34|LISTENED TO HIM
Sebelum awak baca. N maklumkan dulu, agak sedih? Eh yeke? Tak,tak! Tapi, agak pendek. Kalau nak panjang, tunggu jumaat terus baca sambungan. Tapi kalau rindu sangat, baca jelah terus! Hiks ^-^
...
Bab 34
"Kerana sejujurnya, belum rela."
...
"KAU boleh?" soal Kaisar dari atas. Dia sudah jauh beberapa anak tangga ke atas berbanding Adelia. Mengah sedikit. Kesan kerana pernah melahirkan anak mungkin. Anak lelaki pula itu.
Adelia lambat-lambat mengangkat muka. Perlahan-lahan kepala diangguk. Senyuman manis terlakar ditubir bibir walaupun sedang penat. "Okay tapi saya.."
"Aku faham,"Kaisar menapak turun tangga semula. Bag Adelia diambil lalu digalas kebahu. Lengan hoodie putih gadis itu diturunkan menutupi permukaan kulit tangan. Lalu perlahan-lahan tangan itu dipimpin membawa gadis itu bersama-sama melangkah.
Niat yang satu, dan diharapkan hari yang bakal disangkakan sebagai hari terakhir buat mereka, adalah permulaan baharu sebagai gantian Memori Neraka.
"Sejak kau datang dalam hidup aku. Sejak mata dan telinga aku lihat dan dengar rintihan sakit kau untuk lahirkan Caden. Dan saat pertama kali aku senyum.."
"Atas kerana gembira kerana Caden bernafas,"
"Aku mula menyesal,"
"Menyesal kerana aku sambut kedatangan kau pada awal pertemuan kita dengan perbuatan neraka."
Kaki kembali memanjat tangga. Adelia dibawa melangkah bersama. Jemari-jemari runcing itu digenggam erat. Bagaikan hanya beberapa saat masa yang tinggal bakal diakhiri. Satu hari itu, umpama sekejap, sedangkan belum ada yang dimulai.
"Dan sejak kau tinggal dengan aku. Banyak perkara tak logik, perkara yang tak sepatutnya aku cari..tapi, aku cari. Kelakar tak?" Kepalanya menoleh sekejap kebelakang. Adelia sekadar balas dengan senyuman.
"Kau senyum je? Tak cukup kelakar aku ni, tapi tersangatlah kacak, kan?" Dan kali ini, Adelia tertawa suka. Tak kelakar pun sebenarnya, hanya terusik dengan keriakan Kaisar Ahn. Jarang si syaitan puji diri sendiri sebegitu.
"Nak tahu tak perkara apa yang aku cari tu?" soal Kaisar.
Adelia angguk senang. Dia sedia menjadi pendengar setia. Mungkin kerana ini hari terakhir maka, banyak perkara yang Kaisar mahu bualkan. Biasalah, salam perpisahan.
Kaisar berhenti. Sekaligus Adelia berhenti juga. Lelaki itu berpaling kebelakang dan menunduk pandang si little hoodie.
Suasana didiamkan dengan renungan lightgrey itu. Tiada tatapan tajam, garang dan terancam seperti selalu. Redupan dalam lindungan dia yang dirasakan.
"Cari tentang perempuan," Sekali lafaz ayat itu dizahirkan. Kedengarannya pula tersangatlah ikhlas dan lembut di pandangan Adelia.
"Tentang anak,"
"I mean as a mother macam kau..banyak keutamaan masa kau berpantangkan, jadi..aku cari tentang semua tu. Lebih lagi untuk uruskan kau."
"Dari mana awak cari semua tu? Misti dari google kan? Zaman sekarang, semua mudah." balas Adelia bersahaja. Jujurnya, untuk hilangkan debaran di dada!
"Tak,"
Kening Adelia terangkat satu. Habistu? "A book? " dan balasannya, sama.
"Kalau aku katakan ni, kau susah nak percaya."
"Omma?"
Kaisar senyum dan geleng.
"Okay, siapa?"
"Umi kau." Mata Adelia langsung tak berkelip. Dia tidak tersilap dengarkan? Umi? Ibu..Umi yang menghalaunya itu? Umi..
"Apa awak baru cakap tadi Kaisar..?"
Kepala gadis itu diusap lembut. Tangan itu kembali dieratkan genggamannya. "Aku faham kau penat panjat tangga ni. Kenapalah aku susah-susah suruh kau daki tangga. Lebih baik aku suruh kau naik lif saja kan?"
"Kau pernah melahirkan anak. Untuk orang yang pernah bersalin macam kau, banyak tenaga berkurang sekarang. I'm sorry, turun kita gunakan lif."
Adelia diam dan akur mengikuti jejak Kaisar. Hentah kenapa, tiada rasa mahu bertanya lebih tentang umi. Belum masanya untuk dia bertanya tentang itu. Tetapi sekarang, rasa takut untuk memilih jalan perpisahan dengan Kaisar lebih mengancam dirinya sekarang. Sukar bukan..untuk melepaskan sesuatu yang lena dalam dakapan?
"Tapi, kau nak tahu reason disebalik kesusahan kita untuk panjat tangga sampai ke rooftop nanti?"
Tangan Adelia dikemaskan lagi genggamannya. Jemari Kaisar mengusap tangan itu walaupun berlapik. Lelaki itu, sejujurnya sudah menyayangi gadis kecil dibelakangnya.
"Kesusahan memang payah dan penat. Kalau kita berhenti di pertengahan tangga ini, usaha kita panjat dari awal tadi, sia-sia. Jadi, jangan mengeluh. Anggap aku sebagai tali dalam kesusahan kau. Sama-sama,lepasi kesusahan ini..sampai ke..rooftop? " dan Adelia tergelak.
Nafas lega dihembus. Udara sejuk di tingkat yang lebih tinggi ini menghembus-hembus kulit wajah mereka berdua. Segar!
"Hari ini, boyfriend saya sepatutnya syaitan. Tapi kenapa, berubah menjadi malaikat?"
"Kirim aku malaikat dirimu, aku baca ayat itu berulang kali..dalam I-phone kau."
"Dalam I-phone saya? Tapi I-phone tu saya..ter.."
"Tertinggal dalam bilik Syaitan lah pula. Kan? Dan syaitan tu sini, akulah kan. Jadi I-phone kau, lama sangat berkaram dalam tangan aku ni Little."
"Ohh.."
"Jadi kenapa tak beri pada saya semula!"
Kaisar ketawa kacak, "Perlu ke? Memandangkan kau milik aku, jadi atas keperluan apa aku serahkan I-phone pink tu?"
Laju anak mata coklat Adelia menjeling Kaisar. Walaupun syaitan, kadangnya dia juga seorang yang 'Annoying'.
"Apa maksud kau aku berubah kepada malaikat pula. Selama ini, syaitan sangat ke aku pada kau?"
"Awak..tiba-tiba dekat dengan saya. Awak bantu saya. Awak pimpin saya. Awak tarik saya. Awak banyak bercakap dan tersenyum,"
"Kalau awak nak tahu, itu semua..sisi malaikat seorang Kaisar Caser Ahn." Senyuman Adelia berjaya mencairkan kebekuan hati syaitan dihadapannya. Anak mata lightgrey itu laju dilarikan ke dada langit.
"Just for my Adel." Halus sahaja suara garau itu berbisik. Wajahnya tertunduk ke bawah pula.
"Awak merungut apa?"
"Nothing. Then, aku anggap ia sebagai pujian pertama daripada my girl."
Merungut? Apa pula merungut wahai kekasih syaitan. Dia sedang meluahkan rasa sendiri.
"Aku saja tunjuk diri sebenar. Yang orang kenal, adalah badsilents. Yang orang nampak, adalah sisi menakutkan dari aku. Tapi untuk sisi lain, aku baik, soft spoken, acah lelaki terunggul and sometimes, malu secara tiba-tiba."
"Apa kita nak buat dekat sini?"
"Bunuh kau," Jawab Kaisar pantas. Terhenti terus degupan jantung Adelia. Kata-kata Kaisar tak pernah diterima sebagai gurauan oleh Adelia. Semua tentang Kaisar, mana ada bahan jenaka!
Jeda beberapa minit.
"Just kidding."
Sepatutnya dibalas dengan ketawa. Sayangnya, Kaisar menerima tatapan menyinga dari Adelia.
"Saja, untuk share tentang aku terhadap kau. Ada macam-macam..jadi sajalah, aku nak biar kau kenal aku. Mana tahu, one day..kita berjumpa semula. Waktu tu mungkin, aku nampak a super good daddy for Caden right? "
"But, em..Caden dibawa lari with his mummy pula."
"Super good daddy?"
"Yeah, wae?(kenapa) Jangan pandang aku macam tu, it's look like..kau tahu tak malu tu macam mana?"
"So..sorry,"
"And maybe you've got maried,"
Berkahwin? Haih, "Itu tak mungkin terjadi Kaisar."
"Tiada yang mustahil."
-C O N T I N U E-
Okay dah! Jumaat ni saya beri sambungannya. Dan sebagai makluman, jumaat ini adalah last saya update. lepastu, sebulan N hiatus ya, saya trial spm, jadi harap memahami.
Maaf jika hambar sayangku semua (T-T)!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro