13|BADSILENT
Kriss Wang
Kaisar! Kereta buruk kau dekat carwash!
Hantar cuci!
Daiyan Iman
Yeah, aku dh bayarkan pun. ><
Kriss Wang
Yuck! Gedik sial!
Daiyan Iman just remove Kriss Wang
Hyung
Daiyan. Kau bantu bayarkan. Duitnya frommywallet.com
-,-
Daiyan Iman
Hehehe.
Ooo ea?
Hyung
Add beruk tu balik!
Daiyan Iman
Yela2 SABAR!
Daiyan Iman Added Kriss Wang
Typing..
Kriss Wang
Takguna kau Daiyan!!!
Dahlah terus block aku tadi!!
Daiyan Iman
Hidup kene releks Kriss.
Kitkat,Mars,Snekers ada. Kau nak?
Kriss Wang
Nak! Aku nak Daiyan Iman!
Siap sedia kau malam ni.
Daiyan Iman
😭😭
Hyung has just remove Daiyan Iman and
Kriss Wang[...
Kaisar Ahn
Kenapa kau kick dia orng?
Kaisar tiba-tiba berminat mahu menyampuk. Kalau tidak,dia hanya sekadar CCTV di dalam situ.
Hyung
Bising.
Tak matang lg tu.
Nnti aku matangkan.
Haih.
Dasar beruk betul.
Kaisar Ahn
Hahaha
Hyung
How's she?
Kaisar Ahn
Okay.
Hyung
Dia dkt mne?
Kaisar Ahn
Tidur. Dpn aku.
With her baby.
Hyung
Wow,seriously Kai?
Kaisar Ahn
Serious about what?
Hyung
Yeah,kau jaga dia.
Dekat 4 pagi ni.
Game kau mcm mana?
Kaisar Ahn
typing..
Beberapa kali jarinya menekan simbul padam pada keybord iphone. Tak,tak. Dia tak boleh kata dia suka untuk jaga. Sebab dia bukan suka secara seratus peratus pun. Dia dipaksa! Quraisya dan Angle sudah balik. Omma pula,hanya cakap kosong. Kata mahu jaga Adelia. Tetapi,merayu agar Kaisar menemannya di sini.
Omma minta. Pasti Kaisar ikutkan. Syaitan nak masuk syurga juga.
Namun sekarang, Omma seolah menguburkan janji sahaja. Dia tidur dengan lena nya di sofa panjang itu manakala dirinya terduduk menjaga Adelia dan Baby. Sebelah tangan Kaisar tak beralih-alih dari dalam court baby tersebut. Risau jika, bayi itu bergerak lagi, dia harus cepat menidurkan semula lagi nanti. Nak kejut Adelia? Argh...ini pun Omma punya pesanan!
"Jangan kejut mummy dia okay Kaisar? She's tired. Kaisar pun tengok sendiri kan tadi? So,i hope you boleh lebih kurang sedikit. Jaga baby tu okay? Kalau dia gerak. Popo dia lembut-lembut. Kalau tak tidur juga. Try dukung like tadi semasa azan. If nangis juga,Kai perlu dan wajib kejut mummy dia! He need his mom. Susu!"
"Sus-susu? Perempuan ni tak ada bawak susu pun omma. Kai jumpa dia tepi jalan kot" Mata Kaisar menjeling lugguge kelabu yang dibawa masuk sendiri oleh Kaisar. Isi dalam itu pun sudah dilihat. Berapa helai sangat lah pakaian. Itupun,main di sumbat sahaja. Kene halau rumah ke apa Adelia ni?
"Haih Kaisar ini..Ofcouse lah dia bawa! Dekat badan dia itu ada!" Omma berubah tegas. Tapi masalahnya, ayat dekat badan dia tu buat kan Kaisar memerah muka. Apa omma ini! Hish papa,didik omma ni baik-baik.
"Apa omma ni.."
"I'm serious okay. Why you being so shy bila omma cakap pasal Adelia ni? Having love? Hah?"
"Nooo! Tak!"
"So? Buat macam yang omma suruh ya Kaisar Caser Ahn" Kaisar pasrah. Dia diamkan saja. Nak melawan? Habislah dia perlu bersoal jawab dengan Papa pula nanti. Dahlah,batang hidung Tan Sri Danial belum muncul. Agak-agak esok? Haih. "Then omma nak kemana? Kemain pesan dekat Kai macam-macam"
"Macam-macam apanya. Susu badan Adelia je pun!" Wuih Omma! Eih apa Puan Sri Yuna Ahn ini. Ada juga Kaisar strok akibat darah penuh terkumpul di muka. Merah sangat dah ni! Badan orang lain yang disebut. Dia pula yang malu semacam. "Omma. Jangan sebut lagi" pinta Kaisar. Nak pandang Adelia yang nampak suci itupun,tak sampai hati. Omma lah ni!
"Yaya..omma nak tidur. Tata!" Itulah ucapan Puan Sri Yuna Ahn sebelum tertidur nyenyak. Anaknya,Kaisar langsung dibuat tak endah. Haha padan muka Kaisar,Omma tidur ya Kiasar. "Jaga beauty Adelia elok-elok"
"Hm"
Kaisar Ahn
Teman omma aku dekat sini.
Bukan dia.
Hyung
Oh.
Apa nma dia?
Smpai berani tumph darah dlm kereta kau.
😂
Kaisar Ahn
Adelia
Edruce
Tumpah darah dalam kereta dia? Kaisar pandang wajah Adelia yang comel tertidur kepenatan. Pucat sedikit kulit perempuan itu. Sejuk kah? Kaisar pandang suhu air-cond. Biasa. Suhunya normal. Dia masih kesakitan ke? Err..
Kaisar garu leher. Dia perlu buat apa? Bukan dia tahu apa-apa pun tentang wanita bersalin. Adelia ini pun, bukannya dia tahu jenis yang bagaimana.
"Omma.." Puan Sri Yuna Ahn yang terlena di sudut bilik dipanggil.
"Omma"
"Omma"
Tiada sahutan atau pergerakan daripada Puan Sri Yuna Ahn. Haduh omma ni,mengecewakan orang betul! Kan bagus kalau Omma balik tadi. Omma disini pun,serupa tiada. Haih.
Kaisar kembali memandang Adelia. Jika diteliti dengan betul, Wajah gadis itu seperti pernah dilihat secara dekat. Dia pernah berjumpa dengan Adelia ke? Kalau nak ikutkan nama,sama seperti gadis di tag nama. Namun, sudah setahun lebih berlalu. Tak akan pula sekarang baru mahu muncul?
Peti notifikasi I-phone di semak, tiada sebarang pesan balas daripada Desmond. Mungkin, Desmond juga memikirkan perkara yang sama dengannya. Adelia Edruce itu,benar-benar wujud ke?
"Argh...sakit. Emrh," Adelia tiba-tiba mengaduh perit ketika bergerak dari posisi tidur asalnya. Ligthgrey Kaisar langsung menegak perhatikan Adelia yang kini terlelap semula. Gadis itu sekadar bergerak sedikit sahaja. Dengar perkataan sakit itu saja,Kaisar dah terbayang situasi ketika di labour. Sewaktu jarum jahit tajam itu mahu menyucuk kulit Adelia,dia yang meraung lebih. Hancur ego dan maruah. Hancur juga segala tembok syaitan Kiasar. Yang dia sedar ketika itu,adalah sebuah KESAKITAN nyata.
Kaisar langsung menggeleng kepala. Membayangkan sahaja sudah gerun sebadan. Bayangkan jikalau dia? Eih! Bergerak halkum menelan liur. Dia tak boleh bayang. Perkara itu mengerikan!
Hoodie hitam yang di bawa masuk bersama tadi dibuka. Kaisar bangkit dari kerusi lalu mendekati Adelia di katil. Sebelum itu, sempat dia menjeling keadaan baby di dalam court. Yelah,mana tahu kalau-kalau baby itu terbangun? Panik juga dia. Kejutkan Adelia?
"Sorry baby, kalau kau nak err.. susu mummy kau tu...sabar jap. Esok, esok eh? Dia sakit lagi. Kau tahan lah sikit. Aku pun lapar ni. Tapi, kene jaga kau dulu" Usapan lembut tangannya turun mengusap rambut lebat bayi Adelia.Dalam masa yang sama, Kaisar diberi tamparan sesuatu rasa. Dalam kata lain, dia teruja. Rasa bahagia itu terselit secara tiba-tiba. Mengapa semua perasaan ini secara tiba-tiba menghuni hatinya? Mengapa tiba-tiba??
Aturan Tuhan, awalnya hanya sekadar hulurkan bantuan. Namun akhirnya diheret hingga ke katil labour. Kemudian, dengan sendirinya menyaksikan betapa perit dan sakitnya gadis itu mahu melahirkan seorang manusia. Moment itu. Kejadian itu. Walaupun seharusnya Kaisar sedar, bahawa dia tak layak untuk saksikan semua itu, tapi ianya berubah setelah buat pertama kali, dia melaungkan panggilan tuhan di telinga bayi milik gadis itu. Perasaan menjadi ayah? Tipu kalau Kaisar tak dihambat dengan perasaan sebegitu. Indah ya, dia akui.
Kaisar turut tertawa lucu apabila bibir kecil baby mengukirkan senyuman. Matanya terpejam namun tersenyum. Comelnya! Kaisar jadi geram. Ah..boleh tak, boleh tak jika dia mahu pegang, sentuh dan gomol bibir itu banyak kali?
Bila fikirkan Adelia. Lebih baik jangan. Meraung baby itu nanti. Habislah dia dibebel oleh Omma. "Jangan goda aku baby. Jap-jap aku nak tolong mummy kau. Tangan dia tersekat tu" kata Kaisar,dia meninggalkan baby dengan berat hati.
Adelia dihampiri. Hoodie besar itu dibuka lalu diselimutkan pada tubuh Adelia. Setelah itu,comforter pink itu ditarik agar menutup semula tubuh Adelia. Lengan yang tersekat pada celah palang katil yang menghalang daripada tubuh gadis itu jatuh ditarik keluar. Perlahan-lahan tangan itu diletakkan semula dengan elok.
Okay, Perfect. Kaisar berpatah balik. Tak sampai seminit! Tangan Adelia sudah termasuk semula pada palang itu. "Apa benda perempuan ni. Menyusahkan betul. Tangan panjang tapi kecik. Tak boleh diam? Tangan cari mak ke? Tangan ada mak? Ergh, paboya.."
Tangan itu kembali dikeluarkan dan diletakkan kembali di kedudukan asal. Lama juga Kaisar menunggul di situ. Dia hanya tak nak Adelia ulang perkara yang sama, iaitu memasukkan tangan ke celah palang katil. Adelia tak letih, tertapi dia letih!
Lebih 3 minit tangan itu tidak berganjak kemana-mana. Okay! Kaisar duduk semula ke kerusi. Selang beberapa saat, anak mata lightgrey nya tajam menikam setiap pergerakan tangan Adelia Edruce yang sudah berjaya masuk ke celah palang itu semula. Stress nya dia!!!
Anak dengan mak. Mak lagi susah!
Kaisar meluru keluar dari bilik wad tersebut. Dia menghilang beberapa minit sebelum kembali bersama dua biji bantal lagi. Tangan Adelia dikeluarkan. Dua bantal yang diambil dari wad sebelah tadi disusun memanjang pada lubang palang katil itu. Biar tangan Adelia tak terjuntai keluar! Geram dia. Kalau boleh dipotong, sudah lama dikerat dan esoknya dipasang semula.
'Sabar Kaisar. Omma yang suruh ni'
Dhuk!
Kesabaran Kaisar runtuh secara mendadak. Jika tadi tangan sudah diam. Yeah,event tidak berapa diam. Sekurangnya sudah selamat berlabuh ke atas bantal. Kini, kaki Adelia pula yang merayap. Merayap ke tempat lain tu okay lagi, ini merayap ke bahu dia!
"Kaki kau ni nampak kecik. Tapi terasa bebannya okay. Stoking kau mana? Apasal lah tak pakai. Sakit nanti, aku yang kene dengan omma" bebel Kaisar. Kaki Adelia diturunkan. Kain batik Adelia turut diturunkan menutup betis putih yang terdedah secara tak sengaja tadi. Comforter pink itu kembali turun menyelimuti Adelia.
Kaisar berlalu ke arah lugguge milik Adelia. Buka sahaja,perkara sama yang dia lihat. Tertapi untuk menyelongkar itu,..Adakah dikira tidak beradapa? Tak apalah, dia hanya mahu menolong je. Itupun salah ke? Bukannya menceroboh privasi seseorang.
Baju-baju Adelia di asing ketepi. Sampai ke permukaan bawah ruang lugguge itupun,stoking Adelia tak dijumpai. Kaisar mengambil keputusan untuk membuka sahaja zip yang tersorok di dalam lugguge tersebut.
Zup!
Mata Kaisar merambang luas. Zip itu langsung ditarik laju menutup semula. Ini sememang...melihat privasi orang!
Kaisar bangkit dari duduk menghadap lugguge kelabu itu. Wajahnya digosok. Tak semena-mena kakinya tangkas menyepak Lugguge itu hingga berada jauh dari dia. Dengan berimejkan wajah yang memerah malu, kaki Kaisar laju manapak keluar dari bilik wad tersebut. Dia tak sanggup untuk berhadapan dengan apa yang dilihat secara tak sengaja sebentar tadi. Too Bad lah Kaisar.
Diluar, kerusi besi bahagian menunggu itu menjadi tempat dia berteleku dan menyorok muka. Ha!!!! dia malu! Apakebendenya ini! Dia tengok apa tadi? Tak ada apa...hanya pakaian. Ya pakaian...tapi bukan yang biasa-biasa. Eiyuh Kaisar.
Bahaya lah jaga perempuan ni! Macam-macam perlara dia boleh nampak dan dengar dalam satu malam. "Heih..malu! Bodoh Kaisar kau bukak tadi kenapa! Degil kau jari! Degil! Tangan ni!" Jari kanananya dijentik berkali-kali bersama wajah tak tertahan geramnya.
Pada dasarnya Kaisar Ahn sememangnya pemalu. Panik. Cemas dan hyper-active dalam diam. Sombong dan dingin hanya kelihatan pada waktu siang sahaja. Malam? Kaisar berubah lain. Semua jadi terbalik. Dia yang tak banyak bercakap,boleh banyak membebel di waktu malam. Dia yang sombong berubah nakal dan banyak tergelak dan tersenyum. Dan juga banyak mengeluarkan ekspirasi muka yang menyakitkan hati. Annoying ! Tapi,pemalu.
Disebabkan sikap malu itu,tingkat ketiga mansion dikawal penuh oleh dia. Bilik berpassword. Malah kolam renang besar itu pun,dia punya seorang di tingkat itu. Sayangnya,perangai dia yang sebegitu nakal langsung tidak ditunjuk pada sesiapa. Walau Puan Sri Yuna Ahn sekalipun,hanya sekali atau dua sahaja dapat lihat Kaisar yang begitu. Bila mahu bercakap atau membebel. Dia akan bising dengan barang-barang di tingkat itu. Atau,dia akan duduk dihadapan paparan skrin-skrin yang memaparkan permainan video game.
Kenapa Kaisar tetapkan password ? Kerana di dalam bilik tidur dia. Kaisar akan menari sepuas-puasnya. Bagaikan sebuah studio dansa milik dia seorang. Sudahlah seksi jika dia berkelakuan begitu. Kaisar hidup bila malam. Macam-macam perangai keluar.
Bahaya.
Bahaya jika ada orang selain dia di ruang itu. Satu,kemungkinan dikacau Kaisar. Atau kedua, Kaisar yang merah satu badan kerana malu.
Untuk kes Adelia tadi. Untung sahaja dia bukan berada di tingkat tiga mansion. Dan sekarang ini,Kaisar berperwatakan malu! Merah sangat dah ni. Terutamnya, dibeberapa bahagian kulit sensitif pada tubuh Kaisar.
"Takkan nak biar dia tak berstokin pulak"Kaisar mengeluh. Mukanya diraup. Rambutnya di serabaikan dahulu. Diam beberapa saat,rambut itu kembali disuak ke belakang lalu ditutup menggunakan cap. Pintu wad Adelia terbuka kembali. Berdebar-debar juga untuk dekat. Dia bukannya apa, gemuruh kerana terlihat sesuatu yang tidak seharusnya dia lihat.
Kabinet di dalam wad itu dibuka. Dua gulung bandage putih di ambil. Kerusi ditarik agar rapat dengan katil. Comforter gadis itu perlahan-lahan diselak. Penuh berjaga-jaga. Sekilas matanya menjeling riak wajah Adelia ketika dia mengangkat kaki itu.
Air liur diteguk. Sejujurnya,pada pandangan orang. Mata Kaisar bukan mata seorang pemalu. Tertapi mata serupa mata seekor serigala yang ingin menerkam mangsa.
Itulah kenyataan.
Bandage itu dililitkan bermula dari atas buku lali hinggalah menutup penuh seluruh kaki itu. Hujung jari pun tak kelihatan. Kaki sebelah juga dilakukan dengan cara yang sama. Semua dililitnya.
"Err. Boleh lah ni. At least kaki kau tak sejuk, kan? Aku kesian je so aku buatlah macam ni" Kaisar bercakap seorang. Selesai membetulkan. Dia menjarakkan kerusi semula dengan jarak yang jauh sejauhnya!
Sambil bermain dengan hidung baby milik Adelia. Kaisar turut terlelap. Dan ketika itu,barulah senyuman Puan Sri Yuna Ahn melakar. Dia bangun lalu menghampiri untuk melihat Adelia. Tergelak seketika dengan keadaan kaki Adelia yang dibalut penuh. Bertuah punya Kaisar! Ada dibalut semua macam tu! Haish.
Kaisar,masih seorang pemalu rupanya. Dia hanya rindu,untuk lihat perangai Kaisar ketika malam. Tak sangka pula dia berpeluang pada malam ini untuk saksikan lagi telatah Kaisar walaupun tak secara keseluruhan. Ada banyak lagi misteri Kaisar Ahn.
Namun jarang dapat dilihat. Cuma, jangan sampai, sikap barannya keluar. Kaisar,kurang sabar orangnya. Jangan sesekali taruhkan cabaran atau berani mencabar dia. Lain jadi nanti. Lelaki ini boleh berlembut,itupun jika orang itu berlembut juga dengan dia.
Kaisar manusia biasa. Lelaki normal. Bezanya, dia miliki segala. Baik dari segi kewangan dan rupa. Sangat digilai para gadis. Makanya,dia boleh tersenyum, boleh juga bergelak ketawa jika topik itu benar-benar mencuit hati. Oh maaf ya!semua itu bukan percuma! Tak semua dapat melihatnya.
Special nya Kaisar. Namun masih, berstatuskan gelaran Syaitan oleh Adelia Edruce. Memori Neraka itu, belum mampu untuk dipadam. Perasaan benci dan marah itu masih ada. Kaisar pada luarannya,tetap kejam! Jahat! Dan Setan! Memang itu pun yang terkenal pada sebaris nama Kaisar Ahn. Girls, don't even trust a boy.
He was bad.
He was a bad. Bad. And a badboy.
He's sweet.
He's the cutteis thing to being shy.
Being naughty at the some part of him.
Having a sexy eyes toward you.
And somehow..against you.
Don't blind honey, a Saitan.
Always be Saitan.
He is Adelia's Syaitan.Only Adelia.
Kaisar Caser Ahn, he is a badsilent.
-GIVE YOUR VOTE&COMMENTS-
NISMICHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro