3- Violin
AKU mengalihkan kepala ku ke arah suara yang mengucapkan kata yang sama seperti aku sebentar tadi. Dan aku percaya, dia juga sedang melihat ku. Firasat ku kerasa mengatakan begitu.
"Wo, wo, wo. Chill la. Aku gurau je". Ujar Candace, takut barangkali jikalau aku dan lelaki itu betul-betul bertumbuk di situ.
"Hm, nah duit. Aku balik dulu la, nak kena pergi birthday party orang". Aku menyelukkan tangan ku ke salam beg tangan ku berjenama Carlo Rino bewarna merah jambu itu untuk mencapai dompet ku untuk mengambil duit dan membayar bunga yang dibeli.
"Erk, Fatima. Sebenarnya, Tuan Muda Syed dah bayar untuk kau".
"Siapa yang tolong bayarkan?". Aku bertanya lagi. Yela, takut-takut tersalah dengar, haru jadinya.
"Tuan Muda Syed. Baru je beberapa saat yang lepas, dia pergi ke kaunter untuk bayar". Jelas Izzat.
Eh, bukan tadi ada dekat sebelah aku lagi ke? Bila masa dia pergi bayar? Pelik-pelik betul la manusia-manusia yang ada di dalam kedai ini. Pening aku dibuatnya.
"Mana dia? Dia dah balik ke?". Tangan ku cuba untuk menyentuh-nyentuh tempat duduk yang ada di sebelah ku yang diduduki oleh lelaki itu sebentar tadi. Namun, ianya sudah kosong. Sudah tiada manusia di situ. Lah, aku rasa baru tadi aku bercakap dengan dia.
Ding!
Bunyi loceng di pintu kedai bunga yang seumpama loceng di pintu 7 Eleven itu menandakan yang ada seseorang telah masuk ataupun keluar daripada F'Rose Flower Shop ini.
"Tu ha, baru je keluar".
Lah, dah balik? Aku tak sempat nak berterima kasih pon.
"Tak sempat pon nak cakap terima kasih. Takpe la Candace, kau ambil je la duit ni, nanti kau tolong aku bayar dekat dia tau". Tangan kanan ku tetap sahaja menghulurkan sekeping not sepuluh ringgit kepada Candace.
"Eh takpe, Fatima. Lagi pun, kedai ni kedai milik Tuan Muda. Dia boss kat sini. So, takpe. Kau ambil je bunga ni. Anggap je macam tuah kau harini". Izzat menjelaskan. Oh, rupanya betul lah sangkaan ku. Ternyata, dia la tuan kedai kepada F'Rose Flower Shop ini. Tapi kenapa aku tak pernah tahu pon? Padahal dah berapa kali aku datang ke sini. Mungkin ini merupakan kali pertama aku bertembung dengan tuan punya kedai di kedainya sendiri. Haah, ye la kot.
"Ya ampun, ambil duit ni. Aku rasa bersalah pula". I insisted.
"Kalau kau tak nak kitorang kena buang kerja, baik kau tak payah bayar". Uish! Garang betul majikan diorang! Terkejut aku mendengar kata-kata Candace itu.
"Okay-okay, aku tak bayar. Well, aku tak nak la korang kena buang kerja kan?".
Mereka berdua ketawa kecil mendengar kata-kata ku. Lawak ke? Aku rasa tak pon.
"Okay la, Izzat, Candace. Aku balik dulu. Sebenarnya, aku nak cepat ni. Nanti Qaseh mengamuk pula kalau aku sampai lambat". Yang tu seorang, pantang orang lambat sedikit, mesti nak melenting. Geram pula aku bila difikirkan balik!
"Beres, Fatima. Nanti kalau nak bunga free lagi, datang la sini". Ujar Izzat dalam nada bergurau.
"Ada-ada je kau ni, Izzat!". Aku bangun berdiri dan mengambil tongkat ku untuk mulai berjalan.
Perlahan-lahan aku melangkahkan kaki ku ke arah pintu kedai bunga itu untuk berlalu pergi sebelum menerima pesan khidmat masyarakat daripada Izzat dan Candace, " Hati-hati, Fatima! Jumpa lagi". "Yela, have a great day korang!", kata ku kembali.
"Kau pon, Fatima! Bye!". Dia punya nak ucap selamat tinggal tu macam nak halau aku keluar daripada negara ni je. Macam-macam la diorang ni. Elok lah tu jadi teman sekerja, perangai sama je dua orang tu. Penghibur pelanggan-pelanggan yang datang.
MATA yang tidak lah mampu untuk melihat itu, aku alihkan kepada adik ku. Kedua tangan ku diangkat, mengusap mukanya. Iya, di tengah-tengah parti hari lahirnya yang dianjurkan di rumah ibu dan ayah itu.
"Dah besar dah adik kakak sorang ni. Kau mesti cantik kan, Qaseh? Kakak harap sangat, kakak dapat tengok kau. Kakak minta maaf atas kekurangan kakak. Percaya lah cakap aku Qaseh, aku nak sangat tatap muka kau". Sumpah, aku rindu untuk melihat wajah polosnya. Wajah yang dulunya bermuka manis dan cantik. Terakhir kali aku melihatnya adalah 10 tahun lepas, ketika dia berumur 7 tahun dan aku berumur 17 tahun.
Tiba-tiba terasa aliran air suam di tangan ku. Keadaan di sekeliling yang tadinya riuh dengan suara-suara tetamu yang hadir, kini sunyi sepi. Mungkin terasa sedih mendengar ucapan yang aku berikan kepada adik kesayangan ku itu.
"Kenapa kau nangis ni, Qaseh? Jangan lah nangis, hari ni kan, hari jadi kau. Ni, aku ada bawakan kau bunga daisy, bunga kegemaran aku dan kau". Aku menghulurkan jambangan bunga yang ada di tangan ku itu.
"Terima kasih kak, aku sayang kau sangat-sangat kak. Aku tak kisah kalau kau tak boleh tengok sekalipun, yang penting aku boleh tengok kau. Terima kasih sebab jadi peneman aku sepanjang 17 tahun aku hidup ni kak. Kau jangan kahwin lagi, nanti kau tinggal aku sorang-sorang". Air mata Qaseh jatuh berguguran ke atas baju ku. Dia ni, sedih di majlis hari lahir sendiri, buat malu je.
"Tak, aku tak akan tinggalkan kau dik. Okay la, aku tak nak bagi kau sedih, so kau boleh minta apa sahaja yang kau nak".
"Betul ni?". Dia bertanya sembari melepaskan pelukannya.
Aku angguk.
Tiba-tiba terasa beban di tangan ku. Sesuatu yang agak berat tetapi tidak terlalu berat. Sesuatu yang bertali. Apa ni?
"Apa ni, Qaseh?".
"Aku tak minta lebih, aku nak kau main balik violin macam dulu, aku nak kau gembira kau diri kau kembali macam dulu, main violin dekat tepi-tepi jalan macam dulu".
Oh, ternyata itu ialah violin putih ku, Jello.
Keluhan sempat dilepaskan di hujung bibir ku tatkala mendengar permintaannya itu.
"Tak boleh, Qaseh. Aku buta. Macam mana aku nak main violin macam dulu? Aku tak boleh nampak apa-apa lagi". Tangan ku masih utuh memegang violin kesayangan ku itu.
"Thats not the problem, akak. Aku ada someone yang boleh ajar kau balik. Boss, come here". Suara Qaseh memanggil seseorang.
Langkah seseorang itu kemudiannya terhenti tepat di hadapan ku.
"Akak, meet my boss, Syed Mikhael Putra".
"AWAK LAGI?". Sedikit terjerit aku.
"Korang dah kenal ke?".
"She is the coffee girl i told you about". Lelaki itu berkata bersama tawa kecilnya.
"Macam mana korang boleh kenal? Adik, kau kerja part time dekat syarikat dia ke?". Aku tak pernah tahu di bawah siapa Qaseh bekerja. Yang aku tahu, dia ada bekerja separuh masa di sebuah syarikat sebagai coffee girl.
"Ya, kak. Ni la majikan aku. Handsome dia kak". Sempat lagi dia puji majikan dia.
"Hm, apa-apa jela".
"Akak dengan boss makan dulu. Nanti korang bincang la, okay? Qaseh nak pergi layan tetamu, byebye!". Dengar je perkataan 'byebye' itu, sudah aku tahu yang dia sudahpun meninggalkan aku sendiri bersama mamat itu ditengah ruangan itu.
"Should i lead you?". He asked.
"Pergi mana?".
"Suatu tempat yang kita boleh bincang pasal apa yang adik awak cakap tadi".
"Saya tak cakap yang saya setuju".
"You told your sister that you will anything for her to stop crying, now you have to fulfill your promise. Learning back how to play violin with me". Eh eh, suka betul cakap mat saleh dia ni. Dah lupa bahasa ibunda kita ke?
"Awak pandai main violin?".
"Selain daripada jadi florist dan C.E.O office saya, ya, saya pandai main violin".
Heh! Tipikal watak-watak novel aku juga, semuanya C.E.O syarikat juta-juta. Cliche! Cuma bezanya, dia tak sombong dan pandai main violin serta pandai gubah bunga? Ha, tak la cliche sangat kalau macam tu.
"So, should i lead you maam?". Tangannya lembut memegang tangan ku. Cepat-cepat aku menarik kembali tangannya yang memegang tangan ku itu. HARAM!
"Jangan sentuh saya, i have my blind stick and ears. You can lead me by your voice. Again, don't touch me". Keras aku memberikan amaran.
"Fiesty girl, aren't you?".
(a/n: "fiesty girl, aren't you?" SBDHSHJAJSJSJS)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro