Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35

Haeun's pov

Aku memerhatikan diri aku yang dipantul oleh cermin bilik mandi ini. Aku menelan air liur dengan payah.

Nafas aku mula tidak teratur. Aku memerhatikan badan aku yang sudah tersarung pakaian yang agak---

Aku memejamkan mata.

Nak marahkan, Hayeon sebab bagi baju imi untuk goda Taehyung pun tak boleh juga. Ini sahaja salah satu cara untuk aku buatkan Taehyung 'turn on'.

Aku membuka semula mata aku. Lipstik berwarna merah delima yang berada diatas kabinet sinki mula dicapai dan diolas pada bibir.

Seusai itu, aku menarik nafas panjang sebelum melangkah menghampiri pintu bilik air.

Teragak-agak untuk aku memulas pintu bilik air tersebut. Dada aku mula berombak hebat.

Aku mula menggigit bawah bibir aku dengan resah. Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik mandi tersebut,

Taehyung mula mengetuk pintu.

"Haeun-aa. Awak okay tak tu? Kenapa lama sangat dalam bilik mandi ni?" samar-samar kedengaran suara garau itu menyoalkan beberapa soalan.

Aku menjarakkan tubuh aku. Makin gelisah dan takut mula datang menghantui aku.

Patut ke aku teruskan?

Bagaimana kalau aku kecewa?

Bagaimana kalau dia pandangan remeh ke arah aku?

"Haeun..."

Aku menampar perlahan pipi aku.

"N-nae?"

"Gwenchanayo?" soal Taehyung dengan kerisauan.

"Nae..."

aku menghampiri sekali lagi pintu bilik mandi itu. kali ini, aku terus membukanya sambil menutup mata. Mampuslah apa nak jadi pun.

"Awak okay ta--" kata-kata Taehyung terhenti.  Dia kemungkinan terkedu melihat diri aku sekarang ini.

Aku merapatkan lagi mata aku dan cuba untuk bertenang. Pipi aku sudah mula terasa bahang.

Taehyung masih terdiam. Dan itu buatkan aku membuka mata dengan teragak-agak.

Apabila aku membuka mata, aku terlihat Taehyung masih kaku memandang ke arah aku. Wajahnya kelihatan mula memerah terutama telinganya.

"Ah-- what a stupid idea ha ha ha" aku ketawa dengan kekok sebelum memusingkan langkah untuk masuk semula ke dalam bilik mandi.

Namun langkah aku terhenti apabila Taehyung tiba-tiba sahaja menahan aku. Aku berdiri statik membelakanginya.

Dapat aku rasa, kehangatan jemari milik Taehyung mula menyentuh bahagian belakang aku yang terdedah.

Aku memejamkan mata.

Satu ciuman hangat diberikan oleh Taehyung pada belakang aku yang terdedah.

Taehyung mula merapatkan wajahnya pada telinga aku. Hembusan hangatnya mula menyapa telinga aku.

Dia mencium dengan lembut cuping telinga aku sebelum berbisik sesuatu.

"I'm so sorry, Haeun. Saya tak boleh sentuh awak lagi. S-saya masih keliru dengan perasaan saya terhadap awak."

Dang.

Aku memejamkan mata menahan kesakitan pada hati. Sudah boleh aku agak, aku akan kecewa diakhirnya.

-----

TBC

sis terpaksa unpublish ff jimin yang empty space sebab nak siapkan ff ni lu baru sambung yang tu hehe XD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro