau dia cakap tak suka seseorang itu, pasti akan mati ditangannya.

Kerana terlalu ikutkan baran. 8 Tahun yang lepas seorang pelajar tingkatan 5 hampir meragut nyawa disebabkan kena belasah dengan Iman Fahri.

"Kalau dah tak suka seseorang tu, sampai bila-bila pun aku tak suka. Tak kisahlah dari segi perbuatan dia atau apa-apa sahaja" Balas Iman Fahri sambil memandang tajam ke arah Syafiq.

Syafiq menelan air liur ibaratkan telan pasir. Dia menggaru keningnya lalu senyum.

"Okey-okey aku tak nak masuk campur dalam urusan kau." kata Syafiq sambil mengangkat kedua belah tangan.

"Jom pergi kelab. Dah lama sangat tak jejak kaki dekat sana." Ajak Azrai bagi kurangkan sedikit keadaan tegang.

Iman Fahri angguk sekilas dan bangun dari duduknya. Duit beberapa keping not RM 50 ringgit diletak ke atas meja lalu melangkah keluar dari cafe tersebut. Azrai dan Syafiq hanya mengikuti Iman Fahri dari belakang.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro