20|HELL OF KAISAR
"Rela hatiku rapuh bersamamu,asalkan itu. Kamu"
----------------
Adelia Edruce
MATA aku pegun memerhatikan keindahan dan kemewehan mahligai Tan Sri Danial Cares dan Puan Sri Yuna Ahn. Dari awal kenderaan berjenama Alfard ini melepasi pagar yang pada aku,amatlah besar dan gah! hinggalah berhenti, di hadapan pintu agam 'rumah besar' Keluarga Cares's Ahn. Ouh maaf,bila di perhatikan semula. Ini bukan sekadar rumah besar,banglo mahupun vila. Ini adalah mansion. Seumur hidup aku pun, aku tak pernah bayang bahawa aku, Adelia Edruce binti Yusuff AKAN jejak ke kediaman seperti ini. Dah macam ISTANA!
Serious tak tipu, Aku betul-betul jakun!
"Adelia..jom?" Aku tak sedar pintu sebelah kiri aku sudah dibuka. "Baby Caden. Bagi kak Qu lah! Alololo wanginya syayanggg!" Aku akur memandangkan kondisi tubuh aku yang masih perlu berjaga-jaga ini. Lagipun nak berjalan hingga ke pintu pun,semacam berkilo meter rasanya. "Okay.." Caden selamat dipangkuan Quraisya Ahn. Dia berlalu keluar melalui pintu kanan.
Edlina menghulurkan tangannya kepada aku. Aku senyum dan sambut tangan menantu ke empat keluarga Cares Ahn ini. Kemudian aku turut dibantu oleh Amanda untuk dipapah keluar. Selamat berpijak pada permukaan luar,barulah hati aku lega. Fuh nasib baik tak terjatuh atau apa-apa. Mata aku mengerling wanita berambut blonde yang sedang terkedek-kedek menarik lugguge kelabu aku. Yah! Kenapa dia ambilkan lugguge aku! Haduhai,sepatutnya aku boleh ambil sendiri. "Kak Angle kenapa.."
Sudahlah Adel, tak perlu teruskan. Sebab bila Angle bercakap. Suara kau automatik mati. Slow sangat nak lawan suara nyaring Angle Ahn.
"Ringannya lugguge you ni Adel. Isi apa jelah! Nasib baik,tadi I and Qaisar keluar shopping baju you" Dia membebel seolah aku ni dah lama kenal dengan dia. Padahal baru berapa hari je. "Shopping baju Adel?" Takkan sampai nak belikan aku baju. Baju yang umi masukkan dalam lugguge tu. Cukup-cukup rasanya. Aku boleh je nak basuh hari-hari dan ulang pakai yang sama. "Yesss ofcouse. And semua tu, Kaisar pilih" jawab Angle bangga. Seolah adiknya itu telah membuat sesuatu yang amat besar pandangannya.
"Untungnya awak Adel. My Kaisar tu,pilihkan baju omma pun tak mahu tau!" Dan dengarlah gelak tawa daripada 5 orang wanita ini. Di antara mereka,aku saja yang tak ketawa. Sebab, Apa yang untungnya? Pembaziran! Ha itu ada.
"Ouh,terima kasih..." Kepala aku menunduk sedikit. Segan sebenarnya. Layanan mereka terlampau baik. " Jom masuk, Omma nak bawa Adel berehat! Caden pun,pasti penat kan?"
Puan Sri Yuna Ahn jalan dahulu ke arah pintu. Wajah dia,gaya dia. Aku dapat rasa yang dia gembira dengan kedatangan aku. Dia nampak eksited. Teruja dari awal aku bersetuju untum ikut tinggal dirumahnya selama tempoh berpantang. "Open the door!" Jeritnya dan pintu itu mengeluarkan bunyi ketika ia terbuka. Aku kaget dengan semua ini.
Edlina dan Amanda setia memeluk lengan kiri dan kanan aku untuk melangkah masuk. Quraisya pula,menemai Omma nya. Lain pula Angle yang terus mendukung lugguge aku yang RINGIN itu! Laju dia menunug masuk ke dalam.
Sampai di dalam. Aku sekali lagi tergamam. Masya Allah! Betul ke ini rumah? Kenapa aku rasa..aku macam dipungut masuk ke dalam istana? Terasa kerdil,ketot,dan pendek diri ini untuk ada bersama dengan mereka. Betul lah apa yang Fatiha pernah kata. Keluarga mereka ini, sempurna. Lengkap segala keperluan dan kemahuan dunia. Akhirat? Aku tak pasti. Aku tak layak untuk judge apa-apa. Sebaliknya mendoakan yang baik-baik.
"Wellcome to our Yuna Ahn mansion!" Ujar Quraisya Ceria. Dia ketawa memandang aku. "Adelia. Jangan malu-malu. Kami semua yang nak sangat Adelia stay sini" tambah Puan Sri Yuna Ahn pula. Bibir aku serts merta terukir senyuman tapi dalam masa yang sama, ianya bergetar hebat hingga aku tak sedar, Aku sekali lagi menangisi 'cinta Allah' kepada aku. Dia campakkan aku ke dalam memory hitam yang aku suka gelarkan Neraka. Namun dia turunkan juga segala kebaikan dan nikmat dari orang sekeliling yang aku tak pernah jangkakan langsung kebaikan mereka.
Terima kasih..terima kasih. Maafkan Aku Tuhan. Kerana selama ini, menyoalkan segala takdir aku yang engkau tetapkan.
"Adel..janganlah menangis" Aku semakin tertunduk bila ditegur begitu. Haaa janganlah tegur. Hati aku ni,cepat basah. Ada saja air mata yang nak keluar.
Mula-mula didatangi seorang. Kemudian akhirnya, kelima-lima mereka datang peluk aku dengan erat. Sampai aku tertanya-tanya mana perginya Caden. "Walaupun kami tak hadapi situasi seperti Adel. Tapi Adel,kami ada bersama Adel. Adel boleh anggap kami keluarga. Adel boleh ketawa dengan kami,cerita dengan kami. Semua boleh! Asalakan Adel, jangan pernah cakap,kami ni menyibuk pasal Adel"
Di akhir itu aku tergelak. Ada pula kata aku mahu anggap mereka menyibuk. Aku yang rasa diri menyibuk adalah. "Hish,geram betul Omma dengan lelaki itu. Kalau omma dapat. Omma nak tumbuk dia! Ani, sepak dia puas-puas dulu!" Edlina tergelak dengan bebelan Puan Sri Yuna Ahn. Bukan apa,memang lucu pun sebab comel. "Kan Omma, Angle pun geram! Lelaki tak guna!" Tambah Angle lagi. Masing-masing pamir riaksi tidak berpuas hati.
Tiba-tiba ada segolongan kanak-kanak meluru keluar dari lif menuju ke arah kami semua. Di mulut masing-masing hanya sebut "baby!!!!!" Aku terkejut. Ini ke..cucu-cucu Cares's Ahn? Mak aii handsome-handsome dan cantik-cantik semuanya. Mereka laju menyerbu ke arah Quraisya Ahn yang mana sedang mendukung Caden. Terlompat-lompat mereka mahu mencapai Caden. "Shhhhh. Low your voice. Caden sedang tidur. No bising-bising" Puan Sri Yuna Ahn meletakkan jarinya pada bibir. Terus cucu-cucu nya ikut. "Okay tokomma!"
"Is his name was Caden?"
"Can i be his friend?"
"I wanna hug Caden!!!" Mereka kembali merebut Caden di dukungan Quraisya. Nasib baik Quraisya pantas menepis dengan lembut. "Jangan macam ni. Nak Mamalong panggil Ucu ke??" Bila ugutan itu keluar. Terus menggeleng mereka semua. Mulut pun dah tak berbunyi. Gaya mereka langsung meniru Puan Sri Yuna Ahn yang meletakkan jari di bibir.
Bagus aku suka. Macam arahkan budak-budak tadika pula. Hahahahaha. Ehem,hem! Hem!
Angle di sebelah aku ketawa. "Dia orang semua. Takut dengan Kaisar. Sebab Kaisar, baran sikit" bisik Angle di telinga aku. Kemudian dia tergelak mengada. "Kaisar baran?" Aku bertanya semula. Tak adalah,sepanjang dia ada dengan aku. Tak ada pula aku nampak ciri-ciri pemarah dia di mana-mana. Melainkan pemalu, penyabar dan soft spoken.
Wah ciri-ciri suami idaman bagi sesetengah kaum hawa gituw!
Angle lantas mengangguk dengan laju. "And Adel nak tahu tak?"
"Tahu apa?" Aceh-CEH!! aku ni kalau sekali rasa tertarik nak tahu. Memang tak boleh duduk diam dan bersabar. Misti kene tahu juga! Sebab tu aku geram. Kalau orang tu bercakap,kemudian tergantung di situ sahaja. Eirghhh geram! Rasa nak cekik-cekik je!
Angle senyum melirik. Matanya melingkari setiap sudut ruang utama besar mansion ini. Bibirnya dirapatkan ke cuping telinga aku disebalik kain tudung ini. "Kaisar..PELIK gila waktu malam. Lagi-lagi tingkat tiga mansion ni. Sebah dekat situlah tempat yang kami panggil, Hell of Kaisar" Sebutan Hell of Kaisar itu disebut dengan nada yang panas dan meleret lama. Sampai telinga aku terasa geli. Ugh!
"Pel-pelik..apa yang peliknya? Adel rasa,Kaisar okay je dengan Adel waktu malam" Memang iya pun. Tak ada perangai pelik atau neraka pun. Semuanya normal dimata aku. "Apa yang Adel nampak dekat diri Kaisar selama ni. Just his cover je" Lu-Luaran sahaja?
"Adel tak tahu lagi perangai sebenar dia. Sangat-sangat. Adel tak dapat jangka nanti" Katanya dengan penuh creepy lagi! Siap riak muka syakwahsangka yang mencemaskan hati aku.
"Kakak..pernah tengok ke?" Tanya aku dengan gemuruh. Ya. Gemuruh lah juga. Kalau dah kakak orang tu sendiri segerun ini ketika bercerita. "Itulah masalahnya! Kakak tak pernah nampak!" Hukaloh! Terkejut aku! Beria dia cerita macam pernah nampak. Haish Angle Ahn ini..
" Sebab,tingkat tu,berpassword. And paling teruknya, tak ada diantara kami event his siblings sekalipun,yang tahu kod password tu. Kalau Adel nak tahu,Bilik Kaisar pun berpassword. Eh kalau bilik..bilik kami semua ada password. Sebab itu penting. Privasi kami dengan husb kan? Hehe.." Aku tersengeh juga. Yaya,aku faham.
"Omma kata..'my Kaisar' dia tu, Manja dan nakal! I tak pasti. Tapi kalau nak dikategorikan kepada peliknya Kaisar. Mungkin ya. Sebab Kaisar pada kami tak manja dan jauh sekali nakal. But, if malam. Kemungkinan. Itu BENAR" Mata ikut membesar bila mana sebutan Benar itu meniti dibibirnya.
Sejujurnya,kalau nak diikutkan. Perangai itu semua normal. Namun bila dikaitkan dengan Kaisar Ah ini, aku sendiri pun rasa..macam.."Eh yeke?" Tak percaya. Tak logik. Tah ya tah tidak dan seangkatannya dengan semua unsur kata 'Tak' dan 'iyeke'. Korang,percaya ke?
"By the way..be carefull Adelia" bisik Angle.
Mata aku automatik naik semula memandang dia yang sedang tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang bakal terjadi ke? Liur aku teguk kesat.
"You akan jadi salah seorang penghuni tingkat tiga selain Kaisar" Tekak aku rasa berpasir tiba-tiba. Tak adalah teruk sangat kalau bilik aku disitu pun. Tapi..cara mereka ini. Seolah tempat itu betul-betul neraka pulak! Eish,seram sejuk jadinya aku. "Wu--wu..what?"
Ting!
Bunyi lif terhenti di tingkat bawah ini menarik ekor mata aku memandang ke sana. Dan disaat terbukanya pintu kaca itu..
Lelaki bercap putih.
Lightgrey itu naik memaku kepada...
Aku. Adelia Edruce yang sedang berdebar-debar mendengar perihal dirinya di waktu malam. Apapun,sekarang sudah malam ke?
"Welcome to Hell of Kaisar " Gulp!
-CONTINUE-
SPECIAL DIALOG;KAISAR
"Hey, kitten eyes. Wanna know who is me?"
.
.
.
.
Stay tuned!
Much love,from me.
nismicha❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro