33
Haeun's pov
Aku menundukkan wajah. Malu!
"Ehem." Hayeon berdehem perlahan lalu tersenyum mengusik ke arah aku. Aku menjeling ke arahnya.
"Akak ni..." aku mencebik. Hayeon sudah ketawa melihat telatah aku.
"Ikut je apa yang akak cakap. Percayalah, korang berdua akan bahagia." katanya lalu mengusap perlahan bahu aku.
Sekarang ini, kami berdua sengaja keluar berdua untuk meluangkan masa bersama. Lagipun, sudah lama jugalah aku dan dia tidak berbual seperti ini.
Dulu, sebelum aku kahwin dengan Taehyung.. rajin jugalah aku keluar makan bersamanya.
Macam mana aku kenal Hayeon? Aku kenal dia, disebabkan Hayeon selalu bertandan ke kedai bunga milik aku.
Dan dari situ kami mula rapat.
Tapi sejak dah berkahwin dengan Taehyung, aku sudah tidak keluar bersamanya lagi. Mungkin sebab hati aku ada perasaan cemburu padanya.
"K-kalau dia t-tak terg-goda macam mana?" soal aku dengan malu. Pipi aku mula berona merah.
Baru sahaja sebentar tadi Hayeon mengajarnya cara-cara untuk menggoda Taehyung. Idjwkdjsj
"Dia lelaki. Tipulah kalau dia tak tergoda dengan perempuan secantik kamu ni," Hayeon tersenyum manis ke arah aku.
Wajahnya aku tatap lama. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Tapi, akak lagi cantik. Sebab itu Taehyung masih sukakan akak. " Aku menundukkan kepala dan bermain dengan jemari aku.
"Aish..." Hayeon mengeluh berat.
"Dia dah tak sukakan akak. Percayalah. Dia cuma ego sahaja. Lagipun, kalau dia masih sukakan akak kenapa dia sanggup terima sahaja segala arahan yang kamu berikan kepadanya hari itu? Sepatutnya dia bantah."
Aku diam. Apa yang Hayeon cakapkan sememangnya ada point. Tapi, aku masih ragu-ragu dengan Taehyung. Tak akan semudah itu sahaja lelaki itu dapat melupakan Hayeon.
"Cuba goda dia, Eun. Gunakan masa terakhir kita disini untuk merebut peluang keemasan ini."
"T-tapi saya takut.."
"Jangan takut, Eun. Oh ye..." Aku memandang ke arah Hayeon yang mengambil sesuatu barang disebelahnya.
Dia tersenyum lebar ke arah aku dan menghulurkan beg kertas itu kepada aku. Wajah cemberut mula ditayangkan oleh aku sambil mengambil beg kertas tersebut.
"Apa ni?"
"Jangan buka lagi. Bila dah sampai bilik nanti, kamu buka dan terus pakai. Goda dia sampai dia terjatuh, Eun. Goodluck."
--------
TBC
exam tak habis lagi tapi aku gatal tangan nak update.
heheheh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro