Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36

Haeun's pov

Aku keluar dari bilik mandi setelah lebih kurang sejam jugalah aku berkurung dalam tu untuk melepaskan kesedihan dan perasaan malu aku sebentar tadi.

Hidung aku masih lagi rasa sakit disebabkan aku menangis tadi. Aku melihat ke arah katil, Taehyung sedang baring membelakangi aku.

Aku tahu, dia masih belum tidur.

Aku mengeluh berat. Perlahan-lahan aku mendaki katil dan baring mengereng membelakangi dia juga.

Aku tidak mampu untuk melelapkan mata. Fikiran aku masih teringat tindakan bodoh aku sebentar tadi dan.. kata-kata yang menyakitkan hati dari Kim Taehyung.

"Eun..." suara garau itu mula bersuara perlahan. Aku diam. Mata dipejamkan dan cuba untuk menahan dari menangis.

"I am sorry... saya masih keliru dan ragu-ragu dengan perasaan saya terhadap awak."

Aku masih lagi diam dan membiarkan dia terus bersuara.

"Saya keliru. Saya tidak tahu sama ada.... selama ini layanan saya pada awak itu merupakan perasaan kasih suami pada isteri atau sebagai seorang sahabat."

Aku membuka mata dan mula mengetap bibir.

"Susah sangat ke awak nak lupakan dia?"

"Dan susah sangat ke awak nak bantu saya untuk lupakan dia?"

Aku terdiam. Kami sama-sama mendiamkan diri. Posisi kami sekarang ini, aku baring mengereng ke kiri manakala Taehyung  baring mengereng ke kanan.

Aku mengetap bibir. Perkahwinan yang aku anggap terlalu sempurna rupanya tidaklah sempurna yang dibayangkan. Terlalu banyak cacat cela yang aku tidak nampak, sekarang ini baru nampak.

"Saya tak sangka, awak masih lagi hidup dalam bayangan awak sendiri." kataku dengan nada sedikit kecewa dihujungnya.

Aku memejamkan mata dan menelan air liur dengan perit. Kenyataan yang satu itu betul-betul membuatkan hati aku sakit.

"Dia, cinta pertama saya, Eun. Susah untuk saya lupakan dia."

Aku mengeluh perlahan.

"Jadi, apa gunanya kita berkahwin kalau awak tak pernah berusaha untuk lupakan dia?"

"Sampai mati pun, saya tak boleh lupakan dia, Eun. Tolong faham saya."

Keras betul hati kau, Kim Taehyung.

Macam mana aku nak bantu kau, kalau kau sendiri tidak mahu bantu diri kau keluar dari belenggu masalah yang satu itu?

Mata aku mula bergetar. Hanya satu sahaja cara untuk aku bantu kau, Taehyung. Dan mungkin cara ini sebenarnya tidak membantu mana cuma, ini sahaja jalan yang terbaik.

"Awak masih ingat apa yang saya tulis pada kertas list to do itu?" bibir aku mula bergetar hebat.

Aku mendengar Taehyung mendengus kasar.

"Sesudah sampai di Korea, saya akan failkan penceraian. Awak jangan risau, Haeun."

Aku tersenyum tawar. Pedih dan sakit pada hati, hanya tuhan sahaja tahu.

------

TBC

dah nak habis dah ff ni heheheh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro