Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35- Mawar Fatima (final)

Setahun kemudian,

DARIPADA kejauhan aku memerhatikan kedai yang penuh dengan pelanggan itu. Maju betul perniagaan bunga sekarang. Tak sangka ya, zaman sekarang ada lagi yang membeli bunga untuk orang tersayang. Ingat kan dah takde.

          Aku mengorakkan lagi langkah ku ke arah kedai itu. Niat aku sudah diperkukuhkan. Benteng rindu telah runtuh. Tidak tahan lagi. Tidak sanggup lagi aku menahan rindu terhadap dia. Dah setahun aku tak tatap wajah dia. Wajah manis dia. Senyum dia. Ah, aku rindu sekali untuk melihat dia tersenyum. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku untuk bertemu dengannya pada hari ini. Kau lembutkan lah hatinya untuk memaafkan aku, Ya Allah.

            Nafas ku hela perlahan. Langkah semakin aku lajukan.

SELANGKAH sahaja aku masuk ke dalam kedai bunga yang nampaknya sudah sedikit diubah suai itu, telinga ku terus menangkap sebuah melodi indah. Melodi indah daripada violin yang dimainkan oleh seseorang. Fatima mungkin?

           "Ya, Encik. Encik nak beli bunga apa? Boleh saya bantu?". Soal salah seorang daripada pekerja di situ. Dia adalah seorang perempuan bertudung. Bukan lagi Candace mahupun Izzat. Mungkin mereka sudah berhenti kerja. Dah kahwin agaknya. Kot la.

            "Siapa yang main violin tu?". Aku bertanya.

             "Oh itu? Itu para pelajar Cik Fatima".

              Pelajar?

              Seperti tahu apa yang sedang difikirkan oleh ku, gadis muda yang berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudiannya berbicara lagi, "Sebenarnya, dekat tingkat atas bangunan kedai bunga ni, Cik Fatima ada bangunan sebuah kelab violin. Yuran setiap bulan tak perlu bayar pon. Bagi yang betul-betul baru nak belajar, violin-violin baru sudah disediakan. Kalau encik nak ikut kelas kami, boleh naik ke atas dan mendaftar ya?". Gadis itu menghidangkan senyuman manis kepada ku.

           Bersungguh-sungguh dia cuba untuk mempromosikan kelas violin ajaran majikannya itu.

           "Tutor violin tu, Cik Fatima lah ya?". Aku bertanya lagi. Seumpama berminat.

            "Ya, encik. Kalau encik berminat, encik boleh berjumpa dengan dia. Dia ada dekat atas, tengah menulis novel agaknya". Multitalented. Main violin boleh, tulis novel boleh, jaga kedai bunga pon boleh. Antara beberapa sebab mengapa aku menyukaikan dirinya. Mengapa aku jatuh hati terhadapnya.

              "Sekarang boleh ke?".

              Gadis itu mengangguk.

              "Hm, saya pergi ya? Tapi, awak tolong bungkus kan bunga daisy boleh? Saya nak beli". Sempat lagi aku mengajukan pesanan ku. Bunga daisy. Bunga kegemaran Fatima. Namanya sahaja Mawar. Sukanya pada bunga daisy. Katanya, kerana bunga itu bewarna putih. Melambangkan keikhlasan. Keikhlasan dalam memaafkan, mungkin?

              "Boleh, encik. Sila naik tangga tu, ya?". Dia menundingkan jarinya ke arah sebuah tangga yang menuju ke tingkat atas bangunan dua tingkat itu. Sudah dinaik taraf ya? Dulu satu tingkat je. Satu tahun sahaja aku tinggalkan, sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh Fatima ke atas kedai ini. I am proud of you, Mawar Fatima.

           Aku tersenyum bangga sebelum mula mendaki anak tangga bewarna putih itu. Semakin tinggi mendaki, semakin indah bunyi melodi-melodi violin yang kedengaran. Klasik. Thats why i really love being a violinist. Namun, sudah lama aku tidak menyentuh alat muzik itu. Dah berkarat bakat aku agaknya. Buat bazir je. Ada bakat, tak nak guna. Tak nak asah. Ni namanya, tak reti bersyukur. Ish, ish, ish!

           Pintu kaca yang memisahkan ruang di hadapan tangga dengan bilik yang berlabel M'Rose Violin Clubhouse itu aku tolak. Apalah agaknya maksud di sebalik nama itu. Aku sendiri tertanya-tanya.

             Buka sahaja pintu, terus melodi-melodi violin tadi terhenti. Beberapa orang manusia yang ada di dalam bilik berhawa dingin itu, mengalihkan tatapannya ke arah ku. Kemudian, salah seorang daripada mereka datang kepada ku dengan sebuah violin putih di tangan.

             Violin putih. Teringat pula pada Jello.

              "Abang cari siapa?". Pelajar itu bertanya. Umurnya mungkin dalam lingkungan 15-16 tahun. Sopan sahaja bicaranya.

              "Saya nak mendaftar untuk kelab ni. Kat mana ya, boleh daftar?".

              "Oh, abang boleh daftar dekat meja situ. Tapi, Kak Mawar tengah ada dekat dalam bilik dia, menulis novel. Kejap ya, saya panggil".

               'Mawar'. Sungguh indah nama panggilan itu dengannya.

                 "Hm, okay". Aku mengangguk lalu pelajar itu berlari kecil ke arah sebuah bilik kecil yang terletak di hujung bilik besar berhawa dingin ini.

                Subanahallah, berdebar hebat pula jantung ini, ingin bertemu cinta hati.

              Sementara menunggu kehadiran si dia, aku terlebih dahulu berjalan-jalan di sekitar bilik itu. Hiasan simple namun cukup menarik perhatian aku. Ada sebuah rak buku besar di hujung bilik. Di sisi bilik itu ada juga beberapa cermin berukuran sederhana. Apa fungsi cermin itu, ya?

               Aku melangkahkan kaki aku ke arah cermin-cermin itu. Sehelai kertas yang tertampal di tengah-tengah kawasan tempat tergantungnya cermin itu cukup menarik perhatian aku. Tertulis di situ bahawa,

  "Hey you, yes you!
Look at these mirrors and believe in yourself!
Don't you ever give up! I love you" <333

               Ditulis dengan tulis berangkai. Tulisan tangan. Aku kenal tulisan itu. Itu tulisan Fatima. Tulisan cantik, Mawar Fatima.

               Pantulan ku di dalam cermin itu menarik perhatian aku. Entah kenapa. Aku sendiri keliru. Sesaat kemudian, aku terfikir apa tujuan aku datang ke sini? Ingin membuat dia jatuh cinta dengan aku sekali lagi? Kemudian, tinggalkan dia lagi? Kau tak rasa kau kejam ke, Syed? Kau hancurkan hidup dia, dua kali. Dua kali!

               Tak. Aku bukan kembali ke pangkuannya untuk menagih cintanya kembali. Namun, aku nak jadi orang yang baru. Orang yang cuba untuk sedaya upaya ku mencintainya dengan lebih baik. Biarpun aku tahu, mustahil untuk cinta itu terbalas semula. Aku tahu, dia pasti takut untuk menaruh perasaannya buat kali kedua. Ye la, siapa je dalam dunia ni tak takut terluka? Aku sendiri takut terluka. Semua orang takut hati mereka terluka. Termasuk aku. Ya, termasuk aku sendiri.

               "Encik? Nak daftar sebagai pelajar baru ke?". Suara itu. Suara itu menghentikan segala lamunan aku. Membuatkan aku memusingkan badan ku.

               Ya, itu dia. Mawar Fatima. Wanita teragung ku.

               Semakin cantik.

               Oh, how i wish i can stare at this face for hours. How i wish i can hug her and say sorry for millions times. But i know that i can't. Kecewa. Aku kecewa dengan diri sendiri.

               "Encik?".

                "Ya. Ya saya. Saya nak daftar sebagai pelajar baru". Jelas aku.

                "Okay! Boleh ikut saya untuk ambil borang". Sah. Dia tak kenal aku. Dia tak cam wajah aku. Yela, tak pernah tengok. Suara aku. Langsung dia tak cam. Sedikit kecewa, tapi, takpe. Ini karma untuk kau, Syed. Padan muka!

               Aku ikuti sahaja langkahnya menuju ke sebuah meja di tengah-tengah ruangan latihan itu.

PADA akhirya, aku harus menerima kenyataan yang aku sudah tak mampu untuk takhluki cintanya kembali. Sememangnya, dia wanita teragung dalam hidup aku. Tapi...

              Aku bukan lelaki teragung untuknya. Fakta yang menyedihkan.

THE END.
January 1st of 2022 (00.00)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro