Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8|SHY ON YOU

MEMORY NERAKA: cover by nismicha
•》•》-----♢-----《•《•
AKU TUKAR COVER&TAJUK. HARAP READERS CERITA INI TERMAKLUM. THANKYOU ATAS SUPPORT KORANG.

NISMICHA,love.

•》•》-----♢-----《•《•

Adelia Edruce

       "JADI kau nak gugurkan anak ni?" Pertanyaan Fatiha meremaskan setiap pelesuk deria aku. Sejujurnya, aku tak sanggup. Perasaan takut sentiasa berada disekeliling aku. Antara berdosa atau pun pilihan yang tepat,aku tak pasti. Aku bingung dengan diri sendiri.

        "Aku..terpaksa" Ini akhirnya yang terzahir dari tubir bibir. Pandangan redup Fatiha aku tenung bersama getaran yang sentiasa aku rasakan sejak kejadian hitam itu berlaku. Seolah aku cuba, memberitahu Fatiha bagaimana perihnya aku menghadapi tekanan emosi ini sendirian.

        "Terpaksa? Terpaksa kau kata? Adelia...kau sedar atau tak kesan selepas kau buat semua benda ni ?" Fatiha mengingatkan aku kembali. Apa yang seharusnya aku nak lakukan ? Ayah anak di dalam kandungan rahim ini pun aku tak kenal, aku tak tahu dan paling penting, aku benci ayah anak ini.

        "Adelia.." Tubuh aku dihampiri Fatiha. Secara lemah dan lembut, tubuh aku didakap kedalam pelukan seorang sahabat. Bila dia peluk macam ni, semakin galak air mata aku mengalir jatuh.

         Aku dah salah sangka. Macam-macam perkara negatif aku jadikan anggapan terhadap dia. Rupanya Fatiha,dia peluk aku. Dia tak tinggalkan aku.

       "Shh...janganlah menangis Ed. Aku faham. Aku kawan kau. Aku juga sebaya dengan kau. Apa kau fikir,mungkin sama dengan aku. Kalau aku jadi kau,aku mungkin lagi teruk. Lepas ni,jangan sembunyikan apa-apa dari aku lagi. Kita kawan kan? Apa guna ada aku,kalau semua benda kau tanggung sendiri. Aku taknak, disebabkan perkara itu kau hilang kewarasan. Aku taknak kawan aku terjebak dengan situasi depression yang melampau. Listen Adelia"

        Dia meleraikan pelukan. Wajah aku dipegang lalu ditatap bersama usapan jarinya di pipi aku. " Jangan gugurkan dia. Kita sama-sama fikir,jalan penyelesaian. Okay? Aku kenal kau" ucapnya lalu tersenyum. Kata-katanya itu secara perlahan memujuk kekusutan aku.

       "Aku dah kotor Fat. Jijik !  murah ! Maruah aku dah tercalar. Kau jangan baik sangat dengan perempuan macam aku ni" Dengan lembut juga, aku tepis tangan dia di tangan aku. Desakan rasa malu yang menggunung terhadap Fatiha menghimpit emosi aku.

        "Ed, No no! Kau salah. Kau tak kotor, pada aku kau tetap suci. Kau perempuan paling mahal pernah aku jumpa. Kau jaga batas. Lebih-lebih lagi sekarang. Aku terharu dengan perubahan kau. Rasa macam, berkawan dengan perempuan muslimah" Fatiha tertawa dan aku balas dengan senyuman hambar.

         Aku faham Fatiha. Kau memang sentiasa try hard  untuk buat aku tersenyum. "Tapi aku malu dengan kau" Adu aku setelah beberapa minit memendam rasa.

        Fatiha tarik muka. "Aku lagi malu dengan kau! Kau tengok, punya nak cepat cari kau. Aku main bantai je pakai apa. Dah lah,tak tutup penuh ni. Haih,sejak-sejak kau berubah muslimah ni. Aku naik segan nak pakai macam dulu" Mulut Fatiha kembali merungut dengan perkara-perkara yang sebenarnya dah biasa terjadi pada diri dia.

        Aku ketawa dalam diam. Fatiha...kalau tak jenis huru-hara,gedik dan dalam masa yang sama menjadi seorang malaikat pada aku,dia bukanlah Fatiha Rizman. Awal pertemuan kami di bermula ketika kemasukan orentasi tingkatan 1. Tak sangka, hubungan itu rapat sampai sekarang.

       "Jangan gugurkan dia. Ya?" Perut aku tiba-tiba disentuh dengan tangan Fatiha. Wajah dia penuh berharap pada aku. Seolah kalau aku gugurkan bayi ini, dia yang rasa kecewa berganda daripada aku.

       "Kau tak faham Fat. Aku tak berani macam orang lain. Macam mana aku nak teruskan sekolah dengan keadaan aku macam ni? Macam mana pula aku nak harungi masa-masa aku dalam beberapa bulan lagi nanti? Baby ni..tak patut ada mama macam aku. Paling penting, parents aku. Aku nak jawab apa? Aku tertekan Fat. Aku..aku rasa teruk sangat!"

        Aku yang dah menangis tak tentu pasal ini akhirnya dibawa kembali ke dalam pelukan dia. "Tak..tak. Susah macam mana pun,kau ada aku. Aku boleh jadi husband  kau"

       "Fatiha!" Eah, boleh pula dia bermain. Bergurau tak kene tempat betul.

       "Okay-Okay! Sorry, halah aku gurau je. Tapi handsome  apa aku" Masya-Allah Fatiha Rizman. Dah kenapa dengan perempuan ini. Muka comel begini dikatanya handsome ?

       "Eh tak,tak. Kaisar Ahn lagi handsome. Haih, bahagianya hidup kalau dapat tengok dia sekarang ni" Emrh, perangai gatal Fatiha dah keluar.

[•••]

       "KAK Qu pasti ke barang Kak Qu ada tertinggal dekat klinik ni?" Kaisar langsung menyoal setelah berinjak keluar dari kereta.

       Pandangan tidak rela itu dari tadi ditayang dihadapan Quraisya Ahn. Nak merungut pun tak boleh. Nanti di tuduh macam-macam pula. Nak atau tidak, Kaisar harus juga temankan kakak sulungnya itu walaupun terpaksa.

      "Ikut je lah. Kai ni kan! Banyak songeh betul. Itulah Omma manjakan sangat. Perangai tu sampai ke besar macam itu. Haih, tak tahu lah perempuan mana yang malang dan untung jadi pasangan awak nanti"

      "Poor and lucky ? What a nonsense is this noisy ..." Buju bibirnya menyerot kesinisan. Dia pun tak teringin untuk diberikan pasangan.

      "Yeah, I mean it's malang sebab perangai Kaisar and the lucky's part is you...kaya, kacak, charming, hots, gentle...Ugh! Nope. Totally you're not getle at all "

      Kaisar menjeling kakaknya. Ada pula kata dia tak gentle. Come on ! Tak akan pula dia nak berlembut-lembut dengan perempuan lain selain Omma dan bakal isteri? Jangan kata Kaisar tak ada sifat gentleman ya. Malah ada lebih lagi. Cumanya, koleksi-koleksi itu pastinya di simpan kemas untuk wanita yang selayaknya.

      He will not show to anyone.

      "Okay, ppalli " Kaisar mula lemas dengan kebisingan mulut Quraisya Ahn. Berkali-kali rambutnya disuak kebelakang sambil dihentam dengan berbagai bebelan kakaknya. Ini teman ambil barang atau sebagai pendengar bebelan ?

      'Omma Kai nak balik !...'

       "Teman kakak pun susah. Lagi okay,daripada Kai teman papa pergi main golf. Ha,Kai fikir,mana lagi elok?"

      Ada betul nya juga. Sudah tentulah teman papa lebih membosankan ! BOSAN ya, tersangatlah bosan. Dah la,lepak dengan orang yang fikirkan masa hadapan. Yah! Kaisar masih suka bermain-main.

     "Kai malas, Kai tunggu dalam lah macam ni. Kak Qu ni pun,barang dah tertinggal setahun lebih dekat sini pun masih ingat lagi ?"

     "Mullon-iya ! Kalau otak Kak Qu macam siput. Cepat lupa,tak ada nya Kak Qu berkahwin dengan doktor. Taste husband Kak Qu bijak-bijak pandai. Otak A plus je dia pandang" Jelingan Kaisar kembali berputar. Bangga sangat. Betullah Abang Adam kata, dia suka Quraisya atas sikap keyakinan yang ada pada wanita itu. Bukan kerana kepandaian yang wanita itu miliki.

      "Cepatlah teman aku"

      "Fine..fine. Kai follow " Bila begini balasan Kaisar, barulah senyuman menghiasi bibir ibu kepada 6 orang anak ini. Dia berjalan terlebih dahulu meninggalkan adik lelakinya di belakang.

[•••]

Adelia Edruce

      "KAI..Kaisar !" Oh, macam nak tergolek keluar jantung aku bila suara Fatiha menjerit dengan lantang sebegini. Kalau nampak Kaisar tak boleh ke mulut dia kurangkan menjerit menjerit ? Tekak tak sakit ke? Boleh meninggal aku macam ni kalau Fatiha asyik berteriak begini.

      Lelaki bernama Kaisar ini pun satu,kalau tak bertembung dengan kami tak boleh agaknya. Lihat,termakbul sudah impian Fatiha mahu lihat Kaisar Ahn.

     Dari balik pantulan cermin klinik. Figura Kaisar yang ber t-shirt hitam bersama cap yang juga sama warna dengan pakaiannya sedang mara ke arah kami. Mata lelaki itu membulat besar ketika namanya diseru dengan kuat.

      Ergh, memalukan betul lah Fatiha ni. Haih mana aku nak sorok muka ni ! Berinci-inci tebal rasanya kulit aku. "Oh my god...Kita orang baru bercakap pasal kau" kit-kita orang? Eah mana ada lah! Aduh Fatiha ni kenapa memandai sangat. Gila ke apa aku nak bercakap pasal mamat tu. Memang..memang taklah! TAK AKAN.

      Tiba-tiba aku dengar lunak garau itu berdecit sebelum tersengih semacam. Segala perilaku dia, aku perhatikan daripada cermin itu. Nak pandang Kaisar? Eh kau gila ke apa aku nak hadap dia face to face !

      Jujur,aku mula tak suka nak bertembung dengan lelaki ini. Dia terdiri dalam golongan sejenis Syaitan ! Ah...jahatkah aku?

     'By the way ,aku suka wangian kau'

      Kau fikir, kau siapa nak cakap macam tu? Eh HELLo,pujian kau tak langsung mencairkan atau menghangatkan hati aku yang dah beku ni. Lagi terluka adalah. Tertapi, huergh...aku benci dengan diri aku sendiri. Aku juga suka bau dia ! Ianya buatkan aku teringin untuk pandang secara jelas rupa paras lelaki pujian ramai ini.

[•••]

      SECARA tak langsung jantung Kaisar berdebar hebat. Suara yang meneriak namanya adalah orang lain. Namun, mata dia lebih cenderung memandang makhluk ciptaan tuhan disebelah gadis yang memanggilnya. Jodoh ke? Ouh tak, apa yang sedang dia mengarut ini? Merepek!

      Tapi kenapa, Tuhan sering menemuka dia dengan gadis berhoodie pemalu ini? 

     "Little hoodie " sebutnya perlahan. Langkah diteruskan untuk memanjat tangga klinik itu. Ouh lupa, orang yang menegurnya tadi. Kaisar angkat kening pada gadis berbaju merah itu. Kemudian, pandangannya tertumpu kembali kepada little hoodie. Aura gadis itu sangat memikat lightgrey dia untuk pandang berkali-kali !

      Perempuan itu diam tanpa sebarang cebisan suara seperti biasa. Tertunduk malu macam selalu. Dan,tertutup dari pandangannya. Langsung tiada apa,yang dia dapat lihat kecuali bibir itu. Bibir itu sahaja yang Kaisar nampak. Baru nampak bibir, Kaisar dah gelisah semacam. Kenapa aura perempuan ni buat dia tak senang duduk. Gelisah. Berdebar. Malu secara tiba-tiba. Apa agaknya riaksi dia kalau little hoodie  ini bersuara secara tiba-tiba. Terkejut tak?

     'Dia bisu ke? Atau memang...tak boleh bercakap macam orang lain ?' Soalan itu di diamkan dulu. Tak beradap pula kalau terus tanya depan orangnya.

     "Oh my god. Kita orang baru je bercakap pasal kau" Kepala Kaisar secara tak langsung menoleh ke arah little hoodie yang kekal tertunduk di hadapannya.

     Little hoodie bercakap pasal dia ke? Ah,kenapa perasaan ini sangat mengancam saluran pernafasan Kaisar ? Rasa sesuatu. Malu atau suka?  Jujur,Kaisar rasa teringin nak lihat rupa paras little hoodie.

     "Emrh..yeke? Korang...bual apa?" Mata Kaisar jeling little hoodie lagi. Perempuan ni,nampak sangat tak berminat nak pandang dia. Asyik tunduk saja. Kenapa mesti sorokkan muka. Cantik sangat atau terlampau hodoh ? Kaisar tertanya-tanya.

     "Haha,tak ada lah. Aku je yang over  berbual. Ed, diam je. Kaisar buat apa dekat sini?" Ramah betul Fatiha berbual. Tersenyum-senyum saja. Yelah,dah kalau yang dia bual itu Kaisar. Mana tak seramah tu.

     Dalam tak sedar,ada perasaan hampa timbul bila tahu little hoodie sebenarnya tak bualkan pasal dia. Rasa itu menerpa kehibaan di hati. Baru nak rasa teruja. Kerana hanya little hoodie, yang pamirkan satu sifat tak berminat pada dia. Entah di mana kelakuannya namun, bila little hoodie lah orang yang menyebut atau menyentuh perkara-perkara berkenaan dengan dirinya. Ada satu rasa, yang lain dari yang lain hadir dalam diri Kaisar. 

      Gadis ini hadir dalam situasi berbeza. Kaisar tak mampu jelaskan. "Ed?" Bibir Kaisar mengulangi panggilan little hoodie semula. Keningnya ternaik. Dia sememangnya ingin tahu nama gadis berhoodie ini. Tak dapat lihat muka. Okay,tahu nama pun cukuplah.

     "Ouh. Ed. Nama kawan Fat. Ini lah Ed" Fatiha memperkenalkan Adelia kepada Kaisar. Bukan sekadar tersipu-sipu malu. Malah Adelia terus jalan tinggalkan mereka setelah dirinya diperkenalkan kepada Kaisar. Laju sahaja dia berjalan. Langsung tak toleh belakang lagi.

     "Eah, Ed! Kau nak pergi mana? Adel--" Suara Fatiha tertahan. Ugh nasib baik. Dia hampir sahaja mahu menyebut nama panjang Adelia. Fatiha menyengih malu terhadap Kaisar di hadapannya.

     "It's okay. She...ergh, maybe tak selesa dengan aku" mulut kata tak mengapa. Sedangkan di hati, Kaisar sudah merungut. Haih,kenapa little hoodie bla cepat sangat? Dia tak sempat tegur apa-apa. Lah, Kaisar ! Kata tak layan perempuan. Kenapa mahu melebih-lebih pula?

     "Erk, So-sorry Kai. Ade--I mean Ed. Yeah, Ed. Dia memang macam itu. Lelaki, boleh diibaratkan strangger  bagi dia sejak..." Fatiha ragu-ragu mahu teruskan ayat. Bibirnya langsung digigit. Kang kalau dia jujur. Apa pula kata Adelia. Malu lah nanti perempuan itu. Tak,dia tak boleh terlampau jujur.

     "Why? Kenapa dengan dia?" Kaisar pamir riak ingin tahu.

     "Dia fobia dengan memori pahit. Satu hari nanti,aku harap dia jumpa balik diri dia yang dulu" Fatiha bercakap sambil tersenyum di pengakhirannya. Dia rindu dengan Adelia Edruce yang dahulu. Yang teruja dengan semua benda. Yang terlebih excited  dalam apa-apa cabaran.

     Kaisar diam mendengarnya. Memori pahit apa yang Fatiha maksudkan. Fobia...

     "Is it to bad ?" 

     "Untuk seorang perempuan macam dia, memori itu teruk. Lebih-lebih lagi hari ini" Dan mata Fatiha memandang sekilas klinik yang tak jadi untuk Adelia masuk. Mata Kaisar turut ikut pandang. Ini klinik perempuan mengandung. Tak akanlah...

     "Erh,jangan fikir bukan-bukan. Thanks Kaisar,sudi berbual dengan orang macam aku" Fatiha merendah diri tiba-tiba. "Aku pergi dulu. Hoodie  ni merayap ke mana lah.  Dah lari jauh agaknya" Fatiha ketawa. Argh,apa ni! Gedik depan Kaisar pula!

     "Ouh..yea, gwaenchanh-a " (It's okay)

     "Fatiha" Kaisar memanggil. Dan Fatiha berhenti lalu berpaling.

     "If you don't mind..." Keningnya digaru. Halkumnya bergerak untuk menzahirkan apa yang ingin diucap. Kaisar malu sebenarnya. Dia berdeham beberapa kali dengan situasi kekok ini.

    "Geunyeoui ileum-eun nugu-ibnikka ?"

     Dahi Fatiha serta merta berkerut. Apa yang sedang...Kaisar merapu ini? Korean ? Dia mana lah faham!

     Kaisar tersedar akan bahasanya. Dia berdeham lagi menghilangkan malu apabila tersasul dalam bahasa lain. Haduh, berbelit lidah !

     " I mean, err...actually. E'hem! Apa nama dia? " Tolonglah. Dia dah tersangat malu sekarang ini. Rona-rona merah menutupi kulit cerahnya. Dia memang nak sangat tahu sesuatu tentang little hoodie. Perempuan itu penuh dengan aura tarikan untuknya.

     Ugh, damn God!

     Fatiha tersenyum lebar. Adelia Edruce,seperti ada yang berminat dengan kau nampaknya. " Nama dia. Kau boleh tahu sebagai Edruce. Dia,Edruce" ucap Fatiha lalu menyambung langkahnya.

    "Edruce.." nama ini. Macam tak asing.

[•••]

     SEUTAS tag nama bernama Adelia Edruce itu ditatap lama. Gambar itu lama di perhatikan. Begini ke rupa paras orang bernama Adelia Edruce? Mereka bukan orang yang sama kan? Tak,tak akanlah sama. Adelia Edruce yang dia pernah miliki bukan seperti itu.

     Kaisar banyak tertanya-tanya sendiri. Fikiran dia padat mahu fikirkan siapa sebenarnya little hoodie. Dan dimana pula gadis dengan nama Adelia Edruce ini. Dia putus asa untuk sementara. Apa pun,bibir Kaisar melakar senyuman takkala dia akhirnya peroleh sesuatu tentang little hoodie.

     "Edruce.." dia suka. Dia mula gian mahu sebut nama itu. 

     "Edruce" Nama itu menitir lagi dibibirnya.

     "Who's  Edruce?"  Suara Dylan menyampuk mengejutkan Kaisar. Dia kembali ke alam nyata. Sejak bila...abang ketiga dia berdiri di ambang pintu itu. Dan macam mana, Dylan tahu cord password dia. Tak ada sesiapa tahu kecuali Omma dan Papa.

     "Tak payah terkejut sangat lah. Aku tanya omma. Siapa je yang tahan dengan pujukan aku kecuali omma" Katanya bangga. Dylan masuk tanpa keizinan dari si penghuni bilik. Badannya di lambung ke atas katil Kaisar.

     Fuh, syukur sahaja, kotak merah itu telah disepak ke bawah katil sebelum dia termanggu fikirkan Adelia Edruce. Kalau tidak,entah apa dia mahu jawab pada Dylan.

    "Museun il-iya ? Mana bini kau ? Pergilah baring bilik kau sana. Bilik aku tak terima sesiapa" Kaisar menolak tubuh abangnya. Namun Dylan lebih kuat menahan. Ceh,tak akan jatuh punya. Kalau tak,tak adanya keluar 3 orang anak. Yah! Apa Dylan ni!

     "Kalau bukan aku siapa? Edruce?" Sebaik nama itu meluncur keluar dari bibir Dylan. Muka Kaisar naik membahang. Terus dibaringkan tubuhnya lantas menutup wajah menggunakan cap yang tadi elok tersarung di kepala. Aih,malu ni malu ! Jangan bising tentang little hoodie boleh tak?

     "Eh... Kau malu ke? Lah Kaisar Ahn! Sejak bila kau malu bila aku sebut nama orang ni. Ni comfirm tak salah,Edruce tu perempuan kan?" Aduh, asal dengan Dylan ni. Boleh tak kalau jangan mention nama Edruce depan dia. Kaisar malu bila terkenangkan cara malu little hoodie terhadap dia tadi. Semakin malu little hoodie dengan dia. Semakin tertarik lightgrey dia mahu pandang.

      "Bising lah Dylan! Keluar,aku nak tidur " Halau Kaisar. Bantal di atas kepala di baling ke arah Dylan yang sedang mengekek ketawa. Apa teruk sangat ke kalau dia malu. Tak normal ke kalau lelaki ada sifat malu?

     "Weih..weih AHAHAHAHAHA! merahnya muka kau. Malu sangat ni. Ya-Allah sampai telinga pun merah. Uish, kene ambil gambar ni. Aku nak tunjuk anak-anak aku. Nanti dia orang kata--" Secara tak sengaja mulut Dylan menerima tamparan tapak kaki Kaisar.

     Hah, kan dah dapat setepek!

    "Dahlah Dylan! Kau jangan nak jatuhkan aib aku lagi boleh tak? Kak Amanda! Tengok husband akak ni! Menggatal dengan aku! "

    "Tak apa Kaisar. Tumbuk je muka dia! " balas Amanda yang sedang mengejar langkah larian anaknya di tingkat tiga rumah kediaman Tan Sri Danial dan keluarga. "Kak Manda bagi aku lightgreen. Sini kau!" Ugut Kaisar dan mula ingin mencapai mana-mana bahagian tubuh Dylan.

     Dylan pantas mengelak. Cukuplah tadi sudah disepak sekali. Namun, dia masih tergelak kuat. Sampai terjatuh-jatuh dari katil.

    "Jap..jap! AHAHAHAHA! weih sumpahlah, lelaki malu macam ni! Berdekah weih! AHAHAH! "

     Dylan tak berhenti ketawa. Sampaikan tegang segala urat di leher dan dahi kerana gelakkan adik bongsunya. Bukan apa, Kaisar ini jarang nak nampak sisi malu dia keluar. Selalunya, serius, diam dan muka yang tegang macam tak boleh nak rilek. Comel tu,ada lah juga kadang-kadang. Itu pun sebab dia sendiri tak perasan muka dia jadi comel adakalanya.

    "Stop it Dylan. Kau buat aku makin malu" Comforter di tarik menyorok muka. Dalam hati dah berbagai carutan dia taburkan pada abangnya.

    "Tapi sebelum tu" sepintas kilat, comforter itu disingkap laju lalu wajah Kaisar di tangkap. Jelas-jelas disitu kulit muka Kaisar sedang merah. Bukan muka saja,leher dan telinga pun ikut sama. Hm,putih sangat kulit dia ni.

    "Kaisar. Kau comel di sini. Serius" sekali imbas gambar dia di tunjuk. Kemudian I-phone itu cepat saja dilarikan ke belakang tubuh.

    "Eah,limitied edittion ni. Tak boleh delete.  Aku nak tunjuk dekat anak aku. Nanti dia orang boleh lah kenal siapa Ucu dia orang yang sebenarnya. In real HAHAHAHAHA! Hah,bukan anak aku je. Anak Emrish tu paling penting. Ugh,bahaya"

     Anak abang Emrish? Ah tak boleh! Habis kecoh mulut dia bercerita nanti. Jahanam lah kau Kaisar. I-phone itu dirampas kasar. Kedua kaki Kaisar menahan tubuh Dylan dari bergerak. Dengan laju jarinya memadam gambar itu.

     Senyuman bangga melakar riak di bibir. " Well, ini Kaisar Caser Ahn lah"

TBC

Saya akhiri di sini. Tata!

KEEP YOUR VOTE&COMMENTS
-NISMICHA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro