Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16- Mama

"SAYA balik dulu. Terima kasih sebab hantar kan saya". Aku mencapai tali beg tangan ku dan berura-ura untuk keluar daripada keretanya. Tapi, tindakan ku terhenti apabila terdengar dia menyeru nama ku.

"Fatima...".

"Hm?".

"Fatima, panas". Lemah suaranya. Telinga ku menangkap bunyi dia membuang tali lehernya. Jap, pergi makan malam pon pakai tali leher ke? Pelik betul aku dengan lelaki ni.

"Kenapa panas? Awak okay tak ni?". Wajah ku berkerut, aku mulai kerisauan.

"Fatima... Tolong aku...".

Sobsob...

Perlahan sahaja suara tangisan kedengaran. Dia menangis? Kenapa? Kemudian, baru lah otak aku menangkap sesuatu. Astagfirullahalazim! Aku lupa yang Encik Syed ni tengah demam. Tangan kanan ku lantas menepuk dahi sendiri.

"Ya Allah, sorry Encik Syed. Saya lupa yang awak tengah demam". Entah apa fungsinya, tapi aku mengibas-ngibaskan tangan ku ke muka ku sendiri. Barangkali, merasa gelabah.

"Macam ni, kita masuk rumah dulu okay? Maksud saya, rumah ibu. Ke awak nak balik rumah mama awak? Tapi siapa nak drive? Ish! Saya pula tak reti nak drive. Ya Allah, nak buat apa ni?".

"Hey, hey, hey. Relaks lah. Aku demam je, bukan nak mati pon". Hek eleh!

"Dahtu tadi siapa yang merayu-rayu, cakap panas? Buaya mana kalau bukan awak". Aku mencebik. Betul apa, tadi dia juga yang mengada-ngada sangat. Sekarang? Baca lah sendiri!

"Tapi betul la, aku panas ni Fatima. Tolong aku".

"Nak tolong apa? Tolong buka kan baju?". Aku melepaskan tawa riang. Seronok sekali sekala bergurau dengan lelaki ini.

"Buka lah kalau berani. Lepastu, aku telefon mama. Bila mama datang sini, aku suruh kahwinkan kita berdua dekat masjid depan sana tu". Subahannallah, tak boleh diajak bergurau lah manusia bernama Syed ni.

"Dah la, tunggu sekejap. Saya panggilkan ibu".

"Alright, mein liebling". Dia ketawa kecil dibalas dengan aku yang bermasam muka setelah mendengar dia SEKALI. LAGI memanggil aku dengan panggilan itu.

"Suka la tu kan?".

"Suka". Makin dibuka mulut dia tu, makin aku rasa nak sumbat dengan stokin.

"AWAK tak penat ke?".

"Penat apa?".

"Penat kejar saya? Buat semua ni semata-mata untuk saya. Tak penat ke? Saya tolak pinangan awak. Saya tak bermakna apa-apa lagi untuk awak".

"Kau nak tahu jawapan untuk soalan kau haritu tak, Fatima?". Di dalam keadaan huja yang lebat itu, dia bertanya.

"Ya, aku cinta kan kau. Aku bukan nak kahwin dengan kau hanya sebab rasa bersalah ataupun kesian. Aku memang betul-betul cinta kan kau. Tapi, kalau sekalipun bukan jodoh kita untuk hidup bersama, aku akan tetap ada untuk kau. Sebagai kawan rapat kau. Your guardian angel. Sebab tu, aku tak akan pernah penat ada untuk kau. Selain mama, kau la wanita teragung dalam hidup yang pernah aku jumpa. Kau berjaya buat aku jatuh cinta meskipun kita baru sahaja berjumpa, seperti apa yang kau katakan beberapa hari lepas". Di dalam kegelapan malam dan hujan yang lebat itu sambil dia memberikan ku piggyback ride home, dia menjelaskan segala-galanya. Dia meluahkan perasaannya kepada ku. Aku agak tersentuh dengan segala tindakan dan kata-katanya pada saat itu.

Sekilas daripada kejadian pada tempoh hari tiba-tiba terlintas di kepala ku, membuatkan air mata ku bergenang kembali. Tak pernah lagi aku merasakan perasaan ini. Cinta? Tak mungkin. Kesian? Tidak. Entah. Oh, mungkin aku terasa dihargai. Sepanjang 10 tahun aku kehilangan daya penglihatan ku, aku pernah terfikir yang ada ke lelaki yang akan memperisterikan aku.

Namun, sekali lagi ayah memberikan kata-kata mutiaranya. Dia berpesan untuk mengingati satu ayat suci Al Quran yang berbunyi,

سُبْحٰنَ الَّذِيْ خَلَقَ الْاَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ وَمِنْ اَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُوْنَ

yang bermaksud, "Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

Sampai lah waktu ini. Aku memegang teguh kepada kata-kata itu. Dan membuatkan aku terfikir, mungkin kah nama dia yang tertulis di samping ku beribu tahun sebelum langit diciptakan dahulu? Mungkin dia kah orangnya?

Tiba-tiba terasa bahu ku ditepuk daripada belakang. Menghentikan segala lamunan ku.

"Akak, Encik Syed nak jumpa kau. Pergi lah, dia ada dalam bilik tetamu. Mama dia dengan ibu ayah pon ada".

"Bawa aku jap, Qaseh. Aku malas nak pakai tongkat". Aku tersengih-sengih kerang busuk di situ. Mengharapkan bantuan daripada adik ku yang tersayang itu.

"Siap, kak!". Amboi! Serupa komando sahaja sahutannya.

Tangan lembutnya menyambut tangan ku yang berada di udara dan dia perlahan-lahan memimpin aku, menuju ke bilik tetamu yang ada di tingkat bawah.

"MEIN LIEBLING". Suaranya lemah. Memang demam teruk ke ni? Kesian pula. Serba sedikit aku berasa bersalah. Kalau lah dia tak piggyback aku dalam hujan masa tu, taknya dia nak demam teruk-teruk macam ni.

"Tinggi ke suhu dia, ayah?".

"Nak dekat 39 darjah Celsius". Keluh ayah.

"Ya Allah, ayah, kena bawa pergi hospital ni".

"Takyah la, Fatima. Kau je jaga aku, boleh?". Sumpah, rasa nak bagi je penumbuk ni atas muka dia. Orang tengah risau kan dia, dia buat lawak sepuluh sen dia tu.

Aku menarik nafas panjang sebelum membuka mulut ku lagi, "Kalau awak tak nak pergi juga hospital, ambil balik cincin awak ni". Jari-jemari tangan kiri ku sedaya upaya untuk mencabut cincin yang ada di jari manis tangan kanan.

"Syed, pergi jela, hm?". Suara mamanya memujuk. Tangan tua itu menghalang aku daripada mencabut cincin bewarna silver itu.

"Okay, ma. Syed pergi. Kalau tak pergi, nanti Syed tak kahwin sampai tua".

Dasar orang sakit tak sedar diri, sempat lagi dia bergelak ketawa erk?

"FATIMA, okay?". Mamanya yang ternyata sedang duduk di sebelah ku itu, bertanya. Lembut daripada biasa pula suaranya. Ada apa-apa ke? Ish! Tak baik berburuk sangka.

Aku sedikit terkejut apabila tangannya tiba-tiba memegang tangan ku. Tangan di mana Syed sarungkan cincin tempoh hari.

"Fatima okay. Cuma tengah fikirkan sesuatu".

Seperti sudah dapat mengangak apa yang ada di dalam kepala ku, dia bertanya, "Pasal Syed kan?". Perlahan-lahan aku mengangguk.

"Dear, mama langsung tak paksa Fatima untuk terima Syed, percaya cakap mama. Dia tu degil, bila orang dah tolak, nak cuba lagi". Aunty Roziah sadly chuckled. Jap, aku ada buat dia sedih ke?

"Dia tak pernah percaya kan cinta. Dia serik nak jatuh cinta bila dia tengok macam mana butanya cinta dekat depan mata dia sendiri. Mama dan papa dia". Wanita itu mula membuka cerita. Aku hanya tekun mendengar.

"Dia benci cinta sejak kejadian tu. Dia benci kan papa dia sendiri. Ayah kandung dia sendiri. He stopped playing the violin when he was 19 because he felt bad. Papa dia yang belikan violin tu untuk dia. Dia tinggalkan violin sebab tu. Tapi, bila dia jumpa Fatima, mama terkejut. Terkejut bila dia buka balik case, tempat simpan violin dia tu. Sebab dia pernah bersumpah yang dia tak akan main violin lagi. But then, he met you dear. You changed his every single perspective about love. Dia mulai merasai apa itu cinta. Dia belajar mencintai dan orang itu ialah Fatima".

"Mama tak nak Fatima rasa bersalah then terima Syed sebab cerita mama ni. Tapi, mama nak Fatima tahu yang Syed betul-betul cinta kan Fatima. Sejauh mana? Mama sendiri tak tahu. Kalau Fatima nak tahu, setiap kali dia balik daripada jumpa Fatima, mesti dia senyum sampai ke langit sebab dapat lolipop je pon! Dengan mama pon dia tak pernah senyum macam tu". Dia ketawa lagi.

Jadi, dia betul-betul ikhlas cintakan aku? Tapi aku...

"Kalau betul Fatima memang tak cinta kan dia, tak nak terima dia sebagai suami, takpe sayang, mama faham. Tapi, boleh biarkan dia cintakan Fatima? Biar dia rasa macam mana perasaan cinta itu. Trust me, he will appreciate that".

Aku mengangguk, air mata diseka.

(a/n: not feeling so well mentally but heres ur daily chap. update! enjoy :D)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro