38
Taehyung's pov
Aku melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap gelita tanpa ada sebarang cahaya lampu. Kerutan didahi mula timbul.
Usai menutup pintu, aku membuka lampu diruang tamu dan dapur. Aku melihat sekeliling.
Sunyi sepi.
"Dia dah tidur?" aku mengerling ke arah jam tangan aku.
Angka jam baru menunjukkan pukul 8 malam. Dan ianya terlalu awal untuk Haeun tidur waktu ini.
Aku mula menapak ke arah biliknya. Aku berdiri betul-betul dihadapan pintu biliknya dan mula teragak-agak untuk mengetuk pintu.
Beberapa kali percubaan untuk aku mengetuk pintu biliknya, namun semuanya tak jalan.
"Haish." aku meraup kasar wajah aku dan terus memulas pintu tanpa mengetuknya.
"Eun, we need to--" kata-kata aku termati apabila ruang biliknya gelap dan sunyi.
Dengan samar-samar lampu bilik, aku melihat tiada seorang pun yang ada dalam bilik ini kecuali aku.
Aku meneguk air liur dengan cemas. Lampu biliknya, aku buka. Hati aku mula tidak tenteram dan fikiran aku mula bermain perkara yang bukan-bukan tangapan.
Tak mungkin lah dia...
Aku menghampiri almari baju dengan cemas. Dengan gelojoh, aku membuka salah satu pintu almarinya.
Dan seperti yang aku sangka.
Dia sudah tinggalkan aku.
------
Haeun's pov
"Nah," aku tersedar dari lamunan pendek dan mendongak melihat ke arah Eomma.
Secawan kopi yang dihulurkan oleh Eomma, aku ambil dengan wajah masih sendu dan bermata sembam.
Aku mensisip kopi itu dengan perlahan.
Dapat aku dengar, Eomma mula mengeluh berat. Dia menarik kerusi dan duduk dihadapan aku.
"Tak mahu berbincang dengan Taehyung dulu ke?" soal Eomma dengan wajah risaunya.
Dialah orang pertama yang tahu pasal aku dan Taehyung akan bercerai.Dan itu sangat mengejutkannya kerana kami berkahwin pun tak sampai 2 bulan.
Aku menggeleng perlahan.
"Tiada apa yang perlu dibincangkan. Sememangnya, kami tidak serasi bersama." kata aku sambil memandang jauh sesuatu sudut.
"Eun-ah, perkahwinan... pada peringkat awal sememangnya banyak cabaran. Cabaran itulah yang menguji suami isteri itu sama ada mereka mampu bekerjasama untuk overcome cabaran itu. Bukannya dengan berputus asa. Penceraian bukan caranya."
Aku mengetap bibir. Aku memandang ke arah wajah eomma dengan mata yang sudah berair.
"Buat apa kami teruskan lagi perkahwinan ini, kalau dia masih tidak dapat melupakan cinta lamanya?"
"Eun--"
"Sakit, eomma..." aku menepuk dada aku yang mula berombak. Air mata kini mula menitis satu persatu.
"Hati Eun sakit bila orang yang Eun sayang... tak pernah berusaha untuk sayangkan Eun balik. A-apa guna kami berkahwin kalau Eun seorang sahaja yang beria-ia?"
"Eun sayang...." Eomma mula berdiri dan menghampiri aku. Dia menarik aku dalam dakapannya.
"Eomma yakin. Dia sayangkan kamu. Masa hari pertama dia datang jumpa Eomma dan Appa, kami dah nampak dari matanya yang dia betul-betul ikhlas mahu mengahwini kamu."
"Dia cintakan kamu. Cuma bayangan cinta lamanya membuatkan dia takut untuk mengakuinya. Dia takut jikalau anak eomma ni, lari dari dia." kata Eomma lagi.
"Kalau dia takut, kenapa sampai sekarang dia tak cari Eun?"
Eomma ketawa perlahan.
"Eomma yakin, dia sekarang ini sedang resah mencari kamu. Dia akan datang juga, Eun. Sebab dia cintakan kamu, dia akan datang cari kamu sampai datang. Dan dia tak akan berputus asa. Trust me."
------
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro