42|AND I'M HERE
"Walau ditika awak sedang marah, walau ditika saya sedang berlaku dingin. Jangan tinggalkan saya. Don't leave me alone."
Bab 42
"Puan Adelia mengalami gangguan emosi yang disebabkan oleh masa lampau. Kemungkinan besar...dia bakal berhalunisasi dengan perkara-perkara yang paling dia takutkan. Itu kebiasaan bagi seseorang yang menghidapi trauma atau tidak kuat untuk melawan kenyataan atau sesuatu yang buruk terjadi pada diri dia,"
"Isteri encik mungkin terlampau banyak berfikir tentang perkara itu. Mungkin dia rasa tak selamat atau keseorangan. Jadi saya nasihatkan encik...supaya jangan biarkan Puan Adelia duduk seorang atau tinggalkan dia sorang-sorang. Mungkin akibatnya tidak nampak diluar, tapi memakan dalaman dia. Hati dan emosi. "
KAISAR AHN menyorot wajah little hoodie. Ada satu gambaran perit yang terlakar dikulit wajah yang pucat memamah memori gelap dalam hidupnya. Tak tertarik nafasnya disaat khabar Adelia Edruce dikejarkan ke hospital sampai ketelingannya.
Banyak tentang dia dan gadis itu yang terbit menyambung sebuah memori yang panjang. Sebegitu besar impak yang dia telah berikan kepada gadis itu. Sebegitu teruk kesannya sehingga gadis itu terpaksa mengharunginya walau apa jua keadaan. Namun, hati gadis itu masih sama. Tetap menantikan belas dan sinar perubahan pada setiap masa dan saat mereka. Pemilik hati itu sangat lembut. Sampaikan tak mampu untuk tentang dia.
"Jangan serik untuk berkunjung dalam hidup aku lagi. Kalaupun selepas ini kau tak akan sama dengan Adelia yang dahulu. Aku akan tetap seperti Kaisar yang sama. Aku akan tetap tunggu kau. Aku akan tetap milik kau dan satu-satunya yang pernah kau miliki. Tetap, aku yang akan sentiasa ada dalam hidup kau little.."
Bohonglah kalau hatinya tidak terkesan dengan apa yang berlaku selama ini. Awalnya mementingkan diri sendiri, namun berakhir dalam tangisan seorang perempuan. Dia yang tidak peduli pada sesiapa, akhirnya memilih untuk melindungi seorang perempuan. Dia yang tidak terfikir untuk memiliki sesiapa, akhirnya tersenyum melihat seorang cahaya mata.
"Aku tak akan hilang dari radar nafas kau sampai bila-bila."
"Maafkan aku."
.....
"APA kondisi sebenar Adelia? Aku..tak berapa faham. Dan mungkin, memerlukan langkah berjaga-jaga untuk rawat dia?"
Susahnya hati Kaisar. Bertambah susah bila doktor itu tayang wajah yang tidak membawa khabaran gembira. Halkumnya bergerak menelan liur. Terlebih dahulu, dia harus menenangkan dirinya. Kepalanya kembali diangkat menghadap doktor wanita tersebut. Bersedia mendengar apa yang bakal diketahui nanti.
"Amat berat untuk saya katakan ini tapi...sebagai penjaga utama Puan Adelia, Encik Kaisar harus mengambil tahu."
Debaran didada Kaisar semakin rancak degupnya. Tidak tenang. Selagi sesuatu itu masih tidak diketahui. Apa yang berlaku? Serius sangat ke?
"Dia...mengalami masalah psikologi yang lebih ditekankan dalam katagori trauma. Post-Traumatic Stress Disorders, PTSD. Sejenis kerosakan jiwa akibat sesuatu situasi buruk yang bersifat traumatik atau dengan kata lain..dia tak boleh melupakannya. Memori yang kekal dan menakutkan dari pengalamannya di masa lalu, penderita gangguan ini cenderung mati rasa secara rasional."
Lidah Kaisar kelu. Tergamam bibirnya disaat itu. Tidak tahu ingin memberi riaksi apa. Yang pasti, rasa bersalahnya kepada Adelia semakin menebal. Perkara itu berbalam duri menghenyak jiwa lelakinya.
"Teruskan,"
Doktor itu mengangguk. "Saya harap encik bertenang. Saya faham. Tak semua lelaki atau penjaga yang dapat bertahan untuk pulihkan situasi yang berlaku seperti isteri encik ini. Saya harap, dikemudian nanti, encik berlaku baiklah dengan dia. Jangan melawan, tapi cuba memahami situasi dia."
"Maksud doktor?"
"Gangguan stress pasca trauma, ia boleh merubah persepsi dan tindak balas seseorang semasa dia berhadapan dengan trauma untuk menjadikan dia lebih sensitif ketika dia kembali ingat dengan kejadian tersebut atau yang memang pernah terjadi pada diri dia. Puan Adelia mungkin pernah mengalami situasi buruk dalam hidup dia. Ada dia beritahu Encik apa punca dia boleh trauma tentang masa lampau?"
Sejuk rasanya tangan Kaisar. Cuping telinga juga sudah memerah. Agaknya kerana terlampau asyik memikirkan Adelia. Ah ya, memori itu benar-benar Neraka. Neraka untuk Adelia.
"Ada. Dan itu kau tak perlu tahu." jawabnya senadar. Keningnya diurut. Apa yang telah dia lakukan..
Semalam gadis itu bahagia. Dan hari ini, dia merana. Merana kerana perbuatannya.
"Trauma itu.."
"Oh ya, PTSD tak akan selalu ada. Encik boleh kesan kalau trauma itu tiba-tiba mengawal Puan Adelia. Contohnya, dia secara tiba-tiba menjadi pendiam, agresif, berubah-ubah mood, marah, ketakutan secara tiba-tiba. Dalam satu jasad, dia mempunyai pelbagai jiwa. Perubahan itu akan berlaku kerana terpengaruh pada tindak balas keadaan yang sedang dia hadapi."
"Dia boleh berubah menjadi psycho...penyayang..lembut hati...dan seorang yang mudah ditindas. Sebaiknya Encik perlu sentiasa mengawal dia. Seseorang yang paling memberi kesan dalam hidup dia, biasanya yang paling mudah untuk atur dan kawal penghidap PTSD."
Berkerut juga dahi Kaisar mendengar penerangan doktor wanita itu. Mampukah dia? Namun, dia harus melindungi Adelia. Dia harus dapatkan Adelia yang dahulu.
"Fikir positif Encik Kaisar. Untuk berada disisi seorang penghidap PTSD, awak perlu lebih kuat dan tabah. Jangan risau, dia tak akan membahayakan keselamatan encik dengan perkara yang berbahaya."
Kaisar angguk. Jasad tanpa detak normal ditubuhnya dibawa keluar dari bilik doktor tersebut. Hayunan langkahnya lemah tidak segagah selalu. Apa bisa dia berhadapan dengan Adelia? Apa mampu dia bawa gadis itu keluar dari lingkungan memori yang gelap?
I-phone dipoket seluarnya tiba-tiba sahaja bergetar. Sebaik skrin itu dilihat, nama Omma tertera disitu. Segera Kaisar mengangkat panggilan video tersebut.
"Bruhhh.." terjawab sahaja panggilan tersebut. Bibir milik Caden tertayang di paparan utama. Sebaik wajah Kaisar menyapa mata, lantas senyuman dan riaksi teruja terlakar diwajah comel itu. Kaisar turut tersenyum tatkala dia disapa oleh wajah comel itu.
Tak sangka. Terima panggilan mengejut dari si kecil.
"Baby.." serak-serak suaranya memanggil. Membulat mata kelabu cair milik Caden. Suka bila dirinya digelar sebegitu. Lagi-lagi, oleh si daddy!
"Miss me?" soalnya. Redup sahaja dia menatap Caden di sana.
Bayi itu menarik telefon milik Puan Sri Yuna Ahn rapat ke arahnya. Skrin yang memaparkan wajah Kaisar langsung didakap ke dadanya.
Nak meletus tawa Kaisar. Kecil-kecil dah pandai. "Okay baby. I know you miss me. Sorry, daddy tak dapat tidur dengan Caden malam ni. Jangan nakal okay. Kalau tak...daddy tak suap Caden makan lagi," ugut Kaisar. Caden malah tertawa menayangkan gusinya. Entahlah, Kaisar tak pasti bayi itu faham atau tidak apa yang dia katakan.
"Why...oh..jangan sedih, baby rindu mummy juga?"
Caden membaringkan wajahnya pada bantal kecil di atas carpet bulu tersebut. Menyembamkan pipi bulatnya disitu. Bulu mata letiknya mengerlip beberapa kali sambil melihat rupa daddy nya di skrin telefon.
"Daddy pun, rindu mummy." ujarnya perlahan. Suara Kaisar tidak jelas. Ah iya, dia hampir-hampir meruntuhkan ego lelakinya. Nasib baik tidak mengalir air mata ini.
"She's fine. Gonna be fine. Baby perlu kuat. Like me, okay? I love you, sweet night my baby."
Panggilan ditamatkan. Tidak sanggup rasanya untuk berlama-lama menatap wajah itu. Rasa terkilan akan takdir lalu yang pernah berlaku. Kenapa dia melakukan itu?
Menyesal?
Tiada guna. Lebih baik dia mencari jalan untuk membetulkan segalanya.
Rambutnya disuak. Lama Kaisar menekup muka sendiri.
"One day your soul will dance in sunlight, and your heart will be at peace."
"Cukup tenang ke saya kalau setiap hari...lelaki yang saya teringin untuk jumpa ada setiap masa dihadapan saya? Masih ada ke peluang untuk saya jumpa ketenangan? Lepaskan saya Kaisar. Saya nak jauh dari sini...saya nak lari dari memori ini. Awak tak patut selamatkan saya sewaktu melahirkan Caden malam itu,"
Dang!
Kerusi besi hospital itu disepak kuat melepaskan geram. Rambutnya serabai. Lehernya diramas keresahan. Bergerak-gerak rahangnya memikirkan perkara itu.
"Memori..semua tentang memori bodoh ni! Tak gunalah sial! Memang semua salah aku! Aku yang salah! Aku..aku.."
Biarpun ketenangan, kebahagian atau cahaya yang dapat menyinari kehidupan Adelia semula. Dia masih tergapai-gapai untuk kejar perkara itu. Masih tercungap-cungap untuk berdiri di darat.
Kaisar melepaskan marahnya disitu. Semua barang dan apa sahaja yang dirasakan mengganggu mata. Tak fasal-fasal hancur dikerjakan. Langsung tidak peduli akan darah yang mula terbit dari kulit cerahnya. Pedulikah lagi tentang kesakitan?
.....
KELOPAK mata digagahkan juga supaya terbuka. Dahinya berkerut sakit tatkala rasa setimpal beban seolah berat berkumpul dikepalanya. Buat beberapa saat, matanya dipejamkan lalu dibuka semula. Oksigen dihirup.
Hospital. Adelia pasti akan tempatnya berada sekarang.
Dan ketika wajahnya terteleng ke sisi kiri. Tak semena-mena darah pekat menyerbu kulitnya. Rasa tidak tenteram. Terancam akan kehadiran si dia menganggu ketenteraman Adelia. Segera dirinya dibangkitkan dari katil hospital. Walaupun masih longlai dan lemah. Digagahkan juga badan untuk bergerak meninggalkan bilik ini dan Kaisar.
Namun, belum sempat palang besi pintu wad yang dihuni itu ditarik untuk melepaskan diri. Tangannya sudah digapai seseorang. Siapa lagi kalau bukan Kaisar.
Tangannya ditepis kasar. Mata membulat besar. "Lepas." katanya keras. Adelia tahu. Andai dia berkeras untuk melarikan diri sekarang ini, Kaisar pasti lebih tangkas menahannya. Juga memeperketatkan kawalan ke atas dirinya dari melakukan sesuatu yang diluar jangkauan.
Untuk itu. Tanpa disuruh. Dirinya kembali mendekati katil hospital. Selimut ditarik sehingga ke leher. Bila Kaisar datang dekat. Segera dia mengiringkan tubuhnya membelakangi lelaki itu. Peluh renik penuh membasahi dahi Adelia. Dia sangat takut akan Kaisar sekarang ini.
"Adelia,"
Suara itu. Adelia pejamkan mata. Buat-buat tidak dengar dan tahu namanya sedang dipanggil.
Bunyi barang jatuh memang sangat menakutkan Adelia. Baginya, kalau ada Kaisar, dan pula terletusnya apa-apa bunyi diantara dia dan lelaki itu. Bayangan sesuatu kejadian buruk akan terbit di fikirannya.
"Jangan dekat dengan saya.." suara itu. Kaisar tidak berapa jelas mendengarnya. Yang jelas hanya suara Adelia sedang mengongoi. Dia pasti gadis itu sedang menangis. Adakah kerana dia?
Bibir diketap. Teragak-agak mahu buka mulut. Risau dan dalam masa yang sama, memikirkan tentang penyakit yang dihidapi oleh Adelia.
"Kau lapar? Omma pesan supaya kau makan. Nak aku orderkan apa-apa tak?"
Jeda. Sunyi dan diselangi gogoian gadis itu. Kaisar cuba mendekat namun Adelia lebih pantas bangkit dari baringannya. Terus ketakutan dia melihat Kaisar yang sedang berdiri, betul-betul ditepi katilnya. Laju juga Adelia mengesot tubuhnya rapat ke kepala katil sambil tergeleng-geleng memerhatikan Kaisar disana.
Apa yang dia lihat, bukan Kaisar yang dahulu. Dia nampak Kaisar untuk setahun yang lepas. Di mana dia secara paksa dicampak ke atas katil dengan kasar.
"Dasar jantan tak guna! Jangan datang dekat dengan saya! Setapak awak melangkah, saya terjun bangunan ni!" ancam Adelia membuatkan Kaisar terkejung diri disana. Niatnya mahu membantu namun lain pula dipandangan Adelia.
Berubah-ubah emosi.
"Awak Kaisar! Awak syaitan! Awak...awak yang rosakkan saya.." Adelia menggogoi lagi. Tersedu-sedu dia menangis sambil melihat Kaisar yang beku disana. Dia sendiri penat. Penat untuk tetap mengingati memori itu kembali.
"Awak psycho. Awak simpan baju yang saya kenakan malam itu! Awak simpan barang dan semua tentang saya! Apa yang awak nak? Saya minta awak lepaskan saya tapi awak jadikan saya bahan simpanan awak! Sedar tak yang saya terseksa! Terseksa dalam memori ni. Awak..cuma lelaki yang pandai bermain kata untuk kepentingan nafsu awak!"
"Aku bukan macam tu,"
"Jadi apa? Awak kurung saya dalam sangkar neraka awak. Awak curi hati saya dengan kebaikan awak! Awak tanam rasa percaya saya terhadap awak. Dengan senyuman, ketawa, dan layanan malaikat awak pergunakan cara itu semata-mata untuk diamkan saya dari ambil apa-apa tindakan! Awak..awak tak pernah peduli. Awak tak pernah pedulikan saya."
Kaisar menggeleng kepala. Tidak. Bukan seperti itu. Dia tak boleh biarkan Adelia hanyut dalam bayangan negatif itu. Segera Kaisar merapati gadis itu. Punggungnya dilabuhkan tepat dihadapan Adelia.
"Listen..listen here..Adelia," kedua belah tangan itu dipegang. Anak mata coklat itu betul-betul ditumpukan padanya.
"Aku tahu. Aku jahat. Aku syaitan. Aku dah buat macam-macam dekat kau. Tapi sabar Adelia. Lawan rasa takut tu. Bukan kau seorang yang takut. Aku pun. Aku pun takut. Aku mula takut dalam bayang-bayang memori ini sendiri."
"Tapi semua tu dah berakhir. Aku sejujurnya ada untuk lindungi kau. Tak penting untuk kau tahu seberapa bahayanya aku tapi,"
"Cukuplah kau tahu, memori itu pengaruh terbesar untuk jejaskan hidup kau. I'm here. Tak pernah, belakangkan kau. Aku ada, untuk kau. Aku selalu, memilih kau. Dan semua yang aku pertahankan...just to be with you. Please..aku bukan yang ada dalam bayangan kau..aku, Kaisar."
"Kai..Kaisar?" gogoian Adelia mulai surut. Rupa paras tampan yang baru sahaja menuturkan kata-kata lembut itu ditatap dalam-dalam.
"Awak Kaisar ke?" Adelia menyoal lagi. Dia seolah-olah, baru tersadar dari mimpi yang memenatkan. Mimpi ngeri.
Kaisar angguk. Bibir tersenyum segaris.
Kepala Adelia diusap perlahan. Air mata diwajah itu perlahan-lahan dikesat. Setiap apa yang dia buat pada muka itu. Sentiasa, ada senyuman yang menemani wajahnya. Bimbang jika Adelia kembali rasa takut terhadapnya.
"So look in my eyes," dagu bujur itu diangkat sedikit. Mimik polos tertayang diwajah Adelia sambil menurutkan apa yang baru dikatakan Kaisar.
"I'll be by your side," bibirnya senyum lagi.
"For life."
"Lapar?" Kaisar soal setelah melihat keadaan gadis itu beransur tenang.
Laju Adelia angguk. Ada sebingkas senyuman comel yang terbit di wajahnya. Dan itu, persis si Caden.
"Kau nak makan apa?" soalnya sambil terus membelai kepala gadis itu.
Adelia diam untuk berfikir.
"Cupcake."
-CONTINUE-
Btw! Ada yang tanya N muka Kaisar & Caden ni macam mana sebenarnya? Actually, N memang simpan dan ada gambar casting untuk Kaisar dan Caden. Bila tak ada idea, memang N akan selak gambar tu untuk dapatkan ilham perwatakan seorang Kaisar.
Tapi, itulah. N risau kalau N tunjukkan muka diorang, ada pula yang tidak sama cita rasa. Dan mula potong mood nak teruskan sebab terbayang-bayang haha!
Biasalah, setiap mata berbeza sudut pandang. Saya nampak dia handsome, tapi macam mana pula awak?
Yang penting, pilihan saya ini kacak, simple, charming and shy. Caden pula, comel gile! tak tipu!
Nak tengok diorang tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro