Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5- Deal Lolipop

BAJU oversized berpoket yang gayanya seperti baju melayu, aku kenakan seluar palazo. Kedua-duanya cantik bewarna kulit ataupun putih susu. Tudung bawal putih menjadi pilihan ku untuk hari ini. Malas lah nak belit-belit shawl, rasa serabut pula.

        Beg galas kecil ku yang bewarna putih aku itu galas dan tongkat ku yang berada di tepi katil ku itu aku ambil, terus langkah ku perlahan-lahan berjalan keluar daripada bilik ku itu dengan bantuan tongkat 'ajaib' ku itu. Oh, tak lupa juga sebuah paper bag yang berisikan kot yang diberikan oleh lelaki itu semalam.

        Kenapa aku bagi balik?

        Sebab, selepas aku rasa huruf-huruf yang terukir di atas kolar kot itu, aku rasa tak pantas untuk aku ambil baju semahal itu. Louis Vuitton, itu yang tertulis di sepanjang sisi kolar kot yang dikatakan bewarna putih itu.

"AMBIL la balik, saya tak nak ambil baju mahal-mahal macam ni". Tangan ku didepakan ke depan, menghulur beg kertas yang dipegang.

       "Mana Cik Fatima tahu yang tu baju mahal?". Dia masih lagi tidak menyambut pemberian ku. Sedikit sebanyak membuatkan tangan ku lenguh.

       "Saya rasa dengan tangan huruf yang terukir dekat kolar dia. Tertulis 'Louis Vuitton' dekat situ. Confirm-confirm lah baju mahal. Saya tak nak ambil baju mahal ora-".

        "Ambil je Fatima. Syed ada banyak lagi baju macam tu, dia ni jenis pemurah".

      "Siapa tu?". Dahi ku berkerut, aku bertanya tatkala mendengar suara asing yang muncul di sekitar ku sebentar tadi. Entah di belakang, depan atau sisi ku.

       "Mama, panggil je mama. Mama ni ibu kepada Syed, anak tunggal mama".

      Oh, ibu Encik Syed ni rupanya.

       "Oh, ibu Encik Syed ke? Aunty mesti cantik kan?". Tangan ku meletakkan beg kertas tadi ke lantai dan cuba untuk mencapai tangan wanita itu untuk disalami.

        "Panggil je mama. Haah, Syed ni satu-satunya anak mama. Dah lama single, kalau berminat, Fatima boleh roger mama". Wanita itu ketawa perlahan, menyakat anaknya.

        Baru sehari jumpa, dah suruh kahwin. Tak nak aku, muka pon tak kenal! Entah-entah anak dia ni duda tua ke? Ha, tak ke haru jadinya tu?

       "Duduk la, Fatima. Kita bincang". Wanita yang menyuruh aku untuk memanggil nya 'mama' itu memimpin aku untuk menjemput ku duduk di atas sofa lembutnya.

"JADI, macam mana Fatima? Fatima nak tak kerja dengan mama? Senang je, Fatima temankan mama je. Sembang-sembang dengan mama. Kalau bosan, Fatima boleh baca buku-buku Braille, nanti mama suruh Syed beli. Lepastu, hujung minggu, Syed boleh ajarkan Fatima main violin balik". Panjang lebar mama cuba untuk memujuk ku. Bersungguh betul dia nak aku jadi peneman dia.

        "Fatima kena tidur sini ke, mama?".

        "Its up to you, dear. Kalau nak tidur sini, nanti mama suruh maid kemaskan bilik. Kalau tak nak, Syed boleh tolong hantar pergi dan balik. Betul tak Syed Mikhael Putra?". Nama panjang terus disebut oleh mamanya. Barangkali nak paksa anak terunanya itu memberikan kata sepakat.

      " Betul ma, 100 markah untuk anda!". Eh, eh lelaki ni.

      " Jangan lah main-main, Syed. Mama cubit nanti". Lah, comel je mama ni.

      "Syed tak main-main la mama. Ikut Fatima jela, kalau dia nak pergi balik dengan Syed, Syed okay je. Kalau nak tidur sini, melompat-lompat Syed suka. Boleh tengok muka Fatima setiap masa".

       Is he trying to flirt me? Lah, risau.

       "Syed... Anak dara orang tu, mama jahit mulut gatal awak nanti kan. Nak ke?".

         "Tak nak, ma. Tak nak". Laju dia menjawab. Takut la tu.

         "Jadi, macam mana Fatima? Nak tak? Mama tak paksa, sayang. Kalau Fatima tak nak, mama pon okay je".

        Aku berfikir seketika.

        "Nanti Fatima tanya ibu dulu, boleh?". Yup, itu adalah kata putus yang paling selamat. Nak kata 'tak nak', takut mama terasa, yela dia baik sangat dengan aku. Nak kata 'nak', takut ibu marah. Ibu kalau bab risaukan aku, dia memang nombor satu.

        "Boleh, sayang. Nanti Syed hantar Fatima balik, minta dengan dia nombor telefon. Nanti boleh inform dekat dia. Sebab, mama tak pakai telefon, malas".

        "Okay, mama".

        "Dah, Syed. Harini off-day pejabat. Pergi hantar Fatima balik. Satu lagi, jangan nak menggatal pula dengan budak ni dalam kereta nanti, kalau mama tahu, mana tarik telinga awak". Keras amaran mama walaupun berbaur gurauan.

         "Apa-apa sahaja untuk mama, tuan permaisuri ku. Mari patik hantar, tuan hamba pulang, Fatima".

         Aku hanya tersenyum. Tak tahu nak gelak ke nak apa. Terasa janggal pon ada.

"SAYA dah save nombor saya dekat dalam telefon awak tu. Untuk menyenangkan lagi awak, saya dah buat short cut yang mana, kalau awak telefon saya, tekan je nombor 1. Faham?". Dia meletakkan telefon pintar ku ke atas tangan ku semula.

        "Terima kasih, Encik Syed. Nanti, saya inform tentang jawapan ibu, okay?". Bibir ku mengukir senyuman nipis kepada nya.

        "Baik, Cik Fatima. Kalau ibu awak dan awak dah bersetuju sepenuhnya, let me know. I will take a day off to show you around the house, im sorry, i mean to let you know kawasan rumah saya tu. Saya tak nak awak sesat pula nanti". Ni nak perli aku ke apa ni?

        "Okay, it is nice to meet you again by the way, Encik Syed. Here, this is for you".

         Aku mengeluarkan sebatang lolipop yang bersaiz sederhana daripada backpack ku dan aku hulurkan kepadanya.

         "Kenapa bagi saya ni?". Keliru. Dia keliru.

         "Walaupun saya tak boleh nak tengok muka awak, tapi saya tahu yang awak ni mesti lelaki yang baik. Jadi, sebagai tanda kita jadi kawan harini, awak ambil la lolipop ni. Saya selalu makan lolipop ni tapi harini saya bagi dekat awak as the sign that you are a friend of mine and not just a boss".

        Terasa beban kecil di tangan ku sudah menghilang. Bermakna, dia sudah menyambut pemberian ku itu. Harapnya dia suka la. Tak kan aku nak bagi bunga pula kan?

        "Terima kasih". Dua patah perkataan itu diucapkan olehnya.

         "Sama-sama. Saya masuk dulu, assalamualaikum".

          "Waalaikumusallam".

TERSENGIH-SENGIH aku sendiri tatkala diri sedang berbaring di atas katil sendiri sambil memegang lolipop kunfu yang diberikan oleh wanita itu tadi. Serba sedikit kerisauan ku menghilang selepas melihat kebaikannya terhadap ku.

        "Haih, senyum sorang-sorang sampai tak perasan mama dah 15 saat berdiri dekat sini. Siapa bagi tu?". MAK AI! NAK TERJATUH KATIL AKU TERDENGAR SUARA MAMA KAT DEPAN PINTU BILIK TU!

         "Apedie ma?".

         "Tu, lolipop tu siapa bagi? Bukan Syed tak makan ke benda-benda manis?".

         "Fatima, Fatima yang bagi". Aku tersenyum lagi.

         "Oh patut la seronok sangat. Tapi, mama datang ni bukan nak rosakkan mood Syed tau. Mama nak cakap je yang papa nak balik malam ni".

         Betul kata mama, terus rosak mood aku tatkala mendengar nama itu. Dingin, beku muka ku. Tiada reaksi. Lolipop yang dipegang tadi aku letakkan ke atas meja kecil di samping katil ku dan aku menarik selimut.

         "Anak mama merajuk ke?".

         "Takde la. Syed mengantuk. Dah 29 tahun hidup atas dunia, takde masa nak merajuk". Ceh!

        "Memang la dah 29 tahun hidup dekat dunia ni tapi, Syed tu anak tunggal manja mama. Mama tahu la kalau Syed tengah merajuk. Tak malu la Syed ni, dah tua-tua pon pandai merajuk lagi. Kalau dekat luar, dingin sangat. Dengan staf apa dingin sangat. Ni kalau kahwin, mesti manja dengan isteri kan?".

        Aku diam. Malas nak menjawab. Nanti makin panjang bebelannya.

       " Takpela, mama turun dulu. Nak siapkan makan. Nanti turun tau, makan dengan papa sekali".

         Tak!

          Bunyi pintu ditutup.
   
         Kalau begitu la namanya cinta, baik aku tak payah jatuh cinta. Nampak macam menyiksa perasaan sendiri sahaja.

(a/n: elelelele Syed ni)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro