Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45|DANDELION

"Meskipun aku kehilangan segalanya,"

"Masih ada seseorang disisiku."

Bab 45

Bismillah, Assalamualaikum pembaca Memory Neraka. Salam sayang daripada saya penulis karya ini. Terima kasih sudah membaca Memory Neraka sehingga di bab yang ke-45 ini. Terima kasih sudah meningkatkan angkat views Memory Neraka. Terima kasih kerana menabur komen yang baik dan positif pada buku saya. Terima kasih atas sokongan pembaca semua.

Ada yang menyukai karya ini sepenuhnya. Ada yang menyukai Kaisar Ahn dalam watak Memory Neraka...dan ada juga yang menyukai Adelia Edruce juga beberapa watak sampingan dalam buku ini. Terima kasih. Suka korang bermakna sukalah juga pada penulisan yang dibawa oleh saya. Walaupun masih banyak cacat dan cela...tetapi terima kasih.

Minta maaf. Saya seorang penulis yang agak lambat update sebuah cerita. Pasti tergantung buat beberapa waktu sehingga buatkan pembaca semua menunggu dalam waktu yang bukan sekejap. Namun, pembaca tetap setia menunggu kehadiran page baharu Memory Neraka.

Terima kasih kerana menunggu. Awalnya saya ingin singkatkan bab untuk mengakhiri Memory Neraka. Tapi disebabkan saya sendiri jatuh cinta pada dua nama watak utama buku ini, buatkan saya tarik semula susunan plot untuk dipanjangkan sedikit.

Terima kasih untuk 28.7k ! Selamat membaca.



LETIH berjalan. Sebuah bangku batu kosong dijadikan tempat melepas lelah. Wajah disua ke dada langit. Gelap. Malam sudah berkunjung tiba, namun bayang yang dicari masih tiada khabar. Daiyan menghela nafas panjang. Apakah gadis bisu itu tak ingin bertemu dengannya lagi? Sengaja mengelakkah atau bagaimana?

Eiliya Sofea. Gadis bisu itu hari-hari dicari. Hari-hari ditunggu. Bukan Daiyan tiada hal dan kerja lain. Namun fikirannya sarat dengan baris senyuman Eiliya Sofea. Betapa sopannya si gadis disaat pertama kali bertemu.

"Encik?" sapa seseorang.

Mata Daiyan celik. Lantas pandangannya tertoleh. "Ha?"

"Minta maaf cik...Tapi...Tempat ini dah nak tutup. Rasanya cik dah boleh balik..." ujar pengawal keselematan yang bertugas malam itu. 

Dengan berat kepala diangguk. "Oh...baik." balasnya mengerti. Nampaknya, tiada lagi peluang untuk bertemu Eiliya Sofea hari ini.

Daiyan berdiri. Selangkah dia mahu meninggalkan tempat ini, suara teriakan seorang lelaki menyebut nama gadis yang ditunggu berhari-hari mematikan niat Daiyan untuk pergi. Badannya kembali berpatah balik. Dua belah mata meliar ke sana sini mencari kalau-kalau kelibat si gadis atau yang mencurigakan berjaya ditangkap.

"Eiliya!" sekali lagi suara keras itu meneriak nama sang gadis. Daiyan jadi tidak sedap hati. Kaki sedikit laju berlari ke arah sebuah lorong. Dia pasti, suara lelaki itu datang dari arah sana. 

Sampai sahaja disana. Jantung Daiyan bagai mahu gugur. Lemah lututnya melihat keadaan seorang gadis bisu yang tidak bisa berteriak meminta tolong atau melawan kudrat lelaki. Kepala dan beberapa bahagian tubuh yang dipenuhi darah itu ditatap. Eiliya Sofea berpaling ke sisi. Ketika melihat Daiyan disitu, bibirnya perlahan-lahan mengoles senyuman.

"Syukurlah...ada seseorang yang datang..." ujarnya dihati. Mata itu tetap dipenuhi wajah risau seorang Daiyan. 

"Woi sial!" 


MENU terakhir baru sahaja dihidang bersama menu-menu yang lain. Namun bola mata Adelia kekal membeliak besar akibat terkejut akan hidangan yang bakal dijamu. Ini sarapan berdua atau sekampung?

Kaisar menunduk sedikit. Menjengah keadaan Adelia yang tidak bergerak dan berkelip sejak makanan ke tiga dihantar lalu dihidangkan ke atas meja mereka berdua. Wajah lucu itu menjadi tarikan dimata Kaisar Ahn. Saban hari, rasa ingin mendalami dunia Adelia Edruce semakin kuat. Dia semakin ingin menjadi lelaki yang tahu hal dan perihal gadis itu.

"Little, are you okay? " suara serak basah Kaisar Ahn memecahkan suasana. 

Adelia tersentak. Anak mata hazelnya tergerak naik ke arah Kaisar Ahn. Terpapar jelas wajah risau lelaki itu. 

"Kenapa? Kau...tak berselera nak makan? Atau makanan ini semua bukan selera kau?" soalnya laju. Adelia ditatap lama. Sabar menanti jawapan dari wanita yang sudah melahirkan anaknya.

"Okay kalau tak suka aku tukar menu sarapan kita." ujar Kaisar lantas berkejar ingin bangun daripada tempat duduknya.

Pergelangan tangan Kaisar pantas dicapai. Adelia menggeleng tanda tidak perlu. 

"Duduklah." pintanya lalu tersenyum kecil.

Langsung Kaisar akur dan ikut apa yang dipinta.

"Kenapa...kau tak sukakan sarapan di hotel ini ke?"

"Bukan," dalih Adelia bersama gelengan kecil. Salah satu pinggan yang terisi hidangan termahal hotel tersebut ditarik mendekatinya. Hidangan yang mewah. Hidangan yang cantik dan tentunya, mahal. Adakah lebih mahal dari harga dirinya? Kaisar Ahn sengaja ingin memerli maruahnya kah?

"Singkirkan apa yang ada dalam fikiran kau sekarang. Ingat Adelia. Apa yang kau fikir, bukan seperti apa yang disangka,"

"Sekarang makan dulu. Habiskan kalau kau boleh." ujarnya lagi.

Mata Adelia mengecil. "Bukan ke...awak nak kata yang saya ni lebih murah daripada makanan mahal ni. Iya kan?"

Terdengar desahan kecil terbit dari bibir Kaisar. Lelaki itu mengusap wajahnya dengan sebelah tangan. "Tak," katanya. 

"Little,"

"Sebab kau mahal. Terlalu berharga dan istimewa...jadi aku bawa kau makan ke sini."

"Untuk apa?" Adelia menyoal kembali.

"Untuk..." kejap Kaisar tertunduk ke bawah.

"Anggap sahajalah, makanan yang mahal ini setanding dengan kau."

"Tapi saya bukan sesuatu yang boleh dibandingkan dengan nilai duit Kaisar." balas Adelia yang kurang senang dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Sudu dicapai. Hidangan itu mulai disentuh meski hatinya terasa dengan kata-kata Kaisar Ahn sebentar tadi.

Lagipula, dia tahu perkara ini akan menjadi sebuah pembaziran yang teruk jika tidak dimakan. Kerana Kaisar pasti akan membuangnya kerana tak mahu orang lain memakan sisa daripadanya.

"Awak tempah sarapan terlalu banyak. Kita berdua saja Kaisar. Duit awak sepatutnya disimpan. Bukan dibazirkan dengan hal macam ni. Perut saya jangan risau. Awak pun tahu saya tak makan banyak,"

"Dan saya taknak bebankan seseorang seperti awak." mata dilirikkan keluar tingkap restaurant. Langit biru menjadi pusat renungan menelan segala kepahitan yang pernah dilalui. Betapa dia, masih merasakan takdir sebegitu tidak memedulikan tangisan manusia sepertinya. Penghujung cerita tetap bersama Kaisar. Sampai bila...nama itu akan tetap didengari?

"Setakat sarapan macam ni. Tak sama dengan nilai maruah kau yang aku dah ambil,"

"Maafkan aku,"

"Aku tak mengharapkan lebih,"

"Tapi sekurang-kurangnya...terima dan ambil sahaja apa yang aku bagi dekat kau. Apa yang aku rasa aku nak berikan pada kau, tugas kau adalah ambil dan manfaatkan. Itu sahaja,"

"Kau faham?"

Adelia bungkam mendengarnya. Badan kembali bersandar pada tulang kerusi. Dipandang dalam-dalam isi wajah Kaisar Ahn. 

"Hidup saya bukan selamanya bergantung pada awak. Makan, pakai, rumah dan keselamatan saya...saya taknak jadikan awak tempat bergantung."

"Aku tahu Adelia. Hari kau dah tak panjang. Sekarang makan. Sebab lepas ni, soal gantung tak gantung tu dah tak ada. Kalau ada, kau siap."

"Kenapa pula?" kening Adelia bertaut satu. Dia bingung dengan ucapan Kaisar. Sejak semalam, ayat "...berbaki dua hari..." dan "...beberapa hari..." asyik berlegar-legar dalam tiap dialog Kaisar Ahn. 

"Kenapa? Nanti kau tahulah..." balas Kaisar acuh tak acuh.

Tangannya memotong roti dan kek kepada menjadi dua. Kuning telur itu dicucuk mengalirkan jus kuning sebagai zat dan vitamin hidangan. 

Pinggan itu kemudiannya ditolak ke arah Adelia. "Makan," arahnya lalu kembali mengendahkan si gadis. Kalau dilayan, disoal lagi yang entah apa-apa. Emosi Adelia juga bukannya sesihat mana. Kalau terjadi apa-apa, payah dia hendak menjaga. 

Gadis itu akur. Walaupun di hati masih berselirat dengan rasa tidak berpuas hati. Hidangan itu tetap diterima. Disuap ke dalam mulut dengan keadaan masih bengang akan Kaisar. 

I-Phone di sisi Kaisar tiba-tiba sahaja berdering minta diangkat. Hal itu langsung menarik ekor mata Adelia untuk naik  menjengah. Namun, Kaisar terlalu pantas mengambilnya dan mengangkat panggilan tersebut. 

"Sorry. Duduk sini diam-diam and tunggu aku sekejap." pesannya sebelum beredar dari situ. Dirinya dibawa sedikit jauh dan terpinggir disisi restoran. 

Mata Adelia mengecil. Diperhatikan gerak geri Kaisar dari sini. Apa yang dibualkan? Haih, nampak sangat tak mahu dia dengar dan sibuk tahu. Memang tak ingin dia tahu lah itu. Wajahnya pun, serius semacam. Hal penting ke?

Aih, disini Kaisar memang terlihat penting. Lagaknya seperti sudah bekerja dan punya masa yang padat. Tapi masih diluangkan untuk menemani dirinya.

Kaisar kembali merapati Adelia Edruce dimeja makan. Nafas dihembus lega. Petang nanti dia terpaksa menguruskan sesuatu dan meninggalkan Adelia sekejap. Harapnya, itu tidak memburukkan suasana hati Adelia. 

"Awak sibuk ke?"

"Tak," Kaisar geleng. Punggung kembali berlabuh. Sarapan kembali disuap ke mulut. Sempat matanya terpandang pada kesan comot di bucu bibir Adelia. 

"Kalau makan tu. Cuba jangan comot. Siapa baby sebenarnya ni? Kau ke Caden?" ujarnya sambil tangan prihatin mengelap kesan comot menggunakan tisu di tangan. Adelia berdeham menahan malu.

Pandai pula daddy Caden ini memerli.

"Awak, kalau awak sibuk...saya boleh duduk diam-diam dalam bilik. Ataupun, kalau awak ni sejenis yang bertimbang rasa...izinkan saya keluar sendiri. Hehe, jalan-jalan dekat sekitar Seoul ni aje..."

Dengar sahaja permintaan little hoodie, otak Kaisar sudah terfikirkan tragedi di zoo. Kandang panda pun dia berani redah apatah lagi tempat berbahaya disini. Ah sudahlah! Adelia kalau hilang kawalan, buas bukan main. Lebih baik ada dia yang awasi keadaan gadis itu. Hendak berjalan? Biar ada dia. 

"Kaisar Ahn tak bertimbang rasa. Dia juga tak suka beri izin. Jadi, no little...you can't go anywhere without me." garfu dicucuk dengan dalam pada potongan daging sebelum disuap ke mulut dengan kelat. Ada hati nak berjalan tanpanya. Humph!

Cemberut terus riaksi Adelia. Kaisar ini...dia bukannya kanak-kanak yang perlu dipantau orang tua. Juga bukan isteri lelaki itu! Sesuka je Kaisar ni!

"Tapi awak kan..."

"Tak ada tapi. Aku sangat lapang harini. Masa aku panjang. Kalau sibuk kenapa aku bawa kau sekali?"

Adelia terkebil-kebil. Ada benarnya juga. Kalau lelaki itu sibuk mengapa harus dia dibawa sekali?

"Sebab...awak rasa serba salah dengan saya?"

Kaisar terdiam mendengarnya. Bibir diketap rapat. Ugh, Adelia Edruce.

"Okay, my little...jangan sebut fasal benda lama...okay? Aku sentiasa ada dengan kau. Lindungi kau. Aku Kaisar Ahn. Kenal kan?"

"Saya kenal Kaisar." balas gadis itu bersama senyuman. Kaisar faham dan sedang belajar mengerti. Adelia seorang pesakit PTSD. Bila-bila masa, apa yang difikir, akan memancing trauma di masa lalu.

"Good." kepala Adelia diusap. Kaisar menghadiahkan senyuman kecil. Tumpuan dia buat Adelia tak pernah hilang.

"Lambatnya little aku makan. Macam ni bila nak berjalan? Habislah date kita,"

"Date?"

"Iya. Dah sini aku suapkan." sudu ditangan Adelia dirampas. Satu demi satu, suapan disua. Semakin lama, rasa sayang itu hadir dengan sendiri. Gadis yang datang dalam hidupnya bersama seorang cahaya mat. Anak yang tak pernah disangka akan ada. Namun ternyata inilah takdir yang diciptakan. 

Dia. Adelia. Dan Caden.

"Mas-issneun?"

"Ha?"

"Bila aku cakap macam tu...maksudnya aku tanya, sedap tak?"

Laju Adelia setuju. "Sedap! Tapi manis sikit. Mungkin sebab ada awak!" ujarnya lalu tertawa ceria. Hilang segala bayang buruk terhadap Kaisar. Dia terlihat bahagia kerana Kaisar tahu bagaimana diri dia yang sebenarnya. 

"Terima kasih."

Dimata aku, kamu itu tetap saja sempurna. 



PEMANDANGAN disajikan dengan blok-blok perumahan rumah dan kedai tradisional. Landskap dan seni binanya cantik dan punya nilai tersendiri. Buckchon Hanok Village. Tempat ini terletak di daerah Seoul, Korea Selatan. Ada beratus-ratus rumah disekitar Bukchon Hanok Village dan rumah-rumahnya dibina dengan reka bentuk tradisional. Ada yang sudah di tambah baik dan ada juga yang kekal seperti itu sejak dahulu.

"Orang dekat sini tak panggil rumah tradisional," Kaisar memulakan bicara. Dilirik sikit wajah Adelia yang teruja sejak turun dari kereta tadi. 

Adelia berpaling. "Jadi mereka panggil apa?" soalnya ingin tahu.

Kaisar datang mendekat. Kepala itu diusap. "Hanok." jawabnya. "Tradisional digelar 'hanok'. Bertetapan dengan nama tempat ini. Bukchon Hanok Village. Kalau ingin menyewa dan ambil feel gaya Korea zaman dahulu kala pun boleh juga." lanjut lelaki itu lagi.

Adelia angguk mengerti. Kalau dilihat-lihat, di sekitar kawasan ini juga penuh dengan restoran makanan Korea. Dan sudah tentu, kebanyakkannya adalah makanan asli negara mereka. Pusat kebudayaan juga penuh disini. Kerana ramai pelancong dan orang tempatan yang rajin berkunjung, kawasan ini banyak menyediakan rumah penginapan untuk beberapa malam. 

"Kaisar! Jom makan! Terliurlah...semua nampak sedap. Awak pernah makan dekat sini?" perhatiannya kini teralih pada Kaisar Ahn. Alang-alang Kaisar disini, serupa saja menjadi pandu perlancongannya di bumi Korea. Haha!

Kaisar mencebik. " Ya, memang sedap. Pernah." balasnya.

"Okay kalau macam tu, jom bawa saya pula makan dekat sini. Macam sedap..."

"Tak boleh." laju Kaisar memotong. Lengan Adelia digenggam supaya tidak pergi.

"Kenapa pula!"

"Sebab bukan halal. Kau nak makan makanan haram ke? Nak cuba rasa daging binatang pink tu?"

Bagai butir peluru berderai ke tanah. Adelia terkebil-kebil polos. Ya..haram. Habis itu Kaisar? Bukan dia kata dia pernah ke tadi?

"Awak kata awak pernah? Boleh pula awak makan?"

Bila soalan itu berbalik semula kepada Kaisar. Lelaki itu bertingkah tidak kene. Lehernya diusap dengan wajah yang ingin cepat-cepat lari dari di tenung Adelia.

"Aku lain...kau lain.." ujarnya perlahan. Telinga Kaisar diserbu warna merah. Begitu juga dibawah rahang. Adelia tahu itu. Kaisar malu dengan masa silamnya yang buruk. 

"Okay, saya taknak pun. Tapi, awak kene ambil gambar dengan saya. Banyak-banyak!"pinta Adelia semangat. Iphone Kaisar sudah dirampas. 

"Lepas itu..."

"Lepas tu?" sebelah kening Kaisar terangkat. Apa lagi budak kecil ini mahukan? Cuba cakap biar jelas. Buat dia suspen sahaja dari tadi.

Tersengih gadis itu. Kemudian ketawa suka. Buatkan Kaisar bertambah pelik melihatnya.

"Little jangan nak buat perangai macam dekat zoo haritu," awal-awal Kaisar sudah ingatkan. Bukan apa, kalau itu yang sudah dirancang dalam kepala Adelia, dia harus mencantasnya awal-awal.

Kesian satu.

Bahaya pun satu.

Ah...tak trauma dia buas, tak buas dia hyper, tak hyper dia clingy.

"Eh bukan! Saya tak ada niat macam tu pun," laju Adelia mencantas. 

"Hm? Okay...jadi?" nampaknya Kaisar ingin beralah. Tak mengapalah...percayakan saja apa yang diinginkan Adelia.

"Saya nak awak post gambar kita dalam instagram awak. Boleh?"

Sepi. Jeda. Anak mata Kaisar terpegun lama menunak sepasang hazel milik Adelia Edruce. 

"Ouch! Sakitlah!" refleks Adelia tatkala dahinya dijentik secara tiba-tiba. Sakitnya itu, tuhan sahaja yang tahu. Nampak perlahan namun hakikatnya...sakit!

Dahinya digosok menghilangkan pedih. Di jeling Kaisar Ahn dengan geram.

"Demam ke? Kau bukan tak suka aku?" soal Kaisar. Tangannya kembali dimasukkan ke dalam poket sweater. Terasa kasihanlah pula. Sakit sangat ke? Langsung Kaisar melarikan anak mata ke arah lain. 

Hanya sahaja gadis itu masih tidak tahu, selama berada dengannya...banyak tentang seorang Adelia Edruce di laman media sosial miliknya. Tapi tak sangka...gadis itu juga ingin dirinya ada dalam hidupnya. Perut Kaisar diserbu rama-rama. Makin tak tentu arah dia. Nak tinggalkan Adelia disini ke? Kalau gadis ini hilang nanti...bagaimana pula? Ah namun dia sedang malu sekarang ni!

"Awak kenapa?" dalam geram, perubahan Kaisar tetap diambil kisah. Ditarik sedikit hujung sweater yang dikenakan pada tubuh Kaisar agar lightgrey itu beralih menghadapnya semula. 

"Why?"

Kaisar teragak-agak. Nak pandang mata hazel itu pun dia jadi tak yakin. 

"Kai..."

"Err...ni...kau-I mean, kau...urm..." wajah Kaisar berkerut. Apani! Apa yang dia sedang mengarut ini? Aduh...jatuh handsome kau. Adelia please...

Mata dilarikan lagi. Namun setiap kali Kaisar cuba mengelak dari bertentangan dengan Adelia, setiap kali itu jugalah Adelia kembali mendesak tubuhnya untuk tidak pergi. Kaisar mengalah. Dihembuskan nafas dengan kuat sebelum berdepan semula dengan gadis itu.

"Awak kenapa ni? Hidung ni...asal merah? Sejuk sangat ke?" 

"My...my face?" Kaisar soal dan Adelia angguk. "Hm yea. Sejuk." 

"So, kau bukan tak suka aku ke?" Kaisar saja mengutarakan semula soalan tadi.

Terus Adelia menjauh darinya. 

"Haah. Tak suka. Tak suka betul dengan awak ni. Entah macam mana dalam banyak-banyak, boleh awak ayah si Caden? Allah, putar-putar nama awak. Kaisar, Kaisar, Kaisar. Lepas itu, awak cakap nak hantar saya balik ke rumah umi? Penat je saya dijadikan kekasih satu hari awak! Lepastu? Saya tidur semula dekat katil awak?"

"Bruh..."

"Sudahlah, saya memang tak ditakdirkan untuk balik lagi."

Puas memprotes. Adelia tersedar beberapa perkara. Dia langsung tak sedar dirinya sudah terlanjur mengomel itu dan ini dihadapan lelaki yang sudah banyak membantunya. Baru sedar, Kaisar dengan semuanya. Baru sedar, dia tak meluah sorang-sorang  kali ini. Dia baru sahaja terlanjur kata dihadapan Kaisar.

"Finish?" sebotol mineral dihulur.

Terkulat-kulat Adelia sebaik soalan itu diajukan padanya. Anggukan kecil. Botol yang dihulur oleh Kaisar dicapai lambat-lambat.

"Pegang je buat apa? Minumlah."

Adelia akur. Penutup botol dibuka lalu diteguk minum. Rasa nak menangis lah pula. Aish, kenapa ni? Kenapa kelopak matanya mula panas? Air apa ni? Air mata dah jatuh?

"Hiks..." cebikan pertama sudah terlepas. 

"Kaisar saya minta maaf..." langsung sahaja dia menangis. Suara tangisan Adelia mengejutkan Kaisar dan orang lalu lalang berdekatan mereka. Sudah tentu, Kaisar menjadi target utama penyebab gadis itu menangis.

"Saya...saya terlepas cakap..." kalau tadi perlahan, kini sudah menggogoi berat. Sampai jatuh bercangkung. 

"Okay...okay Adelia pandang aku," pinta Kaisar namun tak dilayan. Di tutup wajah dengan dua belah telapak tangannya rapat ke muka. Kalau menangis, pasti buruk ni. Kalau Kaisar lihat, lagi lah memalukan!

"Little..."

"Little..."

Masih sama. Gadis itu lebih memilih untuk menangis semahunya. Kaisar tak berniat ingin marah semula pun. Bahkan dia tidak kisah jika Adelia hendak bercakap panjang berjela lagi. Namun hati gadis itu terlalu sensitif di masa ini. Cepat betul rasa takut dan cemas kalau-kalau dia akan dimarahi Kaisar. Lagi pula, tatapan lightgrey Kaisar Ahn memang begitu. Tajam dan seolah sedang menaruh sebuah dendam. Padahal lelaki itu tidak seperti yang disangka.

"Little..." 

"Awak dah banyak tolong saya. Korban masa, korban kehidupan bebas awak. Letih jaga Caden dan saya. Hari ini, awak sibuk. Saya tahu awak sibuk dan tak ada masa sepatutnya. Tapi...eish mulut saya ni! Kenapa saya cakap awak macam tu. Kenapa saya bebel panjang sangat. Nanti awak rimas, lepastu awak-"

"Adelia Edruce Binti Yusuf!" nama itu disebut dengan tegas. Terhenti segala bicara kosong Adelia. Hanya rengekan kecil yang masih terdengar dari balik telapak tangannya itu.

"Tak. Aku tak berubah apa-apa. Tak jadi apa-apa. Dan tak akan lakukan apa-apa. Aku tak sentuh kau lagi Adelia. Aku tak akan pukul kau. Kaisar tak akan marah Adelia Edruce..."

"Sekarang ini, muka kau misti dah basah kan?"

"Dahlah tak payah malu dengan aku. Kau bersalin masa tu pun aku yang saksikan,"

"Adelia,"

"Kalau diikutkan hati, aku nak je tarik tangan kau dari tutup muka sendiri. Tapi sebab kau bukan yang halal untuk aku, jadi...lepaskan tangan tu dari muka. Kalau tak aku tersentuh nanti,"

Kaisar menghela nafas. Adelia tak ingin dengar.

"Dengar cakap aku Adelia. Dengar cakap Kaisar." lembut sekali nada yang digunakan. Ton itu adalah cara seorang Kaisar memujuk. Dia langsung tak pedulikan pandangan orang sekeliling. Asalkan, gadis ini tidak terus berada di fasa emosi yang dalam dan berat. 

"Ok...okay..." lega Kaisar mendengarnya.

Adelia menjadi tenang semula setelah dibalas dengan satu pandangan redup di depannya. Lelaki itu tak pernah letih memujuknya. Senyuman Kaisar sentiasa mendamaikan dirinya yang kusut pada bayang lama. 

Wajah Adelia memang basah dengan air mata. Tapi itu tak langsung melenturkan kejelitaan yang ada pada gadis itu. Kaisar senyum lembut. Di kesat air mata dan pipi yang basah itu dengan tisu. 

"Okay. Tadi kau kata lapar lagi kan?"

Adelia angguk laju. Ya, bau daging bakar di restoran belakangnya ini sangat menggoncang perut.

"Aku bawa kau pergi makan. Lepastu, kita balik. Aku nak kau tidur. Kau rehat. Dan jangan pergi ke mana-mana sampai aku balik. faham tak?" 

"Saya bosan..."

"Tak bosan. Janji tak bosan. Aku dah sediakan macam-macam."

Sediakan apa? Persoalan itu ditolak tepi dahulu. Dia bangkit dari bercangkung dengan bantuan Kaisar.

"Awak, kita nak makan dekat mana?"

"Boa Guesthouse...Dosirak, yang pasti halal. Aku pernahlah juga makan di situ." 

"Jauh ke?"

"Hm?" lengan Adelia ditarik merapatinya. Habis serabut tudung gadis itu selepas menangis tadi. Kaisar betulkan seperti sebelum-sebelum ini. Sepit yang dibawa dipakaikan pada tudung itu. Kalau tidak, terbuka lagi lipatannya. Nanti wajah comel ini pun dia tak bisa tatap kerana terlindung dengan kain tudung.

Ramai tidak tahu, tapi Kaisar pernah menghabiskan masanya dengan mempelajari jenis tudung dan cara pemakaiannya melalui tutorial di Youtube. Dan semua itu, gara-gara Adelia. Aih!

"Jauh tak?"

Kaisar angguk. "Boleh lah. Tapi tak juga."

"Dekat mana tu?"

"Hongdae, little."

"Bukan dekat depan mata awak ke?" Adelia mengekih ketawa. Suka benar dia. Kaisar tak pandai bermanis mulut. Tak apa, dia boleh!

"Sejak bila pegang watak sweet ni?" soal Kaisar. Lelaki itu turut ketawa setelah sadar dirinya asyik dimainkan dengan ayat-ayat begitu.

"Sejak awak kata, hari ini kita date!" 

"Okay. Suka hati. Jangan kau buat dekat mana-mana lelaki lain sudahlah. Dengar tak ni?"

"Iya," dan Adelia ketawa lagi. Tiba-tiba kakinya berhenti dengan mendadak. Kaisar sudah terbabas beberapa langkah ke depan baru sedar Adelia Edruce tidak bersamanya. 

"Little, sorry aku fikir kau..." ayat Kaisar mati disitu. Adelia tiada dibelakangnya. Dilihat Adelia tidak kelihatan. Dada Kaisar berdebar kencang. Kemana pula little hoodie pergi? Bukankah baru beberapa saat tadi dia ketawa dibelakangnya? Tak akan secepat itu boleh hilang?

"Little!" suaranya sedikit meninggi. Tak dipedulikan diri menjadi tontonan dan kepelikan.

Adelia harus ditemui.

Atau gadis itu sengaja menyorok di mana-mana ceruk dinding?

"Tak ada...Adelia!" Kaisar berpatah ke dalam semula. Di rempuh kawasan orang ramai. Sambil itu matanya turut melilau mencari pakaian dan ketinggian seperti si little hoodie

Dalam sibuk Kaisar mencari. Matanya terpanah pada satu susuk gadis bersweater labuh dan besar sehingga menjadikan si pemakai kelihatan sangat kecil. Bag kulit silang masih tersarung pada badannya. Gadis itu berdiri tegak menghadap sebuah sudut sambil mengomel sesuatu. 

"Dekat sini okay ke? Hm...cantik tu cantik. Tapi...kalau dia cun lah, habis itu aku? Tak cacat ke momen nanti?" setelah itu bibirnya mencebik. Semua tidak kena!

Kaisar kembali mengatur nafas dengan elok. Lega hatinya sudah melihat Adelia semula. Masya Allah...hampir nak tercabut jantungnya kalau Adelia betul-betul hilang. Sudahlah kecil. Pendek satu hal...

Apa dia patut hukum si pendek ini ya? Kurung di rumah ke?

Kaisar bergerak merapati Adelia. Geram ada. Marah ada. Sakit hati pun ada. Sedih pun ada. Ini prank tanpa sengaja Adelia...

"Little..." panggil Kaisar lembut membuatkan gadis itu berpaling wajah ke arahnya dengan sebuah senyuman teruja. 

"Hah awak dah sampai!" katanya teruja. Lengan Kaisar ditarik.

Dah sampai dia kata? Cakap hendak pergi pun tidak. Berpesan untuk pergi ke sini pun tidak ada juga. Kalau ingin pergi berasingan sekalipun, seeloknya beritahu dia dulu. Tak adalah rasa nyawa seperti diragut pergi tadi.

"Ada apa kat sini?" soal Kaisar. Nak marah? Tidak boleh. Adelia penghidap PTSD. Bahaya untuk emosinya menerima sebuah kemarahan orang lain. Nanti bakal terpengaruh pada sifatnya. 

"Ada..."

"Ada?"

"Ada..."

"Ada aku untuk kau kan?"

Adelia terkebil. Sebelah kening terangkat. Kepala digaru sambil menatap Kaisar dengan kebingungan. Lelaki itu ingin sampaikan apa sebenarnya?

Melihat respon Adelia yang seperti itu. Buatkan dia jatuh segan. Tersenyum kambing Kaisar dibuatnya. Dia tersalah punchline atau terhambar? Erk.

"Urm, tak apa...tak apa. Tapi boleh tak awak bagi saya Iphone awak satu je kali lagi? Please..." kedua belah telapak tangan ditekap tengah. Sebuah penghararapan dan rayuan ni! Harus dibuat sampai jadi!

"Boleh? Boleh? Boleh?" ulang Adelia berkali-kali.

Langsung Iphone itu dihulur. Setakat ini...tak ada apa yang mencurigakan dalam Iphone itu. Semuanya elok seperti selalu. Tak ada yang baru atau hilang yang lama. Melainkan gambar-gambar Adelia dan Caden. Kadang itu Cola termasuk sekali. 

"Tak puas lagi nak bergambar ke?"

Adelia sengih tayang gigi. "Tak bukan gambar,"

"Habis tu?" Kaisar jadi pelik. Kalau bukan gambar apa?

"Atau game? Kalau macam tu buat dalam kereta saja. Dekat sini buang masa little..."

"Saya bukan nak tangkap gambar juga bukan nak main game,"

"Saya..." Adelia yang jawab sepotong-sepotong itu menarik sepasang lightgrey untuk turut menancap pada kegiatan jari Adelia di skrin Iphone. 

Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke selama ni...

"Tiktok?!"

Mulut Kaisar ternganga. Terdiam dia melihat wajah dia, kegiatannya seharian dirumah bersama Caden dan Cola. Cola dan Caden juga menerima tontonan yang sebegitu banyak.

Terus matanya teralih pada muka tak bersalah Adelia Edruce. 

"Dah berapa lama?" Adelia tak menjawab selain membiarkan Kaisar melihatnya sendiri. 

1.4 Millions followers @Kaisar_Ahn 

"What..." Kaisar tak mampu kata apa. Sudahlah nama akaun itu adalah nama dia!

Akaun ini sudah lama ditubuhkan. Penuh content tentangnya, Cola dan Caden. Tanpa mereka bertiga sedar...Adelia Edruce melakukan hal ini. 

Renungan yang lembut berubah garang. Adelia dipandang tajam.

"Kenapa tak beritahu aku?" soal Kaisar.

Adelia teguk liur. Kecut segala sendi di tubuh. 

"Awak marah ke..." lambat-lambat anak mata hazel Adelia naik hingga cuba melawan pandangan menakutkan seorang Kaisar.

"Marah." balas Kaisar sepatah.

"Okay saya padam akaun ni."

Kaisar segera menahan. Matanya di pejam sambil tergeleng beberapa kali. Kalau itu yang menyeronokkan Adelia...tak mengapa. Walhal dia tak suka dirinya dikenali public namun, haih sudahlah...mungkin ini dapat membantu Adelia.

"Kenapa bio aku single daddy?" ya. Ini yang buatkan Kaisar hendak marah. Kecil besar sahaja Adelia dipandangannya sekarang. Dia buat Caden bukan sorang-sorang. Caden tak wujud dengan sendirinya. Hish!

"Caden tu ada, sebab ada aku dan ada kau. Bukan aku sorang-sorang wujudkan Caden tahu tak? Chubby kan badan Caden sekarang?"

Adelia mengiyakan. "Dia jadi macam tu sebab kau dengan aku yang jaga. Both. Bukan single. Faham?"

Adelia angguk lagi dengan wajah polos. 

"Jadinya...I'm not a single daddy. Meh sini biar aku tukar," Iphone itu dirampas. Heish, sudahlah orang fikir pemegang akaun ini lelaki, padahal yang membalas beribu komen adalah Adelia. 

"Okay apa...awak popular. Ramai minat Kaisar Ahn. Awak tak perasan ke bila noti naik?"

Kaisar menggeleng. "Tak. Aku tak sedar. Sebab aku percaya kau. Tapi...haih little, bosan sangat ke kau dekat rumah? Caden sorang tak cukup ya?"

"Kaisar!" wajah Adelia berubah garang. Kaisar macam nak makan penampar aja.

Hal itu membuatkan Kaisar ketawa senang. "Okay fine...Aku tak bergurau macam tu lagi. Tapi apa salahnya tambah satu lagi dengan cara yang halal?"

Mata Adelia membulat. Tergamam dia dibuatnya. Kaisar sedang apa ini?

"Apa maksud...."

"Maksud aku ni," tangan Adelia dicapai lalu Iphone diletakkan ke atas telapak tangan yang lebih kecil saiz daripanya. 

Adelia tunduk melihat. 

Will be the father of five children soon!

"Kai...Kaisar apani!" 

Lelaki itu angkat bahu. Kepala Adelia diusap lembut. "It's okay my little...demi kau aku tak akan delete akaun ni sampailah aku jumpa anak aku yang ke lima,"

"Jangan merepek boleh tak? Tukarlah...tukar," Iphone itu dihulur berkali-kali.

Namun tidak disambut. "Tukar? Kenapa nak tukar. Penat aku rancang masa depan." ujar Kaisar tak bersalah.

"Hish masa depan apanya. Kalau awak dah beristeri nanti boleh lah. Sekarang ni, bayang isteri awak pun belum ada tahu tak."

Kaisar ketawa kecil. "Bayang apa lagi little...jasad dia pun ada depan aku sekarang ni,"

"Siapa?"

"Adelia Edruce." ucap Kaisar dengan perlahan. Matanya redup memanah sepasang hazel pekat. 

"Kaisar. Awak tahu saya bukan..."

"I know," Kaisar laju memotong.

"Aku tahu kau. Aku tahu aku. Aku tahu Caden. Aku tahu semua. Kau jadi macam ni...bukan sebab lelaki lain. Sebab aku. Jadi aku tahu siapa yang layak untuk tanggung kehilangan, derita dan yang baru tentang kau. It's me, always me." dua belah tangannya melekap pada wajah Adelia Edruce.

"Kita isi kekosongan 4 orang anak lagi ya?"

"Kaisar!"

"Hish!"

"Dia ni sengajalah! Orang nak buat content dia pergi potong mood sampai macam ni sekali...Dah tepi! Saya lapar, nak makan. Saya nak solat taubat, sebab dah tenung mata awak lama-lama! Saya nak balik! Nak balik...nak Caden..."

Adelia berjalan meninggalkan Kaisar sambil menghentak-hentakkan kakinya. Mulut tak berhenti mengomel. Barangkali hatinya sedang panas. Entah serius atau tidak Kaisar itu. Sebal benar hatinya. Entah-entah, Kaisar saja mainkan dia? Eish, memalukan betullah!

"Little, tunggu aku. Nak ke mana laju-laju nanti tersandung batu,"

"Pekak ke? Tak dengar saya cakap apa dari tadi? Hurgh!"

Kaisar terdiam. Terpaku kakinya disitu. Bibir pula terkemam rapat. Dia silap bicarakah?


c o n t i n u e


-4307 words, hope all forgive me for making the long wait ^^.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro