27- Pujuk
"AKAK, aku pergi tandas kejap tau". Terdengar kerusi ditarik ke belakang, bermakna yang Qaseh sudah mahu bangun daripada kerusi meja makannya.
"Hm, pergi lah. Jangan lama-lama". Pesanan ringkas daripada penaja rancangan aku berikan. Yela, janggal la juga jika ditinggalkan berduaan dengan cik abang yang sedang mengadakan perang dingin dengan aku ini.
"Tak janji arh, kak. Aku nak melepas hehe". Sempat lagi berseloroh. Pasal benda tu pula tu. Tak senonoh betul la Qaseh ni!
"Dah, shuhh!". Gurau ku.
"Bye kakak ku sayang". Ceh, macam nak pergi beperang. Padahal tandas je. Itu pon, bukan lah jauh sangat.
"Hm".
Derapan tapak kaki menjauh daripada meja itu menandakan yang gadis itu sudah berlalu pergi daripada situ. Meninggalkan aku dan Syed di situ. Diam. Sunyi. Sepi.
1 minit.
2 minit.
3 minit.
"Ya, saya cemburu". Malas nak berdiam lagi. Aku terus buka mulut. Tunggu dia pujuk, macam berzaman je. Padahal dia dah cuba dah tadi. BAHAHAHHAA, biasa lah. Perempuan kan selalu betul. Betul tak, kaum Adam sekalian? Akui jela. Malas dah nak gaduh dengan korang ni.
"I was waiting for you to say that. Saya tahu awak cemburu, Fatima. Sebab tu saya sabar je, saya tunggu perkataan tu keluar sendiri daripada mulut awak". Ya Allah, rasa geram aku tengah memumcak-muncak sekarang ni. Kalau aku ni periuk nasi atau cerek air, mesti dah nampak asap-asap yang keluar.
"Asal nak sangat saya sebut tu? Terasa macam pencapaian yang membanggakan ke?". Penuh sindiran jawapan aku.
Namun, lain pula jawapan yang aku terima. Lain daripada sangkaan ku. Memang terpesong seratus peratus. Memang tak sangka yang dia akan melontarkan jawapan ini kepada ku, " Memang. Of course ianya satu pencapaian yang membanggakan buat saya. Kalau awak mengaku sendiri yang awak cemburu, maknanya awak cintakan saya. Cemburu kan tanda cinta. Tak gitu, Cik Fatima?".
Terkunci terus mulut aku. Otak ku ligat berfikir, adakah aku secara tidak langsung telah menyatakan cinta aku kepadanya? Ah, pening!
" Betul kan apa yang saya cakap, Fatima. Saya tahu, awak cintakan saya". Yakin betul!
"Yakinnya kamu". Bibir ku terjongket. Aku tersenyum sinis.
"Mesti lah. Saya yakin dengan semua benda. Termasuk perasaan cinta antara kita. Seperti kata saya pada tempoh hari, awak lah wanita teragung dalam hidup saya selain mama. Awak lah wanita yang berjaya buat saya percayakan cinta, mengubah tanggapan saya terhadap cinta. Selepas, kejamnya saya lihat bagaimana cinta musnahkan hidup mama. Awak manita tu, Mawar Fatima". Mula-mula terasa lawak lagi, lama-kelamaan, kata-katanya semakin serius.
"Saya minta maaf untuk kesalahan saya. Saya minta maaf sebab saya abaikan awak, saya tak pujuk awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolong jangan marahkan saya lagi, Fatima. Saya rindu awak. Saya rindu tunang saya ni. Kita kahwin cepat-cepat ya? Saya nak awak usap wajah saya. Saya nak awak tahu yang saya ikhlas cintakan awak. Saya minta maaf ya, Fatima. Saya tahu cara saya cliche. Sama je macam hero-hero dalam novel-novel yang awak tulis. Tapi maafkan saya, ya?". Banyak betul kata 'maaf' di dalam katanya. Buatkan aku tergamam seketika. Sampai begitu sekali...
"Awak baca novel-novel saya?". Sudah tersenyum sedikit aku, menyoal.
" Mesti lah, cinta. Saya baca semua tau". Bangga suaranya kedengaran.
"Hm, okay lah".
"Jadi, cinta maafkan saya tak?". Lirih kembali suaranya. Bertukar-tukar ya?
"Hm, tanya la Qaseh".
"EH, asal aku pula?". Aku yang sibuk mengintai di sebalik dinding itu pula yang disebut nama. Ya, daripada tadi lagi aku ada di sini, menyaksikan pasangan sama padan itu 'berbaik'.
Aku pura-pura sahaja ingin pergi ke tandas sebentar tadi. Yela, nak bagi peluang untuk mereka kembali kepada sedia kala semula. Apa mereka ingat aku tak tahu ke yang mereka tengah gaduh? Hello, hello. Aku pakar cinta okay, aku tahu la.
Tersengih-sengih aku berjalan keluar daripada belakang dinding itu lalu menghampiri meja makan kami.
Figura ku ditatap terus oleh Abang Syed. Jidat nya berkerut seperti hendak bertanyakan sesuatu.
"Kenapa boss? Ada nak tanya sesuatu ke?". Alahai aku ni, buat-buat tanya lagi. Padahal dah dengar the whole conversation tadi. Buat-buat seperti tidak 'bersalah'. Haah, aku lah tu. Ratu drama dan filem terkenal.
"Awak rasa kakak awak ni dah maafkan saya ke belum?". Lurus betul lah Abang Syed ni bila ada didekat Kak Fatima. Semacam pembaris sahaja. Orang suruh tanya, dia tanya betul-betul. Haih...
"Dah la kot. Mana la saya tahu. Tanya la dia". Kata ku sambil menyuakan secebis kek berperisa teh hijau ke dalam mulut aku. Subahanallah! Sedap sangat kek ni.
"Saya tanya dia, dia suruh saya tanya awak. Saya tanya awak, awak suruh tanya dia. Korang berdua ni, okay kan? Tak sakit kan?".
"Sakit apa?". Ha, yang ni bukan aku buat-buat tanya. Yang ni, memang aku tak faham. Sakit apa pula yang dia maksud kan? Demam? Batuk? Selesema? COVID-19? Ah, tak mahu sebut tentang virus yang sudah menyusahkan satu dunia itu. Buat geram sahaja!
" Sakit kat sini". Dia mengangkat tangan kiri nya dan membuat putaran 360° di bahagian tepi kepalanya menggunakan jari telunjuk.
Oh, nak kata kami gila ya?
"Kak! Dia kata kita sakit mental kak!". Aku pon apa lagi, mengadu la boss! Jangan main-main dengan Qaseh Fatima. Kakak dia je baik. Dia? Dia baik juga, cuma jahat sikit. Sikitttt je la. Hehe...
"Apa awak cakap dekat saya dan Qaseh, Syed?". Padan muka, kena marah. Welp!
"Saya gurau je la, Fatima. Dahtu awak yang payah sangat nak jawab soalan saya. Sekarang ni, saya tanya sekali lagi, awak dah maafkan saya ke belum?".
"Dah orang tu dah pujuk, saya nak merajuk apa lagi. Malas lah merajuk lama-lama. Macam budak-budak je". Elelele, bersemut pula dua ek-, dua orang ni. Single live matter! Menjerit-jerit hati kecil ku yang sudah 17 tahun tidak merasa cinta manusia. Lah, risau.
"Thanks, mein liebling. Saya tak tahu la macam mana nak teruskan hari-hari saya kalau awak asyik merajuk je. Tak seronok. Tak boleh nak tengok awak senyum. Cuba senyum sikit". Alalala, main senyum-senyum lah pula. Rasa nak cau pon ada ni. Mampu mengeluh dalam hati sambil makan kek matcha ni je la. Nasib baik sedap.
"Tak nak. Saya nak makan kek".
"Ala, senyum la, cinta". Ya Allah, kau permudahkan lah urusan mereka untuk kahwin agar aku tidak perlu lagi menjadi third wheel mereka ketika mereka keluar dating.
"Tak nak". Jual mahal lah engko ni!
"Oh tak nak ya...?". Ha, jantan ni nak buat apa dekat kakak aku? Kalau buat benda-benda tak senonoh, aku tikam tangan dia guna garfu yang aku pegang ni.
Jari besar lelaki itu mengambil sedikit krim yang ada di atas kek berperisa vanila miliknya dan mencuit hidung kakak menggunakan jari yang sama. Habis terlekat krim itu di hidung mancung milknya.
"Ish, apa ni?! Nak saya merajuk lagi ke?". Ugut Kak Fatima.
No, no, no. Sudah-sudah lah tu merajuk. Nanti aku kena jadi roda ketiga lagi. Tak sanggup dah aku, heh!
(a/n: hey 💅🏻 im in hostel btw ohohoho)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro