Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26- Qaseh

"SATU, sebab dia panggil saya 'kawan' je dekat depan customer kesayangan dia tu. Dua, dia cakap saya buat perangai, padahal tak pon. Mungkin sikit la, sikit. Tiga, ya, saya cemburu dengan Cik Liyana tu. Mesti dia lagi cantik daripada saya kan?". Ameer mengulang balik ayat yang mungkin disebut oleh Fatima kepada nya sebentar tadi.

         " Oh my god, apa yang awak dah buat ni, Syed? Perempuan paling pantang orang lelaki buat macam tu tau". Natalia menekup mulutnya seketika. Terkesima dengan apa yang didengarinya. Apa teruk sangat ke apa yang aku buat?

          TERUK LAH WOI!

          Eh, suara siapa tu? Alamak, takut pula aku. Author, tu suara author ke? Kalau tu suara author, jangan lah marah-marah, nanti cepat tua. Hehe...

          "Entah nya". Mata Eiliyah dibalikkan. Wuish, bahaya betul perempuan ni. Sorang merajuk, semua marahkan aku.

          "Kau kena pergi rumah dia la, bro. Dah berapa hari dah dia merajuk ni. Kau tak pujuk ke?". Muka Ameer mulai kerisauan. Punya la takut relationship kawan dia ni terputus.

          "Aku sibuk sikit dua tiga hari ni. Sekarang ni pon, baru boleh jumpa korang, doktor-doktor cinta aku". Aku akui, kalau aku ada masalah dengan Fatima, mesti aku akan minta nasihat daripada dua married couple ni. Ameer dan Natalia serta Harraz dan Eiliyah. Diorang ni, memang betul-betul kawan sejati.

           "Ish, ish, ish kau ni. Ni belum kahwin, kalau dah kahwin nanti? Kau kena spend time dengan tunang kau tu wey. Tambah-tambah pula dia tengah bad mood sekarang". Harraz membalas.

          "Hm, ya lah. Nanti aku pergi rumah mak ayah dia, ajak dia keluar". Aku punya 'nanti' tu, confirm minggu depan baru sampai. Tu pon sebab nak selesaikan serba-sedikit hal perkahwinan. Aku tahu masih lambat tempoh menuju hari berbahagia aku tu, tapi apa salahnya selesaikan awal-awal kan? Nanti tak la kalut sangat. Kan, kan?

TUDUNG bawal aku lilitkan dengan kemas ke kepala. Baju kurung yang sudah tersarung di badan ku, aku sapu-sapu sedikit. Agar tiada debu-debu atau kotoran yang melekat. Tongkat dan handbag dicapai lalu aku berjalan keluar daripada bilik menuju ke ruang tamu.

            "Takpe ke ni, Fatima pergi sorang-sorang? Kesian pula ibu tengok". Terasa tangan ibu memegang lembut pergelangan tangan ku.

            "Takpe la ibu. Ayah kan demam tu, ibu jaga la ayah. Pasal hal sekolah Qaseh, biar Fatima yang uruskan".

            Ibu dipanggil untuk ke sekolah secara tiba-tiba hari ini oleh guru kelas Qaseh yang menelefon. Entah apa la yang Qaseh buat kat sekolah sampai cikgu dia telefon tu. Harap nya bukan benda-benda yang teruk sangat je.

              Oleh kerana ayah jatuh demam harini dan ibu perlu menjaganya, aku la yang akan pergi. Nak mengeluh? Sudah semestinya la tak. Aku suka okay, keluar. Daripada terperuk dalam bilik tu tak buat apa-apa. Baik aku keluar, ambil angin.

              "Fatima pergi hati-hati tau. Ayah minta maaf sebab culik ibu kamu ni sekejap". Gurauan Si Demam itu membuatkan ketawa ku terlepas.

              "Okay la, ayah. Ibu. Fatima pergi dulu. Assa-".

              "Assalamualaikum". Salam ku dipotong oleh suara garau itu. Aku menjulingkan mata ku. Aku tahu itu suara siapa.

              "Waalaikumusallam. Eh, Syed? Masuk lah nak". Sahut ibu.

               Aku hanya menjawab salamnya daripada dalam hati sahaja. Ya, aku masih lagi marah disebabkan kejadian hari itu. Kalau korang nak tahu, dah nak dekat sebulan berlalu semenjak kejadian hari tu tau. Dia langsung tak datang, pujuk aku. Ceh! Tahu la sibuk dengan office. Harini, baru la dia nak tunjuk muka.

             "Apa khabar, ibu, ayah?". Aku menapak ke belakang sedikit apabila terdengar suara itu semakin dekat dengan ku.

             "Khabar baik, cuma ayah la demam sikit ni ha. Syed datang sini nak jumpa Fatima, ya?". Soal ayah dengan suara lemahnya.

            "Haah, nak jumpa Fatima. Nak bawa dia keluar, tengok-tengok barang kahwin. Lepastu nak selesaikan hal sikit. Boleh ke kalau Syed bawa Fatima keluar, ayah, ibu?". Sopan sahaja cara dia bercakap dengan ibu ayah. Cair pula ku, aww!

             "Kebetulan, Syed. Fatima nak pergi ke sekolah Qaseh. Ada hal sikit. Kamu temankan lah dia, ya nak? Ibu sebenarnya risau sikit kalau dia pergi sorang-sorang. Kamu tahu dia macam mana kan?". Eh, eh ibu ni. Aku tak melah-, eh lemah sampai macam tu sekali lah, ish!

           " Oh, ye ke? Haah, kebetulan sangat la tu. Kan, cinta?". Terdengar dia sengaja menekan-nekan perkataan 'cinta' itu. Terpaksa ke tu bang?

           "Hm". Malas nak melayan.

           "Awak nak pergi pukul berapa?". Dia menyoal.

           "Sekarang". Dia tanya lima patah, aku jawab sepatah je. Kurang asam punya tunang.

            "Okay la kalau macam tu. Ibu, ayah, Fatima dan Syed pergi dulu tau".

            "Hm, ya lah. Jaga diri kamu berdua tu. Jangan buat benda-benda tak elok pula". Apa ayah merepek ni? Kesan sampingan demam ke? Mana mungkin aku nak buat benda-benda tak elok dengan mamat ni.

            "Okay, ayah. Assalamualaikum".

            "Waalaikumusallam".

TURUN je daripada kereta, terus dia merampas tongkat ku dan menggantikannya dengan tangannya yang berbalut material satin itu.

             "Hai, Fatima. Lama tak tengok muka cinta hati sayang bagai bulan dipagar bintang saya ni. Maaf la, saya sibuk sikit sejak kebelakangan ni".

              "Hm. Suka hati la". Aku cuba untuk berjalan. Namun, dia menarik tangan ku, memaksa aku untuk berhenti.

              "Fatima tak rindukan Syed ke?".

              "Tak. Buat apa nak rindukan Syed kalau Syed sendiri buat macam tak kisah je dengan Fatima". Ya Allah, tiba-tiba rasa ingin menangis pula.

              "Hey, are you still mad at me? Fatima, kan saya dah cakap, saya busy. Sebab tu tak datang, jenguk awak. Bukannya saya buat benda lain, saya uruskan company dan hal perkahwinan kita".

              "Dah la, saya tak nak bincang lagi. Saya nak pergi dekat Qaseh sekarang". Tegas suara ku. Eleh, baru tadi je rasa nak menangis.

             "Okay, cinta. Lets go and save your sister a.k.a my soon-to-be sister in law!". Dia punya semangat tu, macam nak pergi misi menyelamatkan haiwan. #Diego. Please tell me yang korang tengok cerita kartun tu.

"KENAPA, cikgu? Apa yang Qaseh dah buat?". Sesampai je dekat pejabat tadi, terus Qaseh memeluk kemas badan ku. Menangis bagai. Aku sendiri tak tahu kenapa.

           "Puan n-".

           "'Cik' ya bukan 'Puan'. Saya belum kahwin lagi". Mendatar aku berkata.

            "Yang sebelah cik ni siapa? Saya ingat cik dah kahwin. Sebab tu-".

            Lagi-lagi percakapan cikgu itu aku potong, "Dia kawan saya. Sekarang ni, bagi tahu saya apa yang Qaseh dah buat sampai penjaga dia dipanggil ke sekolah? Sampai dia menangis-nangis macam ni".

            "Cik tak nampak ke ni?". Entah apa yang cikgu itu tunjukkan.

            "She's blind. You better shut your mouth before knowing the truth". Dah mula lah perangai overprotective dia tu.

              "Takpela, Syed. Dia tunjuk apa tu?".

              "Sekarang ni, ada seorang budak perempuan dengan tudung berserabai tengah duduk atas kerusi, betul-betul depan awak. Dia tengah menangis juga. Tak tahu la kenapa". Syed menjelaskan. Syukur ada dia sebagai mata pinjaman aku.

               "Kau gaduh dengan orang ke, Qaseh?". Aku menggosok-gosok kepala Qaseh dan bertanya sebegitu.

               "Dia yang buruk-burukkan kau, kak. Dia cakap aku dan ibu ayah bernasib malang sebab dapat ahli keluarga buta macam kau. Aku geram kak, aku tumbuk la dia. Pastu kitorang gaduh dekat belakang kantin". Lah, itu je hal nya. Sampai nak bertumbuk?

              "Dahtu, macam mana sekarang ni Cik...". Cikgu itu mula bersuara lagi.

             "Fatima". Syed menjawab bagi pihak aku.

             "Ha, macam mana sekarang ni Cik Fatima?! Saya nak kan ganti rugi, habis patah hidung anak saya ni". Tiba-tiba ada suara seorang wanira menengking ku. Sampai nak tersembur air liur kat atas muka aku.

             Aku tersenyum sinis sebelum menyinsing kedua lengan baju kurung ku sebelum berkata, "First of all, tindakan Qaseh Fatima memang salah dengan menumbuk muka anak puan. Tapi.... Ha, tapi.... Tindakan anak puan untuk menghina saya dan keluarga saya tu, elok sangat ke? Setakat nak bayar ganti rugi anak puan yang harganya tak seberapa tu, eh, saya boleh lah. Maruah keluarga saya dan saya? Puan nak bayar macam mana? Banyak mana? Saya tahu, saya buta. Saya dah tak boleh melihat, tapi apa saya boleh buat? Menangis air mata darah sekalipun, kalau ini takdir saya, saya dah tak boleh ubah. Apa anak puan ni hebat sangat ke sampai nak hina ciptaan Allah? Apa anak puan ni boleh ubah takdir sampai lancang sangat mulutnya berkata-kata buruk tentang orang lain? Saya tanya puan ni, baik sangat ke puan dan anak puan ni?".

             Terdiam dia dan cikgu itu mendengar ulahan panjang ku itu. Geram juga aku tu! Sesedap mulut anak dia je nak mengata aku dan keluarga!

            " Saya rasa puan yang patut minta maaf kalau tak nak hal ini berlanjutan". Syed dengan tenang, menyambung.

           "Dah la, Syed. Saya dah malas nak bertekak. Qaseh, kau minta maaf lepastu kita balik terus. Then, aku belanja kau makan. Nak?".

            "Nak, nak!".

            "Ha, minta maaf dulu".

(a/n: nearly the end besties!)

        

    

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro