19|SMILE
Smile,
For the sake of Allah
So your smile
Will be filled with
The warmth of sincerity
-------------------
KOD password bilik Kaisar Ahn ditekan masuk. Puan Sri Yuna Ahn menolak pintu itu ke dalam. "My Kaisar, wake up! Kita nak ke..." Seruannya terhenti. Anak mata coklat wanita itu memerhati sekeliling ruang bilik anak lelakinya. Kemas dan tersusun. Nampak seperti, Kaisar tak pulang lagi.
"Omma, wae?" Soal seorang wanita bershawl labuh yang baru tiba di tingkat tiga mansion, Quraisya Ahn. Tingkat ini sememangnya,menjadi penguasaan Kaisar. "Kai, dia tak balik rasanya malam tadi" jawab Puan Sri Yuna Ahn. Lantas Quraisya memeluk bahu omma nya, "Dia ada cakap nak ke mana tak semalam?" Lembut sahaja anak sulungnya bertanya.
"Emm..nanti ya saya ingat semula" Puan Sri Yuna Ahn diam beberapa saat. Kemudian matanya bersinar. "아 안돼! (a andwae!) Ouh Ada!"
"Ha ke mana??" Sambil itu, Quraisya menarik lembut tangan omma nya untuk keluar dari bilik Kaisar. Dia tahu,Kaisar tak suka biliknya dimasuki sesiapa. Sebab dah banyak kali,dari kecil lagi. Itu warning yang mereka sering dapat. Cuma untuk Puan Sri Yuna Ahn, amaran itu, Kaisar longgarkan. Maklumlah,ibu kan? Takkan Kaisar nak meradang pula.
"Hospital.."
"Hospital?" Pintu itu ditutup. Mereka berjalan dan berhenti di hadapan kolam renang besar milik Kaisar itu. "Omma risau lah" adu Puan Sri Yuna Ahn. Kakinya di kuis pada lantai marmar di kaki. Quraisya tergelak. Ya Allah,barangkali dia dah terbiasa dengan sikap kebudak-budakan Omma nya. "Nak risau kenapa? Kaisar kan dah besar? Betul tak? Ha lagi satu, your lovely Kaisar tu..dah bertunang pun! Tak lama nak kahwin. Aigo, jangan lah masam-masam! 당신은 더 이상 귀엽지 않습니다! 엄마? (dangsin-eun deo isang gwiyeobji anhseubnida! eomma?)" Awak..tak comel nanti! Okay omma?
Lantas Puan Sri Yuna Ahn tergelak sopan. "네(ne).."ya.. Namun selepas itu. Senyumannya mati bertukar menyampah. "Ish tapi, Omma tak suka lah dengan tunang Kaisar tu! Awak tahu tak papa pun kata 'Qiella is perfect for me' Eih geram omma!! Lebih baik dia yang kahwin. Ohho! Geram betul! " Ketawa Quraisya memecahkan suasana sunyi ditingkat ini. Habis bergema satu tingkat tiga ini. "Omma stop..stop being cute please" katanya sambil tersedu-sedu menahan gelak yang bakal menghodohkan mukanya.
"Qu Ahn!" Tiba-tiba Puan Sri Yuna Ahn memegang tangannya dengan erat. Silih berganti anak mata coklat Quraisya dipandang bersama rasa gelisah yang memulas. "Ad--a..wae? Kenapa omma? Why?" Quraisya menyoal dengan gemuruh juga. Yalah,tiba-tiba disentak begini.
"Awak tahu tak..Kaisar..dia dah minum!"
"Hah?! Seriously?" Quraisya turut terkejut. Mulutnya ditekup bersama mata yang membulat besar. "Haish, sebab itu lah omma taknak adik awak berkahwin dengan Qiella. She's not good. Saya takut my Kaisar jadi..em apa itu ya? Sai..saitan? Or santan? Alah Qu Ahn, apa itu yang jahat-jahat tu?"
Masya Allah Omma nya ini. Dalam serius pun dia boleh selitkan lawak. "Bukan saitan atau santan lah omma. Syaitan! Devil, Santan tu..dalam Kari yang omma suka tu" balas Quraisya. Mukanya ditekup. Tak,tak. Dia tak boleh gelakkan Omma nya. Karang nangis pula si makcik Korea ini.
"Ouh Kari! Yes, I love it. Lah ada santan ke dalam dia? Uish nasib baik bukan syaitan dalam kari. Kalau tak,kita misti dalam neraka"
"Err..ehehe. Omma, tak kelakar lah" balas Quraisya dengan sengihan. Karang kalau dia kata 'Eii tak kelakar!' Habis derhaka terus dia. Baik jangan. "Saya tak buat lawak pun!" Balas Paun Sri Yuna Ahn menahan malu. Dia tersedar yang lawaknya,tak menjadi. Muka pun sudah merah. Wajah Quraisya Ahn dijeling merajuk. Laju langkahnya meninggalkan Quraisya. Halah maluuu! Eii. Abang tolong pukul anak kita ni,dia malu kan Humairah!
"Eh omma! Nak kemana?!" Quraisya mengejar. Sampailah dia juga berjaya masuk ke dalam lif. "Ish sibuk betul awak ni!"
[•••]
BAHU Adelia sekali lagi dicucuk menggunakan Iphone. Sambil itu, Caden di dukungan didodoi supaya bertahan sekejap. Kaisar kembali mengejut Adelia dengan menyucuk bahu perempua itu dengan Iphone. Karang pakai tangan,marah pula gadis ini pada dia nanti.
"Adel" Panggil Kaisar. Sejujurnya, dia mengantuk sangat! Tak pernah-pernah dia terjaga di awal pagi kecuali untuk ke sekolah. Tapi, Caden pula merengek. Adelia pula,langsung tak sadar-sadar dari tadi. "Little hoodie! Bangunlah.." Kaisar menjerit sedikit. Iphone itu diacah mahu dibaling ke muka Adelia. Tapi ditarik semula dan disabarkan hati dahulu. Rilek Kaisar,dekat hospital ni.
"Apa susah sangat nak kejut mummy kau ni.." Kaisar mengadu pada si kecil. Dan Caden semakin tak reti diam. Rambut Kaisar yang serabai bertambah serabut. Kening cantik hitamnya digaru. Bukan setakat Baby je tak reti diam. Kaisar pun sama. Dua-dua merengek kerana Adelia tak bangun-bangun. Tidur mati ke apa!
"Adelia bangun...woi bangun..Adelia! Adelia! Adelia!!! Ergh geram aku!" Dan ya. Iphone itu dicampak ke atas badan Adelia. Terus tersadar gadis itu sambil merengut sakit di perut. Matanya perlahan-lahan dibuka sambil terkebil-kebil memandang Kaisar yang serabut berdiri di sebelah katil nya. "Kenapa..awak campak--"
"Sebelum tu, ambil Caden dulu" Potong Kaisar. Caden diserahkan kepada Adelia. Dalam keadaan masih mamai dari tidur, Baby Caden diambil berbaring di celah lengannya. "Kenapa baby bangu--"
"Kejap" Sekali lagi suara Kaisar memotong kata-kata Adelia. "Kau jangan cakap apa-apa. Aku nak tidur" Sambung Kaisar lagi. Tidur? Jam 10 pagi dia nak tidur balik? Dalam masa yang sama, Adelia turut terkejut kerana dia pun,terbangun pukul 10. Ya Allah lambatnya.
Adelia memerhatikan lelaki itu yang sedang terhuyung hayang ke sofa hujung. Kemudian badannya langsung direbahkan ke atas sofa panjang itu. Kepala hud ditarik menutup kepala. Biar lebih gelap memandangkan hari sudah cerah dan agak terganggu dengan cahaya matahari yang menerobos masuk. "Tak balik lagi ke dia semalam?" Soalan itu ditanya pada diri sendiri.
Gerakan Caden menyentak Adelia. Baru teringat akan anaknya yang mahukan susu. Adelia bangun berhati-hati untuk duduk. Bantal dinaikkan sebagai alas badan. Sebentar,matanya melihat Kaisar di sana sekali lagi. Dia bukan apa,nak pastikan yang Kaisar memang sudah tidur. Dia nak selak baju. Kalau Kaisar nampak dada dia macam mana? Tak ke haru hidup dia.
"Shh,shh, sekejap ya Caden" Caden di angkat. Tudung bawal kosongnya diselak ke leher. Adelia menyelak baju dan pakaian yang sepatutnya untuk memudahkan Caden menyusu. Sambil menyegarkan mata dan memberi Caden susu, bibir Adelia berzikir dengan nama-nama Allah. Biar hati dia sejuk. Biar semuanya berjalan dengan baik. Biar selepas ini,pagi ini, dan hari-hari seterusnya hadir tanpa kesulitan untuk dia dan Caden.
Dahi Caden di cium lama. "Wanginya Caden! Geram mummy!"
[•••]
Adelia Edruce
AKU merapikan sekali lagi lipatan tudung bawal berwarna pink belacan kosong ini dimuka. Lengan t-shirt hitam yang sememangnya labuh ini aku turunkan terus biar jari sama tertutup. Petang ini aku dah boleh keluar dari sini. Rasa bersyukur tu ada juga sebab aku masih boleh bertahan. Walaupun aku tak pasti,selepas ini apa yang akan terjadi.
Kaisar dah lama balik. Mungkin dia,entah aku tak pasti dia keluar ke mana. Biarlah,tapi kalau boleh. Aku nak sangat ucapkan terima kasih pada dia. Sebabkan dia, Caden selamat lahir. Sebabkan dia,aku sihat disini. Disebabkan dia, aku boleh tersenyum semula walaupun sebenarnya, memori neraka itu masih menghantui malam-malam aku.
"Adel dah siap?" Auntie Hanis. Dia salah seorang pembantu itu.
Aku senyum dan angguk. "Ha'ah. Adel dah boleh keluar" Dia senyum dan angguk juga. Aku di atas kerusi roda ini dihampiri. "Lepas ni..Adel nak kemana? Tinggal dengan auntie Hanis nak tak? Sekurang-kurangnya, Adel dengan baby ada yang jaga. Pantang Adel tak habis lagi tau" Aku diam. Betul juga apa yang auntie Hanis kata. Tapi cukuplah,aku taknak susahkan orang luar lagi.
"Terima kasih auntie Hanis. Tapi, Adel taknak susahkan Auntie. Lagipun Adel tak ada duit nak bayar kos penjagaan Adel sendiri nanti" Bil hopital pun aku tak tahu nak bayar macam mana. Nak pakai apa? Kalau setakat 100.50 ringgit je dalam wallet. Yang pasti,habis pantang. Aku perlu kerja. Dan bayar hutang-hutang ini. Itu target aku.
"Tak apa auntie tak perlukan duit Adel du--"
"Auntie. Sorry,tapi. Adel betul-betul taknak berhutang dengan sesiapa" Aku laju memotong keikhlasan Auntie Hanis. Bukan aku sombong. Tapi,akan kemungkinan besar aku akan menyusahkan hidup auntie Hanis nanti. Aku tak berkahwin. Usia 17tahun. Kemudian ada anak pula. Korang rasa,apa yang masyarakat fikir? Semua negative kan. Jadi,kesannya pasti pergi dekat Auntie Hanis ini juga. Itu yang aku tak mahu.
"Tak apalah kalau Adel kata macam tu. Lepas ni, Adel nak kemana?"
Hanya Fatiha yang muncul difikiran aku. Kalau umi dan abah. Sah-sah lah aku dihalau lagi nanti. Jadi lebih baik aku pergi dekat Fatiha. Fatiha pun pernah tawar diri untuk bantu aku. Tapi masalahnya sekarang,iphone aku pun tertinggal di rumah Umi. Nak call macam mana? Nombor Fatiha langsung aku tak hafal.
Urgh,macam-macam masalah aku ni.
"Rumah kawan. Auntie jangan risau,kawan Adel tu baik. Dia always ada untuk Adel" Ya Fatiha selalu ada dengan aku. Susah atau senang,muka dia jugak lah yang aku hadap. Sama juga kalau dia,bila dia susah. Ni ha,aku juga yang bantu dan support. "Jauh ke? Nak auntie hantar?" Aku geleng. Tak,tak perlu rasanya.
"Adel. Kuatkan semangat ya. Auntie tahu, Adel tabah. Jaga baby elok-elok. Ada rezeki,kita jumpa lagi" katanya tersenyum. Badan aku dipeluk. Sayangnya pada wanita ini. Walaupun sekejap,tapi dia dah bantu aku macam-macam perkara. "Adel pergi dulu" balas aku dan dia angguk.
Seorang nurse menolak kerusi roda yang aku duduki keluar dari wad vvip ini. Sebelah tangan,aku peluk Caden yang tertidur comel. Sebelah lagi,tangan aku menjulur keluar memegang lugguge kelabu untuk diheret keluar bersama.
Sebaik keluar dari situ. Air mata aku serta merta mengalir. Ya Allah, dalam kepahitan yang ada dalam hidup aku ini pun. Masih ramai yang datang membantu. Walaupun semua ini sekejap,tapi aku tergamam dengan semuanya.
Seolah himbasan masa aku berputar dari malam aku disentuh. Hati aku kecewa. Dan diwaktu aku mengandung,masa depan aku hancur. Kemudian hinggalah saat aku dibuang keluarga. Sungguh aku rasa nak bunuh diri waktu tu tapi,segala-galanya berubah.
Hari dimana gentingnya nyawa aku dipertarungkan. Kaisar hadir membantu. Aku marah dia,tengking dia dan cederakan dia. Tapi dia tahan semua itu. Sampaikan satu tahap,dia yang sokong aku dari belakang untuk keluarkan baby. Terima Kasih untuk itu. Aku cukup terhutang budi untuknya.
Keluarga Kaisar. Semua baik-baik. Sangat baik. Aku tak sangka golongan kaya ada juga yang berhati baik. Tapi itupun sekejap,selepas mereka tahu tentang aku. Langsung hingga ke hari ini,tiada seorang pun yang datang menjenguk. Melainkan Kaisar. Okay stop Adelia! Jangan merapu dengan fikiran kau yang entah apa-apa ini.
Aku tarik nafas kemudian aku hembus. Sekarang fikirkan cara untuk kau boleh bayar kos hospital ni. Comfirm mahal. Dahlah aku ditempatkan di wad paling mahal ini. Tak apa Adelia tak apa. Bersyukur orang dah bantu.
Mata aku tajam menjeling kaunter pembayaran hospital. Eh kenapa boleh terlepas?! Nurse ni biar betul nak bagi aku free. "Err, nurse. Saya tak bayar lagi bil hospital" aku lantas bertanya. Dalam hati dah berdebar. Mana tahu yang tolak ni bukan nurse. Hentah-hentah dia penculik. Culik aku? Boleh jadi. Culik anak aku? Ini tak akan terjadi. "Cik berhenti atau saya report polis!" Serentak itu roda kerusi ini berhenti dari berputar. "Awak siapa hah? Nak culik anak saya ya!" Bibir aku terketar-ketar kerana takut.
Langsung aku tak hiraukan pandangan orang sekeliling. Nurse dan doktor yang lalu disitu berhenti pandang kami. Sama juga pesakit dan pelawat yang ada berdekatan. Aku teguk liur. Kenapa..kenapa tak ada seorang pun manusia yang datang tangkap perempuan menyamar ni! Tengok je buat apa!
"Little.." Suara seseorang tiba-tiba menjengah pendengaran telinga aku. Dia di belakang. Dan suaranya termengah-mengah menghampiri aku. "Kai..Kaisar. Awak dia nak culik anak saya!" Jari aku tundingkan pada nurse perempuan itu. Lain pula ekspirasi wajah yang ditunjukkan. Nurse itu menggeleng laju bersama wajah yang terkejut. Takut agaknya dah terkantoi.
Lightgrey Kaisar pandang nurse itu. Kemudian matanya jatuh semula pada wajah geram aku. "Adelia.." Katanya perlahan. Aku dihampiri. Perlahan-lahan dia merendahkan dirinya ke bawah hingga aku pula yang harus menunduk pamdang dia. Cap dinaikkan sedikit ke atas. "Itu bukan penculik. Itu nurse hospital ni. Dia yang uruskan baby kau selama kau dalam hospital" terang Kaisar dengan suara yang aku rasa,aku seorang je dengar. Dia bercakap dengan nada yang rendah,lemah lembut dan menjaga pandangan. Aku tersentuh dengan semua itu.
Dalam masa yang sama aku malu. Yalah,aku main tuduh je nurse itu penculik padahal ketua jururawat hospital ini. Ya Allah aku ni betul-betul memalukan! Mana nak sorok muka ni! Kaisar pula tu yang dengar. Haih sejak bila lelaki ini datang hospital ni semula? Aku fikir dah pergi terus.
Disebabkan malu. Cap dia yang terdongak tu aku turunkan dengan ganas. Hilang terus mata dia dari pandangan aku. Aku pandang warga-warga hospital yang saksikan drama aku secara tiba-tiba tadi, ada yang ketawakan aku,ada juga yang menggeleng dengan kelakuan aku tadi. Yah! AKU MALU! hm,macam mana ni. Mana nak sorok muka?! Caden tolong mummy caden.
"Sorry nurse. Wife saya penat sangat sampai terfikir yang bukan-bukan" Muka aku memerah. Semakin merah bila kerusi roda ini diambil alih oleh Kaisar. Kaisar gelarkan aku wife dia?! Dia tak malu ke mengaku aku ini isteri dia. Padahal pasal aku,terang-terang dia dah tahu. Aku tak sesuci mana pun untuk terima gelaran itu Kaisar. Walaupun hanya lakonan.
"Tahu pun kau malu. Lepas ni,jangan tuduh sesuka hati. Okay,wife?" Aku kemam bibir aku sambil tertunduk pandang Caden. Aku dengar suara dia tergelak kecil dibelakang sambil tolak kerusi roda ini. Ergh Adel,padan muka kau!
Tiba-tiba cap putih Kaisar tersarung di kepala aku. Eh dah kenapa?! Baru nak buka balik. Tangan dia dah tahan dari belakang. Cap itu dipegang dengan tangannya agar aku tak buka semula. Aku tak melawan sebaliknya terpegun diam. Hati aku dah berbolak balik ni sebab dia tu LELAKI ! Suka-suka je pegang aku! "Aku bagi kau pinjam. Soroklah muka kau tu"
Ouh THANK GOD KAISAR!! Aku memang sangat memerlukannya! Terima kasih! Minta maaf sebab marah kau dalam hati ini tadi. "Tet-terima kasih.." Dan aku ditolak hingga keluar dari lobi hospital. Sebaik sliding door hospital ini terbuka,barulah cap Kaisar aku pulangkan semula kepada dia. Fuh! Lepas dah ketebalan kulit aku.
"ADELIA !!!!" Mata aku dan Kaisar serentak pandang ke tempat datangnya suara jeritan teruja itu.
Di sana, ada banner bertuliskan 'congratulation Adelia Edruce! Kami bangga dengan awak. Saranghae from us,Caser's'. Puan Sri Yuna Ahn, Quraisya Ahn,Angle Ahn, Amanda dan Edlina turut ada. Banner berbentuk love itu dipegang oleh Angle. Dia manis tersenyum di situ. Kemudian disekeliling mereka,penuh belon-belon dan bunga.
Aku tergamam. Air mata aku lantas jatuh menitik. Bibir aku mengigil. Tak pernah aku sangka. Aku akan disambut sebegini. Oleh keluarga luar. Yang jauh,jauh dari kehidupan aku yang asal. Kenapa mereka..baik sangat.
"Ken-kenapa.." itu yang terlucur keluar. Tapi aku tetap tak mampu katakan apa-apa sebagai balasan. Hanya terkedu dan terdiam bersama air mata. "Err..kau..tak suka ke? Omma aku yang nak sangat buat macam tu. Kalau tak selesa tak apa, aku suruh dia orang kemas balik"
Tangan Kaisar laju aku tangkap. Serta merta aku geleng bersama air mata yang berjuraian jatuh. "Terima kasih. Terima kasih..saya dah cukup terharu dengan semua ini" Kata-kata ini,memamg ikhlas seikhlasnya dari lubuk hati aku yang paling dalam. Anugerah apa yang tuhan beri pada aku ini? Aku dibuang keluarga tapi dihantar pula dengan sebuah keluarga baru yang sangat baik menerima aku. Aku..aku tak mampu mahu luahkan apa.
Aku terharu.
Sangat terharu. Walaupun sebenarnya,cara mereka sambut aku ini agak memalukan kerana terlampau berlebih dan menarik perhatian orang. Tapi tak apa,aku hargai semua ini. "Saya nak jumpa..Puan Sri" Kaisar akur. Kerusi roda ini ditolak menghampiri Cares's di sana. Dekat sahaja aku,terus tubuh aku dipeluk. Caden juga dipegang dan dicuit kerana geram dengan kecomelan Caden. Aku ketawa. Aku ketawa dengan gembira.
"Adelia sihat?!"
"Adelia lapar tak? Kak Qu dah prepare semua makanan yang Adel boleh makan!"
"Rindunya saya dekat awak. Tinggal dengan omma boleh? Kami nak jaga Adel dengan baby!" Puan Sri Yuna ahn tertawa. "Tak menyusahkan ke.."
"Tak!" Serentak mereka jawab lalu ketawa. "Lagipun,dapatlah kakak-kakak semua stay lama sikit dekat rumah Omma"
"Baby dah ada nama ke?" Soal Amanda. Tangannya tak habis-habis mengusap kepala Caden yang bertutup topi kait berwarna putih. "Sudah" jawab aku bersama senyuman. Mereka pandang aku teruja. Mata masing-masing bersinar mahu tahu, aku pun rasa tak sabar nak sebut. "Caden"
"Woah sedapnya nama awak, Caden!"
"Pandai Adelia pilih" aku tersenyum malu. Kemudian aku geleng buatkan mereka pandang aku sekali lagi. "Habistu siapa beri?" Kenapa ni? Asal pandang aku suspen? Ugh rasa lain macam pula.
"Kaisar yang beri nama"
"KAISAR?!!" Mata mereka membulat. Aku angguk laju dan menoleh kebelakang untuk lihat Kaisar. Namun..
Dia dah tiada di sini.
"Mana..Kaisar?"
TBC
how is it? N tau,agak boring bab ini mungkin
Hehe sorry ya >3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro