11| LABOUR
HONDA CR-V milik Kaisar Ahn meluncur laju masuk ke perkarangan hospital. Kereta itu laju dipandu Desmond hingga ke hadapan lobi pintu masuk utama hospital besar itu. Kriss awal-awal sudah keluarkan kepala dari tingkap. Boleh dikatakan,hampir separuh tubuh dia di luar. Hanya semata mahu menjerit "tepi! Tepi! Please kami nak lalu! EMERGENCY!"
Zup! Kereta tepat dihentikan. Semua mata orang disekitar itu memandang ke arah honda CR-V yang berhenti secara mengejut itu. Cemas Desmond,nafas nya dibetulkan. Fuh! Lega dah sampai. Pintu bonet terbuka, Daiyan dengan lekas keluar dari ruang sempit itu. Kriss pula,sudah menunung laju masuk ke hospital. Dia bergegas mencari doktor. Ugh sumpahlah,keadaan mereka teramat lah kecoh! Huru-hara jadinya bila lelaki panik!
Daiyan membuka pintu Kaisar. Jelas-jelas disitu tangan Kaisar sudah merah dengan darah. Tangannya dipedulikan,Kaisar lekas keluar dari perut kereta. Bahu Adelia ditarik sama. Dengan berhati-hati dia merangkul tubuh Adelia keluar dari kereta. Selamat Adelia di dalam dukungan,Kaisar berlari menuju pintu masuk hospital. Dress putih Adelia dah tak serupa dress. Penuh darah pada dress putih tersebut. Kaisar pun sama,hoodie kelabu yang asalnya kering dan bersih kini basah dan comot dengan darah.
"Doktor! Doktor!" Besar dan kuat suara Kaisar melaung panggil. Tak pernah seumur hidup dia,menjerit terlolong begini dihadapan hospital. Dukung perempuan pula itu. Betul-betul diluar jangkaan seorang Kaisar Ahn. "Jangan tutup mata. Please bertahan. Kita dah sampai" sempat Kaisar berpesan agar Adelia tidak menutup mata. Dia risau usaha dia mahu menyelamatkan gadis itu menjadi sia-sia. Kalau nak mati,jangan depan dia. Buat patah semangat je nanti.
Tangan Adelia kuat mencengkam tubuh Kaisar hingga meninggalkan kesan darah pada kulit leher dan kepala hud Kaisar yang melurut jatuh. Berpeluh-peluh dia mendukung Adelia yang berbadan dua itu.
Kriss keluar dari pintu slide hospital bersama dua orang nurse dan sebuah katil. Katil itu laju bergelongsor ke arah Kaisar. Kalau nak diharapkan dua nurse perempuan itu yang tolak. Memang terkedek-kedek sedikit. Jadi, kerana mahu cepat,katil itu sepenuhnya dikonker oleh Kriss. Sepenuh tenaga Kriss guna untuk pecut katil itu sampai ke Kaisar.
Katil berhenti. Kaisar langsung membaringkan Adelia yang seperti hilang separuh nyawa itu berbaring. Dadanya tidak habis-habis berdegup kencang. Takut,cemas dan gelisah menjadi satu. Lightgrey nya pun tidak putus dari merenung mata Adelia dari tertutup. "Please..please open your eyes!" Ayat itu. Berkali-kali diucapkan Kaisar hingga katil ditolak masuk ke dalam labour room. "Maaf Encik. Tunggu diluar" Pegangan tangan Adelia dilepaskan. Lightgrey Kaisar memandang bayangan katil itu hingga hilang disebalik pintu kaca automatik.
Badan Kaisar bersandar didingding. Muka dan rambutnya diraup ke atas. Kemudian baru dia sedar,tangan dia penuh darah. Habis,comot muka. Dengan hanyir nya lagi.
Kaisar penat. Dia cuba bernafas dengan tenang. Malam ini. Dalam sejarah dia secemas ini. Hanya kerana seorang perempuan asing yang mahu bersalin. Mana suami perempuan tu? Takkan baru lepas dijatuhkan talak pula.
"Kai! Ambil ni" lambungan air mineral itu disambut. Ouh air? Penutup botol terus dibuka. Minuman itu rakus diteguk. Hingga meleleh-leleh keluar dari tepi bibir. Haus sangat tu!
"Kau nak tunggu sini ke?" Kriss menanya. Dia bukan apa. Keadaan Kaisar nampak tak terurus. Macam lelaki itu pula,ayah kepada anak dalam kandungan gadis cantik itu. Ceh.
"Em. Aku stay sekejap. Aku-penat"
"Okay. Aku cari Desmond. By the way, Cares's On the way ke sini" Cares's. Siapa lagi, adik beradik Kaisar lah. Dan mungkin,termasuk omma. Semua pasti panik dan risau dengan Kaisar. Anak dan adik mereka,mana mahu hulur bantuan pada sesiapa. Tapi kali ini,bersungguh pula.
"Ouh.." itu sahaja jawapan Kaisar. Dia sudah berbaring di kerusi rehat menunggu di luar pintu labour room itu. Lengannya naik menutup mata. Rehat sekejap. Dia penat sepanjang jalan. Penat luar dan dalam. Begini agaknya apa yang Papa, Abang Adam, Abang Hafiey, Emrish dan Dylan rasa disaat berhadapan dengan isteri mereka yang mahu bersalin. Cemas nya bukan main lagi. Selama ini,Kaisar hanya tahu ucapkan tahniah kemudian ketawakan muka penat mereka. Rupanya,memang memenatkan!
Tiba-tiba pintu terbuka. Seorang nurse keluar dari ruang itu. "Encik suami perempuan baju putih tadi tu ke?" Suara itu mengejutkan Kaisar. Laju dia bangun dari baring. "Eh tapi say--"
"Isteri encik perlukan bantuan encik sekarang. Ikut saya masuk" arahan nurse perempuan itu berlegar-legar di telinga Kaisar. Isteri? Tapi..haih orang salah faham ni. Dia bukannya suami perempuan tu. Dia lelaki 'bidan terjun' yang bantu.
"Encik? Beri kerjasama. Dia sedang bertarung dengan dua nyawa"
Dua nyawa..Dua nyawa. Yah! Ayat ni buat dia gelisah dari tadi. "Okay" Jawapan Akhir Kaisar. Dia setuju. Ruang itu dimasuki. Sebelum itu,dia harus memakai seperti yang disarankan. Baru lalu dilorong bilik-bilik bersalin. Dia sudah meremang hingga ke tengkuk. Mana taknya, setiap melintas bilik,ada suara perempuan menjerit. Belum lagi nak tengok berdepan.
Kaisar teguk liur.
Pintu itu dibuka masuk. Kaisar membuntuti langkah nurse wanita itu hingga beralih dari pandangan. Kini,seorang wanita berambut panjang. Sedang terbaring dengan peha terbuka menjadi tatapan Kaisar. Wajah Adelia berkerut. Peluh merenik-renik timbul disekitar wajahnya. "Arghhhhhh"
"Encik suami! Bantu cepat!" Kaisar terkejut. Dengan laju langkahnya menghampiri Adelia. Baru berdiri sebelah. Pergelangan tangannya dicengkam kuat. Semakin Adelia meneran,sebegitu juga mata Kaisar berair kerana kulitnya pedih menerima cengkaman kuku tajam Adelia Edruce. "Push lagi! Puan teran lagi!" Dan sebaik itu, Adelia kembali meneran dengan kuat. Koyak bawahnya bila begini. Sakit,perit dan siksanya dia mahu melahirkan anak itu.
"Kau boleh..trust me. Selamatkan anak kau. Figh--argh!" Tangan Kaisar semakin terluka dengan kuku Adelia. Masya Allah,ini bukan genggam. Ini cengkam! "Figh-ergh. Fighting..aku tahu kau boleh buat. Just fokus dengan an--"
"Diam lah!" Adelia tiba-tiba menengking. Dia tertekan dengan keadaan sekeliling hingga tertengking Kaisar pula. Sudahlah lelaki itu banyak membantu dia hari ini. Kaisar terkejut. Terdiam terus mulut dia. Okay. Lebih baik dia diam.
Mulut Adelia tidak berhenti dari menyebut kalimat Allah. Matanya hampir-hampir mahu tertutup. Lemahnya rasa. Kekuatan dia bagaikan hilang dan muncul. Ianya bersilih ganti. "Cik? Cik! Jangan tutup mata. Oh c'mon! Anak kau dah keluar separuh. Please sedar! Sedar!" Kata-kata itu bagai sayu-sayu dipendengaran Adelia. Pemandangannya menjadi antara kabur dan tidak.
Mesin nadi degupan jantung dipandang. 50 peratus..
No,no! Perempuan ni tak boleh mati!
Dengan berat tubuh lemah Adelia diangkat dan bersandar pada dadanya. Muka gadis itu tidak habis-habis ditepuk. "Aih kenapa badan kau kecik. Tengok nak bersalin dah susah" sempat juga Kaisar merungut. Posisi Adelia turut dibantu oleh dua orang doktor. Peha Adelia ditolak ke atas. Bukaaan dibuka besar dan "Arghhhh! Huh..huh..Arghh!!" Kaisar terkejut kerana tiba-tiba Adelia boleh tersedar dan meneran separuh mati sebegitu. Dia yang menjadi tempat sandaran gadis itu pun,rasa apa yang dirasakan Adelia. Walaupun tak sama.
Seorang bayi kecil disambut. Kesan darah penuh disekeliling kulit bayi tersebut. Automatik bibir Kaisar terukir senyuman. Matanya jatuh memandang wajah ibu kepada anak itu. Tapi..
"Cik? Eh perempuan?! Hoi bangun!" Adelia tak sedarkan diri. Keadaan lemah sangat. "Baby tak bernafas! Sediakan--" Lightgrey Kaisar laju mencerlung ke arah doktor-doktor yang sibuk menguruskan bayi tersebut. Tak-tak bernafas? Ingatkan debaran dada dia boleh berehat. Namun kembali guruh pula melihat ibu dan anak ini menutup mata.
"Please..please! Open your eyes. Buka mata kau tolong! Aku just nak makesure kau masih hidup,please jangan mati depan anak kau. Anak kau pun tak bernafas--"
Pipi Kaisar dipegang. Terus terhenti mulut itu dari berbunyi. Terketar-ketar dia memandang Adelia. "Sel--selamat kan anak saya. Please.."
[•••]
"KAISAR !!!! Are you okay?!" Kaisar menoleh.
Kelihatan kakak keduanya,Angle Ahn meluncur laju lalu menerpa ke arahnya. Kemudian diusuli Quraisya Ahn. Terus dipeluk tubuh lampai adik lelaki mereka. Busuk! Basah! Ergh Kaisar. "Masya Allah Kaisar. Teruknya adik kakak. Sampai macam ni sekali jadinya Kaisar?"
"My Kaisar! Awak okay sayang? Omma risau" ouh Omma pun ada. Tubuhnya terus dipeluk Puan Sri Yuna Ahn. Wanita itu mendakap erat tubuh anaknya. Dia tahu,Kaisar kepenatan. Lihat dari air muka pun,sudah boleh agak. "I'm proud of you my Kaisar" sepintas dahi Kaisar ditarik lalu dikucup. Bibir cantik wanita Korea itu terukir senyuman. Dalam diam,kepenatan Kaisar hilang sedikit. Dia rasa terharu bila Omma kata bangga pada dia. "Gumowho,Omma" ringkas. Tapi amat dihargai oleh Puan Sri Yuna Ahn. "No problem sayang"
"Mana baby?! Kaisar baby mana baby?" Lah Angle ini. Baby juga yang dicarinya dulu. Patutlah,dua-dua kakaknya sudah melekat muka didinding kaca wad. Tak sabar nak lihat rupanya.
"Kaisar! Eh kau okay tak? Pucatnya muka! HAHAHAHAHAHAHAHA !" Dylan yang baru tiba bersama dua botol air coke terus menggelakan Kaisar. Berdekah okay. Kaisar malam ni nampak kotor. Aduh,tapi muka handsome ni,memang tak boleh dibuang lah. Berdarah-darah pun still handsome. Nampak,badboy.
"Dylan! Kenapa awak ni. Jaga diri dan mulut sedikit. Omma tak ajar anak Omma tegur orang macam tu"
"Tapi dia kan adi-"
"Tak kisah lah! Ish!"
Kaisar mengendahkan. Dah biasa dah. Keluarga dia memang bising. Yang dia cari sekarang ini Tan Sri Danial Caser. Papanya tak kesini kan? Bukan apa,dia gerun kalau berdepan dengan papa. "How is she? Perempuan itu okay? Dia di mana sekarang?" Omma mencelah dengan pertanyaan. Terus menarik perhatian Quraisya dan Angle untuk duduk dengar sekali.
Semua ahli keluarga mereka ada di mansion. Anak-anak, Quraisya dan Angle tinggalkan pada suami masing-masing. Biar mereka jagakan sekejap. Senang cerita,menantu lelaki dan perempuan Tan sri Danial Caser dan Puan Sri Yuna Ahn ada di mansion. Hanya Emrish dan Papanya saja yang tidak muncul dihospital lagi. Sebaik menerima panggilan dari Kriss bahawa Kaisar dihospital,kebetulan juga PA Emrish call untuk segera ke offies. Jadi,dia hangkut papa sekali.
"Baby okay.." Alhamdullilah. Lega hati mendengarnya. Kaisar turut lega. Bukan main dia panik dengan keadaan di dalam tadi. "Boy or girl?!" Jerit Quraisya dan Angle serentak. "Boy" sepatah Kaisar menjawab. Fuh,perasaan gemuruh ini tak hilang-hilang dari tadi.
"That girl. Apa..emrm I mean condition dia?"
Mata Kaisar terpejam. Wajahnya ditutup sekejap dengan tangan. "Oh my god Kaisar! Is she.." Angle dah mentafsir yang bukan-bukan. Banyak benda muncul dalam kepala otaknya kini. "Died" Dylan menyambung. Serentak itu dia menerima pukulan PPP! pedih! Pantas! Parah! dari tangan ibu kepada 6 orang anak itu. Menjerit-jerit Dylan.
Dasar MULUT PUAKA !
"She's okay. Tengah tidur. Kai..Kai tak pasti sebab Kai tak tengok dia lagi lepas keluar dari sana"
"Wait Kaisar! You masuk labour room ke?!" Eigh Angle ni. Tak boleh slow ke kalau bertanya tu. "Hah! Seriouslah Kaisar!" Kakak sulungnya pula mencelah. Muka adiknya dipegang. Semua pamir riak tak percaya. "Wohho! Kaisar,Giler ah. Terer sia. Bini aku bersalin tak pernah aku masuk labour" jujur Dylan. Dia pun,turut terkejut dengan kenyataan itu. "Kau sebab takut darah!" Marah Angle. Berapi saja mata.
"Kaisar masuk labour jugak ke?" Bila Omma menyoal. Barulah Kaisar buka mulut. "Yeah..tadi" Tercengang mulut kakak dan abangnya. Oh my god! Can't belived it!
"Okay! Apapun,ni baju Kai. Akak sempat capai t-shirt je dekat ampai. Yalah,bilik kau kan berpassword. So akak tak boleh nak bukak. Pakai lah. Tukar baju tu. Penuh darah,tak selesa Kai nanti" Quraisya menghulurkan Bag kertas berisi t-shirt Kaisar. Bag itu disambut. "A'ah tak apa. Hoodie kau ada dua tertinggal dalam kereta aku. Nanti amik lah"
Kaisar mengeluarkan t-shirt hitam itu. Baju itu dibawa masuk ke dalam toilet. Air singki dibuka. Tangannya dibasuh bersih-bersih. Sebaik hoodie kelabunya dibuka. Jelas kulit putih Kaisar bercapuk dengan kemerah-merahan kesan darah dari hoodienya. Lekas air itu dibawa mencuci kulit yang kotor. Leher, pipi, bahu dan sekitar badan semua dicuci. Lengannya yang terluka itu turut dicuci sama. Sakit juga. Pedih bila terkena air ini.
Selesai. Mukanya dibasuh. Sekaligus rambutnya tersuak naik ke atas. Dari tadi,rambut ini menutup dahi. Ditarik ke atas macam mana pun,tetap mahu jatuh. Aih,itulah. Rambut lembut sangat!
Dirinya pada pantulan cermin itu dipandang lama.
"Adelia Edruce.." bibirnya menyebut. Itu,nama yang direkodkan tadi.
Dan itu adalah nama,
Si tag nama.
Pelanduk dua serupa ke?
Hati ini tak tenteram. Itu ke perempuannya? Kalau betul. Sampai pregnent? Damn you Kaisar.
Ohho,Kaisar's baby dah slmt lahir.
How about Adelia?
Tpi sebelumtu, Setan sangat ke Kaisar?
-GIVE UR VOTE&COMMENTS-
-NISMICHA haniessta-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro