19
Haeun's pov
"Nah, anak kau." Jimin menghulurkan sebuah sangkar berisi seekor anjing yang comel didalamnya.
"Tannie sayang," ujar Taehyung, ceria. Dia membuka sangkar tersebut dan mengeluarkan anjing tersebut. Dia mula mencium dan mengusutkan bulu anjing tersebut dengan mukanya pada bahagian perut anjing itu.
"Woff woff!" Anjing itu menyalak suka kerana tuannya sudah kembali mengambilnya semula.
Aku memerhatikan anjing itu dengan mata bersinar. Comelnya anjing tu!
Sama comel macam tuannya.
Taehyung memeluk anjing itu penuh kasih sayang. Kelihatan Taehyung begitu sayangkan anjing peliharaannya.
"Jadi, inilah Yeontan?" soalku sambil mengusap kepala anjing tersebut atau lebih selesa menyebut Yeontan.
Taehyung mengangguk dan tersenyum gembira. Dia kelihatan sangat gembira.
"Eun kalau nak tahu, Tae tu sayang gila dekat Yeontan. Kalau sesiapa cuba sakitkan Yeontan memang habislah." aku menoleh ke arah Jimin yang sedang bersadar pada pintu rumahnya.
"Yeontan ni, special. Dia lain dari anjing yang lain. Dia je yang mampu buat saya gembira balik kalau saya sedih." kata Taehyung sambil menghulurkan Yeontan kepada aku.
Aku mengerutkan dahi.
"Nak pegang?"
Oh pegang. Aku mengangguk laju dan tersenyum ceria. Yeontan mengoyangkan ekornya sebaik sahaja aku mendukungnya. Nampaknya, dia sukakan aku.
"Comelnya dia ni.." aku mencium beberapa kali kepala Yeontan. Manakala Yeontan mula menjilat wajah aku.
"Dia comel sebab papa dia pun comel." Aku memandang ke arah Taehyung dan menjengkilkan mata.
"Perasannya."
"Apa? betul lah. Saya memang comel." katanya lalu tersenyum petak.
Ok tak dinafikan dia memang comel.
"Suka tak, anak saya ni?" soal Taehyung.
"Mestilah suka. Sebab dia kan anak saya juga. Hello anak mama,"
Taehyung mula ketawa perlahan melihat telatah aku dan Yeontan.
-----
TBC
winter bear by Taehyung sumpah bagi aku banyak idea untuk ff ni uwu
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro