Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18- Erti Syukur

DARIPADA dia sedar daripada pengsan tu, tak henti-henti dia menangis. Makan tak nak, bercakap tak nak. Yang dia tahu, hanya lah perkataan 'maaf'. Itulah yang dia ungkapkan semenjak dia tersedar daripada pengsannya. Tangannya pula tak lepas menggenggam tangan ku.

        "Awak nak makan tak?". Tanya ku, tenang. Tangis ku sudah reda sedari tadi. Bak kata ayah, kita kena redha dengan semua benda yang terjadi. Aku tahu, aku terlebih emosi setelah mendengar berita yang amat-amat mengejutkan daripada Aunty Roziah di luar wad Syed, semalam.

       "Nganga mulut". Aku meneka-neka sahaja di mana mulutnya. Nak tengok, tak boleh. Jadi, pandai-pandai la dia gerakkan kepala dia bila tak kena nanti.

        "Fatima...".

       "Awak nak makan tak? Kalau tak nak, saya nak letak balik atas meja. Lenguh tangan saya, tunggu mulut awak".

      "Maafkan aku...". Buat kali ke 116.

      "Awak makan dulu, boleh? Cepat la, awak ikut sudu ni, saya tak nampak ni". Bukannya nak buka mulut, makin kuat pula tangisannya.

         "Maaf la, Fatima. Syed ni kalau demam, memang macam ni. Manja sikit". Suara mama terselit tawa pahit. Mungkin dia tahu pasal kejadian penuh emosi kelmarin.

       "Takpe, Puan Roziah, saya okay je".

       "'Puan'? Fatima masih marah kan mama ke?". Sayu sahaja terdengar suaranya. Sama seperti suara Syed sebentar tadi. Seumpama, dua beranak ini sedang memyambut hari duka pada hari ini.

        "Eh, tak. Fatima cuma belum terbiasa. Maafkan, Fatima".

        "Mama harap sangat Fatima tak marahkan mama. Mama sayang Fatima macam anak mama sendiri tau". Usapan lembut terasa di bahu ku.

        Aku hanya mampu tersenyum sekilas.

       "Mama balik dulu ya, Fatima. Fatima pasti ke yang Fatima boleh jaga Syed ni?".

        Benar. Aku yang menawarkan diri ku untuk menjaga Syed. Entah lah. Naluri aku menyuruh aku untuk berbuat begitu.

       "Takpe. Qaseh ada je dekat sini, rasanya. Kan Qaseh?".

        "Yes, boss! Qaseh sebagai adik yang terpaling baik sekali ini, sudi menunggu Kak Fatima yang sedang menjaga bakal suaminya yang demam panas itu". Lah, sampai ke situ pulak dah? Sejak bila aku cakap yang Syed ni bakal suami aku? Ada aku cakap? Tak, kan? Tak, kan?

         "Okay lah kalau macam tu. Nanti petang, Insyaallah mama datang lagi, ya?".

        "Okay". Sepatah aku menjawab. Nak sebut nama kan, aku masih dalam kekeliruan samaada ingin memanggil wanita itu dengan panggilan 'Mama' ataupun 'Puan Roziah'. Kedua-duanya terasa janggal.

       Pipi ku dicium sekilas oleh wanita itu sebelum dia berjalan keluar dan menutup pintu, rapat. Kemudiannya, kepala ku yang tadinya berpaling ke arah pintu, kembali dipalingkan ke arah katil, tempat dia terbaring.

        "Awak nak makan ke tak ni?". Dah berapa kali aku tanya soalan sama. Naik angin juga lah aku ni.

        "Fatima... Aku min-".

        "Astagfirullahalazim, subhanallah walhamdulillah, lailahailallah! Boleh tak awak jawab je soalan saya? Susah sangat ke? Asyik nak menangis je kerja! Awak menangis air mata emas sekalipun, belum tentu saya boleh tengok keadaan awak tu!". Mengucap panjang aku. Terus tiada lagi bunyi tangisan daripadanya. Hanya bunyi sedutan hingus saki baki menangis sahaja.

       " Kak... kau okay... ke?". Takut-takut Qaseh bertanya. Aku yakin dia juga belum melihat aku segarang ini.

      " Okay. Sekarang ni, saya tanya sekali lagi, awak nak makan ke tak ni?". Tegas aku bertanya soalan yang sama.

       Diam.

       "Lah, diam pulak! Apa masalah awak ni, ha? Memang nak buang masa saya ke?". Aku sendiri tak tahu kenapa aku terlalu garang harini dengan dia. Mungkin sudah sedikit penat. Bukan sedikit sebenarnya. Agak penat.

         "Kak... dia angguk...kak". Yang dihujung sana sekali lagi berkata-kata. Gentar terdengar di hujung suaranya.

         "Lain kali, buka mulut tu. Bukan awak bisu pon, kan?". Marah betul ni!

        Sudu diangkat kembali bersama bubur di dalamnya dan aku halakan ke depan.

       "Ikut tau sudu ni, saya tak nampak ni. Kan tertumpah atas baju, baru tahu panas". Suara melembut kembali. Pesanan mesra pengguna dan kejiranan buat kali kedua. Kalau tumpah juga atas baju dia nanti, memang aku ketuk guna mangkuk bubur ni.

         Akhirnya, terasa beban di hujung sudu sudah tiada. Bermakna, dia sudah menelan bubur ayam itu dengan jayanya. Yeay! Tolong berikan tepukan yang gemuruh untuk Encik Syed Mikhael Putra kita!

        Heh! Punya lah payah, nak makan!

        "Sedap tak? Ni ibu masak".

        Diam lagi.

        "Kak...".

         "Takyah la angguk. Awak ingat-".

        Kemudian, percakapan ku dipotong, "Sedap. Sama macam dulu".

        Sama macam dulu?

        "Apa maksud awak?".

        "Kalau akak nak tahu, dulu waktu akak sakit, boss selalu lah juga datang jenguk akak. Tapi, senyap-senyap lah takut kau marah dia. Ibu kan selalu masak bubur untuk kau, yela, kau sakit en? Pastu ibu ajak dia makan sekali. Dia pon suka, hampir setiap hari dia makan". Qaseh menarik kerusi ke sebelah ku, duduk situ dan bercerita.

        "Masa tu aku kecil lagi tapi allhamdulillah, aku ingat lagi lah". Power eh? Baru tujuh tahun, dah boleh ingat semua benda. Genius!

       "Sampaikan ibu ajar dia macam mana nak masak bubur ayam resepi ibu tu sebab boss ni dulu suka sangat makan masakan ibu, terutama sekali bubur ayam la. Kan boss, kan?"

      "Hm. Ibu awak masak, sedap". Panggilannya kembali bertukar. Suaranya lembut selembut baldu.

       "Tapi saya tak pandai masak. Awak masih nak kahwin dengan saya?". Rasa nak tampar-tampar, salotep, lekat kat dinding je mulut ni. Macam mana lah boleh terkeluar soalan itu. Padahal dalam kepala aku rasanya dah susun ayat dan soalan lain tadi. Dear brain and mind, you betrayed me and i know that you never feel sorry...

        "Ini bukan pasal saya. Ini pasal awak, Fatima. Awak nak ke kahwin dengan saya? Dengan manusia yang dah rosakkan seluruh hidup awak. Kubur kan kerjaya menulis dan hobi awak sebagai violinist". Dia bertanya dengan agak panjang. Aku pelik. Bukan kah dia selama ini yang bersungguh-sungguh nak memperisterikan aku? Sudah berputus asa kah dia?

        "Saya dah cakap dekat awak sebelum ni...".

        "Jadi, kalau saya diberikan rezeki untuk bertemu dengan orang yang langgar saya pada malam itu, saya nak berterima kasih dekat dia".

           Terkedu dia mendengar jawapan ku. Mungkin tidak disangka-sangka yang perkataan-perkataan itu yang bakal dikeluarkan daripada mulut ku.

           "Kenapa? Awak tak marahkan dia ke?".

           Aku menggeleng lembut dan menyambung lagi, "Buat apa saya nak marahkan dia, Encik Syed? Kalau dia la manusia yang membuat saya sedar akan erti bersyukur. Kalau dia la manusia yang buat saya berubah. Tak guna saya marahkan dia. Benda dah lepas kan? Kita manusia biasa ni, tak boleh nak putarkan masa, kan?".

          Ya, aku kini mulai teringatkan kata-kata ku kepadanya dahulu.

       " Dan buat pengetahuan Encik Syed, saya dah tak marahkan, Encik. Cuma semalam saya hanya terkejut besar, saya tak dapat kawal emosi. Well morever kita sesama manusia, semua buat silap. Dan seperti yang dijanjikan, terima kasih sebab ajar saya erti bersyukur, Syed Mikhael Putra". Senyuman paling manis aku berikan kepadanya. And again, making him bursted into tears. Aku menggeleng-geleng kepala. Dia merupakan lelaki pertama yang pernah aku kenali yang suka menangis. Hey, not being sexist, okay? Just saying.

(a/n: i already wrote the end of this story, hehe. nnti author dh nk balik asrama, tak tahu sempat ke tak nak post sampai habis. kalau tak sempat, Insyaallah author bawak phone BAHAHHAA korg suggest la tmpt-tmpt rare sket untuk sorok phone hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro