9- Mimpi
VIOLIN putih aku itu disentuh perlahan-lahan. Rindu. Itu sahaja perkataan yang mampu aku ungkapkan. Kalau dulu, lepas je waktu sekolah, aku akan selalu bermain violin di tepi-tepi jalan. Sekurang-kurangnya dapat la juga duit belanja sekolah, kurang la sedikit beban ibu dan ayah.
"Rindu?".
Lantas aku mengelap air mata ku. Lupa pula yang Encik Syed ambil cuti hari ini.
"Saya ada satu soalan. Boleh saya bertanya?". Bunyi kerusi di hadapan ku ditarik, menandakan yang dia mahu duduk.
"Tanya lah".
"Saya dengar ibu cakap, awak hilang daya penglihatan sebab kemalangan. Kalau awak diberi peluang untuk cakap sesuatu dekat orang yang langgar awak tu, apa yang awak nak cakap?". Tenang sahaja suaranya walaupun terdengar sedikit kerisauan terselit di celah-celah kata-katanya itu.
" Mulanya, saya memang marah dekat sang pembawa kereta tu. Mulanya, saya salahkan Allah atas segala apa yang berlaku. Saya anggap Dia tak sayangkan saya sebab Dia tarik semula nikmat yang Dia beri. Berhari-hari juga saya fikir apa salah saya sehingga diuji sebegini. Tapi, bila dah terbiasa, saya dah mula menerima kenyataan. Saya tak patut salah kan Allah atas semua ni. Dia berhak menguji saya. Pasti ada sebab di samping ujian yang Dia berikan itu. Dan, saya berpegang pada satu kalimah suci Al Quran iaitu, فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud, 'maka nikmat Tuhan kamu yang manakah hendak kamu dustakan'. Saya berpegang pada kalimah itu dan terus percaya yang ujian diberikan oleh-Nya ini, semuanya bersebab. Mungkin pada masa lampau, seorang Mawar Fatima memang tak reti nak bersyukur. Siapa tahu kan? Semua tu kuasa Allah".
Aku memulakan mukadimah ku. Kemudian, disambung lagi.
"Jadi, kalau saya diberikan rezeki untuk bertemu dengan orang yang langgar saya pada malam itu, saya nak berterima kasih dekat dia".
Terkedu dia mendengar jawapan ku. Mungkin tidak disangka-sangka yang perkataan-perkataan itu yang bakal dikeluarkan daripada mulut ku.
"Kenapa? Awak tak marahkan dia ke?".
Aku menggeleng lembut dan menyambung lagi, "Buat apa saya nak marahkan dia, Encik Syed? Kalau dia la manusia yang membuat saya sedar akan erti bersyukur. Kalau dia la manusia yang buat saya berubah. Tak guna saya marahkan dia. Benda dah lepas kan? Kita manusia biasa ni, tak boleh nak putarkan masa, kan?".
Terdengar keluhan berat terlepas daripada mulutnya entah buat kali ke berapa pada petang itu. Kenapa? Cerita aku ini terlalu menyedihkan ke? Aku dah rosakkan mood dia ke?
" Encik Syed? Encik Syed, okay?".
" Saya okay. Oh, pasal kelas violin kita, awak nak sambung petang ni ke esok?".
"Ni dah pukul 5.30 kan, Encik Syed?". Aku bertanya.
"Macam mana awak tahu?". Soalan ku dibalas dengan soalan.
"Cuaca redup. Arah cahaya matahari. Semua tu".
"Haah. Lebih kurang 5.30. 5.40 sebenarnya".
Oh, how close! Kena banyak practice lagi ni!
"Hm, kalau saya balik dulu boleh? Saya risaukan ibu. Biasanya ayah keluar ke kerja, balik malam. Saya tak biasa balik lewat, tinggalkan ibu sorang-sorang. Saya sambung esok, boleh?".
"Sure, mein liebling".
"What is the meaning of 'mein liebling'?". Kerana terasa ingin tahu yang agak dalam, aku bertanya.
"It means, 'stupid girl' in Germany".
JANTAN NI PANGGIL AKU 'STUPID'? Kurang asam!
Aku mencebik. Suka hati je nak panggil orang 'stupid'. Ingat orang ni macam dia ke?
"MAMA!". Begitu kuat sekali tempikan aku, memanggil mama. Badan wanita yang paling aku sayang itu terbaring kaku di lantai. Kepalanya dipenuhi darah.
Di hadapan mama pula terduduk lah papa sambil memegang botol bewarna hijau yang sudah pecah separuh. Seperti sudah dapat mengagak apa yang berlaku, terus aku meluru ke arah papa dan melepaskan penumbuk di mukanya.
"Apa kau dah buat dekat mama, ha?! Tak puas lagi kau dah duakan dia?! BODOH!". Berkali-kali aku melepaskan penumbuk ke muka ayah kandung ku itu.
Nafasnya tersekat-sekat ketika dia mahu membuka mulut.
"Mika... ba... wak mama pergi hospital... sekarang". Lifelessly, he said that.
"Kalau jadi apa-apa dekat mama, memang sampai mati aku tak akan maafkan kau! TAK AKAN MAAFKAN KAU, SAMPAI MATI!". Aku melepaskan penumbuk terakhir ke arah wajah lelaki tak guna itu sebelum meluru, mencempung mama untuk keluar daripada rumah itu dan dibawa ke hospital.
" Mama, mama kena bertahan ma. Syed terlalu sayang kan mama, tolong jangan tinggalkan Syed, mama". Air mata lelaki ku jatuh berjurai-jurai, menitik ke atas pipi mama yang sudah penuh berlimpahan darah merah pekat itu.
Mama tetap diam. Sudah seperti tidak bernyawa.
Ya Allah, andai boleh ditukar keadaan aku dengan ibu ku pada saat ini, aku sanggup. Kau tolong lah kuat kan ibu ku, Ya Allah. Aku mohon kepada mu, Ya Allah. Sesungguhnya kau Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasihani.
Bersungguh-sungguh aku berdoa kepada Allah.
MIMPI itu berlarutan sehingga aku terbangun daripada tidur ku dalam keadaan yang berpeluh-peluh. Nafas ku berat dan laju. Jantung ku turun naik.
"SYED, nak pergi mana tu?". Aku menyoal anak teruna ku di saat melihat dia yang meluru keluar daripada rumah dengan membawa kunci keretanya.
Badannya tersarungkan pijama satin bewarna hitam. Aik, takkan la nak pergi office pakai macam tu? Lagi pula, dah pukul 12.40 pagi ni.
Ni pon, kebetulan aku baru sahaja siap mencatit tempahan bunga di dalam fail kerja di bilik kerja ku. Niatnya nak la ke dapur sekejap, nak basahkan tekak sebelum naik tidur. Tiba-tiba nampak Si Syed tu tergesa-gesa keluar daripada rumah.
AKU yang sedang elok duduk di ruang tamu, membaca Al Quran Braille itu dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu di pintu rumah milik ayah dan ibu itu.
"Fatima, please... open the door...". Suara lemah itu. Seperti aku kenal.
"Encik Syed ke tu?!". Sedikit menjerit aku bertanya.
"Yes, its me. Fatima...".
"Sekejap!".
Aku meraba-raba tempat duduk sebelah ku untuk mencapai selimut yang ada di situ. Selepas elok disarungkan di kepala, baru lah aku perlahan-lahan menuju ke pintu untuk menyambut tetamu yang tak diundang itu.
Buka sahaja pintu, aku hulurkan tongkat aku ke hadapan untuk merasai badannya. Namun, tiada sesiapa di situ. Dan apabila aku halakannya ke bawah, terasa ada beban di hujung tongkat.
Dia melutut ke? Wait, melutut? Tapi kenapa? Dia sakit ke?
Tak lama selepas itu, apabila aku turut duduk menunduk untuk menyamai aras kedudukannya, kedengaran bunyi tangisan yang perlahan tetapi amat menyakitkan. Seolah-olah tangisan penyesalan di atas suatu kesalahan yang amat besar yang pernah dia lakukan.
"Maafkan aku, Fatima".
"Encik Syed menangis ke tu? Astagfirullahalazim, kenapa ni awak? Kejap, kejap, saya panggilkan ibu dengan ayah".
Belum sempat aku bingkas kembali, terasa material satin tempoh hari sekali lagi menyentuh kulit ku, bermakna dia sedang memegang tangan ku. Menyuruh aku untuk tidak pergi?
"Maafkan aku, Fatima. Maafkan aku". Dia menangis lagi. Sakitnya bunyi tangisan dia itu sehinggakan membuatkan aku sendiri sebak.
"Sekejap tau, Encik Syed. Kita tak boleh berdua macam ni. Kejap, saya panggil kan ibu, takpun ayah. Takpun dua-dua sekali". Aku punya gelabah tu, tak boleh bawa bincang.
(a/n: ha, tahu tak maksud 'mein liebling' tu? ce teka)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro