Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15|THEY EYES

Adelia Edruce

SEBARIS nama Kaisar Ahn yang berlorek pada logam zip Hoodie itu aku telek berkali-kali. Kadang aku angkat. Kadang aku kenekan pada biasan cahaya di tingkap. Nama ni, memanglah tak asing. Tapi tetap aku rasa,aku pernah. PERNAH nampak tulisan yang sama macam yang tertera pada zip ini.

Lupakan. Mungkin di laman instagram. Yelah,Kaisar kan popular. Takkan tak pernah keluar dalam explore. Jealous juga,dia post gambar rumput pun dah beribu like. Aku post gambar bunga pun,setakat 300 like sahaja. Haih,bosannya. Kaisar tak bagi gerak mana-mana. Wait! Kenapa nak dengar dia punya arahan pula? Ouh omma. Yaya,Puan Sri Yuna Ahn. Tak sangka perempuan sejijik aku akan berjumpa dan berdepan dengan wanita popular dan idol para wanita diluar sana. Apa anggapan dia pada aku nanti? Hina? Hm,semestinya.

Erghhh,aku nak jumpa baby! Lepas lahirkan pun. Sekejap je dapat tengok. Itupun masih berdarah. Macam itu rasa melahirkan. Sakit ya. Sakit sangat. Pengorbanan para ibu itu,tak tertahan rasa dia. Menangis macam mana pun, air mata tak mampu mengalir. Patutlah umi marahkan aku. Sebab aku,satu-satunya anak yang dia sayang. Tapi akhirnya,musnahkan harapan dia. Harapan abah. Malah harapan, Aku sendiri. Aku cuba untuk anggap perkara yang berlaku itu sebagai ujian. Tapi logik ke kalau aku redha? Sedangkan tindakan Syaitan itu maaih aku rasa sampai sekarang. Di mana pun kau,aku dah lahirkan anak kau.

Bunyi kod password di isi kembali mengisi kekosongan bilik ini sekaligus membuatkan mata aku terarah pada pintu. Sebaik pintu digelongsor ke sisi. Ada seorang wanita anggun bertudung bawal corak namun dililit pada leher sedang berdiri menjengah keadaan dalam. Bila sedar aku sebenarnya sudah bangun. Dia tersengih pula. Masya Allah. Makcik mana ni? Comel bebenar! Wanita itu tersenyum pula sambil memandang aku. Siapa pula autie ini ya? Siap tahu kod password yang Kaisar tetapkan lagi. Dan aku baru perasan. Di belakangnya,ada seorang lagi lelaki muda lengkap bersuit hitam. Telinganya diisi earpieces. Okay. Itu bodyguard.

"Annyeong! Saya Omma!" Ujar wanita itu. Dia lantas memasuki bilik ini dan meluru mendekati aku. Terkejut bukan main lagi aku. Yelah,masuk-masuk terus terjah aku. Perkenalkan diri lagi. Dia kenal aku ke? "Adelia okay? Sakit tak? Nak ke toilet?" Bertalu-talu dia menyoal. Laju pulak tu. Aku jadi segan nak jawab. Tak apa,kita senyum dulu. Inilah agaknya Ibu Kaisar. Kalau tak,bagaimana dia tahu nama aku kan? Lagipun,Kaisar sahaja yang menggelarkan ibu sebagai 'omma' di Malaysia ni.

Masya Allah,kalau begitu, cantiknya Puan Sri Yuna Ahn ini. Baik,ceria. Dia nampak,seperti seorang yang peramah untuk sesiapa. Patutlah comel. Ibu Korea rupanya. Ini ke nenek kepada 17 orang cucu tu? "Ed-Adelia sihat. Sakit juga..sikit" Sikit? Ohho Adelia. Nak menipu pun. Jangan lah kau menipu mak kepada 5 orang anak ini. "I know sayang. Melahirkan baby tu sakit. Omma rasa lima kali dah tau!" Ujar Puan Sri Yuna Ahn teruja. Siap ketawa lagi. Rindunya aku pada Umi.

"Angle pun sama! I dah lima kali jugak!" Tiba-tiba ada suara nyaring yang mencelah. Wanita yang ini tak bertudung. Rambut separas bahu yang diblonde dan sempoi bert-shirt putih kosong bersama sehelai jens biru yang koyak di lutut. Angle Ahn! Siapa tak kenal. Muka dia masih laku di pasaran lakonan. Aku..jumpa pelakon? Oh my god Adelia. Ini kalau Fatiha ada. Mahu pengsan perempuan tu.

"Eh Angle. Mana yang lain?" Soal Puan Sri Yuna Ahn. Dia bangun mengambil kotak yang Adelia bawa. Kotak itu lawa. Berwarna pink dan comel. Barang baby ke? "Yah Angle! Bertuah betul awak ni. Omma suruh beli colour blue. Not a PINK! He's a boy okay" bebel Puan Sri Yuna Ahn. Bakul itu diletakkan di atas meja makan kaca. Tergeleng-geleng kepala dia menghampiri katil aku semula. "Adelia nak makan? Tunggu sekejap. Nanti anak-anak Omma bawa naik" katanya. Aku balas dengan senyuman.

Siap tahu lagi jantina anak aku. Aku sendiri pun,tak tahu baby aku tu lelaki ke perempuan. Lelaki rupanya. Dan mereka pun,kenapa baik sangat? "Yang lain on the way. Kejap lagi,ada lah tu. Chill omma. Keriuhan bakal melanda sebentar lagi" Hah? Keriuhan? Ouh habislah. Bukan aku tak tahu adik beradik Kaisar seramai mana. "Menantu-menantu omma?"

"Ada. With papa. Eh asyik bual dengan Omma je. Baik dengan budak cantik ni" Angle mendekati aku. Langsung aku hulurkan tangan untuk bersalam. Aku salam tangan pelakon weh! Over nya. Eii over Adelia. "You Adelia kan?" Aku senyum dan angguk. "Saya Angle. Hehe,you okay? Dah mandi? Kalau belum. I tolong nak?" To-tolong mandi?!

"No it's okay! Biar kakak temankan Adelia. Nak tak?" Dan secara tiba-tiba,ada seorang gadis bersama seorang lelaki melangkah masuk. Lelaki dibelakang itu,lebih banyak mengangkat barang. Sampai tak tahu nak letak mana. "Tak apa Adam. Just put that's thing on the table" lelaki bernama Adam itu akur. Dia meletakkan barang-barang tersebut ke atas meja. Itu mungkin,menantu Puan Sri Yuna Ahn. Yang dikatakan,seorang doktor.

"Ish sebok lah kakak ni! Orang sampai dulu. Tak ada,you tolong benda lain!" Marah Angle. Dia langsung menghadang aku dari dilihat Quraisya. "No! Kakak cakap nak tolong. Nak tolonglah! Angle ketepi!" Lantas tubuh Angle ditolak jauh. Terkedek-kedek ibu kepada lima orang anak itu berundur. Kuat weh kene tolak dengan mak 6 orang anak ni. "Omma! Tengok kakak ni!" Adu Angle tak puas hati. Masam sahaja mukanya bila diperlakukan begitu. Aku ketawa dengan tingkah mereka.

"Oh my god! Pening lah omma. Awak-awak jangan gaduh lah. Tak malu ke Adelia nampak? You lagi old dari dia. Sendiri mengaku adult kan? So? Tunjuk yang elok sikit lah perangai itu" Aku kesian dengan Puan Sri sebenarnya. Misti penat melayan anak perempuan yang begini. Tapi okay lah,riuh rumah dan hidup. Lainlah aku,tunggal. Nak gaduh dengan siapa? Fatiha?

"Abang jangan banyak bunyi boleh tak? Penat Manda nak kawal. Dari masuk kereta. Dah macam-macam! Hish suami ni pun" Seorang wanita bershawl kelabu pula masuk. Cantiknyaaa. Tapi itulah,mulut itu membebel dari ketika sedang menekan password lagi. Suaminya ditarik masuk. "Ugh Dylan. Stop being a child lah. Tepi!" Ada satu lagi suara garau dibelakang kedua pasangan itu. Kali ini,lelaki itu segak berpakaian formal pejabat. Nampak kaya dan berkarisma. Emrish masuk diikuti isterinya, Edlina.

Terus aku dihampiri Amanda dan Edlina. Salam aku disambut baik. Senang cerita semua baik-baik. Elok sahaja melayan aku. "Nama akak, Amanda. Ini,Edlina" Edlina senyum. "Dengar-dengar. Nama awak Adelia" Ramah dia bertanya. Aku angguk sahaja. "Ha'ah. Adelia. Adelia Edruce"

"Ouh..berapa umur?" Alamak,nak menipu tak kene gaya nampaknya. Apalah yang mereka fikir bila aku cakap umur aku 17 tahun. Dan kemudian sudah beranak. Pula itu,tidak tahu latar belakang aku. Adakah layanan dan kemesraan ini hilang secara tiba-tiba? " 17 tahun.."

"Ouh mudanya Awak! Sebaya Kaisar lah kan Omma?" Puan Sri Yuna Ahn mengiyakan. Bibir wanita itu giat tersenyum. "Baguslah. Kaisar ada kawan" balas Amanda pula. Kedua tangan aku digenggam mereka berdua. Kaki aku pula diselak keluar dari comforter. "Eh? Lah Adelia jatuh ke? Kaisar tak ada cakap pun" Aku turut pandang ke depan. Ouh ha'ahlah. Sebenarnya aku pun keliru dengan kaki ni. Aku ada jatuh ke. "Entahlah. Adelia pun tak tahu. Kaisar tak ada cakap pun" Aku gerak-gerak kaki berbalut itu. " eh jangan gerak. Tak sakit ke?" Cemas Omma bertanya. Kaki aku terus ditahan. "Tak" mereka semua terkejut dengan jawapan aku. Yelah tak. Memang tak sakit. Yang sakit,tempat lain.

"Takpa nanti tanya Kaisar je" yang lain setuju dengan pendapat Angle. Kaki aku langsung diurut oleh Quraisya. "Eh janganlah Puan Quraisya. Saya okay" tolak aku lembut. Tangannya aku pegang. " ouh tak apa-tak apa. Saya suka lah dengan awak. Lagipun,jangan panggil puan, kakak dah okay. Kan hubby?" Lelaki bernama Adam itu menyahut dan tersenyum.

"Kaisar jaga Adelia satu malam ke omma?" Dylan mencelah kemurunan para wanita disekeliling katil ini. Dalam banyak-banyak lelaki. Dia seorang sahaja yang buka mulut selain Kaisar. Yang lain diam,senyum dan melayan diri sendiri. "Ofcouse lah. My Kaisar jaga" balas Omma bersama riaksi bangga. Apa yang dibanggakan sangat pun aku tak tahu. Helok sangat ke Kaisar jaga aku? Macam tak boleh nak percaya,Kaisar yang sebegitu itu,nak jaga orang macam aku ni. I mean, yang biasye-biasye.

"Wah rajin betul! Tak mengantuk pula Kaisar" balas Dylan. Kemudian terdengar gelak sakan lelaki itu. " well,our Kaisar memang HIDUP segar waktu malam. Tak payah pelik" Naik bergema bilik ini bila dia ketawa. "Eh tapi" Dylan berhenti gelak. Riaknya berubah kepada asal. Semua diam menunggu bicara dia. "Cakap pasal Kaisar ni..Kaisar mana?" Asal aku dengar,soalan dia macam serius semacam eh. Padahal tanya Kaisar kat mana je pun. "Entahlah..Omma tak tahu" Sambil itu,yang lain mula menjadikan aku pusat untuk mereka pandang. Seolah bertanya; 'tahu Kaisar di mana?' Kecut weh,dahlah baru hari ni aku jumpa mereka semua. Kaya-kaya dan berstatus yang baik-baik semuanya. Pangkat dan kedudukan,memang jauh beza lah kalau nak dibandingkan aku.

"Kaisar kata. Dia bawa baby check up or mungkin jumpa doktor. Saya tak pasti. Tapi itulah yang dia cakap sebelum dia keluar tadi" Kata aku dengan berhati-hati. Lepas itu,barulah masing-masing pandang tempat lain. Fuh lemah lutut. "Ouhhh, Adel dah tengok baby lah ni?! Comel tak! Muka dia misti comel macam you Adel !" Angle terlebih ceria. Tangan aku digoncang. "Tak..tak Adel tak sempat tengok baby lagi " Ya. Itulah kenyataan. As a mother,tapi aku tak dapat tengok secara jelas lagi. Haih apa kau ni Adelia.

"What?! Alaaaaa" rungut mereka serentak. Dylan dan Emrish bantai gelak. Apa entah dalam kepala otak mereka. "Macam tak percaya Kaisar bawa lari baby! HAHAHAHA" Suara Dylan bertambah kuat dari yang sebelumnya. Dalam keriuhan masing-masing. Pintu wad ini di tolak seseorang. Seorang lelaki lagi,melangkah masuk diikuti seorang lagi lelaki berkemeja biasa melangkah masuk. Cuma yang dibelakang itu,tua sedikit.

Ramainya lelaki. Cemas juga aku. Kenangan dan ketakutan itu aku perlu juga usir. Mereka ini keluarga Kaisar. Suami orang. Cuba buang pemikiran negative kau Adelia. Cuba. Yang syaitan itu,hanya Dia.

"Papa!!" Jerit mereka. Seorang demi seorang bangun menarik lelaki itu agar duduk. Pulak itu. Duduknya disebelah aku. Gila tak cemas?! Takut weh. Gemuruh aku. Sebab..inilah TOKEY HOTEL CASER itu. Lelaki berdarah keturunan mix American-Malay. Dan isteri dia,anak-anak dia serta menantu semuanya, tinggal pun. Dalam masion yang di tularkan sebagai kediaman termewah. Kenapa tuhan pertemukan aku dengan mereka ini?

"You Adelia?" Soal nya untuk kali pertama. Gerun weh! Gerun! "Yea, I'm Adelia. Tan Sri apa khabar?" Soal aku semula. Cuba bercakap dengan tenang dan santai. Walaupun di dalam sini,serupa ribut taufan. "Good. Like you see" balasnya. Muka serius gila weh. Dia kata good. Aku NOT GOOD. "Humairah,mana pergi pembantu yang saya suruh jagakan this girl?" Katanya. Aku jadi pening. Siapa pula Humairah ni? Tak ada pula diantara mereka yang perkenalkan diri sebagai Humairah. "Alah abang. Kami kan ada. Biarlah kami jaga hari ni. Esok Adelia dah discharge pun" Jawab Puan Sri Omma berserta ketawa manisnya. Ouh,baru aku faham. Humairah itu,panggilan tan sri ini kepada isterinya, Yuna Ahn. Manisnya hubungan mereka.

"Eh,itu Kaisar!" Quraisya menegur. Terus semua memusat ke situ. Dari balik cermin kaca tingkap bilik ini, Lelaki bernama Kaisar yang memakai cap putih itu sedang berbual sebentar dengan seorang nurse. Kemudian nurse itu meninggalkan court baby berwarna biru itu disitu. Dia berlalu pergi. Aku memerhatikan saja,sama seperti yang lain. Jahat ke aku kalau sentiasa menyoalkan mengapa orang-orang ini hadir membantu aku. Lebih-lebih lagi Kaisar. Dia boleh je,tolak permintaan Puan Sri Yuna Ahn untuk jaga aku walaupun sekejap. Bukan aku sahaja,malah anak aku juga. Yang asal usulnya, mungkin dari kesilapan aku sendiri.

"Ouh My God! Kaisar bawa baby tu!!! Ha,tak sabarnya!" Teriak Edlina. Pintu itu akhirnya terbuka. Dibantu oleh Hafiey,court bayi itu dibawa masuk oleh Kaisar. Lelaki itu menunduk sambil menyorong hinggalah tiba disebelah katil aku. Hilang terus semua di katil aku, baby diterjah. Ada juga aku gelak, tersenyum. Kadang rasa nak menangis. Kadang ya? Hahaha. Hakikatnya aku dah menangis pun. Belum sempat ada yang sedar dengan air mata aku, aku dah kesat cepat-cepat. No! Takkan nak tunjuk kedukaan hidup sebagai Adelia Edruce kepada orang luar pula.

"Ya Allah cantiknya!" Amanda memuji. Dia sudah tersenyum-senyum memandang aku. "Hidung dia comel. Macam awak lah Adel"

"Wait! Mata baby ni..Macam Kaisar! Omaigod macam mana jenetik Kaisar sampai ke dia ni?! Alah comelnya! Macam Kaisar masa baby lah Omma" Suara Angle ini..memang nyaring. Kuat gila bila menjerit tu. Tak lama lepastu,court baby langsung aku tak nampak lagi. Penuh dikelilingi oleh mereka semua. Termasuk lah, Emrish yang mendiamkan diri. "Ya..mata baby ni sama dengan kau lah Kai" kini,Kaisar dipandang. Semua fokus memandang wajah Kaisar dan berpatah balik kepada wajah baby. "Bulu mata pun,melentik macam kau" tambah Emrish. Mereka tekun membezakan.

"Suami awak Mix macam Kaisar ke Adel? Untungnya,cantik baby ni. Tak tahu lah nak cakap dia ni girl or boy. Dua-dua boleh!" Puan Sri Yuna Ahn ketawa. Aku juga tak tahu mata anak aku kelabu terang seperti Kaisar. Mata..syaitan tu,warna lightgrey ke? Sedaya upaya aku cuba untuk ingat semula rupa paras lelaki itu. Paling tidak pun,mata ataupun bulu mata dia. Eh tapi,bulu mata aku pun,melentik juga. "Ikut Adel sendiri kot. Melentik juga" Terus semua meng'oh' kan. "Ha'ah lah. Patutlah cantik!"

Mata aku dan Kaisar bertembung. Jadi semakin tak selesa aku bila dia tenung aku dengan lama macam tu. Lightgrey dia tu! Tipu kalau aku kata,tak mengancam. Apa sebenarnya yang dia perhatikan dekat muka aku ni? Aku pura-pura tak perasan. Kononlah taknak perasan, padahal mata aku ni,sempat tangkap gerakan halkum dia. Ya Allah Adelia! Apasal kau tengok leher dia!

"Ouh yeke? Nak tengok juga!" Aku mencelah tiba-tiba. Tak boleh lah kalau diperhatikan macam ni. Dahlah aku sorang dekat atas katil. Lepastu,tak boleh sesuka hati nak bergerak. Dan boleh pulak dia pandang macam tu! Baru aku julurkan kaki ke kiri katil. Ada yang tepis kasar tiba-tiba. Weh! Kau pukul kaki aku?! Okay,sekarang ni. Mata dan mimik muka aku memang tak puas hati dengan dia! Dah tadi bawa anak aku keluar. Sekarang,ada depan mata. Aku nak tengok,dia tak bagi! Apa masalah Kaisar Caser Ahn ni! "Awak kenapa? Saya nak tengok anak saya" geram memang geram. Tapi,itu semua hanya mampu pada muka. Bukan pada lidah. Aku tak pandai nak menengking kalau perkara itu masih boleh dikawal. Haih,macam mana nak protect diri sendiri kalau macam tu Adel?

"Setakat bandage ni...sejuk lah kaki kau nak berjalan. Aku nak tanya,kau kene halau rumah ke?" Tergamaknya Kaisar! Direct terus dia soal aku. Ni yang rasa..nak menangis ni. "Kaisar,kenapa cakap macam tu" tegur Puan Sri Yuna Ahn. Masing-masing tunjuk simpati pada aku. Haih. Aku pandang yang lain. Berat sebenarnya mulut aku nak bersuara sekarang ni. Kaisar ini, kalau bertanya tak kejam sangat. Tak boleh ke. Terasa aku.

Perlahan-lahan aku angguk. "Suami Adel ke?! Yah! Teruk punya suami!" Suami. Halau rumah. Ceh,halau rumah tu betul. Tapi bukan dengan suami. Dengan ibu bapa! Hakikatnya,aku belum dinikahi sesiapa pun. Kali ini aku geleng. "Adel. Tiada suami" Semua terkejut. Tan Sri Danial Caser pula terus menanggalkan kaca mata nya dari wajah. Suasana menjadi sunyi dan hiba. Yang hiba nya aku. Mereka,aku tak pasti. Kalau umi dengan abah pun sanggup halau aku,yang anak kandung sendiri ini. Apatah lagi,keluarga Caser ini.

Dan dalam ramai-ramai manusia. Pandangan aku terhenti pada Kaisar. Tak tahu kenapa akhirnya,terhenti pada dia. Riaksi dia lain. Tak sama dengan yang lain. Tak terkejut,tergamam atau terkedu pun. Mungkin kerana,lelaki ini banyak membantu aku,jadi dia faham perasaan aku kalau dia pun sama beriaksi seperti yang lain. Akhirnya, Adelia yang sopan dan cantik ini, bukanlah sebaik atau semulia mana. Tiada apa yang boleh dibanggakan pun pada diri aku ni.

"Siapa lelaki yang kurang ajar ni.." Suara Angle kedengaran. Aku hanya tersenyum. Cukuplah. Aku tak sanggup nak lihat pemergian orang yang ada di sekitar aku lagi. Jadi ada baik. Aku yang keluar dulu sementara mereka semua,keluar dari sini.

Dengan sekudrat tenaga aku berusaha turun dari katil dengan berhati-hati. Semasa dapat berdiri itu,rasa juga kelainannya. Menusuk sedikit di kawasan ini. Sakit juga. Tapi aku gagahkan juga untuk melangkah. Baru langkah kelima aku sudah ditahan. "Adel nak pergi mana. Jangan bergerak. Awak masih berpantang" tegah Puan sri Yuna Ahn.

"Toilet" sepatah aku balas. Tangan wanita itu aku tolak dengan lembut. Dia seorang ibu yang sangat baik. Aku terharu dengan kehadiran keluarga ini,walaupun aku sedar, Ini sementara. Aku tinggalkan mereka semua disitu. Termasuk anak aku. Baby tunggu sekejap,biar mummy tenangkan diri dulu.


-CONTINUE-
Ada yg pening tk dngn keluarga Caser?
N mksudkan. Berapa ramai siblings Kaisar, Nama mereka,Husb/wife? Ada yg pening tk (susunan atau psngn seorng demi seorang?)
N blh tolong jelaskan
NAH NEW CHAPTER!
^-^



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro