28- Tragedi
SEHARI sebelum tarikh perkahwinan Fatima dan Syed. Ya, tinggal sehari sahaja lagi sebelum Syed dan Fatima sah menjadi suami isteri. Betapa gembiranya Syed menanti hari-hari yang mendatang. Bagai rasa nak melompat-lompat sampai ke bulan. Begitu juga dengan bakal isterinya. Kedua-duanya tampak gembira sahaja.Namun...
🦋
"MAMA! Syed kan...". Mulut ku terlopong. Barang yang ada di tangan ku terus aku hempas ke lantai. Air kristal mulai jatuh daripada tubiran mata ku. Amarah ku memuncak naik.
Bagaikan deja vu, mata ku menyaksikan kejadian yang sama. Aku menampar-nampar pipi aku. Aku yakin dan pasti yang kali ini aku tidak bermimpi.
Di lantai yang sama seperti 10 tahun lepas, aku menyaksikan badan mama yang sudah terkulai seperti tidak bernyawa di situ dengan separuh daripada botol arak tertancap ke perutnya. Namun, bezanya, kalini pelakunya tiada di situ. Tiada di hadapan mama.
Lutut ku lemah, aku kuatkan juga untuk pergi menyambut mama yang sudah terkulai layu di lantai sejuk itu.
Aku menyambut kepala mama dan aku letakkannya ke riba ku. Luka di perut aku mama aku sentuh dengan tangan ku yang sejuk dan terketar-ketar itu. Aku takut... Kejadian 10 tahun lepas akhirnya berulang lagi. Semua ini berulang lagi. Dan aku tahu siapa pelakunya.
"Mama... Mama jangan macam ni... Mama!". Rayu ku. Suara ku serak dengan tangisan.
"Syed, maafkan dia... di-a...".
BLWEKK!
Darah pekat mulai tersembur-sembur keluar daripada mulut wanita kesayangan aku itu. Membuatkan aku menjadi semakin panik. Getaran di tangan ku semakin hebat.
"Dah la mama! Syed... Syed tak nak dengar lagi. Kita pergi hos... hospital ya ma? Mama kena sihat. Mama kena ada masa majlis kahwin Syed lusa. Mama kena ada la, ma!". Aku menundukkan muka ku sehingga dahi ku bersentuh dengan dahi miliknya. Darah yang ada di wajahnya habis terkena ke wajah ku. Baju ku turut dilimpahi dengan darah ibu ku itu.
" Mama sayang... sa... sangat dekat Syed. Ja... ga Fatima e-elok tau...". Sejurus sahaja ayat itu, terus kedua mata miliknya terkatup rapat. Tangisan ku terjeda seketika.
"Mama? Mama? HAHAHA, mama tak lawak la! Ma, jangan lah tipu Syed. Syed dah takde siapa-siapa selain mama. Mama! Mama tolong jangan pergi! Syed sayang mama sangat-sangat. Tolong jangan tinggalkan Syed ma!". Sekejap aku tertawa, memikirkan yang mama hanya bergurau. Tapi, apabila merasakan nadinya yang sudah terhenti dan semakin banyak darah yang keluar daripada luka di perut nya, tangisan ku semakin kencang. Emosi ku menjadi semakin tidak terkawal.
"Mama... tolong lah bangun ma. Syed merayu dekat mama... ma...". Bibir ku mencium-cium seluruh muka yang telah dilimpahi darah pekat itu.
"Ma...". Panggil ku lemah. Tangis ku semakin bertambah saat, semakin lebat. Air mata ku habis membasahi bahagian atas gaun putih yang mama pakai.
AKU yang sedang dipakaikan inai oleh juru inai itu dikejutkan dengan sebuah panggilan telefon.
"Qaseh, tu telefon kakak ke?". Aku bertanya kepada Qaseh yang setia menemani aku daripada tadi. Duduk sahaja dia di tepi 'pelamin' kecil ku itu.
"Haah. Nah...".
Sejurus sahaja gagang diangkat dan telefon didekatkan ke telinga ku, suara esakan lemah yang aku dengarkan terlebih dahulu. Dan aku tahu sekali itu suara siapa.
"Fatima...". Lirih. Suaranya seperti seorang manusia yang sudah tidak sanggup menanggung rasa sakit lagi.
"Syed kenapa ni?".
Dia diam. Hanya tangisan yang kedengaran. Risau pula aku. Apa yang dah jadi?
"Okay-okay, takpe. Saya datang sekarang". Kata ku.
"Okay, awak tunggu kat situ. Jangan bergerak". Bicara ku lagi dengan penuh kelembutan.
Beberapa saat kemudian, aku meletakkan gagang. Riak muka kerisauan yang teramat terus aku tunjukkan kepada Qaseh. Seperti tahu apa yang terjadi dia bertanya, "Kenapa kak?".
"Kita pergi rumah Abang Syed. Aku nak jumpa dia".
"Korang mana boleh berjumpa. Lagi pun, inai belum kering ni". Larang juru inai yang juga merupakan anak kepada kawan ibu itu.
"Qaseh, please bring me to him". Tegas tapi tidak berbaur amarah arahan aku itu.
Tak berani lagi nak membantah, Qaseh terus berkata, "Okay kak, sekarang juga Qaseh bagitahu dekat ayah". Terus tapak kakinya kedengaran berlari anak menjauh daripada tempat duduk kami.
TANGAN ku ingin mengetuk pintu. Namun, apa yang diketuk hanya lah angin sahaja. Bermakna pintu tidak sama sekali ditutup, jauh sekali dikunci. Dan yang menambahkan tanda tanya di dalam benak fikiran ku, bau seperti bau besi yang betul-betul mencengkam kuatnya.
"Kak...". Suara Qaseh.
"Kenapa, Qaseh? Apa yang ada dekat depan aku ni?". Aku meminta Qaseh untuk mendeskripsi keadaan yang sedang berlaku di dalam rumah agam milik keluarga Syed itu.
"Abang Syed... -". Belum sempat Qaseh menghabiskan ayatnya, Syed terlebih dahulu memotong.
" Fatima... Aku tak kuat...". Suara itu kedengaran seperti berada di dalam lara hati yang paling dalam di saat itu.
"Qaseh, kenapa ni?! Apa yang dah jadi?". Aku semakin sahaja panik.
Soalan ku masih lagi tidak dijawab. Sebaliknya, aku dipimpin oleh Qaseh untuk berjalan ke hadapan.
Beberapa langkah berjalan, kaki ku terpijak sesuatu bercak cecair. Cecair inikah yang mengeluarkan bau besi itu? Sekejap. Cecair? Bau besi? Adakah cecair ini darah?
"Qaseh? Mana Syed? Bawa aku dekat dengan dia". Arah ku. Terus tangan ku dipimpin lagi dan aku dibawa berjalan ke hadapan lagi.
Akhirnya, langkah kaki Qaseh terhenti. Begitu juga dengan langkah ku.
"Pusing kanan, kak". Terketar-ketar suara Qaseh. Entah apa yang dia takutkan.
Sebaik sahaja aku bepusing ke kanan, tangan ku terus disambar oleh sebuah tangan yang basah. Basah dengan cecair yang berbau besi itu.
"Syed? Apa dah jadi ni? Kenapa tangan awak ada darah? Apa awak dah buat, Syed?".
Aku duduk mencangkung di sebelah nya. Genggaman tangannya di tangan ku semakin diperkemaskan. Dengan suara yang amat perlahan dan lirih, dia berkata, "Mama dah takde". Kemudian, dia sambung menangis lagi. Tangisan kali ini semakin kuat. Bukan tangisan, dia meraung. Dia melepaskan segala rasa sedihnya.
"Apa yang awak cakap ni? Mana mama?". Aku yang masih lagi tersangat keliru itu bertanya.
Lalu tangan ku yang digenggam itu, dibawa ke atas sebuah benda. Bukan, sekujur tubuh. Yang turut sama dipenuhi cecair berbau besi itu. Tangan ku dibiar untuk menyentuh sedikit daripada kulit di bahagian kaki tubuh yang sudah mulai menyejuk itu.
Serta-merta aku melarikan tangan ku. Aku yang duduk bercangkung tadi, lalu dengan sekelip mata jatuh duduk bersimpuh di atas lantai sejuk itu.
"Siapa ni, Qaseh? Tolong jangan cakap ni mama". Air suam sudah mulai memenuhi tubir mata ku. Menunggu jawapan Qaseh dan mereka akan jatuh dengan sendirinya.
"Tu Aunty Roziah... kak".
Dan terjatuh lah juga air mata ku.
" Allahuakbar! Apa kau tunggu lagi, Qaseh?! Telefon lah ambulans! Kau tak bawa telefon ke? Guna telefon aku ni?!". Tangan ku meraba-raba beg tangan untuk mencari telefon ku.
"Mama dah takde...Fatima. Mama dah takde". Dan dia hanya mampu menangis.
"Mana awak tahu dia dah takde?! Telefon lah ambulans! Dia masih ada! Dia masih bernyawa! Awak kena percaya cakap saya!". Kalini, aku pula yang meraung seperti orang tidak betul.
Sekali lagi, tangan aku dibawa ke dada tubuh mama. Telapak tangan ku diletakkan ke atasnya.
Kosong.
Tiada lagi detak jantung. Tiada lagi tanda-tanda bernafas.
Aku terkesima. Seluruh tubuh ku menggeletar. Aku berada dalam keadaan yang teramat terkejut pada saat ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro