Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Jeno menekan loceng rumah di hadapannya itu berkali-kali. Hatinya sakit bila mengingatkan semula apa yang diberitahu Haechan padanya tadi.

"Aku nampak sendiri. Hendery bawa Haerin naik motor dia tadi masuk kat sini. Kalau bukan sebab family dinner ni, aku dah pergi serang dia waktu tu jugak,"

"Tak guna," dia merengus kasar.

Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu unit apartment di hadapannya itu, pintu tersebut telah terbuka sendiri dari dalam.

"Jeno? Kau buat ap—,"

"Tak guna kau Hendery!" satu tumbukan dilayangkan ke wajah lelaki itu.

Hendery yang langsung tidak bersedia terus terjatuh di atas lantai. Jeno terus menindih tubuh itu.

"Mana Haerin? Kau buat apa pada dia hah?" tangannya diangkat lagi untuk menumbuk wajah itu.

"Relaks Jeno, relaks. Kita bincang elok-elok," Hendery cuba menenangkan lelaki itu.

"Relaks? Kau memang tak guna!" satu tumbukan lagi dilepaskan menyebabkan Hendery terbatuk kuat.

"Lee Jeno!"

Matanya memandang ke arah suara yang baru muncul itu. Haerin berjalan keluar dari salah satu bilik dengan tubuhnya tersarung sweatshirt labuh yang dia pasti adalah milik Hendery.

"Kau ni kenapa?" soal Haerin lalu menolak tubuh lelaki itu.

"Yaa, kau okay?" dia membantu Hendery untuk bangun.

Hendery mengangguk sahaja.

"Apa masalah kau Jeno?" soalnya lagi pada lelaki itu.

Jeno mengetap bibirnya sebelum dia berdiri dan menarik tangan Haerin untuk mengikut langkahnya.

"Ikut aku balik," ujarnya.

"Tak nak! Lepaskan aku!" Haerin sudah menjerit bagai orang gila.

Namun Jeno langsung tidak peduli. Diheretnya gadis itu sehingga ke pintu.

"Lepaslah!" Haerin merentap tangannya kuat dan tubuh Jeno ditolaknya kasar.

"Kau ni kenapa sebenarnya?" soalnya sambil menolak lagi tubuh lelaki itu.

"Aku? Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa? Kau buat apa kat rumah dia malam-malam macam ni hah? Tu baju tu baju Hendery kan? Apa yang kau buat sampai kau kena pakai baju dia?" soal Jeno.

"Kau rasa aku buat apa?" soal Haerin sinis.

Jeno terkedu mendengar soalan gadis itu.

"Yaa, Jung Haerin. Kau—,"

"Kenapa? Bukan kau sendiri yang cakap aku ni tak pandai jaga pergaulan. Bukan macam Chaewon yang tahu jaga maruah dia. So, tak salahkan kalau aku dengan Hendery buat sesuatu pun. Kau tak perlu ambil tahu pun," ujar Haerin.

Sebenarnya dia sudah mendengar perbualan Jeno dan rakan-rakannya siang tadi. Hatinya hancur bila dirinya dibandingkan dengan Chaewon sampai begitu sekali.

"Haerin ah, bukan tu maksud aku. Aku—,"

"Dah lah Jeno. Kau yang nak semua ni. Jadi tolong, tolong sangat berhenti masuk campur hal aku. Aku nak keluar dengan siapa, aku buat apa, tu semua masalah aku. Kau dah takde hak nak masuk campur,"

"Haerin," Jeno cuba menghalang gadis itu lagi.

"Berdiri lah kat situ sampai bila pun yang kau nak. Tapi sorry, aku dengan Hendery perlukan privasi,"

Haerin terus berjalan kembali masuk ke dalam rumah milik Hendery. Pintu itu ditutupnya kuat.

Jeno meraup wajahnya kasar. Dia menjerit kuat sebelum kakinya dibawa ke arah elevator.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro