Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10|I NEED YOU

KEADAAN di luar tingkap kenderaan hitam Honda CR-V itu direnung tanpa bosan oleh Kaisar Ahn. Telinganya menjadi tempat favourite earphone itu berteduh. Lagu-lagu yang kekal bermain dan tidak pernah berubah sejak setahun lalu diputarkan berulang kali tanpa jemu. Kaisar akui, lagu-lagu yang gadis bertudung itu dengarkan,boleh tahan sedapnya.

Gadis bertudung..ah..perkara itu. Lama dia fikirkan. Tapi,betul kata Desmond. Kalau perempuan itu sendiri tak bising apa-apa. Kenapa kau beria untuk fikir. Mulut memang begitu. Tapi hati,tak tenteram selagi tak jumpa orang itu.

Kepala hud kelabu itu dinaikkan menutup penuh dahinya. Tubuh dipeluk dengan kedua lengannya sendiri. Kepala Kaisar bersandar pada kaca tingkap kereta. Keadaan malam diluar direnung seiring lagu ditelinga bermain. Kebelakangan ini,Kaisar mula terbiasa dengan kehidupan dia yang gemar berhoodie dan earphone. Dia memang tak berapa gemar pergi ke parti atau ke clubing selalu seperti Daiyan dan Kriss. Tak gemar sahaja. Tapi sekarang,jadi tak berminat pula.

Empat lelaki di dalam kereta itu leka dengan fokus dan dunia sendiri. Sebenarnya,mereka baru sahaja balik dari parti birthday Qiella. Yang kini,adalah secara rasmi tunang kepada Kaisar Caser Ahn. Ya, TUNANG. Status sahaja tunang. Namun tunang itu hanya diterima penuh oleh Qiella. Kaisar? Antara rela dan tak rela sahaja.

Parti birthday itupun,jika tidak dipaksa oleh Tan Sri Danial Caser. Kaisar takkan wujud dalam golongan keramaian remaja-remaja disana. Hakikatnya,baru melangkah pagar banglo Qiella. Kaisar dah patah keluar semula. Belum sempat pun Desmond parking kereta. Dia dah masuk semula dan beri arahan "bla lah. Aku malas nak campur"

Desmond ikutkan sahaja. Tamabahan dia memang anti dengan perempuan bernama Qiella itu. Desmond tak suka. Bagi dia,event dia bukan beragama islam sekalipun,kehidupan Qiella teruk. Qiella, atau nama lain. Si Penggoda. Semua dia mampu goda,kecuali Kaisar dan Desmond. Kriss? Ouh,tak perlu tunggu Qiella goda. Tentunya Kriss yang datang menggoda. Daiyan?tak perlu lah. Batalkan sahaja niat itu. Daiyan lebih tertarik dengan permainan game berbanding 'perempuan'. Loser !

"Kriss! Boleh kau stop buang sampah kotak susu yougurt yeos ni dekat bawah tak?! Aku yang tengah drive inipun,tak tenteram jeling apa kau buat dari tadi. Hergh!"

Sebaik brek ditarik. Kriss langsung dibebel panjang oleh Desmond. Tarik muka teruk wajah Kriss. Mulutnya pun,buat tak reti diam. Ada sahaja dia ajukkan kata-kata hyung Desmond. "Apa? Alah okaylah. Aku buang bawah. Nanti park mana-mana aku buang lah. Lagipun,tuan punya kereta tak bising. Kau ni hyung, OVER" Seiring itu, bola matanya dibesarkan. Susu kotak yougurt yeos itu dicampak ke bawah. Kotak baru di ambil keluar dari paket kombo baharu. Yah Kriss! Berapa banyak kotak dia bawa ni. Sejak bila jadi hantu yougurt? Susu pula tu!

"Kau tengok! Kau buang lagi!"

"Eish diam diam! Bising! Jalan lah. Trafik dah hijau pun. Pandu,biar berhemah" Amboi,pandai pula Kriss beri nasihat. Panas sahaja hati Desmond. Kriss ini kan,kalau tidak dijaga betul-betul. Luar jangkaan jadinya. Bahaya. Desmond ibarat abang menjaga adik terdegil.

Brek diturunkan. Kereta milik Kaisar dipandu semula. Sebuah lorong dimasuki menuju ke kawasan-kawasan taman dan rumah kedai yang jauh sedikit dari kota raya Kuala Lumpur. Desmond mahu cepat hantar rakan-rakannya balik sebelum kereta ini diserahkan semula pemanduannya kepada Kaisar. "Asal kau bawa banyak sangat yougurt ni" Desmond bertanya sambil matanya kekal pada jalan. Sekilas dia menjeling keadaan dibelakang. Kaisar bersandar pada cermin tingkap. Daiyan pula leka bermain game. Headphone tebal menutup telinga kaki gamers itu.

"Ouh. Sebab,aku ikut korang lah. Hari ni,pakai kereta Kaisar kan. Jadi,takkan aku nak bawa masuk wain pula. Kau jugak yang bising nanti. Hergh! Kalah mama aku. Kaisar tak pernah kecoh pun"

"Kaisar memang tak kecoh. Tapi Kaisar kesah. Sebabkan kau bawa masuk berbotol wain! Kereta ni hantar car wash sampai ke petang dia suruh orang basuh bersih-bersih tahu tak" Rambut Kriss ditarik. Mendorong ke kanan lelaki itu bersama teriakan kuat. Tak menganggu sesiapa pun. Kaisar dengan earphone nya. Daiyan pula dengan headphonenya. Bising dan bingit itu,hanya dirasi oleh dua makhluk. Kriss dan Desmond. "Sakit hyung! Sakitttt!" Tangan Desmond dipukul berkali-kali hingga terlepas. Merah kulit dahi dia menahan perit.

"Kau ni pahal! Macam lah Kaisar tak pernah teguk wain. Banyak kali kot!" Kini,dada Desmond ditumbuk. Mengaduh juga lelaki itu seketika. "Halamak,tumbuh dada dah kerut macam tu. Aku sepak nak?" Kriss mengacah mahu menyepak Desmomd. Tapi digelakkan pula. Terus diam mulut Kriss. Tak suka orang gelakkan kelakuan dia.

"Fine Kriss..fine. Buatlah apa kau suka. Asalkan kau kemas semula" Akhirnya Desmond mengalah. Dia kembali diam memandu.

Bunyi notification masuk menarik minat Kaisar untuk lihat. Whatsapp dari group keluarga. Laju tangannya membuka aplikasi itu lalu perbualan group dibaca.

Caser's Ahn Family'

Dylan Ahn
Pukul 9 mlm. All of Caser! Balik masion Yuna Ahn.
Omma dan Papa nak jumpa semua.
Remember,don't late.
@Kaisar! Kau lambat,papa dah siapkan denda.

Angle Ahn
Take note sayangku Kaisar.
Jangan lambat. Kakak Angle dah lama bertapa
dekat ruang tamu ni. Tunggu korang semua jeee

Emrish Ahn
Argh seriously Abang Dylan?
Rish banyak kerja nak settlekan dekat office ni.
Esok ke lusa,tak boleh?

Dylan Ahn
Entah. Not sure act.
Datang jelah. Kau dan Kaisar manusia paling susah
nak nampak muka.
Anak sorang je pun!

Amanda Mrs Dylan
Abang! Awak pun baru tiga anak.
Tak ramai mana!
Bongkak pula dia ya..

Omma
Hahaha, Omo,that's make me laugh.
Funny nya menantu Omma.
Kaisar? Kenapa tak respond.
I need your reply. Now!

Quraisya Ahn
Busy lah tu omma.
Kaisar kan pergi birthday party Qiella.
Okay. Nanti kakak balik. Kejap ya,settlekn
stok baru masuk dulu ni.

Omma
Ouh,ye ke Kaisar?
Wah,omma tak sangka.
Kaisar okay ke tu?
Hello! I'm speaking with my son but where ARE YOU?
Nak omma brbahasa korea ke?

Dylan Ahn
My god Kaisar! Gila ah.
Weih,kau dah lupakan little hoodie ke?

Little hoodie. Hmm,khabar dia dah tiada di mana-mana. Kali terakhir terserempak pun,7 bulan lalu. Di hadapan klinik. Setelah itu,tiada.

Angle Ahn
Who's Little hoodie?
Girlfriend Kai ke?
Why hoodie?

Dylan Ahn
Sibuk lah kau ni kak.

Angle Ahn
😡berani ya kamu Dylan!
Biadap sama aku! Nanti kau!
Aku hasut anak Emrish untuk buli anak kau!

Quraisya Ahn
Slow down adik-adik semua.
Apa ni? No gaduh lah. Korang dah bernak pinak pun.

Emrish Ahn
Emrish maybe lambat sikit.
Nak pick-up my wife dkt rumah dulu.
She's alone.
Honey! Siap-siap. I ambil you kejap lagi.

Dylan Ahn
Weih? Pm je lah. Wife pun kau bual sini.

Amanda Mrs Dylan
MASYA ALLAH abang!! Can't u stop being child?
Awak kenapa ni sibuk sangat.
Awak dekat mana? KAMI dah lama siap sedia tunggu awak ambil.
Tapi awak Encik Abang Sayang,otw kemana?
Lupa alamat?

Dylan Ahn
Hehe..
On the way ni Syang.
Kejap-kejap.

Amanda Mrs Dylan
Faster!

Kaisar berdekah dengan Dylan. Pergh,kene marah dengan bini dalam group. Padan muka! Bising je. Haih,perangai siapalah Dylan ni. Di mana-mana,Dylan sentiasa ada.

Omma
Kaisar Caser Ahn!!!!

Kaisar Ahn
Ya Ma, im here

Omma
Panggil penuh. Baru muncul budak ni!
Balik!
Papa asyik asking me where his Kaisar?
Mana anak bongsu Caser tak balik-balik ni.
Lama lagi ke parti tu?
Just say sorry to Qiella.
Family is number one sayang.
Come home.

Kaisar Ahn
Em okay omaa .
Kai tak pergi pun rumah Qiella

Omma
Why? Did u dont like it?

Quraisya Ahn
Ya..Adik kakak ni tak suka ke?

Angle Ahn
But for me,apa yg Kai buat is..
Great! Lah Kai.

Dylan Ahn
Yah..aku tak suka Qiella. Tapi aku terpaksa.
Kerana aku yg pinang dia untuk kau.
Oh,damn u Dylan!

Emrish Ahn
For me. Qiella sesuai dengan Kaisar.
Yelah,sama-sama setan.

Quraisya Ahn
Yah! Emrish.
Noooo adik i baikkk

Angle Ahn
Ya setan. But not sesetan Qiella si penggoda.

Dylan Ahn
Ala dia tak puas hati lah tu wife tak goda dia.

Omma
My childs. Jauhkan jari kamu semua dari keybord
fon and come faster to my house!

Kaisar back whatsapp group. Iphone ditutup. Bila papa seru semua balik. Jangan kata nak mengelak. Emrish si workaholic itupun munculkan diri bila papa perintah mereka lima beradik balik. Dan nampaknya,masion keluarga Yuna Ahn bising malam ini.

Iphone Kaisar bergetar menerima panggilan baharu. Sepintas dia melihat si pemanggil. Dan bila dilihatnya itu Qiella. Terus di off. Tak lama lepastu, iphone di 'power off' kan terus. Hilang nama Qiella dari skrin. Haih,lemas rasa dengan nama Qiella ini.

Secara tiba-tiba Desmond menahan brek secara mengejut. Terdorong ke depan semua di dalam kereta itu. Kaisar terkejut. Sebelah earphone dia terjatuh. Desmond pula berdebar-debar dengan apa yang dilihatnya. Kriss merungut tak sudah bila susunya tersembur ke depan. "Woih Hyung! Kau pandai drive ke tak?! Ni dah basah. Siapa nak keringkannnnn. Takkan aku?!"

"Fuck! Shit lah..game over! Weih kau pahal dowh" Wajah Daiyan muncul ke tengah antara sit Desmond dan Kriss. Kaisar pula sudah turunkan kepala hud. Dia sama memandang ke depan. Apa yang dia orang peehatikan?

"Eh jalan! Jalan! Asal kau stop lama sangat ni"

"Ha'ah lah! Hyung cepat! Hantu tu masuk kereta nanti!" Daiyan turut cemas. Lengan dan tubuh Desmond puas diguncang oleh Kriss dan Desmond. Bergoyang kereta bila dua lelaki itu buat begitu. "Han-hantu?" Kaisar menyoal. Kepala Daiyan di tolak rendah kebawah. Dia mahu tengok juga! "Mana?"

"Tuu aisih--beratnya hati aku nak bercakap ni Kai..seram lah! Daiyan,kau lah!"

"Eh aku pulak. Kau argh. Takut aku!" Tolak menolak itu berterusan dilakukan Kriss dan Daiyan.

"Takpa-takpa. Aku dah nampak" Sepasang lightgrey Kaisar merenung orang di bawah tiang lampu itu. Terduduk memegang lutut. Dengan pakaian bertutup putih. Lugguge di sebelah. Aih takkan pula hantu bawa lugguge? "Aku tak rasa dia hantu" ucap Kaisar.

"Eh hantu lah tu! Mana ada manusia dress putih berjalan kaki malam-malam ni. Siap duduk tepi jalan lagi!" Kriss menidakkan. Cemasnya perasaan dia. Kalau ada basikal,dia mahu kayuh basikal balik kerumah. Desmond inipun,disuruh drive tak gerak-gerak juga. "Eh kau nak pergi mana Kai?! Oi! Oi!"

"Kaisarrrr please don't go!" Daiyan dan Kriss sudah meraung supaya Kaisar tak ikut kepala kerasnya itu. Tapi Kaisar tetap Kaisar,dia memang keras kepala. "Hyung. Aku keluar kejap" Desmond mengangguk. Dia sentiasa bersiap sedia kalau Kaisar berlari patah balik dan dia akan terus pecut kereta bla dari area sini.

Pintu kereta ditutup. Earphone putih itu di gulung lalu disimpan ke dalam kocek hoodie. Kaisar perlahan-lahan menghampiri perempuan berdress putih itu. Semakin dekat langkahnya,suara ringisan sakit semakin kuat dan jelas.
"Excuse me. Kau asal duduk bawah tiang lampu ni?" Kaisar langsung menanya.

Perempuan itu bertudung putih. Berwajah cerah tapi disorok-sorok. Tangannya pula sedang menggigil-gigil. Tambah lagi dahi yang sudah merintik dengan peluh. Kaisar jadi cemas. Sah lah ini bukan hantu. Dengan lugguge nya lagi. Nampak macam kene halau.

"Hello?" Perempuan itu masih tertunduk.

Sementara di kereta. Desmond wajah rapat ke depan cermin kereta. Kriss sudah keluar kepala. Daiyan pula sudah berdiri mengeluarkan separuh badannya dari bumbung kereta. Masing-masing fokus memandang dan menguping Kaisar di sana. Kene fokus ni!

"Tolong...tolong...sa-saya.." Adelia ketap bibir. Ya tuhan. Perlu ke aku minta pertolongan dari golongan yang aku benci ini? Tapi "argh!" Adelia menjerit. Perutnya terasa sakit sangat. Tak dapat digambarkan bagaimana sakit dan lemahnya dia disaat ini.

Jeritan Adelia memeranjatkan Kriss dan Daiyan. Dengan sekali imbas,cermin tingkap dan bumbung ditutup rapat. Biru muka mereka di dalam kereta. Takut!

"Kau asal ni? Okay ke?" Mulut Kaisar sebenarnya berat mahu prihatin pada orang. Tapi kenapa..suara perempuan ini macam tak asing? Dia pernah jumpa ke?

"Saya..saya nak bersalin!" Kaisar terkejut. Jantung dia automatik laju mengepam. "What? Sekarang? Hah habistu macam mana ni?!" Gelagat gelabah Kaisar sudah keluar. Ke kiri kanan kaki dia melangkah. Rambut nya juga kusut digaru-garu. "A--ak--air ketuban saya dah pecah! Tolong saya...argh!"

Makin panik jadinya Kaisar. Air ketuban? Ah,benda tu tak pernah asing pun dari telinga dia. Dari kecil hingga besar. 'Air ketuban' itu dah keluar dari mulut kakak sulungnya hinggalah bibir Emrish. Dan beginilah telatah abang-abangnya bila isteri sebut 'air ketuban dah pecah'. Sekarang Kaisar merasai suasan ini.

"Emmm..aaa...emm,ha kejap! Call! Call!" Iphone diambil, eh mati? Macam mana boleh mati ni?!

Publik phone di hujung sana di hampiri. Namun "dah tak tahan! Argh! Sakit sangat!" Adelia menjerit dengan nyaring. Kaisar kembali menghadap gadis itu. "Mana pulak hushband kau pergi ni..aduh.."

"Hospital..hospital.." antara dengar tak dengar sahaja suara Adelia waktu ini. Mata dan mula layu.

"Ouh! Hospital!" Seperti baru jumpa jalan penyelesaian. Kaisar langsung membungkuk mangangkat gadis itu secara bridal. "Jangan peluk saya.." sempat Adelia meminta. Tapi keadaan memaksa. "I'm sorry..I'm sorry.." Jantung Adelia seakan berhenti berdegup. Ayat itu..kata-kata itu. Malah suara yang menyebut 'i'm sorry' itu. Dia seperti kenal. Tapi tak pasti. Masa berlalu setahun. Manakan lelaki itu adalah orang yang sama. Adelia ragu-ragu.

"Niat aku. Just tolong. Nanti,aku minta maaf dengan husband kau" sampai di kereta. Kaisar mengetuk pinta mereka bukakan pintu. Tapi awal-awal Kriss dan Daiyan sudah geleng. Tak mahu..

Akhirnya Desmond keluar. Situasi genting. Nyawa orang kot. Bukan seorang,DUA nyawa!

Sebaik pintu dibuka. Desmond membantu Kaisar. "Daiyan! Pindah bonet! Cepat!" Tiga arahan. Buatkan Daiyan berkerut bukan main! Apahal pulak! " eh asal pulak, hantu ni ka-"

"Dia nak bersalin lah !" Serentak Kaisar dan Desmond menjerit. Sekaligus memeranjatkan Kriss dan Diayan. Dengan sepantas kilat. Kriss bantu on butang bonet untuk Daiyan masuk. Daiyan lekas keluar dan masuk ke bonet. Pintu itu ditutup rapat. Cuma,agak sempit dan tersiksa untuk dia sejujurnya.

Lah,ingatkan hantu. Orang rupanya. Mak orang pula tu! "Hyung, ambilkan lugguge dia" Desmond lantas berlari mengambil lugguge di tengah jalan. "Okay..okay,kejap aku nak masuk" Kaisar memujuk. Perlahan-lahan tubuh Adelia diletakkan. Habis basah tangan dia terkena air putih itu. Kaisar menyunsung masuk. Hoodienya dibuka. Betis putih melepak Adelia yang terselak ditutup dengan hoodie itu. Kepala Adelia disandarkan pada bahunya. Menyorok wajah gadis itu dari melihat luar.

Tapi bau ini..little hoodie ?

"Emrhh,kau nak yougurt tak? Err, nah nah!"

"Hoi! Orang ni nak hospital! Bukan susu kau!" Daiyan lantas marah. Dia pun cemas juga. "Weh perempuan. Haduh,aku tak pandai sia. Tapi,eh kau jangan pejam mata. Kaisar! Suruh dia buka mata. Bernafas,ajar dia bernafas dengan betul"

Kaisar ikut kan kata Daiyan. Sempat pula tu Daiyan google. Pipi Adelia ditepuk-tepuk perlahan. Mata Adelia tak habis-habis dirayu untuk buka. Dalam keadaan begitu,Adelia cuba juga ikut. Dia ketepikan rasa takut dan fobia terhadap lelaki. Hari ini, dia harus lawan demi anak dia.

"Yes-yes. Open your eyes. Jangan close. Please jangan tutup, hyung! Laju sikit!"

"Yaa..aku cuba lah ni. Jalan sesak" Desmond kekal fokus memandu. Kriss pula sibuk menguatkan air-cond dan menghalakan air-cond itu ke arah Adelia. Daiyan dibelakang menghidupkan kipas elektrik tangan anak-anak buah Kaisar di bonet. Semua kipas itu dihalakan pada Adelia. "Kai. Aku rasa,kau patut bukakan shawl dia. Aku risau dia susah bernafas"sudahlah Adelia dari tadi merengut sakit. Adakalanya menjerit.

Pin shawl di cabut. Tapi kuat,tangan Adelia menahan tangan Kaisar dari menanggalkannya. "Ja-jangan..aurat saya.."

"Ini darurat Cik !" Jerit Kaisar. Dia tak pedulikan rayuan Adelia. Nyawa dan baby itu lebih penting. Lilitan itu dibuka. Rambut Adelia terurai jatuh disaat sanggulnya turut Kaisar tanggalkan. Haruman rambut ini..

Dia pernah suka bau ini.

Iphone Kriss tiba-tiba berbunyi. Langsung Kriss angkat dengan terburu-buru. "Hah? Kaisar?" Semua pandang Kaisar.

"Ouh okay.." iphone itu dihulur kepada Kaisar. "Who?"

"Dylan"

"Hello?"

"Kaisar! Kau dekat mana? Semua lenguh tunggu kau--"

"Dylan. I need your help "

-GIVE YOUR VOTE&COMMENTS-
-NISMICHA@haniessta-







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro