33- Rahsia Kehilangan Dia
"SIAPA awak? Maaf, saya baru boleh tengok muka awak. Kalau kita pernah jumpa sebelum ni, siapa awak?". Aku menyoal lelaki tinggi yang bermuka angkuh yang sedang duduk di salah satu kerusi di samping katil ku.
"Ya, we met once. Dekat pantai tu. Nama saya, Tuan Riden". Dia tersenyum bangga.
"Kenapa awak datang ke sini?". Tanya ku mendatar. Bila diingatkan balik siapa dia ni, tak suka pula aku nak melayan. Malas nak jumpa dia.
"Saya nak melawat awak la".
"Macam mana awak tahu saya ada di sini?". Tanya ku lagi. Muka seperti tiada ekspresi. Namun, hati dan perasaan penuh dengan tanda tanya.
"Saya datang ke sini atas amanah terakhir...". Dia menundukkan wajahnya. Membuatkan aku semakin keliru. Amanah terakhir siapa pula ni? Mama? Atau...
"... Syed Mikhael Putra. Dia yang nak saya jumpa awak". Ha? Apa maksud dia? Amanah terakhir Syed? Dia... Dia dah pergi tinggalkan aku ke? Apa semua ni?
"Syed? Dia pergi mana?".
"Itu lah perkara penting yang saya nak sampaikan kepada awak. Awak kena dengar betul-betul dan mohon kawal emosi". Hati ku berdebar hebat. Aku tak sanggup nak dengar tentang di manakah keberadaan Syed. Aku tak sanggup lagi.
"You can close your ears with your hands if you are scared but you will still hear my words, dho". Pesannya sambil tertawa.
"Syed sekarang ni tengah berada di...".
"SAYA tak kenal dia dan dia tak kenal saya. Kenapa dia datang ke sini? Siapa dia? Kenapa dia datang melawat saya?". Ujar suara itu membuatkan aku sedikit terkilan. Takkan lah aku sudah ditipu hidup-hidup oleh Riden? Sampai hati dia.
Ya, keluar sahaja daripada hospital, terus aku ke tempat yang dikatakan oleh Riden. Di sebuah penjara. Ya, penjara. Dan sekarang ni, aku sedang menghadap seorang lelaki yang ada di sebalik kaca pemisah antara banduan dengan pelawat itu.
"Awak tak kenal saya? Tapi, Riden cakap awak ni Syed. Syed, ni saya la, Mawar Fatima. Takkan awak dah lupa". Kata ku. Seperti orang bodoh sahaja.
"Tak. Saya langsung tak pernah kenal perempuan bernama Mawar Fatima sepanjang saya hidup". Ujarnya mendatar. Wajah nya langsung tidak menunjukkan sebarang emosi. Membuatkan aku berasa semakin keliru.
"Inspektor, saya nak masuk". Katanya kepada salah seorang polis yang menjaganya di dalam bilik itu.
"Awak, sekejap".
"Apa lagi?". Kedengaran dia sudah seperti bosan dan tidak mahu lagi melayan aku.
"Tak, takde apa-apa. Terima kasih". Entah mengapa aku mengucapkan kata 'terima kasih' itu kepadanya.
Dia langsung tidak berkata apa selepas itu. Mata ku merenung sahaja tangannya yang kini sedang digari oleh polis lelaki itu.
"Kami pergi dulu ya, Cik Fatima". Kata inspektor yang agak itu sambil dia menggulum senyum.
"Hm". Aku mengangguk kecil dan mata ku menghantar mereka keluar daripada bilik kecil itu.
Jadi betul lah. Dia bukan Syed? Mungkin lelaki tadi hanya lah lelaki yang mempunyai nama yang sama dengan bakal suami ku yang tiba-tiba sahaja menghilang bagaikan ditelan bumi itu.
Kenapa Riden tipu aku? Kenapa Riden cakap yang Syed ada di sini? Mana dia? Kenapa dia mungkir janji dia? Kenapa dia menghilang secara tiba-tiba? Aku ada buat salah ke dengan dia? Ah, pening aku memikirkannya!
Aku bangkit daripada kerusi plastik putih, tempat duduk ku itu dan mulai berjalan keluar daripada ruangan itu. Niat mahu ke kafe Kak Wawa pula selepas ini. Mahu tenangkan sedikit fikiran yang bercelaru ini.
"HOT chocolate, kegemaran Fatima kesayangan Kak Wawa!". Riang ria suara Kak Wawa ketika tangan pemilik kafe itu sendiri menghidangkan hot chocolate yang dulunya selalu aku pesan.
Best apa minum hot chocolate sekarang ni. Tahu tak kenapa? Sebab sekarang tengah hujan. Hujan dengan minuman panas memang pasangan yang tak dapat dipisahkan. Bagaikan isi dengan kuku.
"Cantiknya Kak Wawa". Puji ku buat pertama kalinya. Aku rasa, Kak Wawa ni memang selalu cantik pon. Tapi, harini terlihat terlebih cantik pula disebabkan oleh baru pertama kali aku melihat wajahnya selepas lebih kurang tiga tahun menjadi pelanggan tetap kafe yang satu ini.
Salah satu sebab kenapa aku setia dengan kafe ini adalah kerana, kafe ini bukan sekadar kafe biasa. Kafe ini malahan berkonsepkan 'read while coffee-ing'. Ha, tu la tagline dia. Maksudnya, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis pastri dan kek serta minuman sambil membaca buku. Buku Braille pon ada tau! Sebab tu la aku suka. Dan sebab tu juga la kafe ini bernama, BookWorm Cafe. Ha, faham tak?
"Lah, Kak Wawa memang cantik". Sempat lagi puji diri sendiri.
"Anyway, Kak Wawa nak ucapkan rasa syukur sangat sebab pembedahan tu berjalan lancar dan Fatima dah boleh melihat semula, yayy!". Kuat Kak Wawa menepuk tangannya. Membuatkan aku tersengih-sengih, sedikit malu.
"Jadi, Kak Wawa dan pekerja dan niat dah nak tutup kafe harini dan nak buat party untuk Fatima! Pelanggan tetap yang paling kitorang sayang! Surprise!". Lah, sampai nak buat majlis bagai. Ghisau!
"Tak payah lah susah-susah, Kak Wawa. Buat rugi je". Aku menolak. Yela, buat susah je.
"Apa susah pula? Tak susah la? Nanti datang tau, pukul 8.00 malam". Sampuk si penjaga kaunter, Aleyana. Oh, maknanya, diorang tutup awal lah petang ni. Aku ke pelanggan terakhir diorang harini? Ye la kot.
"Hm, yelah". Kan dah cakap, aku jenis yang tolak sekali je pemberian orang. Kalau tuannya insists juga, aku ambil jela. Bak kata bijak terlebih pandai, rezeki jangan ditolak. Kan?
"ABANG, saya tak boleh lah. Saya kesian kan, Fatima. Kita bagitahu dia je la, ya? Saya tak sanggup anak gadis saya hidup dalam penipuan". Hatiku tersentak mendengar perbicaraan ibu itu.
Bukan sengaja nak mengintip perbualan antara suami isteri itu. Sebaliknya, aku ingin meminta izin mereka untuk pergi ke party yang akan diadakan di kafe Kak Wawa. Namun, benda lain pula yang telinga ku terpaksa mendengar.
"Tak boleh. Kita dah janji dengan Syed. Kita tak boleh mungkir janji". Bicara abah lagi.
Tangan ku cepat-cepat memicit dahi aku. Semenjak selepas hari pembedahan aku beberapa hari lepas, kepala ku semakin sering berdenyut-denyut. Kadang-kadang sakitnya bukan kepalang. Mungkin ini efek sampingan kot. Mana lah aku tahu, pembedahan hari itu merupakan pembedahan pertama dalam hidup aku.
"Tapi abang... Apa saya nak jawab lagi lepas ni? Setiap waktu dia akan tanya pasal Syed. Apa saya nak jawab, bang? Takkan la saya nak tipu dia lagi". Ya Allah, penipuan apa ni. Siapa yang sedang menipu aku? Kenapa aku ditipu? Tentang apa aku ditipu? Apa benda semua ni?
"Entah la. Nanti la saya fikir balik. Saya nak keluar sekejap". Biarpun aku mendengar bicara akhir ayah itu, tetap sahaja aku berdiri tegak di situ. Di hadapan pintu bilik itu.
"Astagfirullahalazim! Terkejut ayah. Kamu buat apa dekat sini, Fatima?". Ayah menyoal dengan nada terkejut. Aku tahu, mereka mesti tak sangka yang aku akan boleh ada di situ, mendengar percakapan mereka.
Ibu pula, sejurus sahaja mendengar ayah menyebut nama ku, turut dia keluar juga daripada bilik. Memunculkan dirinya di hadapan aku.
"Apa yang Fatima buat dekat sini?". Ibu bertanya soalan yang sama. Riak mukanya tampak tidak senang.
"Apa yang semua orang sedang sorokkkan daripada Fatima? Mana Syed?".
(a/n: korg rasa Syed ada dekat mana? korg rasa mcm mana ending dia? happy or sad? comment down below, hehe)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro