Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22|DIMPLES

"WASTERN , Korean , Chinese , Japan, Indian , Arab, or Malay Food. Which one you like to eat ?"

Terkebil-kebil mata aku memandangnya. Kaisar tampak sebegitu semangat mahu menghidangkan masakan. Aku sahaja...yang tiba-tiba...menjadi seorang gadis polos dan bodoh dihadapannya. Argh! Memalukan! Adakah aku akan terus diperbodohkan hanya dengan tatapan manis sepasang lightgrey itu? Atau sebenarnya, aku dah lama hanyut hanya disebabkan pandangan lelaki ini? Senyuman dibibir lelaki itu. Iyeke? Betul ke? Aku sedang bermimpi.

Eotteohge ..(bagaimana ini)

"Little? Still here...atau dah sampai ke bulan? Dengar tak apa aku tanya tadi?" Kaisar secara tiba-tiba menghayungkan tangannya dihadapan wajahku. Aku tersentak. Ya, benar. Aku sedang bermimpi sekarang ini. Bibir dihadapan mata aku ini, dikenali sebagai bibir yang tidak pandai mengukir walau sebuah senyuman sekalipun.

Namun, bila malam...

Segalanya berubah.

"Adelia Edruce" Serunya lagi dengan senyuman. Bantu aku...sedar kan aku dari mimpi-mimpi malam ini. Aku mohon!

"Ik...iya.."

Dan Kaisar kembali membuahkan lengkungan senyuman. "Aigo " Dia tertawa halus selepas keluhan 'Aduhai' meluncur dibibirnya. Lesung pipit itu! Seringkali dipamirkan kepada aku. Sangat menarik minat.

"Aku tertanya-tanya..." Suaranya kembali mengisi ruang kekosongan di dapur tingkat tiga ini. Bau haruman masakan lelaki itu menusuki rongga hidungku. Baru aromanya sahaja, sudah mengelodakkan perut.

Baik Adelia. Sabarkan dahulu. Sekejap sahaja lagi, sekejap sahaja. Hanya beberapa minit, kau dah boleh nikmati makanan itu. Tunggu. Sabar!

Ekor mata aku mengikuti Kaisar. Lelaki itu kembali tersengih takkala kerusi paintree ini berpusing menghadapnya. Tumpuan yang aku alihkan padanya, sememangnya dinantikan.

"Hanya tertanya...apa perempuan bertudung macam kau memang pekak ke?"

Erk?

Apa yang sebenarnya lelaki ini mahu maksudkan? Perempuan bertudung pekak?

"Awak, cuba nak katakan perempuan bertudung pekak ke?"

"Ani(tak), Bukan itu maksud aku. Tak semua pekak. Omma dan Kak Qu pun bertudung, okay sahaja mereka dengar dan faham apa aku cakapkan, melainkan kau" Senyuman Kaisar menjadi-jadi lebarnya. Kepalanya tergeleng-geleng sambil tangan sibuk menyiapkan masakan.

"Ouh"

"Ouh ?" Kaisar ulang semula. Keningnya ternaik dengan balasan aku. 'Ouh' kenapa? Ada yang tak kene ke jika aku balas 'ouh'? Ianya sama kan? Sebuah jawapan. Apa yang mahu dipelikkan.

"Ya..ouh. Mungkin, jenis kain tudung yang saya pakai" Balasku kembali dengan penerangan yang lebih diperincikan. Mana tahu, Kaisar yang bengap sangat mahu faham. Haih.

Lelaki itu menjuihkan bibir bawahnya. Kepalanya terangguk-angguk sambil kembali meneruskan kacauan pada piring masakan.

"Pertama kali, aku dengar jawapan macam ini dari manusia. Iaitu kau. Aku perli, dan kau balas tanpa rasakan apa-apa. Sebenarnya, kau faham tak apa yang aku cakapkan tadi?"

Kaisar berpusing menghadap aku. Kedua lengannya naik memeluk dada tegap di tubuh yang bersarung hoodie kuning. Pandangannya jatuh menatap wajah aku.

"Kalau kau nak tahu. Aku faham dan pandai berbahasa melayu, ingeris, korean and a bit of chinese langguage. Kalau tak faham bahasa melayu...pilihlah bahasa-bahasa yang aku bagitahu tadi. Mana tahu, kau orang paling bertuah dengar aku bertukar-tukar bahasa" Sebuah kenyitan ditujukan pada aku. Bibir itu kekal bersama senyumannya.

Wajah aku berbahang. Menegak segala liang roma di tubuh. Gemuruh ini lebih hebat untuk dibandingkan ketika aku bertemu Cola, si kucing serupa harimau bintang.

Lambat-lambat aku pusingkan semula kerusi tinggi ini agar menghadap table minimalis dari stainless steel ini semula.Tak ada keperluan rasanya, untuk aku terus menghadap Kaisar.

"Little, faham tak? Atau kau masih blur?" Katanya lalu tertawa. Annoying nya! Rasa mahu koyak-koyakkan sahaja wajah Kaisar itu! Hugh!

"Faham"

"Are you sure ?"

"Ya, saya akan belajar bahasa ibu awak" Lalu aku menghembuskan helaan yang berat. Tak pasal-pasal aku perlu belajar bahasa Korea pula lepas ni.

"That's great. Nanti aku uji"

"Jadi, sila hentikan gelak-ketawa awak tu sebelum Caden tersadar. Saya nak makan je sekarang ni. Bukan nak layan perangai awak yang.."

"Asing?" Duganya membuatkan aku tergamam. Bagaimana Kaisar dapat mengagak. Aih apa sahaja yang boleh melembabkan Kaisar? Dia terlampau cepat mengesan sesuatu.

"Diam bermaksud ya. Kan? Haih...hajiman dangsin-eun na-ege nachseon salam-i anibnida"

Aku diam lagi. Malas lah nak jawab. Silap-silap, kata-kata aku masuk ke perangkap sendiri. Berjalan di atas duri, manakan boleh lari dari tertusuk. Lagipun, apa yang Kaisar katakan langsung aku tak faham. Hajiman...haji Man? Dangsin, gasing? Ergh..

"Kau je yang nampak aku macam ni. Jadi, beruntunglah sikit. Anggap rezeki. Like all girls do the same way if they can see me with this character . maj-a Adel ?"

Dia mahu aku terima perangai dia sebagai rezeki? Apa dia fikir, dia tu digila-gila kan sangat ke? Tak pernah langsung aku rasa beruntung atau anggap sebagai rezeki. Untuk apa semua itu? Dosa semata? Ugh... Lagi pula, aku bukanlah salah seorang gadis yang memegang tittle 'crush' terhadap Kaisar Caser Ahn. Sama sekali tidak!

"Awak bukan citarasa saya. Sorry, but I'm not your fans mahupun seorang yang menaruh hati pada awak. Maaf Kaisar, saya tak anggap ini rezeki"

Gerak-geri lelaki itu terhenti. Senyuman dibibirnya juga mengendur tegang. Kaisar terkedu dengan penolakan itu. Nanti! Dia tidak meluahkan perasaan pun! Tapi kenapa...kesannya pada hati? Perasaan terkilan bila ditolak itu memberi impak yang jelas pada dirinya. Halkumnya bergerak menelan liur.

"Ye, igeos-i geobudoeneun neukkim-ibnida "(ya, macam ni lah rasa ditolak) Katanya berbisik pada diri sendiri.

"Apa dia? Awak cakap apa?" Aku menoleh kebelakang. Lelaki itu tergeleng perlahan lalu menyambung kerja memasaknya. Aku salah cakap ke?

"Ani, gweanchanh-yo.Well, I'm done! Jom makan" Suara Kaisar kembali bising. Suasananya kembali seperti tadi. Lirikan yang manis, pandangan yang lembut dan senyuman yang sering mengundang dua buah lesung pipit di kiri dan kanan tubir bibir lelaki itu.

"Wes...wastern food ?" Aku tercengang. Biar betul Kaisar ini? Aku sedang berpantang dan dia hidangkan aku makanan sebegini? Otak melarang namun...lidah aku dah terliur sangat tengok masakan dia ni! Sedap! Baunya lagi. Kepingan daging ini benar-benar menganggu ketenteraman aku. Slurp! Sedapnya! Tak sabar nak rasa!

Sudu...mata aku melilau. Mana sudu dan garfu? Pisau? Emrh...

"Chopstick?" Cadang Kaisar. Di tangannya sudah tersedia dua batang chopstick. Lantas aku sambar dengan laju. Kaisar pun tidak melarang jadi..

Nasib baik, aku adalah peminat makanan Jepun. Maka tidaklah sesukar mana untuk menggunakan chopstick ini. Kaisar aku lihat kekal fokus memerhatikan aku. Em lantaklah!

"Aaaa--a'k" Daging ini jatuh ke pinggan semula. Rasa terkilan gila bila lidah yang beria-ria mahu mencicip kelazatan masakan itu tak tercapai! Tangan Kaisar yang menahan tadi aku pandang sayu. Dah kenapa...apa masalah lelaki ni sampaikan daging aku jatuh ke pinggang semula!!

"Kenapa awak tahan.."

Kaisar tersenyum. Matanya mengecil ketika tersenyum begitu. Apa ni? Kenapa dia senyum? Apa yang lucu sangat? Sebab aku gelojoh ke? Sebab daging aku jatuh dengan sebegitu sadis ke?

"Wae? Kenapa aku senyum?" Dia menyoal dirinya kembali. Table stool  yang bertentangan dengan aku ditarik keluar. Kaisar turut berlabuh duduk dihadapan aku.

"Sebab makanan ni..." Ekor mata aku mengikuti tarikan piring itu hingga berhenti dihadapan Kaisar. Langsung mata aku naik memandang lelaki itu. Kaisar senyum lagi! Argh...kenapa..

"Saya nak makanan tu" Pintaku halus. Simpati menjadi lubuk harapan aku sekarang ini. Tolonglah Kaisar, perut aku mahukan makanan tu. Please...

"Ini?" Piring itu disuakan ke arah aku sekejap. Lalu, ia kembali berada di tengah kedua tangan lelaki itu.

"Sebenarnya, makanan ni bukan untuk kau. Ini aku punya"

"Ha?! Habistu tad...tadi.."

"A'ah, kau lapar. Aku tahu. Sebab itulah aku ready kan makanan kau awal-awal. Naega eolmana chinjeol " (betapa baiknya aku) Kaisar dengan selamba menghadiahkan aku senyuman kebanggannya.

"Nasi putih with telur mata. Cukup?" Katanya menyoal aku. What ! Itu je. Ouh janganlah bergurau di tengah malam begini.

Nampaknya Kaisar tidak bergurau. Hidangan nasi putih bersama telur mata itu sememangnya sudah disediakan. Pinggang berisi makanan tersebut disorong ke arah aku. Berapa lama...makanan ini berada di tangan Kaisar.

"Kau berpantang. Omma pesan jangan bagi kau makan benda-benda merepek. Jadi, ini saja hidangan paling selamat. Maybe "

Terjegil mata aku mendengar pengakuannya. Namun, tak perlulah beri aku nasi putih dan telur mata! Ini sangat...sangat menyedihkan.
"Omma awak. Pesan untuk hidangkan saya makanan ini ke?" Jika Puan Sri Yuna Ahn yang sarankan Kaisar dengan hidangan sebegini. Aku rela menerimanya.

"Tak. Dia tak ada beritahu aku nak hidangkan kau makanan yang macam mana. Jadi, aku siapkan yang macam ni. Wae-yo? Kenapa muka kau macam tu. Kau tak suka ke? Maybe lepas ni, aku patut hidangkan telur separuh masak"

"Nasi. Telur,"

"Urm...tak okay ke?" Keningnya digaru.

"Habis tu kenapa awak suggest kan macam-macam jenis masakan bangsa lain tadi!" Suara aku tiba-tiba naik meninggi. Aku tak pasti namun, emosi aku tertekan dengan Kaisar sekarang ini. Emosi tiba-tiba malambung naik.

Kaisar tampak terkejut. Matanya membulat pandang aku. Bahkan dia juga merasai perkara yang sama iaitu tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Little hoodie yang pemalu itu, pandai marah rupanya.

"Yea..tapi kau lambat balas" Kaisar masih tenang membalas.

"Kenapa tak tunggu jawapan saya!"

"Err..." Tengkuknya digaru. Kaisar berubah kekok dengan perubahan suasana ini.

"Habistu kenapa hulurkan saya chopstick ni kalau bukan saya yang patut makan. Kenapa masa awak masak tadi, macam makanan ni...saya yang punya...tsk...tsk...sa..saya terliur tau! Saya...tsk...erh...tsk...saya nak makan juga! Awak tahu tak saya tergoda dengan daging tu!"

Mata Kaisar terbuka luas. "Tergoda? Dengan daging ni?"

"Saya tak suruh awak buat lawak lah Kaisar!" Tak guna! Boleh pula dia soal perkara itu semula. Bermula dari perkataan 'ouh' tadi hinggalah kali ini, 'tergoda' menjadi watak annoying Kaisar.

"Aku tak buat..."

"Ya! Mata awak nak ketawa!"

Laju tangannya naik menyentuh mata sendiri. Mata dia ketawa? Mata boleh ketawa? Tak sangka eyes smile mampu ketawa.

"Awak ejek saya Kaisar"

Terus tangannya terpegun diam di mata. Kaisar terkebil-kebil melihat aku dari celahan jarinya. Apa? Dia memang sedang mengejek aku tu!

•》•》-----♢-----《•《•

TALI leher bertona darkblue itu melingkari kolar uniform sekolah putihnya. Beberapa kali lilitan itu di ulangi namun hasilnya langsung tidak membuahkan sebarang gambaran kolarnya kemas bersama tali leher.

"Bodoh lah tie ni!" Tali leher itu ditarik dengan kasar hingga melurut dari kolar. Kemudian dicampak ke lantai. Menyampah dia mahu tengok. Hergh! Menyusahkan orang pagi-pagi. Tak fikir ke dia sudah lambat!

Kaisar sama sekali tidak suka perkara yang akan meremehkan atau melecehkan kerjanya. Dia tak suka bertali leher! Tapi awal-awal, sudah menerima amaran daripada papanya. Leceh betul.

"Mueos-eul wonhaseyo ?" (Nak apa?)

Ekor Cola dari pantulan cermin dijeling sekilas. Kaisar mengeluh sambil meringkukkan badannya untuk mengambil semula tali leher darkblue yang dibaling tadi. Perlu lah juga dibawa. Walaupun tidak dipakai.

"Meow..." Cola menghampiri. Kakinya lantas melompat dan naik ke atas badan belakang Kaisar. Kukunya menahan dari terkeluar. Kaisar adalah tuan kepada dia. Dari dia lahir, wajah lelaki ini yang dia lihat. Ada masa, kucing sejenis Savanah atau Sabana ini akan anggap Kaisar adalah ibunya.

Savanah secara kasarnya tampak seperti seekor kucing yang buas dan liar namun, mampu dijinakkan. Garang dan menakutkan kerana memiliki wajah yang sedikit panjang, tubuh yang tinggi melentur dan panjang, serta bulu lebat keperangan dan berbintik-bintik hitam. Sekali imbas pandang, haiwan berasal daripada Amerika ini akan disangka sebagai harimau bintang. Padahal ianya adalah kucing. Kucing kacukan atau ianya dikenali sebagai kucing hutan. Kerana itulah, lidah,gusi,hujung hidung dan tapak kaki kucing ini berwarna hitam.

" Wow, you're heavier than before. Fuh," Komen Kaisar takkala tubuhnya menegak namun harus menanggung beban dibelakang. Cola sememangnya semakin berat.

Kucing itu beriaksi dengan menjilat leher Kaisar. Kaisar buat tidak endah. Sudah biasa. Tabiat Cola memang begitu.

"Naelyeo "(Turun) Arahnya dan Cola melompat turun. Kakinya melangkah keluar dari ruang wardrobe. Katil Kaisar dipanjat. Badannya diregangkan sebelum berbaring selesa disitu.

"Wanna be naughty with me ?" Kata Kaisar lalu menggosok bulu Cola. Tangannya lama bermain pada telinga kucing tersebut. Kadang bibirnya tersengih bila Cola menolak tangannya agar menjauh.

"Sorry, I can't. Tapi, aku ada tugas untuk kau. Nalobuteoui jisi "  (arahan dari aku)

Kepala Cola terangkat dari terbaring di atas comforter empuk Kaisar. Telingannya bergerak, sebagai tanda dia mahu tahu apa yang Kaisar inginkan.

Melihat respon daripada kucing buas itu, bibir Kaisar serta merta menyerot senyuman. Lantas matanya memusat fokus pada kedua belah mata helang Cola. Kucing itu turut diam memandangnya.

"Jagakan dia untuk aku. And also my Caden. Don't miss your eyes on them. I need her, I need Caden for a reason. Same like I need you. Aku tak izinkan sesiapa sentuh dia. Termasuk kau. She's mine, naui geos "(mine)

Kucing itu menggigit jari Kaisar. Menyampah betul. Macam lah dia nak sentuh Adelia. Melainkan jika Adelia, sentuh dia.

Kepala Cola digosok kasar lalu Kaisar bangkit dari berlutut di kaki katil. Kot darkblue berlambang The Cares's Highschool dicapai. Bag galas hitam di atas meja diambil lalu digalas kebelakang tubuh.

"Aku pergi dulu"

Helmet full mask itu dicapai sebelum pintu biliknya terkatup rapat. Lock password terpasang. Bagaimana Cola mahu keluar? Tingkapkan ada. Haiwan ini licik.

Langkah kaki berslack fit hitam itu laju menghampiri pintu bilik Adelia yang masih tertutup. Sebuah stickey note dan sebatang pen dikeluarkan dari kocek bag. Kaisar menulis sesuatu di atas itu.

Selesai. Sekeping stickey note itu ditarik lalu dilekatkan pada papan kunci password bilik Adelia. Bibirnya tersengih makna melihat notanya pada kepingan kuning itu.

Sebuah ketukan ditinggalkan pada pintu putih itu lalu Kaisar berlalu pergi.

That's knock, Good morning.

•》•》----♢----《•《•

Aku tinggalkan penjaga paling
berguna untuk kau. Morning from my hell,annyeong.

                           -Kaisar Ahn-







-CONTINUE-
------
COLA




Garang kan

And also

Cumelll

Di Malaysia pun ramai yg bela tau!

Byebye!

•》•》-----♢-----《•《•

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro