Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1 🥀

Melur mengorak langkah  laju ke muka pintu. Selipar buruknya yang terletak ditepi pintu masuk segera dia  memakainya. Kakinya pantas menuju ke satu tempat.

Wajahnya kemerahan menahan marah dan sedih di hati. Pelupuk mata terasa begitu hangat.

Anak mata bundar itu berkaca-kaca akhirnya manik jernih mengalir turun membasahi pipi.

Kesakitan yang ditahan-tahan sebentar tadi kini terhambur jua. Tangisan pada awalnya sepi kini pecah bersama esakkan yang menggila.

Beberapa minit berlalu, tangisan gadis itu kian beransur. Dia melihat imbasan wajahnya pada permukaan air sungai yang mengalir tenang di hadapannya.

Walaupun begitu,  titisan-titisan air jernih tetap mengalir walaupun dirinya sudah kelihatan tenang.

Angin menampar lembut tubuhnya. Bunyian air sungai yang mengalir sedikit sebanyak membuat jiwanya tenang.

Bagi Melur biarlah dia menangis sendirian tidak dilihat meskipun didengar oleh orang lain. Dia tidak mahu nampak lemah pada pandangan mata orang yang ingin menjatuhkannya.

Dia harus kuat! Walau apa pun keadaan. Meskipun, hatinya disiat-siat. Namun, mengenangkan kejadian tadi pagi. Hatinya meruntun hiba. Apa dosa yang telah dia lakukan? Sehingga keluarganya sendiri sanggup menghina dirinya.

"Kau dengar sini baik-baik. Kau tu anak yang dibuang. Anak luar nikah! Orang macam kau tak layak dapat kasih sayang daripada keluarga aku! Aku jijik dengan kau, tahu tak? Aku benci!"

Perlahan-lahan air mata Melur mengalir. Sakit. Sangat sakit hatinya mendengar segala hinaa  yang dilemparkan padanya.
Terketar-ketar bibirnya menahan ingin membalas.

Melur mencari kelibat ibunya. Nafasnya kian tidak teratur.

"Ibu..."

Namun panggilan dia tidak dipedulikan. Bukan itu sahaja, malahan mukanya juga
tidak dipandang langsung oleh ibunya. Riak muka ibunya jelas menunjukkan apa yang dikatakan oleh Medina itu adalah benar.

***

Kelopak matanya dipejam rapat. Butir mutiara jernih mengalir menyelusuri lekuk pipi putih mulus itu. Kata-kata dari seorang ibu kadang kala amat menyakitkan.

Namun, dia tidak mahu digelar anak derhaka dia harus menerima segala amarah wanita itu. Kerana dia hanya ada mereka berdua. Insan yang dia paling sayang. Meskipun hatinya ditusuk sebilah pisau belati.

Melur Melissa bukanlah seorang gadis cantik dan berkulit cerah. Namun, dia tetap mempunyai raut wajah yang manis keayuan. Tubuhnya yang genit serta anak mata berwarna coklat kebiruan. Membuatkan dia kelihatan seorang gadis yang unik.

Deruan air sungai yang mengalir dipandang lama dan kemudian dia bangkit berdiri. Bibirnya menguntum senyuman yang telah lama hilang. Tanpa dia sedar dirinya sedang diperhatikan.

Melur bergerak ke tebing sungai lalu turun ke dalam air. Dia menuju ke arah air sungai yang sedikit dalam. Melur merendamkan diri di dalam sungai.

Beberapa minit berlalu Melur Melissa masih berkeadaan sebegitu sehinggalah ada sepasang tangan merentap tubuhnya.

Melur Melissa menarik nafas panjang. Hingga dia tercungap-cungap. Dia ditarik ke suatu tempat yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Matanya terpukau.

Cantik.

***

Puan Anita bangkit menunju ke jendela. Matanya memerhati depan halaman rumah. Kelibat yang ditunggu tidak juga muncul. Dia mendengus kasar.

"Manalah budak Melur ni. Sudah pukul berapa tak balik lagi? Aku dengan Medina dah lapar ni!" bebel Puan Anita sesorang diri.

Puan Anita berlalu ke bilik anak gadisnya. Pintu ditolak kasar. Kelihatan sekujur tubuh elok berbungkus di dalam selimut.

Puan Anita menggeleng kepala.

'Budak bertuah! Matahari dah naik atas kepala masih tak bangun-bangun? Apa nak jadi entahlah,' desis hati Puan Anita.

"Medina! Bangun!"

Puan Anita mengejutkan anaknya dengan nada lantang.

Bagai tidur 'mati' Mawar Medina langsung tidak mendengar kejutan dari ibunya. Gadis itu sedikit pun tidak bergerak... lena dibuai mimpi.

"Budak ni! Dah mati ke? Kalau mati elok aku tanam senang. Ada pun tidak boleh harap! Dah serupa biawak hidup. Makan tidur kerjanya, suruh buat kerja langsung tak tahu. Pening aku dibuatnya!"

"Mawar Medina!" pekik Puan Anita berserta tamparan pada pipi gadis itu. Turun naik nafasnya.

Geram sungguh dia. Jauh beza perangai Mawar Medina dengan Melur Melissa. Bagai langit dengan bumi!

Gerakkan daripada tubuh di atas katil itu dipandang tajam. Anak dara jenis apalah ni!

Terasa diri diperhati Mawar Medina cuba membuka matanya yang bagaikan digam itu. Dia terlalu mengantuk kerana sibuk berseronok dengan kawan-kawannya sehingga lewat pagi.

"Ibu..."

Kedengaran suara serak-serak Mawar Medina yang baru bangun. Tanpa berlengah Puan Anita mula mengeluarkan arahan.

"Ibu nak kau bangun sekarang pergi cari Melur. Sekarang!" jerkah Puan Anita.

Terhinjut bahu Mawar Medina dengan pekikan ibunya itu. Dia menarik muka.

"Alaaa... pandailah dia balik ibu. Medina mengantuk la..."

Mawar Medina memberi alasan.

"Aku tak peduli! Bangun pergi cari dia sekarang! Kalau kau nak masak tak apalah juga. Ini tidak pemalas!" marah Puan Anita pada anaknya itu sambil bercekak pinggang bersama  anak mata terjegil bagai hendak terkeluar.

Membulat mata Mawar Medina.

"What? A big no! Ibu... habislah rosak kuku Medina. Nanti tangan Medina yang halus mulus ni jadi kasar," rengek Medina.

Puan Anita menjeling tajam.

"Habis kau kahwin nanti nak bagi suami kau makan apa? Pasir? Muka cantik tapi tak tahu masak! Melawa berseronok tu saja kau tahu, kan?" perli Puan Anita tepat pada batang hidung Mawar Medina.

Mawar Medina mendengus.

'Orang tua ni kan! Aku rasa nak cili-cili, kan saja mulut dia tu!' bentak Mawar Medina dalam hati.

Sebal!

"Melur ada apa guna. Dia kan orang gaji dalam rumah ni," ujar Mawar Medina tanpa serba salah.

"Kau jalan sekarang sebelum aku tampar muka kau. Cakap banyak sampai ke sudah aku yang mati kebulur!"

Mawar Medina menghentak kuat kaki ke atas lantai sebelum berlalu pergi.

"Hentak kuat-kuat. Biar terseliuh tak pun patah kaki tu. Tak payah kau pergi terkinja-kinja ikut kawan kau tu entah ke mana malam-malam buta. Menghabiskan duit aku je! Suruh panggil budak sorang tu pun susah!" bebel Puan Anita dan berlalu ke biliknya.

♡♡♡

Entah siapa atau apa yang menariknya dari dalam sungai tidak dia ketahui. Tempat ini juga tidak asing buat dirinya.

Berada di atas bukit yang boleh melihat alam semesta membuatkan hatinya terasa tenang dan kesedihan lenyap begitu sahaja.

Angin lembut yang menyapa membuatkan rambut ikal mayang gadis itu terbuai dan beralun lembut. Melur memejamkan mata menikmati suasana yang mendamaikan hati dia tatkala itu.

Dia membaringkan tubuhnya di atas rumput  menghijau segar. Anak mata dibawa memandang dada langit yang dihiasi kepulan awan yang gebu dan matahari yang bersinar terang.

Dia bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas. Akan tetapi, dia tetap tidak melupakan insan-insan yang telah meninggalkannya.

Dek terlalu asyik dan leka dengan keindahan alam. Melur tidak sedar dia terlelap di situ.

***

Bersambung...

1040 patah perkataan

****

Jangan lupa tekan bintang ya syg2 sy 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro