28|FRUSTRATED
Manakala hati...
Sedang gemuruh di setiap minit dan masa.
Degupan terhadap renungan itu...
Ia membuatkan hari-hari yang telah aku lalui,
Mengusik kebekuan hati ini.
Tetapi, dengan renungan dan tatapan itulah...
Memori hitam itu menemui jiwa dan jasad aku kembali. Titik tragis yang merobek jiwa ini kembali bertandang. Kekejaman itu kembali terlayar diruangan mata. Sakit itu kembali menjalar disetiap lekuk sentuhan ke atas perbuatan lelaki itu.
Lataran suara pada malam itu, masih kuat bergema disini.
Di telinga,
Di jiwa,
Di hati,
Di memori.
"If you don't want me to hurt you,joyonghihaseyo."
"Kau syaitan paling tak guna pernah aku jumpa!"
Kaisar, adalah kunci hati ini.
Bab 28
"Yeah, it's mine."
Tamparan hebat itu kuat menyadarkan aku dari lena di dalam dakapan Syaitan. Wajah aku naik berpeluh. Kemusykilan aku terhadap dia akhirnya terjawab. Kaisar jujur untuk kali ini. Tangan aku serta merta mengigil ketakutan. Pengakuan itu menghentam senak ulu hati ini berkali-kali. Aku terdiam menerima pengakuan itu.
"Kai, ada hal dengan Adel sekejap. About Cola. Nanti, Kai naik semula." Alasan dia kepada semua.
Mereka angguk mengerti.
"Hyung, tolong gantikan aku." Desmond akur. Lagipula dia satu-satunya manusia di situ yang tahu akan kebenaran rahsia seorang Kaisar. Nampak tidak berminat pada perempuan, namun sebenarnya, disebalik topeng dinginnya Kaisar Ahn...
Ada seorang gadis yang merana disebabkan lelaki itu.
Tangan aku masuk ke dalam genggamannya lalu ditarik bersama menapak turun ke bawah. Kemana dia mahu bawa ini? Syukurnya, kulit dia tak sentuh tangan aku. Syukur juga, lengan hoodie ini sememangnya tidak pernah berjaya mengeluarkan walau seinci jari aku dari kelihatan.
Seteruk mana pun jiwa aku merana disebabkan perbuatan Kaisar malam itu, hati dan mata ini tetap pada dia. Kepercayaan yang tak sepatutnya aku lakarkan buat dia tetap saja menjadi milik Kaisar. Padahal hati...kau dah terluka. Dilukai oleh kedegilan aku sendiri.
Air mutiara jernih ini mengalir laju membasahi pipi. Aku tak mampu kata apa. Aku tak tahan untuk tahan perasaan yang aku pendam selama ini. Betapa susahnya. Betapa peritnya aku lalui hidup bersama memori neraka itu tapi dalam tidak sedar, aku masih belum berpaling daripada dia. Sedangkan hati, parah dilukai dengan penipuan Kaisar.
"Awak syaitan itu..."
Langkah Kaisar terhenti di pertengahan tangga.
Sendu dan sedan aku menghiasi ruang antara kami. Semakin kuat genggaman Kaisar pada tangan aku, semakin galak air mata ini ingin mengalir. Kepercayaan ini sudah menguasai diri hingga bodoh untuk bertingkah dalam niat asal.Mahu sahaja aku tampar-tampar kulit itu namun, perbatasannya adalah kerana nyawa aku dan Caden yang dia selamatkan.
Kaisar teragak-agak mahu berpaling. Aku tak pasti apa difikiran dia sekarang tetapi...bodohkah aku kalau terus menjadi lemah disamping lelaki ini? Patutkah gelaran syaitan itu kekal menjadi panggilan utama buat dia?
"Awak pencipta memori itu..."
"Awak, Kaisar."
"Awak.." serentak itu, lidah aku kelu tatkala Kaisar berpaling mendongak membalas renungan kekeluan aku sekarang. Liur yang ingin ditelan masuk serasa berpasir dipanah akan tenungan Kaisar yang berbeza kali ini.
"Penipu," dan aku ketawa kecil secara tiba-tiba. Barangkali hati ini, sudah penat untuk meraung bersama tangisan.
"Sebelum di mall, S. Hagword Girls Highschool, klinik dan juga di tepi jalan. Itu bukan kali pertama kita bertemu kan?"
"Awaklah orang yang heret saya semula secara kasar untuk puaskan keinginan awak malam itu. Awaklah lelaki yang langsung tak hiraukan rayuan saya malam tu,"
"Awak mungkin tak tahu tapi, disebabkan perbuatan awak, bukan maruah saya sahaja yang terjejas...hidup saya pun Kaisar. Saya dibuang keluarga disebabkan awak. Paling saya sedih.."
"Orang yang tutup pagar rumah waktu tu, abah. Lelaki yang paling saya sayang dalam dunia ini, kecewa dengan saya."
Mata aku turun membalas pandangan lightgrey Kaisar bersama tangisan yang makin galak terhambur. Kecewa dan terkilan ini tak dapat digambarkan bagaimana parahnya rasa.
"Saya perempuan yang lemah Kaisar. Depan lelaki yang dah ragut kesucian saya pun, saya tak mampu berdiri kuat. Saya tak mampu halang diri daripada menangis macam orang bodoh. Mungkin sebab itulah..kerana itulah awak dengan mudah ambil kesempatan ke atas diri saya."
Pedulikah aku jika tatapan lelaki itu penuh dengan kesedihan. Logik ke untuk dia turut rasakan kesedihan ini sedangkan dia..selama ini dengan beraninya berlegar di hari-hari aku? Menghasilkan senyuman-senyuman yang berbeza disetiap waktu? Memberi tatapan yang berlainan disetiap ekspirasi? Menuturkan kata-kata beku tetapi manis?
Semalam dia tertawa dan hari ini mahu berduka? Berduka atas dasar apa Kaisar..
"Selama bermulanya detik saya dirosakkan oleh awak, hidup saya berubah kucar-kacir. Kebahagian saya diragut sama seperti awak ragut kesucian saya. Iman saya sebagai hamba, seperti disoal-soalkan. Tekanan emosi dan perasaan yang awak mulakan, saya tanggung sendiri. Saya tak mahu ada yang tahu. Saya tak mahu dipandang sisih. Saya tak sanggup...untuk bebankan Caden tapi awak..."
"Kenapa kau lari dari aku?" Kaisar sekali lagi mengelukan lidah aku kembali.
"Saya.." Silih berganti lightgrey itu ditatap resah. Haruskah Kaisar soalkan perkara itu?
"Tell me, Adelia. Please..don't hide anything from me. Aku bersalah. Kau tak patut sorokkan semua ini. Aku cari kau but, you changed. Aku tertipu dengan gadis di dalam hoodie. "
"Saya sengaja larikan diri daripada awak,"
Genggaman Kaisar aku lepaskan.
"Saya takut,"
"Saya takut dengan awak."
Memori yang disangkakan sebuah memori yang telah bernoktah.Tetapi, rupanya disambungkan pula dengan sebuah realiti. Aku hidup bersama Syaitan itu selama ini. Aku berharap dan mengharap pada lelaki itu selama ini. Aku dijaga malah turut diperhatikan oleh Syaitan itu selama ini.
Berkali-kali aku berlari untuk pergi jauh dari dia. Namun akhirnya, langkah ini berhenti dalam kurungan si syaitan.
"Awak tak mampu tipu saya Kaisar,"
"Mata awak tak pandai menipu."
[•••]
SETERUK apapun takdir yang aku lalui. Sehina manapun tubuh ini. Dahi ini tetap turun sujud mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta.Keagungan yang satu untuk disembah. Ketenangan yang satu dicari. Perjalanan keikhlafan yang aku tempuhi..di sini juga, aku luahkan segala-galanya.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat,dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk"
Mata aku terpejam dengan rasa kebebanan dosa yang aku tanggung selama ini. Zina itu adalah yang teruk dan terkutuk perbuatannya. Namun diri ini, adalah salah satu yang terheret ke dalam kancah pendosa neraka itu. Aku tak rela tuhan. Aku takut akan kau. Aku tak sanggup menjadi penghuni tempat paling menakutkan itu. Tetapi, aku sedar. Aku juga tidak mampu untuk ke syurgamu. Kurunglah jiwa ini dengan namamu. Peluklah tubuh ini dengan kasih dan sayangmu. Hidupkan aku semula dengan cahaya rahmat dan redhamu.
"Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi,"
"Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi,"
"Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi,"
Salam kedua selesai diucapkan. Rengekan Caden buatkan aku bergegas bangun dari berteleku di sejadah dan berlari mendapatkan Caden di katil.
"Shh...shh...anak mummy, kenapa menangis ni? Caden nak susu ya?"
"Lapar ke sayang..sekejap,sekejap.."
Perlahan-lahan tubuh kecil Caden masuk ke dalam dakapan. Rambut lebat Caden aku usap lembut. "Caden.." bibir aku menggigil kecil. Terketar rasanya mata bila membayangkan diri ini yang terkucar kacir sendiri. Tinggal dengan lelaki yang rogol kau?
Na'uzubillah..
"Mummy dah tahu siapa ayah Caden," Bibir aku melabuh pada dahi wangi Caden dengan lama. Jangan menangis Adelia. Jangan menangis.
"Hiks...maafkan mummy Caden. Perasaan sedih mummy tak boleh nak dibendung. Rupanya selama ini, kita dah lama dekat dengan dia. Mummy tetap tak boleh lari daripada memori mummy sendiri,"
Tangan kecil Caden menerawang ke udara. Kain telekung aku ditarik-tarik. "Caden faham ke apa yang mummy rasa sekarang? Caden pun sedih ke sayang?"
"Muhammad Caden Ku sayang..Mummy tahu, sejak Caden wujud dalam rahim mummy, hanya Caden sahaja yang faham perasaan mummy. Kita lalui semuanya bersama. Tapi mummy tak nak anak mummy sedih."
"Kaisar. Lelaki itu ayah awak. Tapi Caden, jangan benci dia. Jangan sedih dengan takdir Caden,"
"Caden, mummy tak boleh berpisah dengan Caden. Macam-macam mummy korbankan. Mummy takut Caden..mummy takut Kaisar ambil awak dari hidup mummy. Mummy dah tiada sesiapa..hiks,"
"Adelia..."
Tangisan aku berhenti. Cepat-cepat air mata ini aku kesat laju. Gerangan di muka pintu itu melalu masuk dan duduk dihadapan aku.
"Adelia ok? Daripada semalam, Adel tak keluar bilik jumpa kami semua. Omma risau dengan Adel." ujar Quraisya lembut. Lengan aku dicapai lalu diberikan gosokan semangat.
"Ada apa-apa yang terjadi ke semalam? Kaisar marahkan Adel ya?"
"Kaisar tak marahkan Adel. Kenapa Kak Qu cakap macam tu?"
"Tak adalah Kak Qu bukan apa, kami semua pelik lihat korang berdua. Sejak Adel duduk dengan kami, Kehidupan nakal Kaisar kurang sikit. Lepas sekolah dia terus balik. Makan pun, tak jengah tingkat bawah untuk makan. Semuanya dia masak sendiri. Malam pula, dia dah tak keluar. Dah tak balik lewat jam 3,4 pagi. Tapi sejak semalam, perangai Kaisar yang dulu macam..berlaku semula. Betul ke kau orang tak bergaduh? Kaisar ni, suka sangat berahsia. Adel pun, pasti susah nak tahu rahsia-rahsia Kaisar kan?"
Wajah Quraisya aku pandang lama. Apa riaksi wanita ini bila tahu siapa sebenarnya Kaisar. Adel tak pernah cuba untuk tahu rahsia Kaisar. Malah, dia sendiri yang tunjukkan diri dia dari sebalik sifat dingin dan beku itu. Dan rahsia terbesar Kaisar..sangat berkait dengan Adel. Kejam tetapi itulah kenyataan yang tak mampu diselindungkan lagi.
"Kak Qu, boleh pinjamkan Adel telefon?"
Wanita itu mengangguk laju. I-phone dipegangan diserahkan kepada aku. "Pakailah, Kak Qu tunggu luar,"
"Ok, terima kasih."
Nombor panggilan umi aku taip dengan berdebar. Angkatlah umi. Adelia rindukan umi. Rindukan abah. Kehidupan Adel tak sama macam dulu.
"tutt...nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan..."
Aku mengeluh hampa. Hati umi masih keras. Tersungkurnya aku dalam genggaman syaitan itu, menutup setiap kegembiraan yang seharusnya hadir di masa ini.
Akulah perempuan malang itu.
Akulah ibu Caden.
I once owned him,Syaitan.
CONTINUE
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro