Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23|BADBOY

BOTOL minuman Coca-cola yang telah habis diteguk itu dilambung tinggi lalu mengena sepakan kakinya hingga selamat masuk ke dalam tong sampah. Dua alis bibirnya secara tak langsung membuahkan sebaris tarikan sinis. Darah yang mengalir pada buju bibir di jilat. Kaisar meramas rambutnya dengan rasa puas.

Puas.

Puas kerana akhirnya dia dapat menangkap perbuatan manusia berhati dengki. Apa silap dia pada orang itu? Sampaikan sanggup menjebakkan dirinya sebegitu sekali. Tak sangka...tak sangka rancangan manusia itu benar-benar menjatuhkan dia ke dasar paling bawah!

Kaisar kalah dengan orang lain? Huh..

"Neoege hwaga...tell me why you did this thing! Jawablah bodoh!" Suara amukan Kaisar naik menengking lagi. Baran Kaisar menjadi-jadi sejak beberapa jam sebelumnya. Dia terlampau marah dan geram dengan lelaki dihadapannya ini.

Kriss dan Daiyan kecut perut di tepi tebing rooftop. Mereka takut mahu menyampuk. Ketika Desmond mengatakan bahawa dia sudah tahu siapa yang meletakkan viagra di dalam minuman Kaisar di hotel tahun lepas, mereka berdua tak tahu mahu gambarkan bagaimana. Sudah tentulah, jika berita ini sampai ke pendengaran Kaisar, lelaki itu akan baran tak tentu hala.

Namun, belum apa-apa Kaisar sendiri sudah mendengarnya. Desmond terpaksa beritahu siapa orang itu. Memang tak selamatlah hidup orang itu bila Kaisar dapat tahu lelaki itu satu sekolah dan satu tingkatan! Berani-berani cari pasal dengan badboy sekolah.

"Asal kau diam? Bisu? Ouh...bisu rupanya..." Kata-kata Kaisar mencemaskan lagi lelaki berkaca mata itu. Kepala tergeleng sambil menyerot badan ke hujung palang rooptop. Selagi mahu dia memohon maaf terhadap Kaisar. Dia sedar dia sudah melakukan kesilapan dengan siapa. Dia tahu,jika dirinya kantoi, nyawa akan dipermainkan.

Hanif sedar tentang risikonya sekarang. Jangan bermain dengan Kaisar. Permainan lelaki ini sangat kejam. Bad silent, diam-diam. Namun, penuh liku nerakanya.

"Do you really want to be silent? " Soal Kaisar lagi. Rasa sabar sudah semakin kurang. Apa susah sangat ke untuk buka mulut itu? Beritahu sahajalah kenapa dia buat begitu!

Tak tahu ke..disebabkan ubat bernama Viagra itu, dia rosakkan seorang perempuan! Disebabkan kedengkian ini, orang lain yang merana. Jika benar Adelia Edruce gadis itu, Kaisar tersangatlah marah dengan lelaki dihadapannya ini. Dia sudah lihat sendiri betapa merana dan sakitnya Adelia menanggung sakit nyawa yang dipertarungkan. Kau fikir main-main ke? Dia sendiri pun tak mampu tanggung kesakitan itu.

Hanif yang baru mengangkat muka langsung ditibai laju dengan kaki. Lelaki itu terdorong ke belakang. Sebelah cermin kaca matanya tertanggal. Belum sempat dikejar, Kaisar sudah meluru lalu dipijak hancur kaca itu. Kolar kemeja putih Hanif dicengkam oleh tangan berurat itu. Sekali tarik, lelaki bernama Hanif sudah dipaksa bangun. Lantak lah kalau muka masih sakit sekalipun!

"CAKAP DENGAN AKU KENAPA KAU BUAT BENDA NI! KAU TAU AKU SIAPA KAN?" Tengking Kaisar tepat ditelinganya.

Jika Kriss dan Desmond berkerut wajah kerana tengkingan Kaisar yang kuat berdesing itu. Apatah lagi, Hanif yang sebegitu hampir dengan wajah Kaisar. Boleh pekak gamaknya.

"Cakap bodoh! Aku boleh bunuh kau! Aku boleh buang badan kau yang sial ni terjun dari tingkat 6 ni, kau nak? Aku tanya kau nak ke tak!" Nafas Kaisar turun naik. Hilang sabar dia mahu tunggu lelaki itu bersuara. Kalau selalunya kulit muka dia merah kerana malu, kali ini, kerana terlampau marah.

"Ak...aku...aku ada alasan sendiri!" Balas Hanif berani. Pergelangan Kaisar di cerut kolar lehernya turut digenggam kuat. Matanya dengan berani bertentang mata dengan Kaisar.

Kaisar tercabar. Dia langsung mengheret tubuh itu ke tebing rooftop. Hanif ditolak rapat ke kaki hujung rooftop. Aras pusat hingga ke hujung rambut lelaki itu sudah berada separuh dari luar lantai rooftop. Kecut hatinya ketika mendengar suara jeritan pelajar-pelajar The Cares's Highschool yang secara tiba-tiba menjerit riuh di bawah.

Nampaknya, Kaisar tak bermain dengan kata-kata.

"Last chance or you fall " Tubuh Hanif diheret mara ke hadapan lagi. Kedua kakinya tidak lagi menjejak lantai rooftop.

Hanif tergugat dengan perbuatan Kaisar. Fikirnya, bila diancam dengan pandangan begitu, Kaisar tarik diri. Tapi, nampaknya dia silap langkah untuk bermain dengan Kaisar.

He is Syaitan.

Syaitan always be syaitan.

Hanif teguk liur. Pandangan Kaisar benar-benar membunuh segala deria kekuatan ditubuhnya.

"Ak...aku diupah..." Luah Hanif setelah puas dipaksa dengan berbagai cara.

Akhirnya, kata-kata itu diucapkan. Hanif kesal sendiri. Dia juga berbelah bahagi. Jika dia beritahu kebenaran, hidup dia bakal di kucar-kacirkan. Dan jika dia tidak jujur, kehilangan nyawa adalah titik akhir.

Serta merta Hanif menangis. Langsung tak kisah akan pandangan Kaisar lagi. Daiyan dan Desmand berpandangan sesama sendiri. Mereka pula yang kekok melihat Hanif menangis.

Keriuhan dibawah berganda-ganda. Semakin ramai pelajar yang berkumpul. Guru-guru juga turut turun ke tapak dimana semua pelajar berkumpul untuk menyaksikan apa yang sedang dikecohkan.

"Siapa upah kau" Keras suara Kaisar menyoal. Tiada lagi tengkingan dan jeritan maut daripadanya.

Badan Hanif ditarik masuk semula ke atas lantai rooftop. Terus melurut jatuh Hanif ke lantai. Nafas diambil. Seolah nyawa disambungkan semula. Hanif termengah-mengah mencari nafas.

Botol mineral di tangan Daiyan dirampas. Terdiam bisu Daiyan bila Kaisar menghampiri tadi. Nasib baik ambil minuman dia,bukan dia.

Botol itu dicampak hingga mengena Hanif. Air sudah diberi,namun mata tetap menjeling Hanif. Menyampah betul. Bukan mati pun, gaya macam nak putus nyawa.

"Dah lega?" Soal Kaisar dengan senyuman membunuh. Badannya merukuk bagi menyamai paras mukanya dengan mata Hanif.

"Apa...apa yang kau nak lagi?" Hanif menyoal dengan lemah. Mungkin kali ini, dia harus bersyukur kerana nyawanya selamat.

Kaisar menghela nafas berat. Mukanya diraup sekaligus menyuak rambut ke atas. Kaisar bercangkung dihadapan Hanif. "Hanif..." Sebutnya perlahan.

Cluck!

Hanif tergugat kembali. Nyawanya benar-benar dimainkan! Belum tiba di penamat rupanya.

Glock-17 tepat berada di tengah dahi. Pandangan Kaisar berubah serius. Dia tak berniat untuk membunuh. Hanya...bermain-main dengan jiwa Hanif. Killer smile kembali terbit di wajah. Mengejek ketakutan Hanif.

Desmond, Kriss dan Daiyan terkejut. Dari mana pistol itu diambil? Tak pernah mereka tahu Kaisar memiliki senjata tersebut. Kaisar sungguh..diluar jangkaan.

Nampaknya, gadis bernama Adelia Edruce tidak boleh diperlekehkan. Kaisar terlampau ambil serius akan gadis itu.

"Don't playing with me. Beritahu aku, siapa upah kau?"

"Per...perempuan"

Muncung pistol di dekatkan dari jarak sebelumnya.

"Nama"

"Qi...Qiella"

•》•》-----♢-----《•《•
CONTINUE


N bgi pendek je okay?
Rajin, N smbung.
Much love, N ❤


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro