16
Haeun's pov
Buka je mata, tak sangka hari ini merupakan hari perkahwinan aku dan Taehyung. Tak sangka, cepat je masa berjalan. Aku membuat persiapaan di hotel dan kahwin pun di hotel terkemuka ini.
Aku tak sangka jugalah yang keluarga Taehyung sekaya ini. Kalau nak tahu, hotel ini merupakam milik keluarga Taehyung.
"Nah," aku menoleh ke arah Taehyung dengan kerutan didahi. Dia menghulurkan aku sebiji gula-gula mint.
"Tadi makan, makanan beratkan?" aku mengangguk sambil menambahkan kerutan didahi.
Memang tadi semasa kami makan bersama keluarga selepas selesai agenda penyatuan kami, aku makan makanan berat seperti nasi. Tapi apa kena mengena huluran gula-gula itu dengan makan makanan berat pula ni?
"Makan ni untuk ringankan perut awak tu. Lagipun, nanti kalau perut terlampau berat, mengantuk pula. Lambat lagi ni kita nak balik rumah kita."
Rumah kita.
rUMaH kItA jxjsjxjsj.
"R-rumah kita?" Taehyung mengangguk laju.
"Ye, rumah kita. Kenapa? Awak takut nak duduk sebumbung dengan saya?"
"Ish b-bukan macam tulah. Ehm. Ni, betul ke boleh ringankan perut?" soalku sambil mengambil gula-gula tersebut. Maklumlah, aku ni bukannya doktor jadi tak tahu pape.
"Not sure lah. Tapi mama selalu jugalah pesan dekat saya kalau makan berat, jangan lupa makan gula-gula mint. Untuk elak ngantuk katanya."
"Thanks,"
"My pleasure." katanya lalu tersenyum petak.
Aku menyuapkan ketulan gula-gula itu ke dalam mulut aku. Sedang aku menikmati gula-gula tersebut, aku terasa seperti ada satu tangan mula melingkari pinggang aku.
Aku mengerling ke arah Taehyung. Muka Taehyung kelihatan begitu serius. Baru sahaja aku nak buka mulut, ada satu suara mula menegur kami.
"Congrats both of you." Aku menoleh ke arah figura tersebut.
Oh. Patutlah.
Hayeon rupanya. Dia sedang tersenyum ke arah kami bersama suaminya, Jungkook.
Aku membalas senyumannya. "Thanks, kak Hayeon." Aku cuba untuk berlagak tenang dan berbuat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku diantara Taehyung dan Hayeon.
"Semoga korang berdua sentiasa dalam keadaan bahagia."
"Semestinya. Dan mungkin, kami akan jadi lebih bahagia dari korang berdua." Kata Taehyung, dingin dan mendatar.
aduh, Tae. Kau tengah lancarkan perang mogok kau ke ni?
------
Selepas selesai je majlis tadi, Taehyung sekeluarga serta aku dan dia mula bergerak pulang ke rumah.
Apabila sampai je di rumah agamnya, Taehyung menarik aku terus masuk ke dalam biliknya.
Taehyung menutup pintu biliknya. Siap kunci lagi. Eh kau dah kenapa?
Aku mula berasa janggal sambil menanggalkan satu persatu hiasan yang ada pada kepala aku.
Taehyung dari tadi hanya memerhatikan aku dengan mata bak helangnya itu. Dah macam nak terkam aku pun ada.
Aku mencuri-curi pandang wajahnya melalui pantulan cermin.
"A-awak nak saya sediakan air mandian ke?" soal aku, pernuh berhemah.
Dia diam dan mula menghampiri aku.
Gulp! Aku menegur air liur dengan payah.
Dia berdiri betul-betul belakang aku dan dia tiba-tiba sahaja merangkul pinggang aku.
Satu ciuman hangat diberikan pada kawasan belakang aku yang terdedah. Bergetar satu tubuh aku dengan tingkahnya itu.
Jantung aku pun dah terasa macam nak tercabut pun ada.
Taehyung merehatkan dagunya pada bahu aku.
"Tak penat ke sampai offer diri untuk bantu saya buatkan air mandian?" soalnya. Suara garaunya betul-betul dihembuskan pada telinga aku.
"Setakat air mandian, apa lah sangat." kataku, cuba berlagak tenang sambil menanggalkan perhiasan pada rambut aku.
Terasa satu tangan mula membantu aku untuk menanggalkan perhiasan tersebut.
"Kalau macam tu, apa kata awak join saya mandi sekali? Bilik mandi tu, luas tau. Macam-macam aktiviti kita boleh buat." usiknya.
Aku berdecit perlahan. Ish bencilah
"Jangan mengada, Taehyung."
Taehyung ketawa nakal. Apabila segala jenis perhiasaan sudah habis ditanggalkan, Taehyung melepaskan rambut aku.
Fuh. Baru lega rasa kepala ini.
"Biar saya buatkan air mandian untuk awak." baru je aku ingin beredar, Taehyung menahan aku.
Mata kami bertentangan. Aku cuba untuk mentafsir pandangan misterinya itu. Tapi gagal.
"T-tae?"
"Terima kasih sebab sudi kahwin dengan saya dan sudi untuk bantu saya keluar dari bayangan silam saya. Terima kasih. Awak memang sahabat terbaik saya."
Sahabat?
Jadi dia hanya anggap aku sebagai sahabat?
Habis perkahwinan kami ini...?
Aku mengeluh perlahan.
Eun, please jangan letak tinggi sangat harapan kau pada lelaki ini. Bila-bila je dia boleh lepaskan dan pergi tinggalkan kau sendiri.
------
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro