1 - Traitor
Dua tahun lalu.
KAKI yang tidak beralaskan kasut laju berlari tanpa hala tuju. Dibawa langkahnya merentasi hutan salju yang gelap itu dengan hanya berbekalkan suluhan sinar purnama dari langit malam.
Arshad semakin tercungap-cungap dek sudah berlari entah berapa lama. Tubuhnya sudah mula berasa kebas kerana kesejukan yang kian mencengkam. Namun, tetap dia cuba gagahkan diri untuk menapak di atas lapisan salji tanpa henti.
Pemacu pena dalam tangannya digenggam lebih erat. Dia tak boleh mati. Kalau pemacu pena ini tidak sampai kepada Datuk Isaac, sia-sia sajalah usaha dia melarikan diri malam ini!
"Cari dia sampai dapat! Hidup atau mati, bawa dia kepada aku!"
Arshad tersentak mendengarkan laungan yang kedengaran sudah makin hampir dengannya itu. Derapan tapak kasut berlari-lari di atas permukaan salji turut menjengah ruang telinga. Mereka masih gigih mencari dia.
Kaki kembali mengorak langkah. Sejujurnya dia sudah hilang tenaga untuk bergerak. Langkahnya kini tidak lagi sepantas tadi, memaksa Arshad untuk menyembunyikan diri di sebalik sebatang pohon yang besar. Dia terduduk di situ sambil dadanya turun naik menahan lelah.
Arshad memeluk lutut dengan erat di sebalik pohon besar itu. Mujur ini kawasan tanah rendah dan lebih padat dengan pokok serta semak-samun. Tempat yang selamat untuk dia menyorok. Lengan digosok perlahan untuk mendapatkan sedikit haba.
Tubuhnya sudah menggigil hebat. Kepala sendiri sudah terasa berpinar. Lagi lama dia berada di sini, tak mustahil dia akan mati kesejukan. Kalau bukan sebab itu, mungkin dia akan mati dibunuh.
Semuanya kerana satu pemacu pena yang mampu menggegarkan negara ini dengan rahsianya.
Dalam hati, dia berdoa semoga Tuhan selamatkan dia. Kalau pun dia mati... setidak-tidaknya tolonglah datangkan orang yang sudi menuntut keadilan untuknya dan mangsa-mangsa yang lain.
Bunyi beberapa tapak kaki berlari di kawasan itu kemudiannya menerpa gegendang telinga sebelum perlahan-lahan lenyap. Arshad menjengah sedikit ke belakang. Bimbang seandainya persembunyian dia ini ditemui oleh mereka.
Sepi. Tiada orang di laluan yang dia lalu tadi. Bererti orang-orang majikannya sudah melintasi kawasan itu. Nafas lega dihembuskan Arshad. Bersyukur kerana kewujudannya di situ tidak disedari sesiapa. Lepas ini, dia perlu cari jalan lain untuk keluar dari situ.
Selang beberapa minit kemudian, dia bangkit semula. Namun....
"Arshad."
Mati niatnya untuk melangkah apabila nama sendiri diseru seseorang. Toleh belakang, sosok tubuh seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan kot labuh paras lutut menyapa ruang mata. Di tangan kanan lelaki itu, muncung Glock 17 bersama penyegap dihalakan ke arahnya.
Arshad kaku.
Kenapa Qaid ada di sini?
"Test Subject 2372 is found. I'll deal with him," lapor Qaid menerusi walkie talkie di tangan kirinya. Kemudian, walkie talkie dimatikan dan dimasukkan ke dalam poket kot miliknya. Kosong renungan mata melekat pada Arshad yang kekal pegun.
"Qaid...." Arshad menelan liur yang terasa kesat. Bila-bila masa kepala dia boleh pecah dek tembakan yang akan dilepaskan. "Kau... buat apa ni?"
"Boleh bagi pendrive itu kepada aku?" Qaid mengangkat kening. Langsung tidak ada riak berbelah bahagi di wajahnya. "Kau bagi, aku lepaskan kau dan kau selamat. Urusan kita selesai dekat sini."
"Kau gila ke?!" Arshad berbisik keras. Urat lehernya menegang. Masih terkejut dengan tingkah Qaid yang tak pernah dilihat oleh matanya. Namun dalam masa yang sama, dia rasa dikhianati! "Kalau aku tak nak bagi, kau nak buat apa? Bunuh aku? Come into your senses, Qaid! Ini bukan kau!"
"Bukan aku?" Hujung vermilion Qaid mengoyak senyum sinis. Seperti mengejek Arshad yang begitu mempercayainya. Barangkali, lelaki itu masih cuba bersangka baik dengannya—
Sedangkan ini ialah dirinya yang sebenar.
"Dari dulu aku memang macam ini, Arshad. Hanya sebab aku baik dengan kau, kau ingat aku berbeza dengan ayah aku ke?" soal Qaid. Kepala menggeleng perlahan. "Beza antara aku dan dia cumalah aku tak bunuh orang. I'm his biological son, what did you expect?"
Riak wajah Arshad berubah mendadak. Selama ini, hubungan dia dan Qaid tak ubah seperti abang dan adik. Qaid yang dia kenal... ialah orang yang baik persis malaikat.
"Sebaik mana pun aku.... Aku masih darah daging dia," tambah Qaid. "Bukan salah aku kalau kau terlalu percayakan aku."
Tapi hari ini... sangkaannya meleset.
Dia ditipu!
Apabila lelaki itu cuba mendekatinya, Arshad berundur beberapa tapak ke belakang. Betapa saat ini dia begitu jijik dengan tingkah Qaid. Hatinya dicengkam dengan suatu perasaan yang menyakitkan. Tergamak Qaid memperlakukan dia sebegini rupa?
Mata Qaid dipaku pada wajah Arshad yang turut merenungnya tajam. Dapat dilihat genggaman buku lima lelaki itu sedikit menggeletar, namun muncung pistol masih tepat diacu pada kepala Arshad.
Lama begitu. Seolah-olah cuba menimbang tara keputusannya itu.
"Aku minta maaf," ucap Qaid senada. Senyuman sinis di bibir bertukar hambar. "Bet you know me too much."
Kening Arshad berkerut. Tidak mengerti bicaranya.
Kenapa minta maaf?
"Tapi... aku kena selamatkan diri sendiri dulu."
Klak!
Mata Arshad membulat apabila picu ditarik.
Bang!
Merah darah membasahi tanah bersalji itu.
•••
I love this devilish version of Qaid.
P/s: lambat lagi nak jadi buku. update sini jelah sampai siap. dan, tak boleh janji dapat update kerap sebab ceritanya kompleks + panjang.
btw, guess the genre!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro