Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26|GET LOST

Bab 26

      "PENGHANTARAN pizza anda!"

     Kaisar berdecit. Langsung wajah Kriss ditampar perlahan. Terbahak-bahak lelaki cina itu ketawa.Belum menerima pelawaan daripada Kaisar, lelaki itu sudah menunung masuk ke dalam kediaman mewah Caser Ahn ini. 

     Desmond menggeleng kepala dengan tingkah tidak matang Kriss itu. "Huh Kriss, buang masa kalau dinasihat." Rungut Desmond disebabkan Kriss. Sudahlah tidur dan telefon nya diganggu Kriss sejak semalam. Tak tenang hidup!

     Baru pening dengan sifat Kriss, Daiyan pula melintas masuk dengan selamba tanpa keizinan. Matanya hanya fokus pada permainan di telefon. Ini kalau orang sedang bercakap pun, dia tidak sedar. 

     "Ini lagi sorang.."

     "Lepak lah dulu. Aku suruh maid hantar air." Ujar Kaisar lalu dia bergerak meninggalkan rakan-rakannya di ruang tamu. 

     Kotak pizza itu langsung dibuka oleh Kriss. Haruman kesedapan makanan itu dihidu masuk ke hidung dengan penuh berselera. Mata pula terpejam menghayatinya. Sampai tangannya mahu turun mencuit kepingan pizza itu, Desmond terlebih dahulu memukul tangan itu dari menyentuh makanan. Cemberut terus wajah si buaya darat bertamadun.

     "Mengacaulah kau ni." Katanya mencebik tidak suka. 

     "Kau yang kacau aku dari semalam. Sampai sembab mata aku tak cukup tidur. Semua sebab kau."

     "Hehehe, aku ada sebablah kacau kau,"

     "What is the reason? Break up dengan girlfriend baru kau kan? hergh, buang masa."

     Kaisar datang bersama seorang bibik. Empat gelas kaca berisikan minuman coca-cola terhidang. Laju tangan Kriss menyambar minuman itu. Desmond membesarkan bola matanya ke arah Kriss. Namun, jeliran lidah daripada Kriss yang diterima.  

      "Adelia macam mana Kaisar? Aku dengar dia..dah habis pantang kan?" Kriss menyoal sebaik lelaki itu melabuh duduk. 

    Serta merta Kaisar menjeling tajam. Lightgrey Kaisar jangan dibuat main. Bahana menjelma kadangnnya. Kriss tersengih kekok. Salah ke kalau dia mengambil berat tentang wanita? Dia peminat 'wanita' apa.

     "Tak payah nak buat kerja gila pergi tanya perkara yang tak berfaedah." Sampuk Daiyan secara tiba-tiba. 

     "Apa kau merepek ni Iyan?"Kriss membalas dengan nada kurang berkenan. Wajahnya berkerut membalas pandangan Daiyan.

     "Betul apa yang aku kata. Tak berfaedah tanya pasal perempuan ni."

     "Tak berfaedah? Gunakan otak kau tu sikit boleh tak?Untuk sekarang ni, maksud aku. Bermula dari malam kita selamatkan dia and until now. Dia berfaedah okay. Dia berguna!"

      Daiyan lantas tergelak lucu. Seolah merendahkan kata-kata Kriss.

     "Berfaedah? Urm...apa faedahnya? Boleh kau jelaskan tak? Cuba kau fikir, perempuan tu kita tak kenal. Latar belakang dia, WE DON'T KNOW. Nothing. Siapa keluarga dia, background life perempuan ni...semua kita tak tahu. Tuli atau buta kau ni Kriss?" Perli Daiyan dengan angkuh di akhir katanya tadi. 

     "Boleh tak kalau kali ni, kau usir pemikiran kalut kau tu jauh-jauh? Aku rimaslah! Tak habis-habis negatif. Sedar sikit, yang beri kepercayaan penuh pada perempuan itu kau. Yang tak selidik pasal latar belakang perempuan itu kau. Buta, tuli itu semua kau! Sebab itu sampai sekarang , kau tak pernah izinkan mata kau untuk pandang perempuan yang baik dekat luar sana. Kau tu yang bodoh ditundukkan!"

     "Kriss Wang!" Suara Desmond sama meninggi menegur keterlanjuran kata-kata Kriss terhadap masa silam Daiyan.

     Ada sebab kenapa Daiyan tidak berminat pada perempuan. Ada kisah perit disebalik kehidupannya yang tidak peduli pada keadaan sekeliling. Daiyan pernah dilukai hingga terluka. Sakit ditipu dalam permainan perasaan ini, parah juga risikonya.

     "What? Aku salah cakap ke? Dia ni...dah hampir dua tahun perempuan tu khianat dia, tapi tak pernah nak keluar dari dunia bodoh dia tu!"

     "Kau jaga mulut kau!" Tengking Daiyan.

     Buk !

     Tumbukan Daiyan kuat mengena wajah Kriss. Cairan merah darah mulai mengalir keluar dari hidung rakannya yang ditumbuk bersama rasa marah yang mula bermaharajalela di hati.Daiyan, lebih kurang dengan Kaisar.   

     Bibirnya yang terluka di pegang sambil menyiris pedih. Tatkala pandangan bersatu dengan Daiyan, bibirnya serta merta melakar kesininsan. Langsung tidak terdetik perasaan takut akan renungan amarah Daiyan. 

      "Kau fikir aku tercabar dengan tumbukan kau ni?" 

     Kriss menggeleng lemah, tak sangka dia akan ditumbuk oleh rakan baik sendiri. Tubuh yang terduduk di lantai di bantu oleh Desmond untuk bangun semula. Namun, bantuan itu ditepis secara kasar. Darah dibibir dikesat menggunakan tangan. Datang sini nak makan, tapi lain pula jadinya.  

      "Dilema kau selama dua tahun ni dah buktikan...betapa pengecutnya kau. Kau pengecut Daiyan! Pengecut! Stupid! "

      Daiyan tergamam dengan kata-kata Kriss. Kemarahan dia semakin memuncak. Tegang segala urat di dahi. Gelas kaca di atas meja laju menjadi sasarannya lalu dicapai tanpa sempat dihalang Desmond.

      "Argh.." 

      Mata Kriss terbuka. Badannnya pantas dipusingkan kebelakang. 

      "Kai...Kaisar !!!"

     Mereka menjerit serentak. Kaisar berkerut menahan sakit saat serpihan kaca terpaku cucuk di kulit badan belakangnnya. Dia berganjak sedikit, baki kaca-kaca itu berjuraian jatuh menyembah lantai garnit mansion hingga menghasilkan bunyi dentingan serpihan-serpihan itu. 

     Ketiga-tiga lelaki itu terkejut besar. Mereka tak menyangka Kaisar akan melindung Kriss dari dihentam dengan gelas kaca. Dan paling tidak dijangka, perbalahan ini akhirnya telah mencedarakan seseorang. Kaisar pula tu! 

     "Kaisar badan kau.." Desmond tergamam melihat ada serpihan kaca yang tercucuk menebusi kulit badan belakang Kaisar. Muka dan leher Kaisar memerah menahan perihnya asakan kaca itu dikulitnya. Bayangan ketika kulit dijahit menjengah fikiran. Serta merta rasa menyesal kerana membantu rakannya tadi menghimpit kekesalan. Habislah, dia bakal berjumpa dengan jarum dan benang. 

     "Ak..aku tak bermaksud nak.." Lidah Daiyan kelu. Dia tergagap dan terketar mahu meneruskan bicara. Hilang rasa kemarahan yang tadi menjadi watak utamanya. Melihatkan keadaan Kaisar, pula ditambah dengan pengorbanan Kaisar melindungi Kriss yang masih tidak berapa matang itu...

     Daiyan terkilan. Dia tersedar dari amukan. Sepatutnya dia tidak harus termakan dengan kata-kata Kriss yang begitu. Dia tak sepatutnya melebihkan perasaan marah berbanding teguran rakan sendiri. Dia mulai sedar akan semua itu. Sekarang, siapa tidak matang? Dia atau pun Kriss?

      "Gwenchana.." Kaisar berpaling. "Kita dah lama kenal. Bukan teruk sangat pun." Ujar Kaisar tanpa secalit senyuman. Bahkan lebih terluka dengan sikap Kriss yang membesarkan cerita, kemudian Daiyan yang lupa siapa rakan dan siapa musuh. Kaisar tidak suka perkara diheboh-hebohkan hingga berlaku satu pergaduhan di rumahnya. 

     "Oh my god! What's happen to you Kaisar?"

     "Siapa yang buat!"

     Semua mata teralih pada punca suara itu datang. Kasut tumit tinggi hijau emarald setinggi 5 inci itu berdetak-detuk mendekati tubuh tunangnya. Sekejap sahaja, perempuan berdress singkat hitam itu sudah melekat pada tubuh Kaisar.

     Tengku Syifa Syaqiella Tengku Haniff, si penggoda.

     Semua tayang riaksi tidak gemar akan kedatangan Qiella di situ kecuali Kriss yang tiba-tiba boleh mempamirkan senyuman manis buat Qiella. Sayangnya, dibalas pula dengan sebuah jelinga. Pipi Kaisar diusap.

     "Don't touch me." Tangan mulus Qiella ditolak. Sejak dia tahu siapa penyebab dia meniduri gadis tidak bersalah. Sebaris nama si penggoda ini serta merta digolongkan dalam golongan 'musuh' buat Kaisar Ahn. Jangan bermimpi untuk memiliki dia lagi.

    "But, anytime..everywhere..you can touch me." Katanya penuh menggoda. Suara yang halus berbisik panas. Lontaran yang sangat merdu. Alunan lantunan buat si lelaki yang bisa sahaja cair dengan Qiella. Tetapi tidak terkesan kepada Kaisar.

     Memalukan Qiella. Usaha sentiasa sia-sia. Akhirnya, dia seolah menggoda tiang jalan yang tidak pernah membalas seperti apa yang dipinta. Memalukan diri sendiri, merendahkan maruah, mengagungkan kecantikan, itukah kemulian seorang wanita? 

     Hanya kerana mahukan perhatian dari lelaki, sanggup mencalarkan martabat seorang wanita di sisi Tuhan. Sanggup menempah nama di pintu neraka. Di mana pula tempat seorang suami? Apa keistimewaan suami pada dirinya nanti?

     Qiella tidak endah walau tangan dan tubuhnya diusir sekalipun. Dia sudah biasa menerima layanan Kaisar yang sebegitu. Dingin, beku, sombong, baran, keras kepala. Lebih menarik perhatian bila lelaki itu mengeluarkan ciri-ciri seorang badboy. Memang menjadi igaun bagi perempuan seperti dia yang haus akan lelaki seperti Kaisar.

    "Apa kau merepek ni? Blah, siapa suruh kau datang?"

   "I care pasal you Kaisar! you ni kenapa, selalu tolak-tolak I. Semalam I datang you menghilang. Harini pun you nak tolak I juga? Bukannya I suruh you layan I lebih dari seorang tunang pun." 

     "Tapi itulah tujuan kau. Itulah yang sebenarnya kau nak. Dengar, aku bukan tunang kau lagi.Jadi, jangan sebut perkataan tunang tu dari mulut kau lagi."  

    Mulutnya terbuka luas. Apakah, dia...dirinya...diputuskan pertunangan oleh tunang sendiri? 

    "Kaisar you tak boleh macam ni! Apa salah I sampai you nak putuskan pertungan depan kawan-kawan you. You sengaja nak menjatuhkan maruah I sebagai tunang you ke!"

    Tiba-tiba gelakan halus Kriss memenuhi ruangan mahligai mewah ini. Tak mampu menahan lucu, Kriss menutup bibirnya dari mengeluarkan suara yang kuat ketika gelak. Pada dia, apa yang dikatakan oleh Qiella itu lucu. 

    Qiella...Qiella...Qiella...si penggoda itu tahu jaga maruah juga ke? Maruah bila ditolak dikhalayak ramai? Paling kelakar, Qiella itu pernah dia 'sentuh'. Jadi masih layak ke untuk bercakap sebegitu? Gambar-gambar Qiella dalam keadaan mengaibkan pun ada padanya. Berangan mahu anggap diri ada maruah. Heh..

    "You diam Kriss, jangan masuk campur urusan I dengan Kaisar." Tajam pandangan yang dilontarkan kepada bekas teman lelakinya. Berapi rasa hati bila kata-kata diejek oleh orang lain. 

     "HAHAHAHA! I'm sorry, I can't hold it anymore..ahai..AHAHAHA"

    "Sayang! Tengok kawan you tu. Dia gelakkan kita!" Adu Qiella dengan manja. Tolehan Kaisar menghadap telatah Kriss mengukirkan senyuman kemenangan diwajah Qiella.

     "Hyung, bawa Kriss ke tempat lain."Arah Kaisar memandang Kriss masih belum mampu menghentikan ketawa. Apa yang lucu? Mereka tidak faham. 

     "Haih, okay."

     "Dan kau. Balik. Aku malas nak layan kau." 

     Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Arahan Kaisar dipandang sepi. Langkahnya berlenggok mengikuti Kaisar memasuki lif. 

     "Aku kata jangan ikut. Kau tak reti berambus ke? Nak aku halau kau betul-betul?" Suara Kaisar berubah tegas. Sudahlah dia terpaksa menanggung kepedihan di badan belakang.Betul-betul tak faham bahasa Qiella ni. Spesis perempuan tak tahu malu memang begini eh?

     Qiella tertawa gedik. "Terlambat sayang. I dah tekan butang..."

     Rasa mahu ditampar-tampar sahaja wajah Qiella ini. Menggedik tak ke sudah. Jangan terlupa, apa yang perempuan ini dah lakukan. Dia penyebab Kaisar meniduri orang tak bersalah. Dia penyebab Adelia menanggung kesusahan.

     "Eih lepaslah! Kau jangan sentuh aku boleh tak! Papa aku mungkin terima kau sebagai menantu but not for me, not for my Cares's Ahn. Kami tak pernah terima kau. So, get lost."

      "No, tak sayang, bukan begini. I cuma.." 

     Pintu lif terbuka. Kaisar lantas melangkah keluar tanpa mempedulikan rayuan bekas tunangnya. 

      "Jangan fikir aku tak tahu, perbuatan kau lapan bulan lepas."

      "Ap...apa maksud you ni..?"

     "The Cares's Darmings Hotel. Ingat sendiri plan terkutuk kau tu."

    Qiella tergamam. Lengan Kaisar mahu diraih. Kakinya mahu melangkah keluar dari perut lif namun, Cola membantutkan segala-gala.

    Qiella tidak jadi mahu menyentuh Kaisar atau menapak walau seanjak kehadapan lagi. Renungan Cola tajam membunuh segala keberanian dia. "Ok...okay, I balik..but you.."

      Kata-kata Qiella terhenti bila matanya terpandang akan susuk seorang gadis sedang melangkah keluar daripada bilik Kaisar. Terbeliak matanya melihat perempuan itu dengan mudah keluar dan masuk tanpa sebarang larangan daripada Kaisar. Mengapa dia tidak diterima sebegitu? Hatinya hancur melihatnya.

      "Who..who is she?"

      Kekecewaan hanya terzahir pada ruangan mata. 

     Sebegitukah rasa bila cinta diduakan?

     Sakit...

     "Ibu kepada anak aku. Kau sakit sekarang? Jadi, sila berambus."

     Qiella tak mampu kata apa. Hanya penyesalan atas segala kelakuan yang pernah dia lakukan. 

    Pintu kaca pemisah ruangan lif tingkat tiga terkatup rapat. "Mother of his son?"

    Jadi itukah perempuan yang memiliki Kaisar pada hari dia mahukan Kaisar? 

    "Tak guna!" 

    Dendam menyeleputi segulung rasa benci terhadap Adelia Edruce. "Jaga kau..."



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro