Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Chapter

"Tak sangka, Haechan dah kahwin," Jeno yang memandu itu bersuara memecahkan kesunyian di dalam kereta miliknya itu.

Dia kini sedang memandu ke rumah Haerin untuk menghantar kekasih hatinya itu pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan Haechan tadi.

Haerin di sebelah memandang ke arahnya.

"Ya lah kan. Padahal kita ni dah dekat enam tahun bercinta. Tup tup, dia yang kahwin dulu," balas Haerin.

Jeno mengetap bibirnya. Dia tahu ada nada sindiran dalam ucapan gadis itu.

"Sayang, awak perli saya eh?" soalnya.

"Mana ada," nafi Haerin.

Enam tahun dia dan Jeno bertahan setelah hubungan mereka pernah terkandas di tengah jalan dahulu. Selama enam tahun itu tipulah kalau mereka tidak pernah diuji. Tetapi kasih sayang dan cinta mereka menyelamatkan semuanya.

"Haerin sayang, kan saya dah cakap. Bagi saya masa, hmm?" Jeno mencapai sebelah tangan gadis itu.

"Masa? Berapa lama lagi masa yang kita perlukan Jeno? Enam tahun dah kita bersama. Tak cukup lagi? Haechan dah kahwin, Jaemin, Jenny, Renjun semua dah bertunang. Kita ni, apa pun takde lagi," Haerin bersuara sambil cuba menarik tangannya.

"Sayang, diorang tu—,"

"Dah lah Jeno. Kalau jawapan awak nak sakitkan hati saya je, baik awak diam," dia memeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.

Sehinggalah kereta itu akhirnya berhenti di hadapan kediaman keluarga Jung. Haerin menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Haerin," Jeno segera keluar dari kereta bila gadis itu keluar tanpa menoleh ke arahnya langsung.

"Sayang!" tubuh Haerin dipeluk dari belakang menyebabkan langkah kekasih hatinya itu terhenti.

"Mianhei. Saya janji lepas ni saya takkan sakitkan hati awak lagi," bisiknya di telinga Haerin.

"Saya nak masuk," Haerin melonggarkan pelukan.

"Takde goodbye kiss?" soal Jeno.

Haerin ingin menggeleng namun Jeno lebih laju menarik wajahnya dan mencium bibirnya sekilas.

"Pergi masuk," ujar lelaki itu dengan senyumannya.

.....

"Kau kenapa?"

Renjun mencampakkan tin bir ke arah Jeno. Lelaki itu masih lagi dengan pakaian pejabatnya.

"Haerin," nama itu meniti di bibirnya.

"Hah, kenapa dengan Haerin?" soal Renjun lagi lalu duduk di sisi Jeno yang nampak berserabut itu.

"Haish, macam biasalah. Dia tanya aku bila nak kahwin?" tin bir dibuka dan minuman itu diteguk.

"Hmm, kau jawab apa?"

"Aku minta dia bagi aku masa—,"

"Lagi?" Renjun menggelengkan kepalanya.

"Kau pun rasa aku ni teruk ke?" Jeno memandang Renjun.

Renjun menggeleng.

"Bukan teruk. Tapi teruk sangat-sangat. Dah enam tahun kau dengan dia, masa apa lagi yang kau perlukan?"

"Haish," Jeno menyandarkan kepalanya ke sofa.

"Kau kenapa sebenarnya? Susah sangat ke nak ajak dia kahwin?"

Jeno mengeluh perlahan.

"Kau tahu kan, aku ni bukannya pandai sangat bab-bab macam ni. Dulu pun korang yang tolong aku. Waktu kitorang get back pun, Haerin yang mulakan,"

Renjun tersenyum nipis. Lupa pula dia akan hal yang satu itu. Lee Jeno bukannya kreatif dan berani nak meluahkan perasaannya.

.....

"Jeno tak cakap apa-apa lagi?" Jenny memandang Haerin yang sedang bermain dengan anak kucing miliknya itu.

Haerin menggeleng.

"Apa nak jadi lah si Jeno ni? Silap-silap hari bulan, si Haechan dah ada anak, kitorang yang lain ni dah kahwin, dia masih lagi dengan alasan perlukan masa tu,"

Haerin hanya diam. Dengan keadaan Jeno yang begitu, mungkin apa yang dikatakan Jenny bakal berlaku.

"Jangan nanti kau yang lamar dia sudah," sambung Jenny lagi.

"Kan baby?" kucing miliknya diusap.

"Sekejap!" Haerin yang dari tadi bersandar malas di sofa ruang tamu Jenny tiba-tiba duduk tegak.

"Kenapa?" soal Jenny hairan.

"Hari ni berapa hari bulan?" soal Haerin.

Jenny mencapai telefon bimbitnya.

"21 hari bulan. Kenapa?" soalnya.

Sebuah senyuman terukir di bibir Haerin.

"Jenny, aku kena pergi sekarang. Nanti kalau aku call kau jangan lupa jawab tau!" Haerin bangun dan mencapai beg tangannya.

"Okay. Apa-apa hal call aku!" jerit Jenny pada Haerin yang sudah hilang di sebalik pintu itu.

"Harapnya dia tak buat benda gila dah lah,"

.....

"The number that you have dialed is not—,"

"Haish!" Jeno mencampakkan telefon bimbitnya ke kerusi sebelah penumpang.

Kepalanya disandarkan di stereng kereta. Fikirannya mula berserabut.

Seharian dia cuba menghubungi Haerin, namun gadis itu tidak dapat dikesan. Ingin bertanya kepada keluarga gadis itu, mereka semua tiada di rumah. Ada majlis di rumah keluarga mertua Jaehyun.

"Mana awak pergi Haerin?" air matanya gugur.

Masalah di pejabat menyebabkan dia langsung tidak sempat menghubungi atau berjumpa gadis itu seperti selalunya. Kali terakhir mereka berjumpa adalah pada majlis perkahwinan Haechan minggu lepas. Itupun berakhir dengan Haerin yang berjauh hati dengannya.

Dan sekarang, dia betul-betul perlukan gadis itu. Dia ingin meluahkan perasaannya yang berserabut dengan masalah di tempat kerja seperti selalu.

"Haerin ah, semua ni salah saya kan?" ujarnya perlahan.

Drttt!!!

Kepalanya diangkat dan air matanya disapu. Telefon bimbit yang dicampak tadi dicapai kembali.

"Hello, ahjumma," panggilan itu disambutnya.

"Encik Jeno, Cik Haerin. Cik Haerin dia—,"

"Kenapa dengan Haerin?" soal Jeno cemas.

"Ahjumma tak tahu nak cakap macam mana. Encik Jeno datanglah sini tengok apa yang jadi. Kami je yang ada kat rumah sekarang. Ahjumma tak tahu nak buat apa,"

"Okay, saya ke sana sekarang," panggilan dimatikan lalu dia memecut keretanya keluar dari kawasan parkir kereta pejabat milik keluarganya itu.

.....

"Ahjumma!" Jeno segera menerpa masuk bila pintu rumah keluarga Jung dibuka.

"Encik! Cik Haerin ada kat bilik dia. Ni kunci. Ahjumma tak berani nak masuk," anak kunci pendua bilik Haerin diserahkan kepada lelaki itu.

"Baik. Terima kasih Ahjumma," Jeno terus berlari ke tingkat atas dan menuju ke bilik Haerin.

"Sayang!" pintu diketuk.

Tiada balasan.

Anak kunci tadi dimasukkan pada tombol dan pintu berjaya dibuka.

"Haerin, kenapa duduk dalam gelap ni? Awak okay?" soalnya.

Diam.

Dia kemudian berjalan masuk dan pergi ke bahagian suis utama bilik tidur gadis itu. Suis ditekan dan seisi bilik bertukar cerah.

"Sayang," Jeno kaku berdiri di tempatnya bila melihat keadaan sebenar bilik itu.

"Happy birthday Lee Jeno!"

Haerin sedang berdiri di hadapannya sambil memegang kek.

"Haerin," Jeno hampir terjatuh gara-gara terkejut.

"Kenapa ni?" Haerin menghampirinya.

Kek tadi sempat diletakkan di atas meja.

"Saya ingat awak dah tinggalkan saya," tubuh Haerin dipeluk dan dia menangis perlahan.

Haerin tersenyum dan membalas pelukan lelaki itu.

"Saya takkan tinggalkan awak lah. Kan kita dah berjanji," bisik Haerin.

"Kenapa tak angkat call? Kenapa biarkan saya macam orang gila? Hah?" Jeno meleraikan pelukan dan memandang gadis itu tajam.

"Mianhei. Saya prepare semua ni untuk awak," balas Haerin.

"Happy birthday baby saya," bibir Jeno dicium.

"Thank you. Saya hampir lupa hari ni hari lahir saya," ujar lelaki itu.

"Sekejap. Awak belum tiup lilin lagi," Haerin kembali mengambil kek tadi.

"Cepat make a wish," ujarnya.

Jeno memejamkan matanya dan menyatukan kedua tangannya. Selepas itu, dia kembali membuka mata dan meniup lilin yang berada di atas kek.

"Hadiah saya mana?" soal Jeno dengan senyuman.

"Sekejap," Haerin menarik Jeno ruang tidur yang berada di belakang mereka dan dipisahkan dengan tirai nipis itu.

Tubuh lelaki itu dipusingkan agar memandang katil. Sekali lagi Jeno terkedu melihat apa yang berada di hadapannya.

"Haerin ah," tubir matanya bergenang.

"Yaaa, kenapa menangis? Cengeng nya Jeno saya malam ni,"

"Bila awak prepare semua ni?" soal Jeno.

"Dua hari lepas," ujar Haerin.

Dia kemudian mencapai sesuatu di atas katil. Kotak baldu berbentuk hati. Dia membukanya dan menyuakannya di hadapan Jeno.

"So, Lee Jeno shi. Will you marry me?"

Jeno mengangguk dengan sebuah senyuman.

"Gomawo," Haerin terus memeluk tubuh itu.

"Saranghae Lee Jeno,"

"Nado saranghae Jung Haerin,"

End

Thank you sudi baca special chapter ni❤️

And  happy birthday my kesayangan Lee Jeno

Oh by the way, saya ada publish fic jaemin. Jemputlah singgah kalau sudi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro