Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6|THIS ISN'T A MOVIE

Adelia Edruce

In the remembrance of Allah I am guided by faith
In the remembrance of Allah I am lead by mercy
In the remembrance of Allah I found eternal peace
In the remembrance of Allah,
this world turn insignificant

♡💬
320 likes 

•》•》-----♢-----《•《•


BUTTON love post tersebut aku tekan menambah bilangan angka 320 kepada 321. Quotes ini buat aku tersentuh. Kuatkan semangat kau Adelia. Cuba perlahan-lahan untuk hilangkan memori neraka ini.

Aku senyum sendiri. If life is the movie. I want to get out of this story. Tapi kehidupan hanya sekali. Teruk mana pun tempat yang kaki aku berdiri. Itu,hidup aku, itu jalan aku, itu langkah aku. Jadi jangan end up with 'killing self'. Just guided by faith! Hati ada iman kan?

"Adelia sayang, nah,milo kau!" Sekotak milo dihulurkan kepada aku. Cara bercakap pun,pastinya Fatiha! Tak ada yang lain selain Fatiha. Dia saja yang bersuara gedik begitu. Nak tak nak aku tetap bersyukur. Dia seorang saja kawan yang sanggup beratur panjang untuk belikan aku sesuatu. Tapi kalau dia tahu apa yang terjadi pada aku. Bagaimana? Adakah Fatiha, masih gigih ceriakan aku atau pergi tinggalkan aku ? Haih,baru tadi aku motivasi diri sendiri. Sekarang,hati aku dah gusar semula. "Thank you " ringan sahaja bibir aku tersenyum.

"Ed, hm... Picitkan tangan aku please. Sakit gila weh. Tangan aku tersepit dekat kocek blazer sendiri" Adu bersama tangan yang sudah menjulur panjang dihadapan aku.

Hm,kalau lepas ni Fat tak manja seperti ini lagi bagaimana? Ah,aku-aku takut..

"Weih Ed! Kau dengar tak. Hadu, melamun je keje kau!" Fatiha mula bising. Satu apa pun tak masuk telinga aku. Sebab aku lagi terfokus untuk tenung bibir dia yang bertukar-tukar bentuk bila membebel.

"Kau ni...aku bercakap kau pula tenung macam tu. Scary tahu tak? Tapi kan,asal aku perasan. Muka kau makin berisi eh?"

Hah? Berisi? Aku tak perasan pula. Laju tangan aku naik menyentuh pipi yang katanya sudah berisi.

"Err..yeke?" Seingat aku,aku tak banyak makan sekarang. Semua tak lalu. Memang tak lalu lah kalau makan terus muntah. Egh, dengan sakit kepalanya lagi. Siapa je tahan? Aku sendiri pun rasa terbeban kadangkala.

"Yes ! Lagi-lagi pipi kau. Dia look macam..makin berisi tau! Ya-Allah geramnya aku!! Kau sumbat apa dekat pipi ni?"

Terjerit-jerit aku bila pipi dipicit begini. Bukan perlahan. Kuat ya ampun! Nak menangis rasa. Fatiha ni...pantang betul nampak benda bulat. "Sakit lah Fat!" Marah aku membuatkan dia berhenti dari terus melakukan perkara itu.

"Tak lah aku bukan apa, geram sangat! Sini pipi kau" sebelum dua jari berbentuk ketam itu serang pipi aku lagi, Laju aku tekup dengan tangan sendiri. Ugh, aku tak sanggup. Sakit weh dia picit. Bukan picit. CUBIT!

"Jangan lah Fat. Sakit.."

"Ehehehe. Okay-okay. Aku tak usik" Fatiha mengalah. Dia kini menghadap cermin sebesar telapak tangan sambil membetulkan tudung.

"Kenapa kau rehat sini?" Soal aku. Yalah,aku dapat lepak dalam kelas waktu rehat ini pun,atas sebab demam. Dua hari sebenarnya aku dah demam. Sejak asyik termuntah. Lepas itu sakit kepala. Tapi,pipi aku boleh naik? Wah, lemak apa yang tersumbat dalam pipi aku ni.

"Nah cuba kau tengok muka kau. Comel kan?" Nak tak nak aku pandang lah juga. Kasihan Fatiha dah bersusah payah bawakan aku air kotak ni tadi. Jadi, sudah semestinya aku layankan segala perangai perempuan bernama Fatiha Rizman ini.

"Hm,bolehlah" jari telunjuk aku tekan-tekan ke dalam pipi. Boleh tahan dalam juga. Eh dalam? Sedangkan sebelum ini,aku cucuk, rasa tulang muka.

"Tapi kan..aku jaelous lah" bibir Fatiha secara mendadak memuncung ke depan. Duck face menghiasi wajah Fatiha. "Je-jaelous kenapa?"

"Yelah. Pipi kau bulat. Tapi,kau tak ada double-chin pun ! Geram nya aku. Kenapa..kenapa kau ni cantik sangat! Takleh brain lah gini" ha, mula dah. Fatiha Rizman meroyan. Tapi,muka aku jadi mangsa! Asyik-asyik disentuh, digomol ! Aish rimas aku! "Fat janganlah.." Sekali lagi tangannya aku tolak agar jauh.

"Ye! Sorry. Sensitif sangat kau ni" aku..sensitif? Alah biasa lah tu,emosi perempuan. Ada masa sensitif lah. "Normal jelah" Jawab aku menyangkal segala kepelikan di atas perubahan fizikal dan emosi aku.

"Kenapa kau dekat sini?" Aku tanya dengan soalan yang sama. Boleh pulak dia lepas sampai ke sini. "Ouh aku. Alah, kau kan sakit. And plus ! kakak nerd tu yang jaga gate tangga. Jadi aku berlakon lah sedih-sedih di sebabkan kau. Ni hah! Kalau tak,tak adanya kau minum milo. Air liur jelah kau telan"

Ouh ! Aku terharu. Fatiha ini ada-ada jelah nak ambil hati aku. "Dah pukul 10.50 ni. Apasal tak ada yang masuk kelas lagi?" Fatiha mengeluh sebaik soalan itu aku ajukan. Kemudian, kepala dia menjengul di ambang tingkap kelas ini. Menjengah sesuatu diluar. Atau lebih tepat,di bawah sana.

"Ouh patutlah..dia orang ada lagi"  Siapa yang datang? Aku musykil dengan jawapan Fatiha.

"Siapa?" Soalku. Tangan Fatiha aku tarik suruh duduk.

Fatiha kembali duduk. Minuman kotak milo aku dicucuk lalu di tolak ke depan aku dahulu.  Amboi,siap bukakan.

"Siapa lagi. Team basketball Cares's Highschool  lah"

"cares's ?" Pernah dengar perkataan ini. Rasanya,banyak kali aku dah pernah dengar. "Yeah..Kaisar Ahn ada dekat court. Dan dia orang,masih bermain. Sebab itu lah ramai student  sanggup ponteng kelas semata untuk turun padang. Masing-masing nak tengok dia weih. Siapa je taknak tengokkan? Kaisar ada. Kriss,Desmond dan Daiyan tu pun ada. Hots semua tu. Takkan nak lepaskan peluang"

"Ouh" Nama mamat ni lagi. Asyik nama dia je. Aku naik hafal dah. Tapi taklah sampai jemu. "Jadi kau..kenapa dekat sini? Haish, sepatutnya kau turun bawah. Join lah dia orang. Jarang-jarang kan team Kaisar datang ke sini. Eh jap,asal kat sekolah kita. I mean, Girls school  kot? "

"Adelia Edruce ku benci tapi ku suka. Antara kau dengan Kaisar. Kau lagi penting tau. Dari kau keseorangan baik aku temankan. Ha tengok,fanfic ig Kaisar dah post gambar hots baru dia! Video pun ada! Wah, weh hebatnya dia..aduh-aduh, jatuh crush aku kalau macam ni"

Tak semena-mena aku tersenyum. Ya-Allah Fatiha. Baiknya kau. Kadang aku tergelak bila Fatiha berubah perilaku seperti ulat beluncas depan aku. Ini semua,pasti sebab gambar seksi Kaisar. Aih, pape jelah. Asal dia tak murung.

"Kau nak tengok tak? Serious talk ! Dia nampak nice  giler dalam ni" Aku geleng. Tak nak. Tak mahu aku. Kalau namanya LELAKI. Tak akan pernah ada kata mahu pandang lagi terlintas di fikiran atau angan-angan aku. Sudahlah, ujian aku sangat berat sekarang ni.

Lelaki, jangan percaya. "taknak..sudah!" Fatiha menarik I-phone nya semula.

"Ouh tadi kau tanya kenapa dia buat dekat sini kan? Entahlah aku pun tak sure sebenarnya. Saja je kot. Sebab fans ? Itu kemungkinannya. Alah, normal lah lelaki hots macam tu" Em yelah. Logik juga.

"Hoodie aku mana? Kau ada amikkan tak kat dalam locker ?"

"Ouh, ada. Ni ha, nak aku pakaikan?" Belum sempat angguk. Fatiha dah mendekat. Hoodie  itu dibuka dari lipatan, dengan cermat dia pakaikan jaket itu ke tubuh aku. Setelah itu, Fatiha duduk semula dihadapan aku. Tak sampai sesaat dia bangun balik. Aku pula yang terkejut.

"Hehe,aku lupa" Kepala hud hoodie ini di pakaikan ke kepala aku yang masih bertudung. Helok sahaja dia kemaskan dekat kepala. "Wah cantik! Event aku seram sebab tak nampak mata kau" Fatiha tergelak sakan sendiri.

Ceh,sempat aja Fatiha ni. Dah puji,mengutuk pula. "Kau sekarang ni banyak pakai hoodie. Asal eh? Besar-besar pulak tu" Aku tahu. Satu masa,Fatiha akan makin pelik dengan perubahan aku. "Saja. Aku terminat. Anggap je ni fesyen aku sekarang"

"Err..Ed..." suara Fatiha tiba-tiba meleret. Dah kenapa pula ni? Semacam aja cara memanggil. Pasti ada sesuatu ni.

"Apa dia Fatiha Rizman?" Faham-faham sendiri sajalah Adel. Fatiha kalau dah bersuara macam tu,misti nak sesuatu.

"Erm..kau..ada nak pergi toilet tak?"

"Tak. Malas. Haih, aku demam ni Fat. Nak berjalan pun,rasa tak larat" Adu aku dengan wajah kronik. Eh tak adalah. Cuma,acah tenat je. "Ikut lah aku Ed,aku tak tahan ni"

"Kau kan biasa pergi seorang? Kenapa nak berteman pulak harini?" Inilah lumrah persahabatan. Seorang sanggup berkorban. Dan seorang lagi; seperti aku ni,padah asyik mengelat je. Yah! Teruknya kau Adelia.

"Hari ni block kosong. Lengang weih. Ramai kt court sana. Seram lah aku" haish, Fatiha ni.

"Okaylah jo--"

Bum!

Baru nak cakap. Fatiha dah lari keluar kelas. Bergema kelas ini bila dia hempas pintu seperti itu. "Eh kata nak aku teman kan !" Apa kene dengan Fatiha ni. Main lari je. "Takpa! Takpa! Aku dah tak tahan sangat ni!"

Ouh. Okay.

Aku biarkan. Tak apalah. Selamat lah tu Fatiha. Sementara itu,aku menyusung badan ke depan. Kepala yang masih berbalut kain tudung sekolah dan hud ini aku baringkan ke atas meja. Kedua lengan tangan aku jadikan bantal untuk sebagai alas. Mata aku leka merenung langit di luar tingkap. Syukur langit tak berwana unggu. Kalau tidak, ada kemungkinan kepala aku sakit. Haha.

[•••]

"HYUNG !" Desmond menoleh. "Apa dia?" Bola oren itu dilantun beberapa kali sebelum di baling kearah Kriss. Cekap sekali Kriss menangkap sebelum menghandal bola itu dengan lincah.

"Aku pergi toilet kejap. Control game ni ! " Desmond mengangguk setelah menerima arahan daripada captain team mereka.  Sebaik itu,dengan lekas Kaisar berlari ke belakang dewan. Kaki sudah hampir terlajak keluar. Namun, disebabkan suara-suara perempuan yang sedang menyorak namanya dari barisan podium tadi, buatkan  dia tak berani nak keluar dalam keadaan sebegitu. Cemas kalau diserang secara tiba-tiba. Kaisar, bukan suka melayan orang sana-sini.

Hoodie kuning yang tergantung di tepi locker itu di ambil lalu disarung dengan pantas. Kepala hud dinaikkan sebelum berjalan dengan langkah yang laju untuk keluar dari dewan yang mereka gunakan untuk bermain basketball.

Mata Kaisar menangkap tulisan tandas pada papan tunjuk arah sekolah ini. Dari kiri ke kanan, Kaisar lihat. Pada dia, arah kanan lebih dekat.

Tangga-tangga itu dipanjat dengan cepat. Tapi masih tak jumpa. Sampailah dia di tingkat paling atas aras block ini.

Kaisar bingung. Semua kelas? Mana pula datangnya tandas. Nak tanya..tapi,kelas banyak kosong. Walaupun begitu,kaki Kaisar tetap melangkah juga. Kelas demi kelas dia lepasi. Hinggalah tiba di hadapan satu kelas. Dia berhenti.

4ST1

"Sains tulen ke.."

Mata Kaisar terarah pada seseorang di dalam itu. Thank god ! ada orang! Dia langsung masuk tanpa sebarang ketukan di pintu. Al-maklumlah,kelas lengang. Lagipun,cuma perempuan itu saja yang ada di dalam kelas. Fikir-fikir balik. Perempuan ni misti tak sama dengan perempuan lain yang lebih tertarik untuk bersorak kepada lelaki dalam court basketball  sana. Dia malah, lebih berminat untuk tidur di sini. Siap,berhoodie pula tu! Tak panas ke?

Bibir Kaisar serta-merta menyerot sengih.

"Excuse me.." Dan gadis itu secara drastik duduk menegak.

Kaisar kaget beberapa ketika. Hilang rasa tak tahan untuk membuang. Dia baru sebut 'excuse me' perempuan itu dah macam disambar petir. Dengan hoodie itu lagi. Tipulah kalau tak ada perasaan cuak terdetik di hati Kaisar waktu ini.

Sepintas lirikan anak mata coklat Adelia memandang Kaisar sebelum tertunduk kebawah dan menyunsung badan rapat ke dinding. Hujung-hujung jari yang terkeluar dari lengan turut ditarik masuk ke dalam lengan hoodie. Sampai tak nampak jari dia. Apatah lagi yang lain. Sekadar bibir dan dagu je yang jelas kelihatan.

Disebabkan tiada sebarang soalan yang keluar dari bibir gadis berhoodie itu. Kaisar memutuskan agar dia saja yang bertanya. "Ark..so-sorry ganggu kau. Aku sebenarnya,nak ke toilet tapi..macam salah jalan je"

Sipi-sipi mata Adelia naik menjeling Kaisar. Kebetulan pada masa yang sama, Kaisar sedang memandang dia. Tepatnya, pandang kepala berhoodie itu. Jadi bila mata dia bertembung dengan mata Adelia, terus meremang tengkuk.

Erh,kenapa aura perempuan ni seram sangat. Betul ke dia jumpa manusia ni?

"Mak-maksud aku. Aku tak jumpa tandas lelaki dekat mana. Ha..." Terang Kaisar lagi. Masuk ini, sudah kali ke-3 dia teguk liur depan perempuan ni.

Kaisar perhatikan apa yang perempuan itu nak buat. Buku nota dibawah meja diambil. Sebatang pen turut dicapai dari pencel case.
Dekat sini tak ada tandas lelaki. Awak salah tempat.

Turun bawah semula. Jalan 10 tapak lagi. Ada tandas guru
lelaki. Guna yang itu.

Gadis itu menolak kertas dari buku notanya agar dekat dengan Kaisar. Setelah itu tangannya di alih kan kebawah meja semula.

"Ouh okay. Thank--" di saat Kaisar menunduk mahu memulangkan kertas itu semula, dia terhidu sesuatu. Bau..bau ini lagi! Ini bau yang sama dia terhidu ketika bertembung dengan seorang perempuan hijab berhoodie hitam tempoh hari. Yang mana, dia sentiasa tertanya-tanya siapa.

"Kau orang yang sama kan?" Soal Kaisar tidak ragu-ragu. Lantas kepala hud itu bergerak ke kiri dan kanan. Kaisar tersenyum serta merta. Killer smile  yang mampu mencuri hati sesiapa saja melakar di bibirnya.

"Aku kenal kau,little hoodie " Kata Kaisar serta-merta. Dia tak tahu apa nama perempuan tu. Jadi,tak salah rasanya kalau dia gelarkan little hoodie sebagai panggilan. Perempuan ini,memang kecik. Hoodie saja besar. Saiz pun,macam saiz dia.

Dalam tak sedar, kata-katanya tadi memberi kesan yang dalam pada orang di dalam hoodie itu. Adelia menggigil.

Sebelum keluar. Kaisar sempat berpaling dan berkata sesuatu. "By the way. Aku suka wangian kau" Dan Kaisar melangkah keluar dari situ.


[•••]

"AKU suka wangian kau" Air mata aku jatuh mengalir mendengar pujian itu. Hati aku pedih. Telinga aku panas. Beberapa kali bibir aku kemam. Air mata ini tetap saja mengalir. Bayangan memori neraka itu kembali menghantui aku. Aku dah cuba sehabis baik nak lindung terutamanya dari pandangan para ajnabi. Tapi mereka, semakin tertarik dengan semua ini.

Sekali lagi. Diri aku diperkatakan sebegitu. Walaupun bukan dari lelaki yang sama,ia TETAP lelaki! Hina dan murah sangat ke aku ni sampai lelaki senang sangat tabur pujian pada tubuh aku. Makin lama,makin jijik pula dengan badan sendiri. Aku rasa aku kotor. Aku..aku tak tahu macam mana nak sorok badan ini. Aurat ini.

Aku tak faham. Aku dah bertudung litup dan berbaju besar serta longgar begini. Seluar pun kadangkala,serupa skirt. Jari? Jangan mimpi lah nak nampak. Dan apatah lagi,suara aku. Sebab suara ini,aku betul-betul jaga. Tapi tetap, di nilai dari kecenderungan yang jauh sekali aku tak minta.


Aku hanya fobia. Trauma dengan memori lepas. "Syaitan.." lama..bibir aku tak sebut.

TBC

-NISMICHA haniessta-
Goodnight,readers APD❤



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro