03
Kami melangkah ke dalam bilik guru dengan perasaan yang gementar .
" Okay , disebabkan kamu berdua buat hal dalam kelas saya tadi , saya perlu denda kamu berdua."
" What !!! Seriousla cikgu ?! Apa ni ? Dia yang start dulu . ." Marahku .
" Eh kau !! Aku pulak . Kau yang cari pasal kan , memang mendapat lah ! "
" Korang berdua kalau tak gaduh memang tak sah eh ? dah cukup , sekarang ni apa yang saya tahu jungkook ni pandai kan ? "
Jungkook mengangguk dengan mukanya yang bangga.
" Dan Ara sebaliknya . kan ? "
Aku mengangguk dengan muka sedikit marah dan geram.
Malu kot .
" Memandangkan masing-masing dah mengiyakan apa yang cikgu cakap , so , Jungkook ."
" Saya ? " Katanya sambil menudingkan jari kearah dirinya .
" Kamu kena ajar budak perempuan di sebelah kamu ni selama sebulan. Saya nak kamu ajar dia dan cikgu nak nampak peningkatan dalam peperiksaan . Setiap kali lepas belajar , awak kena hantar laporan tentang apa yang awak ajar dia pada hari tersebut . Pastikan dia dapat tangkap apa yang awak ajar. Saya nak awak ajar di mulai esok ."
Kami berdua tersentak .
" Tap-
" No tapi tapi . Keluar dari bilik ni sekarang juga . Kalau tak , tunggulah nasib korang berdua ."
Ah sudah .Kitorang pun apa lagi , keluar lah cepat cepat dari situ . Kang tak pasal-pasal dia ambil kasut tumit tinggi tu baling kat kepala aku , mahu berlubang nanti . Dia pernah baling pemadam papan putih dekat sorang member aku tau . Tahu tahu pipi dah lebam sebelah.
Balik ke kelas , aku ceritakan semuanya pada Imji . Kau tahu reaksi dia apa ?
Dia bahannya aku . Dia kata kat aku , " padan muka . Siapa suruh bengap sangat ? Kan dah kena study sama - sama dengan budak nerd tu . "
Ish sabar je lah . Kalau dia ada dekat tempat aku sekarang ni , mesti dia pun akan rasa nak tumbuk je kawan baik sendiri.
Punya lah rancak perbualan kitorang tak sedar kelas dah kosong . Tinggal aku , Imji and budak nerd tu ,Jungkook.
Semua orang dah balik . Sumpah tak perasan . Yang budak nerd ni pandang aku ni pahal ? Nak cari gaduh ke apa ?
" Ara sini " Jungkook bersuara .
Eh eh apahal mamat ni ? Aku masih tak bergerak walau seinci pun . Saja . Aku nak tengok apa mamat ni boleh buat .
" Ara . "
" Kau pekak ke ? "
" Baik kau sini cepat sebelum aku angkat kau bawak datang sini ." Suaranya kedengaran serius . Muncul pula senyuman sinis .
Aku toleh sebelah .Gulp ! Imji dah tak ada woii !!
Kisah apa aku kan hahaha . ceh mulut aku cakap tak kisah , tapi hati aku ? Seram wehhh
" Angkatlah . Kau ingat aku kisah ? "
APA YANG AKU CAKAP NI ?!
Okay tak pe , kita relaks . Nak tengok , budak nerd ni berani ke tak ? That's why aku cabar dia . A-
Aku merasakan tubuh ku ditarik dan WEIIII DIA ANGKAT AKU WOII !!! SERIUS AH MAMAT NI !!!
" KAU TURUNKAN AKU !!! SEKARANG JUGAK!!! "
" Tak nak ."
" OKAY , KAU NAK APA ? AKU JANJI AKU BUAT . TOLONGLAH !!!! TURUNKAN AKU PLEASE !!! "
Dengan serta merta dia melepaskan aku .
Aku apa lagi ? Jatuh la weh . Sumpah tak lawak weh. Tapi lagi bagus dari dia angkat aku tadi .
" Kau nak apa sebenarnya hah ? "
" Aku nak nombor kau. " Jawabnya selamba.
Lah . Tu je ke ?
" Asal kau nak nombor aku ? Oh kau suka aku eh ? Kau nak chat aku kann ? " Jawabku dengan tergelak .
Dia mengetuk kepalaku .
" Lembap . Aku nak nombor kau , untuk bagitahu pasal benda yang kau perlu buat esok lah, pandai . Kan esok aku kena ajar kau . Nanti kenalah send location apa semua . Itu pun tak tahu . Berangan je kerja . "
Aku terdiam.
WEHHH MALU GILAAAA
Dalam keadaan yang nak cepat , aku memberikan nombor telefon kepadanya dan terus keluar dari kelas .
Aku lari .
Lari untuk sorokkan muka aku yang dah merah bak tomato .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro