41|SECRET
"Tolong, jangan mengubah hati untuk membenci."- Kaisar Ahn
Bab 41
.....
MATAHARI sudah tegak memancarkan cahaya paginya di langit pagi. Namun sekujur tubuhnya serasa liat ingin melepaskan bantal dan comfortel yang selesa melilit dirinya agar tetap terlena bersama mimpi indah. Ya, mimpi indah. Hari-hari yang kini serasa indah sahaja baginya. Mengapa ya? Berpisah dengan lelaki itu membuahkan rasa ketenangan abadikah?
Bulu lebat ditangannya dijilat dengan tujuan untuk merapikan keadaan bulu-bulu seksi disekitar tubuhnya. Ekor panjangnya senang mengelibas kesana dan sini sambil menunggu masa tuan puteri membuka mata. Haih...barangkali kucing bernama Cola itu sudah penat dan bosan ingin menjaga Cik Adelia Edruce sepanjang masa. Tambah lagi ketika Kaisar tiada. Oh habislah dia...harus menemani si musuh abadi seharian suntuk!
"Hmm..." badannya tegak mencanak di atas katil. Bersama tudung yang jauh sekali aman keadaannya, air liur yang melilir dibucu bibir, jari runcingnya lantas naik menggaru sekitar kawasan pipi dan leher yang tebal berlilitkan fabrik tudung yang menyimpul disitu. Ketika merasakan keadaannya agak merimaskan, lantas tudung itu disentuh bersama bibir dan mata yang melopong luas.
"Kaisar!" nama itu meluncur keluar. Dengan gelabah comforter diselak rakus bersama gerak kaki yang tidak berdaya berlari masuk ke dalam bilik air. Cola memerhati dengan riaksi pelik. Tak sakit ke kaki yang berbalut itu?
"Meow.." bulunya disambung jilat. Pedulikan tentang 'si gila' itu dulu.
"Hah!" cermin dipegang. Pantulan wajahnya yang hodoh itu disentuh sayu. "Ya Rabbi..." apa aku dah buat? Apa yang terjadi? Ah..ah misti Kaisar penat semalam! Masya-Allah teruknya rupa kau...Kalau macam ini, kalah muka beruk. Aduh Adelia, tak menyusahkan orang tak sah.
Monolognya dihati. Bibirnya berkali-kali menjadi sasaran gigitan.
"Apapun, dia dah keluar rumah ke?"
Tiada bau masakan. Tiada bunyi keadaan ruang tamu sedang dibersihkan. Juga bunyi suara gurauan lelaki itu bersama Caden. Caden juga, dimana si kecil itu pergi? Tak semena-mena keningnya berkerut menjadi satu. Ya tak ya juga...hari ni sunyi...melainkan berhadapan dengan Cola yang seperti pak guard sekolah itu. Awal-awal sudah tercongok di tepi katil.
Pintu bilik air dibuka. Adelia melangkah keluar dari ruangan itu. Dari ekor mata, Cola yang santai melayan penjagaan kecantikan dirinya itu dipandang dari sisi.
"Cola," ujarnya. Tak menunggu. Kucing itu dihampiri. Adelia bercangkung menghadap Cola bersama desihan dimulut.
"Bukan berniat nak kacau awak. Cuma, saya curious tentang hari ini. Kenapa ya? Kenapa sunyi? Baby saya mana? Em, Kai? Kaisar ke mana pula. Bukan ke sepatutnya harini Kaisar nak hantar saya balik ke rumah umi?"
Cola terdiam mendengarnya. Andai sahaja dia mampu berbicara, sudah tentu dia tetap tidak akan menjawabnya. Haih tak kuasa dia nak menjawab.
"Cola saya tanya awak ni.."
Tiada jawapan.
Dan akhirnya, Adelia kembali berdiri bersama keluhan. Pintu bilik laju dituju lalu dibuka membenarkan tubuhnya berlalu keluar dari situ. Bahagian hadapan tingkat tiga dijengah. Matanya membulat menerokai sekitar kawasan serba mewah itu.
"Kosong," komennya tatkala keadaan disitu kosong dari sebarang identiti makhluk. Bahkan si ketua syaitan yang dicari itupun tiada.
Matanya melilau pula ke arah pantri dapur yang juga tiada sesiapa. Tidak berpuas hati, kakinya dituju pula ke arah pintu berwarna hitam. Disaat pintu itu dibuka, kewujudan seseorang yang dicari tetap jua tidak mengunjung mata. Tangannya menarik daun pintu bersama rasa yang hiba.
"Haih, bosanlah saya seharian ni. Kata nak hantar ke rumah umi, tiada pun? Lepastu, tinggalkan saya sorang-sorang. Lapar.." ruang dapur itu dipandang sunyi. Kalau tidak, dapur itu sudah panas bersama aroma sarapan. Betulkah selama ini dia selesa bergantung pada Kaisar?
"Aip. Tak.." tetap. Tetap sahaja lidah ini mahu menyangkalnya. Bukti?
"Adelia Edruce boleh sediakan sendiri, Cola!" seraya itu nama panggilan si kucing peliharaan Kaisar dilaung. Terkejar-kejar haiwan itu berlari ke arahnya.
"Hehe. Harini, aku hidangkan sarapan. Nak turun ke bawah, segan lah pula. Kaisar ajar kita berdikari dekat tingkat ini kan? So, kita buat sendiri okay? Tugas kau.."
Cola sudah tayang wajah malas. Mahu saja dia meilih untuk tidur. Tolong si musuh? Si perampas kebahagian, masa, perhatian, kasih dan sayang seorang Kaisar Ahn daripada dia? Malah kesemua aset berharga itu jatuh kepada gadis dihadapannya ini? Eih tak mahu dia!
"Ala Cola...kenapa muka awak macam tu? Okay, saya akan sediakan satu hadiah untuk awak nanti. Tak jual dimana-mana. Just, made in Adelia. Hehe," tawar Adelia bersama muka yang menagih simpati. Namun pada pandangan Cola, gadis itu sama sekali ditatap jelek.
"Tak nak? Kalau taknak, tak perlulah saya bazir-bazirkan masa..." dia tak mahu, tidak haruslah memaksa. Adelia kembali berdiri bersama langkah yang dibawa ke dapur. Lengan baju disingsing ke siku. Kain shawl yang merimaskan itu dibuka dari kepala. Alang-alang Kaisar tiada, bolehlah dia menanggalkan kain tudung itu. Namun tiba-tiba..
"Meow," tangan bulus itu menahan periuk bersaiz sederhana yang berada dipegangan Adelia.
"Ada kucing tu...tertawan dengan habuan ke..." suaranya dileretkan. Mengacau kucing buas berwajah garang itu. Ada-ada sahaja Cola ini. Mana Kaisar jumpa? Otak cerdik sangat. Boleh ajak berunding pula itu. Lain macam taste Kaisar.
Sekejap-sekejap bibir Adelia tersenyum. Untungnya, ada assistance giat membanting tulang di atas meja. Cola ni...berguna juga. Minta hulur semua bahan, dia tahu dan bersedia mengambilnya. Dia bukan tahu susunan dan terletaknya bahan dapur Kaisar. Nasiblah ada Cola, semua perkara dia tahu. Mungkin, sudah terbiasa dengan didikan Kaisar.
Paparan cara menyediakan sajian sarapan di kaca televisyen tidak lepas dipandang. Semuanya diingat dan dilakukan serentak. Cola turut membantu. Bila Adelia terlepas pada beberapa bahagian, cepat-cepat kucing itu menekan butang pause. Ouh superb lah Cola! Andai sahaja Kaisar sudah serahkan semula Iphone miliknya, pasti dia sudah memilih you tube berbanding rancangan di tv.
Selesai menyediakan sarapan, ruang tamu tingkat itu dikemas. Dapatlah juga Adelia mengerah tenaga seharian suntuk. Lengkap dan tersusun semuanya. Termasuklah...bilik Kaisar.
Kotak merah hati bersaiz besar itu dipandang lama. Lambat-lambat tangan Adelia naik meraba permukaan kotak tersebut.
Adelia Edruce
Dua patah nama itu tertulis cantik di atas penutup kotak tersebut. Apa..isi di dalam kotak ini? Dan apa pula motif Kaisar menyimpannya disini. Di bawah katil?
Bibir bawah digigit. Agak-agak kalau dia buka kotak ini...Kaisar akan marah tak? Adakah dia dikira menganggu atau mencerobohi privasi lelaki itu?
Namun terang-terang namanya tertera di atas kotak tersebut. Tak akan pula, isi didalamnya tentang orang lain. Haih, rungsing fikirannya bila memihak kepada dilema.
Nafas ditarik lalu dihembus. Kiri dan kanan dipandang memastikan tiada sesiapa disitu kecuali dirinya. Dan dengan lafaz basmallah, penutup itu dibuka. Mata Adelia terbuntang luas. Lantas penutup itu terhempas ke sisi. Terkejut akan isi kandungan kotak tersebut. Lekas mulutnya dikatup menggunakan tangan dari mengeluarkan sebarang bunyi.
Seakan-akan menerima sebuah hentakan untuk mengingati memori itu semula. Pakaian yang terkoyak itu...ingatannya kembali berputar di saat dirinya sedang dipaksa untuk menanggalkan pakaian. Di mana tangan lelaki itu memaksanya dengan cara yang sangat...sangat...
Tangan dilepaskan dari mulut. Adelia tercungap-cungap mencari nafas. Trauma ini...ia kembali.
"Tet..tak, tak boleh...ah...bernaf..hah..hah..."
Wajah Kaisar. Ah! Senyuman dia pada malam itu. Tatapan liar itu. Tragedi tragis yang malang menimpanya. Tak semena-mena Adelia meraung bersama tangisan yang mula menjadi-jadi bersama nafas yang tersekat-sekat. Bagaimana dia boleh melupakannya. Disebalik baiknya seorang Kaisar. Lelaki itu adalah orang yang menyebabkan dia sebegini.
"...apa guna kalau berselubung hijab dan pakaian labuh kalau perangai mengalahkan pelacur! Jadikan agama sebagai dinding dari aib kau! Siapa ajar kau! Hah!"
Tangisan Adelia menjadi-jadi. Bila mengingatkan betapa bencinya umi dan abah terhadap dirinya. Bila mengingatkan siapa dirinya yang kini. Bila mengingatkan apa yang telah dirampas dari dirinya. Siapa pelakunya?
"Kaisar.."
Dia, yang menjaga kau selama ni!
Adelia jatuh rebah ke lantai. Kesesakan nafas. Dia hilang cara untuk bernafas dikala serangan trauma itu kembali. Mengingatkan memori itu...tidak akan ada nafas baharu yang teruang untuknya.
Mata Adelia terpejam rapat. Denyutan nadi yang lambat berdenyut. Kebas yang dirasakan kini..
"shhh...I know you love it..."
Wajah malam itu terlakar semula.
Syaitan.
-C O N T I N U E-
"Semalam dia melamar, namun masih adakah ruang untuk memilikinya semula?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro