Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23

make sure baca bab sebelum ni dulu tau jehej

-----

Haeun's pov

"HACHUM!" Taehyung bersin buat kali keberapa membuat aku bertambah risau akan keadaannya. Dia melentokkan kepalanya pada bahu aku dan melelapkan mata seketika sambil menunggu penerbangan kami sekejap lagi.

Pagi tadi, sesama aku kejutkan dia bangun untuk bersiap-siap, badan dia sudah mula panas tanda nak demam.

Kalau ikutkan, aku nak je suruh dia batalkan segala perancangan harini memandangkan dia dah mula demam.

Sudahlah hari ini, kami akan bercuti. Memang bertegaslah Taehyung ni nak pergi juga. Tak sedar diri tu sakit.

"Kau okay tak bro?" soal Jungkook. Wajahnya kelihatan risau melihat Taehyung yang kelihatan tak bermaya itu.

"Hm," guman Taehyung perlahan. Nampak betul dia tak larat. Aku mengusap perlahan bahunya.

"Budak ni degil betul lah. Dah tahu sakit, still nak teruskan juga percutian ni." Jimin mencebik sambil memeluk tubuh dan menyandarkan pada pada kepala kerusi.

"Ala, demam aku ni kejap lagi kebahlah. Aku tak boleh batalkan percutian ni. Beli tiket ke sana bukannya murah."

"Tapi kau dah tak larat sangat tu, Tae. Takpelah. Kita batalkan je. Lagipun kesihatan kau lagi penting dari percutian ni." ujar Hayeon. Wajahnya kelihatan risau.

aku mengetap bibir dan menundukkan wajah.

Benda ni Haeun?

Hayeon cuma ambil berat pasal Taehyung je, takkan itu pun kau nak cemburu?

"Aku okay, princess. Kau jangan risau."

aku menelan air liur dengan perit. Taehyung kau sedar tak kau panggil isteri orang apa tadi? Kau sedar tak yang kau cakap macam tu depan isteri kau sendiri dan depan suami perempuan tu?

Aku mengetap bibir. Sakitnya dihati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tiba-tiba Jungkook berdehem. Nampaknya, Jungkook pun ada perasaan yang sama macam aku, iaitu cemburu.

"Aku rasa penerbangan kita sudah tiba. Jom."

Taehyung membuka matanya dan aku membantunya untuk bangun. Jungkook sudah berjalan meninggalkan kami, diikuti Hayeon yang mengejarnya dari belakang.

Jimin juga turut membantu aku dan Taehyung, dimana dia tolong menolak troli berisi beg pakaian kami.

"Awak betul ke okay ni? Taknak batalkan ke percutian ni?" soal aku. Taehyung tersenyum lesu ke arah aku.

"Mestilah okay. Lagipun mana boleh saya batalkan percutian ni. Banyak perkara saya perlu lakukan dekat sana. Dan semua perkara itu saya akan lakukan bersama isteri saya ini."

Aku tersenyum nipis.

Kalau setakat nak gunakan aku, tak apalah Taehyung.

")

-----

TBC

macam pelik je storyline citer ni djsjs

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro