37|NEW FRIENDS
Bab 37
"Kan? Aku dah kata, with me...you safe."
.....
PINTU besi berkerawang emas itu terbuka dengan sendirinya. Kaki Kaisar melangkah masuk melepasi pagar yang tersergam megah itu. Dibelakangnya, Adelia leka terlentok dibahu kananya. Lehernya pula kemas dipeluk dengan erat oleh sepasang tangan milik gadis kecil itu. Sedikitpun, tidak membebankan dirinya mendukung Adelia jauh-jauh hingga ke mansion Yuna Ahn ini. Dia tidak merungut, asalkan...dia berjaya bawa Adelia pulang selepas dia dengan tidak sengajanya menengking gadis itu disekolah tadi.
"Yongseo haejwo...Silsulo dangsin-eul kkujijgo hwaleul naego..." (Maafkan aku...Aku tak sengaja tengking kau, marah kau dan...)
"...dangsin-i apayo,"(...sakitkan kau,)
Kaisar berhenti sekejap seraya mengeluh. Memang dia tak patut malukan Adelia seperti itu tadi. Dia juga menyesal telah menjatuhkan air mata gadis itu sekali lagi.
"Hm, dah sampai ke?" Serak-serak suara itu menyoal. Bibir yang rapat dengan telingannya membuatkan Adelia kedengaran hangat dan comel. Sabar Kaisar, memang Adelia agak penat dikawal hari ini. Kaisar seolah-olah melayan budak perempuan kecil yang mahukan perhatian sepenuhnya dari dia.
"Ajig,"(Belum,)Seraya menggelengkan kepala dengan perlahan. Takut perbuatannya, mengundang keluhan 'aduh' dari bibir gadis itu. Risau juga kalau-kalau kepalanya terhantuk dengan kepala Adelia. Kalau menangis tak apa. Tapi buatnya dia mahukan sesuatu yang bukan-bukan? Tak ke naya dirinya harus pergi mencari atau tunaikan permintaan gadis itu ditengah malam sebegini?
Seperti tadi...
"Hm? Awak jangan cakap Korea. Saya tak sempat belajar lagi. Speak malay okay ? Mel...malay.." Dan kepalanya kembali terlentok dibahu Kaisar membuatkan kepala hud yang terlitup dikepala lelaki itu melurut jatuh ke belakang sedikit. Wajah Kaisar samar-samar dibawah pantulan cahaya lampu kuning jalan menuju ke rumahnya.
Adelia kekal hanyut. Mengantuk sangat sampaikan mahu bercakap pun, tetap terlena semula. Atau badan Kaisar yang sedap sangat dipeluk ini?
Salahkah dia memeluk Kaisar begini? Sedangkan badan mereka begitu hampir. Tak...tidak salah langsung. Kaisar tahu batasnya. Dan dia tidak akan sesekali melampaui prinsip seorang Adelia Edruce. Dia tak mahu perbuatannya nanti...semakin memburukkan keadaan. Kerana itulah kepala bersarung hud tadi. Untuk mengelakkan kulit dia dari tersentuh dengan kulit Adelia.
Sebelum ini, Kaisar tidak peduli pun jika dia tersentuh atau terpegang perempuan yang sememangnya adalah haram untuk disentuh. Bahkan tak pernah kisah tentang halal dan haram. Namun, setelah tuhan menghadirkan seorang gadis berhoodie ini...dia...mulai mengenali batas. Batas yang dijaga sekarang adalah, jangan sentuh Adelia. Biarpun dia menanggung dosa. Tetapi untuk gadis yang sangat menjaga maruah seperti Adelia...Kaisar agak terkilan jikalau memori buruk yang menimpa gadis itu sekali lagi menghantui hidup Adelia. Cukuplah..sekali,dia sudah melakukan hal itu secara haram.
Dan untuk masa sekarang ni. Mengapa dia rela mendukung Adelia dari tadi?
Gara-gara sikap kanak-kanak ribena Adelia Edruce!
Adelia turut melangkah keluar sebaik sahaja loceng rehat berbunyi. Langkahnya longlai bersama hati yang agak basah setelah mencurahkan air mata yang agak banyak dimeja belakang kelas tadi. Lebih-lebih lagi ketika menatap kerusi dan meja Kaisar Ahn yang masih kosong itu. Semakin galaklah syaitan menghasut dirinya untuk menangis! Sampaikan pelajar perempuan yang takut-takut menegurnya sebentar tadi akhirnya terpaksa memujuk Adelia agar berhenti menangis. Masya-Allah, apa teruk sangat perangai Adelia ni?
Huh,salah Kaisar. Dia manjakan Adelia sangat!
Salah Kaisar juga. Kerana dia sedang merindukan anaknya, Caden. Dan tiba-tiba dimarahi oleh ayah kepada Caden. Semakin menjadi-jadi rasa sedihnya itu.
"Awak nak makan dimana?Sekolah ni banyak kafe,jadi..mana satu yang ikut selera awak?Saya boleh temankan." Ain Nursyafiqah. Pelajar perempuan yang memujuknya tadi. Bibir gadis berkot biru gelap dengan lambang The Cares Highschool tersenyum manis dihadapannya. Adelia teragak-agak membalas. Sudah berapa lama...sejak dia berhenti sekolah, tidak menegur mana-mana perempuan melainkan keluarga Kaisar dan orang tertentu.
Adelia geleng."Tak. Saya nak tunggu Kaisar," Ujar Adelia sambil matanya kejap-kejap meliar ke seliling bangunan itu. Mana tahu, kelibat Kaisar tiba-tiba sahaja muncul.
"Awak pasti ke? Nanti lapar. Saya rasa, Kaisar dah balik ataupun, dia dah cabut keluar dulu sebelum waktu balik," Kata-kata Ain membuatkan Adelia sekali lagi ingin menangis. Namun ditahankan dahulu air matanya. Tunggu situasi paling genting, dia akan menangis lagi.
"Senangnya dia nak balik. Sekolah ni.."
"Sekolah ni memang bapak dia punya."Bidas Ain dengan laju. "Ala,awak tak payah sedih. Kaisar tak layan perempuan lain. Perempuan nak layan dia, dia yang taknak. Lagipun, satu sekolah dah tahu awak girlfriend dia. Jangan risau, dengan saya awak dikira selamat tau!"
Adelia terkebil-kebil mendengarnya. Oh, semua dah tahu?"Tapi, saya bukan sedih kalau Kaisar ada perempuan lain," ujar Adelia sambil tersengih. Kening gadis bernama Ain itu bercantum. "Habistu?" soalnya hairan. Adelia tak kisah boyfriend dia dengan perempuan lain? Woah, betul-betul limited edition pilihan Kaisar ni!
"Sebab dia tinggalkan saya dekat sini. Dia dah janji. Selama saya dalam jagaan dia, saya selamat. Tapi saya rasa sekarang ni...dia macam, betul-betul musnahkan janji tu. Syaitan mana mungkir janji kan?"
"Syaitan?" Semakin berkerut wajah Ain jadinya. Aduh, parah betul. Kasihan Adelia. Kaisar dah buat sampai tak berapa waras gadis ini jadinya. "Saya rasa, awak lapar ni. Jom makan?" Pelawa Ain sekali lagi. Namun, disambut dengan gelengan juga. "Lah kenapa...Kaisar marah ke kalau awak makan?"
"Eh tak. Bukan macam tu," Laju Adelia memberi alasan. Tak akanlah dia hendak makan pun lelaki itu marah. Haish!
"Okay jadi?"
"Saya tak bawa duit."
"OH! TERIMA KASIH AIN!"
Wajahnya gembira. Penuh isi burger didalam mulutnya. Tak puas betul nak makan. Lapar...dan penat mengeluarkan air mata. Semua itu sia-sia! Sebab Kaisar tak datang memujuknya pun.
Pertama kali Kaisar memarahinya,
Pertama kali Kaisar menyakitinya,
Pertama kali Kaisar menengkingnya,
Dan buat pertama kalinya...dia tidak dapat mendengar suara lembut Kaisar Ahn yang datang padanya ketika dia sedang bersedih. Malah, lelaki itu meninggalkan dia. Yang seperti makhluk asing di sekolah orang lain. Nama pun, tidak berdaftar. Datang membawa gelaran kekasih Kaisar Ahn untuk masuk ke sini. Alhamdullilah, dia tidak didenda oleh guru disipilin mahupun berdepan dengan pengetua.
"Kenapalah...Kaisar tinggalkan girlfriend dia yang comel ni kelaparan dekat sini? Kalau orang tak tahu awak ni girlfriend dia, misti dah kene kacau." Bebel Ain seorang diri. Matanya tak habis-habis menatap wajah Adelia yang comel sedang melahap makanan itu.
"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal Adelia. Kedengarannya seperti serius, namun wajahnya pula yang terlebih comel. "Apa?"
"Sebenarnya, macam mana semua boleh tahu saya girlfriend Kaisar? Saya tak cakap dekat sesiapa pun. Kaisar pun tak,"
Ain yang mendengar soalan itu ketawa kecil. Sudah tentulah pakaian yang dipakai oleh gadis itu!
"Sebab hoodie awak, dah nampak sangat Kaisar tu awak punya. Tak perasan ke? Hoodie putih yang awak pakai ni...ada nama Kaisar? KAISAR AHN."Terang Ain merungut. Lah, patutlah. Kaisar yang minta dia memakai pakaian ini tadi. "Hoodie ni dah menunjukkan yang awak milik Kaisar,"
"Milik sementara je.."Ujar Adelia perlahan. Minuman itu disedut minum. Kekenyangan makan burger. "Awak cakap apa?" soal Ain laju. Dia tak berapa tangkap apa yang dikatakan gadis itu tadi. "Takde. Saya tak cakap apapun."
"Hye!" Sapaan seseorang menarik mata Adelia dan Ain serentak. Wajah kacak lelaki berdarah China-Amerika itu memenuhi ruangan mata mereka berdua. Muka lelaki ini...seperti pernah dilihat.
"Awak ni.." Otak Adelia ligat memikirkan siapa figura kacak yang sedang tersengih-sengih di tepi meja makan dia dan Ain.
"I'm Kriss, hye hantu. You macam mana? Sihat?" Ujar Kriss yang terlebih dahulu memotong. Alah, janganlah lupakan dirinya! Dia orang yang tolak katil hospital lebih laju dari jururawat yang lain pada hari Adelia hendak bersalin. Demi sikap gabrah yang tiba-tiba muncul. Dan oleh kerana dirinya yang mencintai PARA wanita. Dia tak sanggup melihat Adelia kesakitan. Lebih-lebih lagi darah yang banyak berlumuran di dress putih gadis itu dan hoodie Kaisar. Pastilah dia agak cemas.
Adelia pantas tersenyum. Jujur, dia tak berapa ingat akan Kriss. Namun tak mengapalah. Lelaki itu pasti mengenalinya secara jelas. Lagipula gelaran hantu itu. Dia yakin, Kriss adalah salah seorang yang turut ada di dalam kereta yang dinaiki pada malam itu.
"Saya sihat." Balas Adelia dengan lembut. Gadis itu kembali mengunyah sisa makanan di dalam mulutnya tanpa menghiraukan Kriss dan Ain. Baginya, dia lebih mengkhawatiri keadaan Kaisar. Dan sedikit rasa bimbang dengan hubungannya dan lelaki itu. Janganlah apa-apa perkara buruk terjadi lagi selepas ini. Dia sudah penat dihurung rasa kecewa,serba salah, dan tertekan.
"Hantu?" Suara Ain tiba-tiba mencelah dan mengundang wajah toya lelaki itu bila mengecami suara yang berbunyi tadi. Sementelah itu, anak mata Adelia perlahan-lahan mendongak pandang Kriss, kemudian melorot jatuh ke arah Ain yang tadinya nampak tenang,ceria dan bergurau kasar sudah berubah wajah dengan rasa kelat.
Ada sesuatu yang tidak kene antara mereka ke?
"And, apa kau buat dekat sini?" Soal Ain tak bertenang. Gelisah semacam sahaja duduknya itu. Kehadiran lelaki bernama Kriss ini mengundang rasa tidak selesa buat gadis berambut panjang itu. Dia agak rimas...melihat Kriss yang tiba-tiba sahaja terpacak dihujung meja.
Kriss, mata kalau dah nampak perempuan cantik, mulalah mulutnya itu mengeluarkan cemilan manisan yang bagi Ain adalah murahan. Jijik sahaja matanya melihat apatah lagi mendengar kata-kata penipuan Kriss kepada perempuan-perempuan yang terpesona akan keterampilan yang dibawa oleh Kriss. Loya sahaja tekaknya, kalau boleh, disaat lelaki itu berdialog manis dengan perempuan, disitu juga dia muntah nasi!
Dasar...buaya tembaga!
"It's up to me okay? Ikut suka hati I lah, nak ke mana. Tak menyusahkan you dan memerlukan keizinan daripada Cik Ain." Dan bibir Kriss tersenyum sinis. Wah,wah..wah. Bukan kali pertama dia dibalas dengan senyuman sebegitu. Sudah berkali-kali! Ouh tuhan...apa malang sangat dia bertemu dengan Kriss Wang hari ini? Lihatlah, cara bercakapnya pun menyakitkan hati.
"Mulut kau kenapa? Tak boleh bercakap dengan elok ke?" Ain nampaknya tidak berpuas hati. Duduknya sudah bertukar kepada berdiri. Wah...Ain memang tinggi. Dahinya saja sudah separas dagu Kriss yang sememangnya tinggi.
Mereka saling menjegilkan bola mata. Bibir terkemam kedalam. Seolah mempamirkan perasaan tidak berpuas hati antara satu sama lain. Banyak-banyak perempuan, Ain sahaja yang paling mencetuskan tikaman lidah dengannya. Hati panas, mata panas, otak pun...tunggu masa nak meletup!
"Apa?! Tundukkan pandangan kau!" Ujar Ain secara melengking.
"Me? You yang tundukkan! Bukan salah I. You yang nak melebih-lebih. And always melebih. Apasal? You nak perhatian dari I kan? Heleh..macam I tak sedar. You ni sebenarnya suka I! Tapi saja cover dan kata tak suka, lepastu cari masalah.."
Berdesing telinga Ain Nursyafiqah tatkala suara yang agak anti untuk didegari sedang menuduh dirinya dengan statement yang bukanlah fakta! Geram betul! Muka bajet handsome, padahal...handsome lagi daddy dia di rumah itu! Huh!
"Yes! aku suka Kriss. Suka sangat-sangat! Tapi, Kriss from EXO, Kriss yang popular dekat China dan Korea. Kriss yang hangat keluarkan solo yang gempuks berkali-kali. Bukannya seketul Kriss berupa buaya depan aku ni. Hadu geli ah! Sian, mereka tertipu dengan Kriss yang klon."
Termengah-mengah Ain sehabis dia bercakap sebegitu. Wajah Kriss jangan dikata, merah padam jadinya.
Pandangan mereka masih bersatu dengan rasa geram yang membuku. Adelia mulai tersedar. Ya, ada patut dia elakkan sebarang pergaduhan yang melampau nanti. Bahaya, Kriss itu lelaki dan gadis itu pula ialah seorang perempuan. Buaya dan harimau, dua-dua beria keluarkan taring.
Namun, belum sempat Adelia cuba menarik Ain. Rambut panjang Ain sudah dicekut ke dalam cengkaman Kriss. Hampir menjerit gadis itu sebelum tangannya turut mengcengkam rambut Kriss dengan penuh rasa amarah. "Oh...kau nak main tarik rambut? Ha mainlah! Biar aku tarik, tarik rambut kau sampai tercabut! Perempuan ni..lebih terer bab tarik rambut paling kuat tau. Sebab tu, kami berlumba-lumba cari syambo paling kuat dan tak gugurkan rambut. Biar bila ditarik, tak tercabut. Lepasni...pakai syampho lain Kriss!"
Adelia berkerut mendengar bebelan Ain yang sedang menahan sakit. Apa kaitan pergaduhan dia dan Kriss...dengan syampho? Haih rumit betul.
"You bebel apa ha? Macam tak masuk akal je bunyi nya? Mabuk ke? Pening? Ke nak kuat lagi?" Sebaik itu rambut Ain ditarik dengan lebih kuat. Menjerit separuh mati gadis itu bila diperlakukan sebegitu rupa.Cumanya,masih bertahan lalu dibalas perkara yang sama kepada lelaki itu. Kali ini, package di siku perut lelaki itu sekali hingga lutut Kriss jatuh menyembah lantai. Ain terikut jatuh sama, memandangkan kepalanya dikawal oleh tangan Kriss.
"Asal kau tarik aku melutut se..argh...sekali!"
"Asal you siku I? Ha hambik kau, untung aku tak berniat nak sikut kau jugak. Lepaskan lah rambut I."
"Kau...kau lepas dulu. Aku tahu kau dah lembik,"
"Melebih you ni. Biar I ajar...how sakitnya yu...ah! Aduh, aduh, Sakit!"
Genggaman dirambut masing-masing terlepas. Ain mengeluh lega. Sebaliknya dia turut terkejut melihat senior dibelakang mereka. Desmond!
"Hyu...hyung! Sorry hyung..aku cuma,"
"Cuma apa Kriss? Dia perempuan kan? Kau kata diri pencinta wanita sedunia. Habistu Ain ni apa? Girl? Boy?" Ujar Desmond yang agak geram dengan satu-satunya rakannya yang agak sukar dikawal dan nakal itu. Dia dan Daiyan tidak sangka pula, Kriss yang katanya mahu ke toilet, sedang bergaduh bomba disini. Dihadapan Adelia, dengan perempuan pula itu yang dijadikan lawan. Andai sahaja Kaisar tahu...
"Minta maaf Adel, Kriss memang macam ni. Dia nakal. Sebab tu, tak boleh terlepas pandang. Biasalah, budak-budak kan?" Ujar Desmond sambil tersenyum manis. Gadis itu nampak comel disitu. Tidak berganjak kemana-mana. Malah mendedahkan bahagian kulitnya yang lain. Amat berbeza dengan pelajar perempuan yang lain disini. Rata-rata tidak bertudung dan sepemalu Adelia.
Adelia teragak-agak mengangguk. Haih Kaisar, awak tinggalkan saya dengan orang-orang macam ni. Bisik hatinya. Namun,tersirat juga rasa aman. Sekurangnnya, dia masih dikelilingi orang-orang yang baik. Meskipun Kriss dan Ain sudah mencetuskan pergaduhan sebentar tadi.
"Tak apa,"
"Haish hyung! janganlah malukan aku depan Adel. "
"Malukan apa? Kau kan tak matang. Dah jom, kita ada training basketball kejap lagi."
"Kapten tak ada...boleh go ke?" Balas Kriss yang agak malas. Kepalanya diusap sambil kadang-kadang berbalas,balas jelingan dengan Ain. Nampak sudah terlerai pergaduhan tadi kan? Namun, sebenanrnya mereka masih menyambung pergaduhan tadi. Melalui mata dan kutukan di hati!
"Tak apa, hal tu..aku boleh handel,"
"Kau tak apa-apakan Adelia?" Daiyan yang dari tadi diam memerhati menegur Adelia bersama soalan keprihatinan. Bukan apa, jika terjadi apa-apa kepada gadis itu, mampuslah mereka. Kaisar memang marahkan Adelia. Tapi, ,arah lagi Kaisar kepada mereka kalau terjadi sesuatu kepada gadisnya itu.
Adelia geleng. "Alhamdullilah, saya okay. Mereka tak lukakan saya pun.Ain okay?" Sebaik menjawab, matanya langsung melirik ke arah Ain yang agak serabai itu. Rambut gadis itu benar-benar berantakan disebabkan hasil daripada tangan Kriss.
"Tak okay. Crocodile memang tak aman kalau tengah lapar. Jom Adel. Dekat sini...PANAS!" Ucapnya seraya menyenggol bahu Kriss. Tangan Adelia dipimpin bersama lalu berjalan keluar dari kafe tersebut. Tak perlu berlama disini. Nanti, risau meja dan kerusi terbalik pula. Jangan kata perang kedua tak boleh berlaku.
"Rambut keras, kulit capuk, busuk, huh." Sempat Kriss menangkap bait-bait suara Ain yang tenggelam timbul mengumpatnya ketika sedang berjalan keluar. Pergh, sempat juga dia mengutuk!
"Hyung,"
Desmond menoleh. Daiyan turut sama mengangkat muka dari menunduk kelantai. Sebenarnya, dalam beberapa hari ini. Dia adalah berkunjung ke taman tempat dimana gadis bisu berdress kuning itu memainkan piano. Namun,dalam masa beberapa hari itu juga Eiliya Sofea tidak memunculkan diri. Entah kenapa perkara itu membuatkan harinya agak disirami rasa muram.
"Pegang rambut aku," Arah Kriss membuatkan Desmond menyantuh rambut lelaki itu. "What do you feel?" Soalnya sejurus rambutnya diusap. "Err, rasa rambut?" Balas Desmond polos. Apa? Kenapa? Mengapa dia harus menyentuh rambut lelaki itu? Adakah Kriss kekurangan perhatian kebelakangan ini?
"Cit, bukan! keras ke?"
Desmond geleng menidakkan. Apa pula keras. Kriss salah satunya antara mereka yang sangat menjaga penampilan diri. Hinggakan kuku kaki,haruslah memuaskan hatinya.
"Kulit aku bercapuk?" sekali lagi. Kriss seolah-olah sedang menunjukkan dirinya yang 'insecure' terhadap diri sendiri. Dan biasanya, penyakit ini dijangkiti oleh para wanita. Bukan buaya tembaga seperti Kriss itu.
"Tak Kriss. Kulit kau macam telur. Apa lagi?"
"Last.." Ujarnya, mengundang sabar Desmond dan Diayan yang menantikan lagi sikap kurang yakin yang menghimpit rupa paras Kriss Wang secara tiba-tiba. Apa sebenanrnya yang sedang berlaku? Kriss, bukankah dia seorang yang berkeyakinan tinggi. Walaupun kek hazelnut dikatakan kek pisang. Dia tetapi yakin bahawa kek itu ialah kek pisang berdasarkan penilaian matanya.
"Aku berbau busuk ke?" soalnya. Tampaknya, soalan kali ini agak serius.
"Haah, busuk. Busuk sangat. Sebulan tak mandi lah tu." Balas Daiyan yang agak tidak tenteram dengan perangai Kriss kali ini. Leher Desmond dirangkul lalu dibawa keluar dari kafe tersebut. "Jangan layan dia hyung. Aku risau kau yang insecure dengan diri kau pulak nanti,"
"Eh hyung! Daiyan! Woi! Jangan tinggal aku. Betul ke busuk? Woi!"
Jeritannya menarik mata-mata pelajar lain di dalam kafe tersebut. Hampir kesemuanya memandang Kriss dengan lagak janggal. Busuk? Dan mereka tertawa kecil. Masing-masing sedang menggelakkan dirinya.
Kriss jatuh malu. Semua gara-gara Ain Nursyafiqah itu! Dan bibirnya membebel geram dalam bahasa mandarin.
Tak guna! Tak guna! Tak guna!
Berkali-kali kutukan itu meluncur di bibirnya.
-C O N T I N U E-
Aipp! Flashback tak habis lagi tu! Stay tuned okay!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro