38|BE MY PRINCE
"I will be your prince. I will make this day for your beautiful memory, with me...this saitan."
...
"OKAY, saya tak marahkan awak pun. Tapi...boleh tunaikan sesuatu tak?"
"Again? " Adelia laju mengangguk kepala. Giginya ditayang. Hilang sudah rasa sedih yang berkumpul. Punah juga rasa sakit hati kepada lelaki itu. Gara-gara dia dikejar anjing, Kaisar munculkan diri menjadi hero!
"Hm? Aku akan cuba pertimbangkan. Said first apa permintaan kau," Kening kirinya digaru. Haih, sudah penat kene kejar anjing pun masih nak mengada ke Cik Adelia? Kaisar kawal riaksi wajahnya dari mengukirkan senyuman. Taknaklah, malu dia!
"Tapi awak perlu janji dulu, pinky promise!" Ujar Adelia semangat. Walaupun secara jujurnya, kaki dia sudah penat berlari. Namun entah kenapa dia tetap mahu pergi ke tempat itu. Dia nak sangat.
"Pink..ky promise ?" Canggung Kaisar menyoal. Hari ini dia benar-benar merasakan dirinya sebagai teman lelaki seseorang. Kerana Adelia tidak bermain kata. Gadis itu terlampau patuh dalam setiap arahannya. Dan kali ini, dia jadi dirinya yang sebenar. Bukan sebagai little hoodie. Untuk itu, kepala yang berlitup hijab itu diusap lembut. Pandangan Kaisar jatuh redup memaku diwajah ceria Adelia Edruce. Terima kasih kepada anjing itu. Gara-garanya, dia dapat semula senyuman Adelia yang hilang.
"Aku janji. Jadi kau nak aku tunaikan apa? Hm, little? " Lembut. Suara Kaisar sangat lembut bertanya sebegitu. Dibawa pula dengan caranya, pandangannya, tatapan itu yang redup dengan kasih sayang, wajah Adelia bersemu menahan malu. Namun, tetap sahaja mengoyakkan sebaris senyuman diwajah manis Adelia. Biarpun di dalam jagaan sang syaitan. Adelia selamat disisi lelaki itu.
"Be my prince." Ucap Adelia. Kalau tadi Adelia yang malu, kini lelaki itu pula yang bersemu merah. Kaisar dan malu, tidak mampu dipisahkan! "Kau tak ada permintaan lain selain tu ke?" Soal Kaisar teragak-agak. Laju Adelia geleng. Selang beberapa saat dia mengangguk semula. Eh mana satu ni?
"Jangan main-main little,"
Adelia tersengih mendengar teguran itu. "Mistilah ada. Tapi, awak dah janji akan tunaikan. Jadi tak kisahlah berapa pun permintaan saya, awak wajib tunaikan." Uish, boleh begitu Adelia? Sanggup ke Kaisar?
"Seterusnya,"
"Bawa saya pergi zoo!" Tersentak lelaki itu bila mendengarnya.
"What? Zoo? Kau suruh aku jadi prince for a day kau tapi ajak aku ke Zoo? Zoo seriously little? Ah jangan main-main," Mimik rupa Adelia yang langsung tidak menunjukkan dia sedang bermain diamati dengan lama. Biar betul? Fikirnya, shooping, makan dan perkara lain yang akan diminta oleh seorang perempuan. Lagi-lagi dengan permintaan gadis itu untuk dilayani bagaikan puteri.
"Haah zoo. Tempah binatang tu. Saya nak cari yang sama dengan Cola! Tapi, versi lebih berbahayalah, Harimau bintang." Jawabnya bangga ketika menyebut sebaris panggilan buat haiwan bermata tajam seperti Kaisar.
"Kat rumah boleh," Hujung hoodie gadis itu ditarik. Langkahnya sudah bersedia untuk pergi dari sekitar situ. Namun, kuat Adelia menahan. Lengan tangan lelaki itu ditarik mundur semula. "Taknak, tak boleh. Awak dah janji...jangan macam ni Kaisar," Rayu Adelia. Kepalanya tergeleng tidak mahu. Ouh, inikah perangai seorang ibu?
"Kau baru habis berpantangkan? Baru lepas kene kejar anjing. Penat Adelia. Aku risaukan kau,"
"Tapi ini hari terakhir saya dengan awak. Esok, saya dah tak ada."
Balasan dari bibir gadis itu membuatkan Kaisar berfikir dua kali. "Janganlah berdegil sangat Adelia. Apa-apa jadi nanti susah,"
"Please? "
"Tak, kita..."
"Please! "
"Adelia...cub..."
"Please! Please! Please! Please! " Berulang kali rayuan itu diulang. Adelia tak putus asa. Wajahnya turut memainkan peranan. Sehinggalah akhirnya, bibir dia terdiam dengan anggukan lelaki itu.
"Okay, habiskan makanan kau dulu."
...
ADELIA ikut keluar dari kenderaan. Belum apa-apa pergelangan tangannya sudah berada didalam pegangan Kaisar. "Untuk keselamatan." Ujar Kaisar menjawab tanda tanya yang muncul di wajah Adelia. Tak apa, lebih baik dia jawab dahulu. Dengan keadaan dan sikap Adelia yang kini, dia tak mampu jamin telinganya mungkin bakal menanah mendegar bebelan berjela Adelia yang tidak habis. Kadang Kaisar terfikir. Tidak penat ke bercakap sepanjang hari?
Sekilas dia mengerling ke arah Adelia disisinya. Gadis itu tampaknya tidak melawan. Diam menuruti langkahnya memasuki kawasan sekitar luar Zoo Negara ini. Keadaan orang ramai sebegini, Kaisar tidak berapa gemar. Tapi kalau dah Adelia merayu sebegitu sekali tadi, nak dan tidak...dia redahkan sahaja.
"Ramainya orang..."Suara itu kecil sahaja bersuara. Matanya ralit memandang sekeliling. Andai sahaja Kaisar tidak memegangnya, pasti sudah lesap tubuh kecil Adelia. Semestinya, melihat apa yang dijakunkan sangat!
"Kau yang minta. Kenapa nak balik? Menyesal ajak prince kau ke sini?" Bibir Kaisar menyerot sinis. Huh, baru nak sedar ke? Itulah, degil lagi. Dia sudah kata tak...
"Saya suka! Misti ada yang best dekat dalam tu kan? Ya Allah excited nya! Awak jalan cepat sikit! Nanti lambatlah nak beli tiket. Kaki panjang tu, gunakanlah. Awak cepat, awak!" Tubuh Kaisar digesa supaya berjalan laju. Satu, Kaisar terbungkam dengan jawapan gadis itu. Dia suka? Ah...Kaisar pening kepala. Kedua, yang dia terlebih semangat ni dah kenapa? Tak pernah masuk zoo ke apa?
Kaisar kawal riak mukanya. Adelia ditarik mengikutinya masuk kedalam kawasan tiket. Namun disebabkan kawasan yang agak padat dengan kehadiran pelancong-pelancong lain membuatkan Kaisar berubah fikiran. Adelia dibawa keluar semula. Terkebil-kebil kelopak mata berbulu panjang itu tatkala keseronokan dicantas secara tiba-tiba. Kenapa keluar balik ni? Dia taknak! Bingung seketika menatap Kaisar.
"Awak saya taknak balik. Saya nak masuk. Saya nak tengok apa ada dekat dalam. Saya taknak balik lagi. Awak, awak janganlah macam ni...awak!" Suara Adelia meninggi sedikit. Kakinya dikeraskan. Membatukan dirinya di tapak itu membuatkan langkah Kaisar ikut berhenti. Keluhan dilepaskan sebelum berpusing menoleh ke arah Adelia yang sedang protes dalam diam.
"Apa?Jom, kita pergi tempat lain? Kalau nak holiday, aku boleh ajak family aku holiday dengan kau. Okay? Bukan sini." Putus Kaisar dan tangan itu ditarik sekali lagi.
Tangannya direntap. Adelia menjeling Kaisar. "Saya, tak pernah pergi zoo. Saya teringin. Nak masuk situ," Jari ditunding ke arah pintu gerbang yang terbentang nama 'Zoo Negara'. Bibir tersengih menatap sepasang lightgrey tajam itu. Dia tahu Kaisar pasti sedang menahan marah tetapi, ini sahaja peluang yang ada untuk ke sini.
"Tak pernah masuk? Umi, abah tak pernah bawa ke?" Adelia geleng lembut. "Tak. Dia orang terlampau risaukan saya masa tu. Banyak risiko masuk zoo. Tapi saya tak rasa macam tu pun. Macam awaklah, tak nak temankan saya. Tapi, itu dululah. Dulu mereka terlampau risau walau saya langkahkan setapak kaki keluar rumah. Tapi lepas...lepas apa yang dah jadi," Adelia senyum kelat. Tak macam bodoh ke dia? Bercakap tentang kepahitan yang dilalui, dihadapan manusia yang meroskkan dia? Walau tanpa sengaja..Ah, cukuplah itu Adelia. "Jadi awak temankan saya boleh?" Ujar Adelia kembali bersama senyuman.
Kaisar alihkan pandangan. Pandangan Adelia buatkan dia rasa serba salah. Lambat-lambat dia pusingkan kepala menghadap gadis itu semula. Cepit rambut berwarna pink dengan bentuk raben itu dikeluarkan dari poket. Tudung Adelia yang asyik terbuka lipatan dibahagian tepi mata itu dibetul sebelum hiasan itu diselitkan sama.
"Apa awak buat?" Soal Adelia keliru. Nak lihat tak dapat. Jadinya dia rasa sahaja. Sebelum dia tiba-tiba ketawa kecil. "Hahaha, apa ni? Ya Allah, dari mana awak dapat? Dan sejak bila pula awak bawa benda ni?" Adelia tak mampu tahan senyum. Banyak betul tentang Kaisar yang dia tidak tahu. Lihat? Dia betul-betul bagaikan puteri. Tudung rosak pun, ada yang tukang betulkan.
"Hm, saja." Itu sahaja yang dibalas. Wajah yang sedang jakun mengusik sepit raben di tepi matanya itu ditatap lama. Kenapalah kan? Adelia buatkan dia tak mahu lepaskan gadis ini.
"Nak pinjam I-phone!" Suara itu. Sekali lagi telefonnya dipinta. Tanpa berlengah Kaisar hulurkan. Biasalah, perempuan. Apa lagi selain menatap wajah sendiri.
Adelia tersengih menerimanya. Matanya mula beralih kepada skrin telefon yang memaparkan wajahnya. Hiasan itu ditelek. Boleh tahan. Comel juga ya. Pandai Kaisar! Namun entah bagaimana, jarinya tanpa sengaja mengetik bulatan putih.
"Alamak, Kaisar saya tersnap muka saya. Kejap saya del.." Belum sempat dia berhabis kata, Kaisar laju merampas I-phone tersebut dari pegangan Adelia. "Dah,dah. Aku dah delete. Jom, kata nak masuk," Tanpa sempat apa-apa juga, tangan gadis itu diheret berjalan menuju ke arah sebuah bangku yang terletak tidak jauh dari sekitar situ. Yang mana Kaisar rasa selamat. Ya, selamat. Disebelahnya adalah wanita tua.
"Duduk sini. Jangan bergerak atau merayap kemana-mana. Kaki kau ni, jangan nak gatal berjalan,"
"Even toil.."
"Wa'imah toilet sekalipun!" Bibir Adelia terketap bibir. Ugh, toilet pun tak boleh ke? Kalau tak tahan bagaimana? "Tapi kalau saya tak tahan macam mana?" Laju Adelia menyuarakan pendapat. "Kenapa? Kau nak...em shi-shi ke?" Kaisar tudukkan cap menutup separuh mata. Dahi digaru. Malu menyelubung diri. Dah kenapa dia pergi sebut perkataan tu? Buang air kan boleh! Hadu Kaisar!!
"Maksud aku, buang air. Kau nak pergi sekarang ke? Kalau nak kita pergi dulu. Kemudian baru kau duduk sini." Halkumnya bergerak turun naik. Boleh sesak nafas dia begini.
"Oh tak, saya kata kalau."
"Ok,macam tu tunggu aku disini diam-diam."
"My fon, pegang. Aku beratur sekejap. Tak lama pun. Tunggu aku okay?" Kata Kaisar lagi. Adelia ambil I-phone itu. Kepalanya diangguk mengerti.
"Mak cik, jagakan isteri saya sekejap ya? Dia tengah pregnant, aktif betul beberapa hari ni nak berjalan. Mak cik pegang tangan dia jangan lepas ya, boleh? Saya nak belikan tiket sekejap." Belum lagi menerima persetujuan, tangan wanita berusia itu diambil lalu diletakkan ke atas tangan Adelia.
"Oh mudanya dah berkahwin. Ingatkan adik kamu,"
"Tak, ini isteri saya. Makcik tolong ya?" Kaisar menyoal lagi. Nak ketawa juga Adelia melihat. Bukan apa, Kaisar tak berapa penyabar melayan orang. Lagi-lagi golongan yang mesra dan peramah. Lihatlah, telinga lelaki itu pun sudah merah menahan sesuatu.
"Boleh. Bahaya bergerak banyak. Kamu pergilah. Isteri awak bawah jagaan makcik." Dengar sahaja itu, Kaisar senyum lega. Dia berdiri dari merungkuk."Don't go anywhere." Sekali lagi pesanan itu diberi. "Ya baik. Saya diam je dekat sini."
Kaisar angguk. Dia mula bergerak kesana,meninggalkan Adelia yang diangkat sebagai isteri secara tiba-tiba. Huh, demi tak mahu Adelia merayap, sanggup dia letakkan status gadis itu sebagai puan yang berbadan dua. Hamboi Kaisar, tak cukup ke Caden yang ada dirumah tu?
"Tunggu aku!" Jeritnya lagi. Dan Adelia, ketawa kecil. "Saya tunggu."
C O N T I N U E
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro