15
"Tae, awak taknak matikan panggilan lagi ke?" soal Haeun. Dia sengaja menyukar topik.Dia sebenarnya sudah mula rasa gelisah apabila Taehyung berkata sebegitu tadi.
"Tak selagi aku tak tahu semua perkara tentang kau."
"Awak takpayah tahu pun tak apa."
"Mana boleh. Kau tu bakal jadi isteri aku. Aku as your future husband kenalah tahu semua tentang kau," Kata Taehyung.
Haeun mengetap bibir.
"Awak nak tahu apa je pasal saya?"
"Semua pasal kau."
"Okay fine." Haeun menarik nafasnya perlahan sebelum menghembusnya.
"Saya ada allergic dengan kacang. So kalau boleh, jangan kasi saya apa-apa yang berasaskan kacang. Saya suka kucing tapi eomma tak pernah bagi saya bela kucing sebab dia ada alahan dengan bulu kucing. Saya suka bunga especially sunflower. Sebab itu, saya ada kedai bunga."
Taehyung mula menyandarkan badannya pada kerusi malasnya. Dia fokus mendengar segala fakta dari Haeun. Dia berusaha untuk mengenali Haeun untuk memudahkan proses kehidupan mereka selepas berkahwin.
"Saya suka warna rose gold. Saya tak suka makan pedas sebab perut saya sensitive kalau makan pedas. Saya cepat mudah demam. Kalau hari panas sangat, saya akan deman. Kalau hujan pun sama. Even hujan renyai-renyai."
"Jangan risau, lepas ini kalau kau sakit.. aku boleh rawat kau secara peribadi." Haeun tersenyum sendiri. Tiba-tiba sahaja dia rasa selesa berborak dengan Taehyung.
"Awakkan doktor merangkap bakal suami saya. Mestilah awak wajib rawat saya secara peribadi."
Taehyung mula ketawa perlahan.
"Dah habis?" soal Taehyung.
"Ada banyak lagi sebenarnya nak bagitahu, tapi saya takut awak mengantuk pula."
"Tak apa. Kau simpan dulu yang lebihan itu, nanti kalau dah kahwin kau nak bercakap, bercerita pasal kau dekat aku sampai pagi pun aku sanggup dengar." kata Taehyung. Ceh.
"Sejak bila jadi sweet talker ni?"
"Dah lama dah. Cuma taknak tunjuk je dekat kau lagi. Nanti dah kahwin, jangan salahkan aku kalau kau terkena kencing manis."
Haeun ketawa dengan lawak hambarnya. Dia terasa bahagia untuk seketika.
"Tae.."
"Ye, sayang."
Ish. Haeun mencebik. Benci betullah kalau dia sebut sayang terus hati milik Haeun berbunga-bunga.
"Boleh tak kalau awak tukar bahasa diri dari aku-kau kepada saya-awak?"
Lama Taehyung diam.
"Kalau tak boleh tak ap--"
"Untuk awak, saya boleh je." potong Taehyung.
Haeun tersenyum sendiri. Bukan apa, lagi sedap kalau dia menggunakan saya-awak dari aku-kau. Lebih romantik gituh.
"Tapi kalau saya terguna aku-kau tu, means saya tengah marah."
"Eum! Saya faham. Okaylah Taehyung, esok hari sibuk kita. Jadi, better kita tidur sekarang."
"Sleep well, Taehyung."
"Selamat malam, sayang. Mimpikan saya,"
-----
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro