Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1|CASER'S

The Caser's Darmings Hotel
July 2019,16years old

Adelia Edruce,
S.Hagword Girls Highschool.
Today-

"When the bad come,I will never see where is sun"

•》•》-----♢-----《•《•

      "ADELIA Edruce ! Amboi banyak cantik muka kau. Ni ha,tolong lah aku angkat kotak-kotak ni"

      Dengar nama aku dipetik,terus angan-angan aku sedang mengambil sijil terhapus. Aduh Fatiha anak Rizman ni..kalau tak potong tak sah! Tak boleh ke dia beri aku masa untuk berbahagia sedikit? Sudah dari awal perjalanan sampai ke Langkawi dia gasak membuta. Langsung tak toleh kiri kanan. Ini kalau dia tahu,aku record rakaman suara berdengkur dia. Emph! Malu tujuh keturunan terus. Putus kawan agaknya.

      "Cikgu mana? Kenapa kau tak minta cikgu je. Aku nak ke toilet ni" alasan! Ini semua poyo~ Sengaja aku beralasan dari menolong. Bukan malas,tapi penat. Ha korang pun kadang keluar kereta terus menonong tak toleh belakang. Mengaku? Setuju? Aku setuju.

      "Alasan dah lapuk sayang. Kita bukannya baru terserempak dalam feri tadi. Kita dah terserempak dari dalam court baby lagi! Aku merengek kau hisap jari..."

      Apa Fatiha merepek ni? Lama sangat tidur lah ni. "Em kalau macam tu. Kau angkat je lah sorang" aku masih berdegil. Tak mahu tolong.

     "Adelia...Adelia..Adelia. Kau fikir kau siapa? Hah? Tak ada aku,kau takkan mampu dapat permit kebenaran ibu bapa tahu? Kalau tak kerana aku,ni hah. TAK ADA nya kau wujud! Depan hotel 5 bintang ni! Ish geram aku. Tolonglah...cikgu tak ada. Sampai-sampai terus cabut. Jadi KAU,Adelia Edruce binti Yusuf. Dipersilakan,angkat kotak ini"

      Ugh! Naik menanah telinga aku. Fatiha ni kalau membebel, segalan makcik,pakcik bawang mahupun Joyah malahan rapper sejati pun kalah! Masya-Allah. Sabar Edruce sabar.. Ujian dunia. Tuhan memang sengaja bagi aku kawan spesis Fatiha ni. Biar aku sentiasa tabah.

     "Sekarang lah Ed! Kau berangan apa lagi ni" terkejut aku. Malu pun ya. Dia jerit macam marahkan anak. Dah tak pasal-pasal kami jadi tontonan pelajar-pelajar lain yang sama tiba dan keluar dari kereta. Fatiha ni,buat jatuh air muka aku je. Sebabkan malu,aku tersipu-sipu senyum dekat mereka. Aish!!! Hipokrit betul!

      Mata aku besarkan menghadap Fatiha. "Ya..ya. Mana? Ha kau ambil yang besar. Aku yang kecil ni" dapat je. Aku terus laju larikan diri.

     "Adelia Edruce! Sampainya hati kau!"

[•••]

      KAMI masuk bersama. Fatiha pandang aku,aku pandang dia semula. Sebenarnya, kami terpegun. Terpegun dengan dekorasi bilik ni. "Fat! Weh Fat," aku langsung memanggil Fatiha.

     "Apa?" Sahutnya antara endah dengan tidak.

     "Betul ke ni...bilik yang cikgu suruh kita letakkan kotak ni?" Iyalah. Aku fikir kotak ni cuma nak letak di meja pendaftaran je. Tapi rupanya mahu dibawa masuk ke bilik belakang hall utama. Baru stor,dah semegah ni. Belum cerita bilik lagi.

     Fatiha terus mengangguk. "Betulah. Ish dahlah,letak..letak. Kita pun tak daftar lagi ni" Aku bersetuju dengan Fatiha. Kami cepat-cepat letakkan kotak ni dengan elok lalu keluar semula dari ruangan itu.

     "Oh my god! Adeliaaaa" keluar-keluar saja. Fatiha seperti disampuk hantu. Arh,apa lagi yang Fatiha nampak sampai ber-fangirling begini? Yang jadi mangsanya aku. Tengok! Habis senget shawl aku ditariknya. Aish geram aku."Apa? Kenapa? Kau dah sawan apa pula kali ni?" Fatiha tak reti diam. Kaki dia dah tertinja-tinja di atas karpet biru ni. Jantung pun sama berdedum agaknya.

     "Tu..tu..kau nampak tak apa aku nampak Ed?" Aku pandang tempat yang ditunding Fatiha.

      Emm tak ada apa pun. Hanya pasu ukiran yang limited dan di import dari kota Paris sahaja. Mana aku tahu? Ada tu ha, papan kaca dihadapan pasu mahal tu dah terangkan segala-galanya. "Tak ada pun. Pasu tu? Alah kau dah kaya nanti,beli lah sendiri. Mana tahu hotel ni pun kau boleh beli"

     "Eih bukanlah! Aku tunjuk tu. Lelaki-lelaki yang baru melintas tadi. Dia orang tu kawan anak kepada tokey hotel ni! Gempak tak pertemuan kita. Ni namanya rezeki" Ohho! rezeki?? Ayelahtuh! Rezeki Fatiha Rizman nak cuci mata tengok mamat handsome! Bukannya aku tak tahu perangai Fatiha ni.

     Tapi..anak pemilik hotel?

      "Jadi yang mana satu anak hotel The Caser ni?" Aku jadi tertarik nak tahu. Bukan apa,saja nak kumpul pengetahuan. Alang-alang dapat member sejenis wikipedia bergerak ni. Baik aku manfaatkan.

     "Em itulah. Tak ada pula dengan dia orang. Mungkin tak datang kot. Dia tu kalau kau nak tahu, memang susah sikit nak nampak kalau dalam majlis-majlis macam ni. Dia tak suka. Senang cerita,taknak jadi perhatian"

     "Handsome sangat ke sampai tak suka dijadikan perhatian?"

      Mata Fatiha terus bersinar-sinar bila aku aju soalan begitu. "Handsome! Handsome sangat! Aku sanggup pandang dia tak berkelip. Tulah kau,bila aku ajak stalk mamat handsome kau taknak join. Tengok,macam duduk bawah tempurung. Sorang pun kau tak tahu kalau aku kata 'handsome' "

      Pipi Fatiha terus aku cubit puas-puas. Fatiha Rizman ni. Kalau membebel! Bergosip! Mulut tu laju je. "Sakit lah Ed! Sakit!"

     "Adelia! Fatiha! Jom,masuk hall. Cikgu dah tolong daftar kan. Ambil awak punya tag nama ni"

     "Thank you cikgu Mira"

[•••]

      HALL Caser's Darmings Hotel mulai penuh dengan kakitangan guru dan pelajar-pelajar dari sekolah menengah di setiap negeri. Rata-rata di sini lengkap dan kemas dengan pakaian formal yang disyaratkan. Hanya kot ataupun blazer sahajalah yang berbeza mengikut sekolah. Tudung hitam dan jika tidak bertudung,rambut harus diikat atau digayakan dengan kemas. Kemeja putih yang di tuck in ke dalam seluar slack berwarna hitam dan kasut yang turut berwarna hitam.

      Untuk majlis ini,aku tetap menggayakan shawl dan berkasut heels. Bila pakai heels,keyakinan seorang wanita tu lebih terserlah.

      Note check !

     "Nah ambil ni" sebotol mineral Sprinzer di hulur oleh Fatiha. Aku tersenyum sambil mengucap terima kasih. Botol itu aku sambut dan buka untuk diminum. Memang aku tengah haus pun.

     "So ,Ed. Meja kita nombor 10. Jom kita duduk. Takkan nak berdiri je. Penat weih. Kang orang fikir kita ni penyambut tetamu pula" aku ketawa kecil dengan kata-kata Fatiha. Haih,ada-ada jelah makcik kecoh ni.

      Aku ikut rentak Fatiha menuju ke meja 10. Semua meja di sini berbentuk bulat dan bersaiz sederhana besar. Jadi,kami mungkin akan duduk dan bercampur sekali dengan pelajar-pelajar dan guru sekolah lain.

     "Okey Ed, kau duduk. Jaga kan beg aku" terus aku cuak. Lah,nak kemana pula dia. Tadi beria suruh duduk. Ini dia pula nak merayap. Aku ni..dahlah malu-malu kucing.

     "Kau nak pergi mana? Eh aku nak ikut lah" Aku yang baru nak bangun terus ditolak suruh duduk semula.

     "EN NO! Kau duduk sini. Jaga tempat kita. Kau ni,penat aku kejar kan bahagian ni tau. Dahlah,ngam-ngam hadap pentas. Tak ke rugi kalau orang lain duduk. Takyah panik,aku nak pergi toilet je ni"

      Hamik kau. Panjang ha Fatiha berkata.

      Aku akur kan saja. Betul juga. Takkan bila ada ucapan atau persembahan,kami nak pusing kepala hadap belakang. Sakit tengkuk pula nanti. Paling kasihan, Fatiha lah. Hampa je dia nanti. It's okay Adelia. Kejap je. Kau jangan selfish.

[•••]

      DAIYAN hampir tersungkur di tangga ke dua pintu masuk hotel. Dengan cepat kakinya distabilkan sebelum menyambung larian. Wajah dua orang rakkannya terus dipandang. Desmond sedang membetulkan tali leher di cermin bersebelahan pintu lif. Kriss pula sedang tekun melayan game di telefon.

     "Korang ! Hyung! Kriss!" Keduanya menoleh. Bila dilihat itu Daiyan,Kriss kembali semula dengan dunia permainannya.

     "Ouh Daiyan. What's wrong ? Asal kau ni? Okay tak?" Desmond yang digelar hyung itu terus menyoal. Pelik juga dengan rakannya itu. Masuk dengan berkeadaan termengah-mengah begini.

     "Baju...baju.."

     "Baju?"

     "Nih!"sehelai kemeja dan slack hitam yang siap bergosok dan dihanger di angkat menayang pada mereka. "Oh. Baju Kaisar? Kriss, hantar kan pada Kaisar" arah Desmond.

     " What ? Aku? Eh tak mau la. Aku busy " Balas Kriss dengan alasan yang tidak semegah mana.

     "Busy apa? Kau busy dengan game je. Sekarang tak ada masa lah game-game ni. Hantarkan cepat! Kau nak Kaisar marah ke? Nak aku report dekat dia yang kau dah terjatuhkan jam tangan dia dalam longkang tadi?" Kriss merengus. Tak suka betul dia kalau dibebel. Apatah lagi bila diugut begini!

     "Please Kriss. Hantarkan dekat bilik dia. Aku dah janji dekat Omma dia akan hantar baju ni dengan selamat" rayu Daiyan pula. Sepatutnya dia yang harus hantar ke bilik Kaisar. Tapi,dia sendiri pun tak bersalin baju lagi. Majlis dah nak mula.

      Baju itu dirampas. Kriss melempar baju itu ke atas bahunya. "Kaisar ini pun satu. Selalu taknak datang majlis sekolah macam ni. Hari ni,nak pula. Dia kenapa? Rajin pulak"

     "Kriss,lebih baik kau hantar dari membebel macam ni" Desmond menegur. Terus tertutup bibir Kriss dari terbuka. Butang lif ditekan dan setelah beberapa saat,dia masuk bersama wajah masam. Kriss Wang, lelaki berbangsa cina yang agak boleh dikatan nakal. Dia handsome,wajah juga tak terlampau chinese. Mix darah barat. Dengan kekacakan itulah,dia digelar playboy sejati.

      Kriss tiba di tingkat aras atas hotel tersebut. Sebaik pintu dibuka. Kakinya langsung melangkah ke arah sebuah pintu kaca yang memisahkan ruang dalam bilik vip. Bilik vip ni hanyalah bilik anak-anak kepada Tan Sri Danial Caser. Dan memandangkan Desmond, Daiyan dan Kriss teman rapat kepada Kaisar Caser Ahn,jadi mereka dibenarkan masuk.

      Beberapa butang nombor ditekan sebelum diakses masuk. Pintu kaca itu terbuka. Kriss masuk dan berjalan ke pintu paling hujung lorong ini. Pintu hitam yang menandakan itu bilik Kaisar Caser. Lelaki kacukan AmericanMalay-Korean. Tan Sri Daniel Caser merupakan darah berketurunan American-Malay. Puan Sri Yuna Ahn pula merupakan rakyat tulen ibu negara Korea. Jadi, muka Kaiser ini MEMANG kacak untuk di gambarkan. Logik kalau dia menjadi tontonan sekejap lagi.

      Kriss menekan loceng bilik. Beberapa kali ditekan. Baru lah pintu dibuka dari dalam. Wajah kacak Kaisar tertayang. Ugh,bukan muka saja, dengan badan-badan sekali. "Baru lepas mandi ke?" Soal Kriss membuatkan Kaisar yang sedang mengelap rambut itu terhenti.

     "A'ah. Eh,lain macam plak bila kau tanya macam ni" Kriss terus tergelak besar. Makin lama makin besar. Serupa syaitan tersesat di bumi. "Bagi-bag--bagih aku masuk dulu Kai" Kaisar langsung membuka pintu dengan lebar. Kriss yang penat ketawa masuk dengan cara merangkak. Tenat sangat dah tu.

     "Ada apa?"

     "Ni ha. Daiyan kata Omma kau suruh hantarkan baju. Eh tapi aku pelik lah. Apasal kau pergi eh kali ni? Maksud aku, tahun ni? Bukan ke kau jenis..tak suka menyuka dengan benda-benda macam ni?"

      Tuala lap rambutnya dicampak ke atas katil. Kaisar berlalu ke ruang wardrobe. Sambil itu,t-shirt berwarna putih disarungkan ke badan yang terdedah. Habis abs dinodai Kriss. "Weih Kaisar! Aku tanya ni janganlah palau!"

     "Hah,apa?"

     "Ni lah. Asal kau tak elak macam selalu"

     "Aku nak elak macam mana. Dalam list  nama,Kaisar Caser Ahn! Baru nombor satu dah nama aku.Lepastu,yang majlis ni pun. Banyak-banyak hotel. Hotel bapak aku jugak dia pilih. Kau nak suruh aku elak macam mana? Ni hotel keluarga Caser. Papa comfirm tunjuk muka punya. Lagi-lagi ada sekolah anak dia. Nama anak dia. MUKA anak dia"

     "Em betul jugak"






TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro