𝕸𝖊𝖊𝖙 𝕬𝖌𝖆𝖎𝖓 | PROLOG
keriangan kanak-kanak yang sedang seronok bermain memunculkan senyuman di bibir kecilnya. Maisara sedang duduk dibangku tersedia di pondok kecil yang terletak disebuah taman permainan.
Namun setelah melihat jam dipergelangan tangan mulut terus mengeluh ringan, sudah lewat 30 minit berlalu. Tapi wajah yang dia tunggu-tunggu ini masih tak kelihatan.
Namun tak disangka yang lelaki itu tiba tepat ketika dia mencari. Di perhati lelaki itu melangkah mendekat. Memakai seluar hitam bersama baju hitam kosong. Maisara tersenyum manis.
Faizul Ezhar. Lelaki yang berjaya menabat hatinya, lelaki yang berjaya membina sebuah taman bunga indah dalam hidupnya sejak 2 tahun lalu.
Segalanya tentang lelaki itu sempurna, baik luar juga dalam. Faizul sangat penting baginya. Apa tidaknya lelaki itu sentiasa melayannya bak permaisuri. Sentiasa menangkan Maisara walau apa situasi. Juga sentiasa bernada lembut. Dia jatuh cinta pada lelaki itu setiap saat dan detik.
Sekuntum bunga mawar merah yang berada di tangan dia pandang. Setiap kali mereka bertemu Faizul akan memberinya sekuntum mawar merah. Kononnya mawar itu sinonim dari kata I LOVE YOU, dan lelaki itu mengunggapkan kata itu dengan memberinya sekuntum bunga mawar. Faizul juga pernah berkata yang erti dari bunga mawar merah itu juga adalah cinta sejati, begitulah cinta Faizul pada Maisara.
Tapi hari ini dia juga akan memberikan Faizul sekuntum bunga mawar merah, Maisara juga akan mengungkap kalimat cinta itu melalui cara ini.
Maisara mengelir jam tangan sudah pukul 2 petang namun kelibat Faizul masih tak terlihat lagi.
Selalunya lelaki itu akan datang awal menunggunya. Tapi hari ini sudah lain. Satu hari ini juga dia langsung tak melihat keberadaan Faizul di UNI. Takkan lah Faizul ponteng kelas. Tapi kalau ya. Dia ingin tahu kenapa?
Faizul hanya memberi dia sebuah pesanan ringkas melalui whatsapp.
Jumpa I dekat taman pukul 1 petang.
Beberapa minit kemudian, Sebuah kereta hitam yang memasuki ruang parking kereta menarik perhatian Maisara lantas bibir mengukir senyuman lebar namun pudar perlahan-lahan tatkala melihat Faizul keluar bersama seorang perempuan
Si wanita memberikan sebuah pelukan lalu kembali memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Cepat-cepat Maisara pujuk hati untuk cuba berfikir positif. Dia ingin mendengar penjelasan Faizul dahulu.
Setelah kereta itu berlalu pergi barulah Faizul mengatur langkah ke arahnya, dan Maisara masih duduk memerhati langkah lelaki itu mendekatinya.
"Siapa perempuan tu?" Lembut saja nada Maisara bertanya.
"Bukan siapa-siapa." Semakin sakit hati Maisara. Namun dia tetap memujuk hati untuk tidak pergi dari sini.
Lama mereka diam, Maisara menatap Faizul kosong lelaki itu segak memakai seluar slim fit berwarna hitam bersama t-shirt putih yang disarungkan jeket demin biru. Namun wajah ceria di wajah itu sudah tiada lagi. Beku saja tatapan Faizul.
"Awak okey tak ni Faizul." Sengaja Maisara bertanya memecah keheningan diantara mereka.
"Saya ada nak cakap sesuatu." Akhirnya Faizul membuka mulut juga. Namun tatapan mata lelaki itu langsung tak dihala padanya.
Sepanjang mereka bercinta ini kali pertama lelaki itu memberi riak seperti ini. Hati mula rasa tak keruan. Maisara akhirnya memilih untuk bangun dari duduk. Memandang Faizul namun hati bagai tersentak mendengar keluhan berat keluar dari mulut lelaki itu.
"Nak cakap pasal apa?" Spontan Maisara menyorokkan bunga mawar merah tadi dibelakang tubuh. Mungkin masa ini tak sesuai untuk dia memberi bunga tersebut.
"Our relaytionship is enough, I tak boleh teruskan lagi. Just let's break up." Tiada selok belok lagi, Faizul terus menyatakan niat sebenar.
Tergamam Maisara mendengar, hatinya berkecai hancur bagai ditindih batu yang besar. Rasa tak percaya perkataan itu keluar dari mulut Faizul sendiri. Berharap yang semua ini hanya satu gurauan saja. "Kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Kalau nak bergurau sekali pun boleh tak jangan benda tu. Tak lawak langsung."
"I nampak bergurau ke Mai?" Serius nada Faizul.
Melihat wajah lelaki itu, barulah Maisara tahu. Faizul memang tak bergurau. Tanpa sedar bunga mawar yang dia pegang terlepas, jatuh mencium lantai. Perlahan-lahan Maisara melabuhkan duduk semula, cuba mengumpul semangatnya yang kian hilang.
"Kenapa tiba-tiba?" Soalnya, Faizul masih berdiri kaku dihadapannya namun lelaki itu juga masih tak memandang Maisara.
"Tak ada sebab..."
"There must be, mustahil untuk awak nak tinggalkan saya tanpa sebab, bagitahu saya kalau saya ada buat salah yang buat awak sampai terfikir nak berpisah." Ya, jika benar ada. Dia akan meminta maaf, bagi Maisara berpisah bukan jalan yang benar.
"No, you tak pernah buat salah. I je rasa dah tak mampu lagi nak teruskan."
"Did't your not love me anymore?" Jika masih ada rasa cinta untuk apa mereka kenapa harus berpisah.
Faizul diam, tak berkata apa-apa. Lelaki itu tidak mengiyakan juga tidak menidakkan.
Maisara raup wajah. Soalan begitu mudah pun Faizul sudah tidak mampu balas. Adakah benar ini pengakhiran mereka. Mengalir laju air jernih dari kelopak matanya. Terlalu susah untuk Maisara menerima semua ini. Sakit, sakit sangat.
Faizul duduk melutut, mengambil bunga mawar yang jatuh dari tangan Maisara. Lalu lelaki itu meletakkan bunga tersebut di sisi wanita itu. "Mungkin I bukan yang terbaik, I yakin you akan jumpa someone yang jauh lebih baik dari I lepas ni. I akan sambung belajar ke UK. So.."
"So, ini adalah kali terakhir kita jumpa." Maisara mencantas kata-kata Faizul.
Lelaki itu mengangguk perlahan, semakin sakit hati Maisara melihat itu.
"Sorry," Tak ada kata lain lagi yang mampu Faizul selain itu.
"Then just go, kalau awak betul-betul rasa nak berpisah. Fine. Dengan hati yang terbuka saya terima keputusan awak." Apa lagi yang mampu dia lakukan jika lelaki itu sudah begitu nekad meninggalkan dia.
"I minta maaf kalau semua ni buat you rasa.."
"I'm so upset with you, kalau awak betul-betul dah tak perlukan saya lagi then just go. No need to say anything, just go."
Faizul mengeluh ringan, dia memandang Maisara. Wanita itu terus memaling wajah ke sisi. Dan akhirnya Faizul melangkah pergi juga.
Pecah esakkan Maisara, tak sangka pula lelaki itu benar-benar akan pergi meninggalkannya. Maisara menyangka yang Faizul akan memujuk dia.
Dari jauh dia melihat lelaki itu sudah menaiki sebuah kereta mewah berwarna hitam.
Tiba-tiba dia bagai tersedar sesuatu. Bagaimana jika benar itu adalah kali terakhir dia bertemu Faizul? Kali terakhir dia melihat lelaki itu? Tak! Maisara tak mungkin boleh terima. Dia mula bangun dari duduk cuba menghalang Faizul dari pergi.
Sungguh! Dia menyesal dengan kata-kata nya tadi, sepatutnya dia memujuk Faizul. Mungkin saja Maisara pernah berbuat salah yang membuat lelaki itu berubah hati.
Namun segalanya sudah terlambat, kereta yang Faizul naiki itu sudah bergerak jauh.
Maisara hanya mampu terduduk dengan esakkan. Bukan ini yang dia harapkan dengan dari hubungan yang terbina selama beberapa tahun.
Bukan sebuah perpisahan.
• • •
"Oii makcik! kau buat apa ah?"
Tepukan perlahan dibahu membuat Maisara tersedar dari lamunan yang panjang . Cepat-cepat dia menghapus air mata yang masih tersisa di wajah seraya itu menutup semula kotak merah yang berada ditangan.
Balqis kerut dahi melihat wajah Maisara "kau nangis ke Mai?"
Maisara angkat kening, dia berusaha menafikan "Ah? Mana ada lah."
Niat ingin mengemas barang-barang lama yang ada diatas almari terbatal tatkala dia terjumpa kotak merah yang dia simpan segala barang kenangan bersama Faizul.
Teringat dia hari terakhir mereka bertemu, lelaki itu berjumpanya hanya kerana ingin memutuskan hubungan mereka saja, keputusan yang Maisara sendiri susah nak terima.
Namun lelaki itu disaat, dia sudah terlanjur meletakkan harapan yang tinggi. Dan disaat dia sudah memberi semua rasa cintanya.
Dia juga sempat menyalahkan diri atas perpisahan mereka serta masih berharap Faizul kembali. Tapi selepas mendengar berita pertunangan lelaki itu. Barulah Maisara sedar Faizul meninggalkannya kerana perempuan lain. Dia tak pernah membuat salah hanya hati lelaki itu yang sudah berubah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro