Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MATA 1

"Natasha... bangun sayang...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Dia tahu itu pasti suara papanya, dato rashid. Perlahan lahan Natasha bangun dari atas katilnya. "pa... hari dah siang ke ni?", soal Natasha ingin tahu. Sejak dia menjadi buta akibat kemalangan jalanraya tempohari dia sudah tidak tahu membezakan samada hari sudah siang atau pun malam. Baginya siang atau malam sama saja. Semuanya gelap gulita sepanjang masa. "Ya.... sayang, hari dah siang dah ni...", balas dato rashid dengan lembut. Terasa tangannya di genggam erat oleh papanya. "sayang, papa ada berita gembira nak di sampaikan pada awak...", ucap dato rashid. "apa dia pa?", soal Natasha ingin tahu. "papa dapat khabar dari pihak hospital yang mereka telah menerima organ mata yang sesuai untuk awak.... Kata doktor Isma, awak akan menjalani pembedahan pemindahan organ mata yang baru pada pukul 3 petang nanti...", ucap dato rashid dengan lembut. "oh... betul ke ni, papa?", soal Natasha dengan riangnya. "Ya... betul sayang... tak lama lagi awak akan dapat sepasang mata yang baru... dengan ini awak akan dapat melihat alam semesta yang indah ini.... apa apa pun doktor isma sudah bersedia melakukan pembedahan ini ke atas awak... ", kata dato Rashid dengan lembut.

Natasha tersenyum gembira sebaik saja dia mendengar perkataan papanya itu. "Ooh... terima kasih papa kerana papa telah berusaha untuk dapatkan pakar bedah mata yang terbaik untuk saya...", ucap Natasha dengan riangnya. "ya... sama sama, sayang. Papa akan buat apa saja untuk mengembalikan penglihatan awak sebab papalah awak menjadi buta begini. manakala mama awak pula meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya yang tidak di duga itu...", ucap dato Rashid separuh sedih. "oh... jangan cakap macam tu lagi papa... apa yang telah terjadi tu biarkanlah ianya berlalu pergi. kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup dengan tabah...", ucap natasha. "oh... pandai sungguh anak papa bagi nasihat pada papa, kan... apa apa pun papa gembira sebab tak lama lagi anak papa akan dapat melihat semula dunia ni...", ucap dato rashid seraya memelul anak gadisnya itu. "yelah pa... apa apa pun saya sayangkan papa...", ucap Natasha. Dia terus memeluk tubuh papanya dengan perasaan gembira sekali. "ya... papa pun sayangkan awak juga....", kata dato rashid sambil memeluk anak gadisnya itu. bertambah lebar senyuman yang terukir di bibir gadis itu. maklumlah tak lama lagi dia akan dapat sepasang mata yang baru untuk melihat dunia ini. Rasanya dia sudah tidak sabar lagi untuk menjalani pembedahan pemindahan organ mata tersebut. Keinginannya untuk melihat dunia semakin menjadi jadi. Sebenarnya sudah lama dia ingin melihat dunia ini.

Sejak dia mengalami kemalangan di jalanraya ketika dia berumur 13 tahun yang lalu dia tidak dapat melihat keindahan alam di sekelilingnya. Ini kerana serpihan cermin kaca depan kereta papanya hancur berderai lalu masuk ke dalam kedua belah matanya ketika mereka di timpa kemalangan di jalanraya beberapa tahun yang lalu. akibatnya dia mengalami kebutaan kerana kedua belah kornea matanya mengalami kecederaan yang serius akibat di masuki kaca cermin kereta papanya. Kata doktor isma yang merawatnya dia masih boleh melihat semula itu pun jikalau ada orang yang sanggup mendermakan mata untuk dirinya. Sudah lama Natasha menunggu panggilan dari doktor tersebut dan akhirnya dia kini di panggil untuk menjalani pembedahan pemindahan organ mata yang baru. Petang itu juga Natasha di beritahu oleh papanya yang dia akan di bawa ke hospital swasta untuk menjalani pembedahan pemindahan organ mata yang baru. Sebaik saja mereka sampai di sana dia pun di suruh berehat seketika di atas katil pesakit. ketika dia sedang berbaring di atas katil pesakit kedengaran sayup sayup perbualan di antara papanya dengan doktor isma. "doktor tolong lakukan pembedahan ni dengan sebaik mungkin. saya mahu anak saya dapat melihat dunia ni semula. gunakan saja organ mata yang baru di ambil tu. tentang kos perbelanjaan pembedahan ni saya akan tanggung sepenuhnya...", kata dato rashid. "baiklah...", balas doktor isma sepatah. dia pun mula melakukan pembedahan tersebut.

Setelah melalui tempoh yang agak lama akhirnya proses pembedahan pemindahan organ mata itu pun selesai. Natasha di suruh berehat di atas katil. Kata doktor isma balutan di mata Natasha akan di buka selepas 1 bulan. Natasha pun terpaksa tinggal di hospital tersebut kerana kesihatannya akan di pantau dari sehari ke sehari. Papanya selalu datang menjenguknya di hospital. Natasha terpaksa menunggu dan terus menunggu dengan sabar. Sedar tak sedar sebulan sudah pun berlalu. kini tiba masanya balutan di mata Natasha di bukakan oleh doktor isma. Perlahan lahan kain putih yang terbalut kemas di matanya di bukakan. "Natasha... cuba awak buka mata awak tu perlahan lahan...", kata doktor isma. Natasha pun mula membuka matanya. Ketika Natasha membuka matanya kelopak matanya terasa perit sedikit. Mungkin di sebabkan kelopak matanya sudah lama tertutup rapat kot sebab itu dia rasa perit ketika membuka matanya. Namun dia cuba menahan rasa perit itu. matanya kini terbuka luas. Pada mulanya dia hanya nampak samar samar wajah seseorang. Lama kelamaan wajah itu semakin lama semakin jelas di ruang matanya dan akhirnya dia dapat melihat wajah orang tersebut.

"Doktor isma?", soal Natasha ingin tahu. "Ya... sayalah doktor isma...", balas doktor itu sambil tersenyum lebar. "oh... saya sudah dapat melihat semula tuan doktor...", ucap Natasha dengan riangnya. Dia memerhatikan keadaan dalam hospital tersebut buat beberapa ketika. kemudian dia terus memeluk doctor isma tanpa segan silu. "Oh... terima kasih tuan doktor kerana awak telah menolong saya sehingga saya boleh melihat semula...", ucap Natasha dengan gembira sekali. "ya... sama sama...", balas doktor isma seraya tersenyum lembut. tiba tiba, "natasha...", kedengaran suatu suara memanggil namanya. Cepat cepat Natasha menoleh ke belakangnya. Kelihatan papanya dato Rashid berdiri di belakangnya sambil tersenyum lebar. Natasha segera meleraikan pelukannya. kemudian dia berlari lalu memeluk papanya. "Oh... papa!... saya sudah dapat melihat semula... saya sudah dapat melihat semula!...", Natasha bersuara dengan riangnya. "ya... baguslah kalau awak dapat melihat semula... sekurang kurangnya apa yang papa lakukan selama ini tidak sia sia...", kata dato isma tersenyum lebar. "oh... thanks for everything papa...", ucap Natasha lagi. "Ya... sama sama...", balas dato Rashid perlahan lahan. "terima kasih doktor isma kerana awak berjaya melakukan pembedahan mata anak saya tu...", kata dato isma perlahan lahan. "ya... sama sama...", balas doktor isma sambil tersenyum lebar. setelah berbual bual beberapa ketika natasha pun di benarkan pulang ke rumah dengan papanya. bukan main gembira lagi natasha di saat dia mendapatkan kebenaran untuk pulang ke rumahnya. itu maknanya dia sudah bebas dan dia boleh melihat alam maya ini dengan sepuas hatinya.

di sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya natasha asyik memerhatikan keindahan bandar jerjak. sudah lama dia tidak dapat melihat keindahan bandaraya tu dan kini dia sudah dapat melihat semuanya itu dengan sepasang mata barunya. "papa... boleh bawa saya pergi ke pantai telami, tak?... saya nak lihat keindahan alam di sana...", kata natasha dengan riangnya. "no problem...", dato rashid segera menyuruh drivernya membawa mereka ke pantai telami yang terletak jauh sedikit dari pusat bandar. sebaik saja mereka sampai di pantai itu natasha segera melangkah keluar dari dalam kereta volvo hitam milik papanya. dia berlari di tepi pantai dengan riangnya. dato rashid tersenyum gembira. akhirnya anak gadisnya dapat melihat alam maya ciptaan Tuhan. dia kelihatan gembira sekali. setelah puas menikmati keindahan alam semula jadi di situ natasha memutuskan untuk pulang ke rumahnya. tanpa banyak soal dato rashid pun menyuruh drivernya membawa mereka pulang ke rumahnya. tidak lama kemudian mereka pun sampai di rumah agam milik dato rashid. dengan sepantas kilat natasha berlari masuk ke dalam rumah tersebut. dia terus memeluk mak gayah tukang masak yang bekerja didalam rumah tersebut. "mak cik, saya dapat melihat semula...", natasha bersuara dengan riangnya. "oh... syukurlah kepada Tuhan yang awak dapat melihat semula...", ucap mak gayah sambil tersenyum lebar.

"ya... mak cik... saya bersyukur kepada Tuhan sebab akhirnya saya dapat melihat dunia ni... saya merasa sungguh gembira sekali mak cik...", ucap natasha sambil memeluk wanita tua itu. "ya... mak cik pun tumpang gembira sebab awak dah dapat mata yang baru...", ucap mak gayah sambil tersenyum lebar. "ya mak cik... er, apa kata kalau mak cik temankan saya pergi tengok bunga bungaan di taman bunga...", ajak natasha. "tapi mak cik ada kerja di dapurlah...", balas mak gayah seperti tidak mahu pergi ke taman bunga pula. "alah... kita pergi sekejap ajelah mak cik...", kata natasha. "hm... baiklah... baiklah...", mak cik gayah segera mengekori gadis itu ke taman bunga yang terletak di belakang rumah agam tersebut. natasha berlari anak di taman bunga yang cantik itu. bukan main happy lagi dia bila dia dapat melihat bunga bungaan di taman itu. dia berlari dan melompat seperti anak kecil pula. "bukan main gembira lagi dia tu kan mak cik...", kata suatu suara. terkejut mak gayah yang sedang berdiri di situ. kelihatan dato rashid melangkah menghampirinya. "ya... tuan... cik natasha begitu gembira sekali. maklumlah dia dapat melihat dunia ni semula...", balas mak gayah perlahan lahan. "yelah mak cik... saya pun merasa gembira kerana dapat melihat dia tersenyum dan ketawa macam tu. itu maknanya dia kembali menikmati hidup ini dengan semangat yang baru... apa apa pun saya berharap semoga lepas ni dia tidak akan mengalami sebarang masalah penglihatan lagi...", ucap dato rashid pada orang gajinya. mak gayah hanya diam membisu.

malam itu selepas makan malam natasha masuk ke dalam bilik tidurnya. dia melangkah menuju ke arah cermin yang terletak di atas meja solek tersebut. perlahan lahan dia duduk sambil memerhatikan wajahnya di dalam cermin. dia memandang ke arah sepasang mata barunya yang berwarna hitam itu. tiba tiba dia lihat anak matanya membesar seperti anak mata kucing pula. dia merasa hairan. takkanlah mata barunya boleh berubah saiz macam tu sekali. natasha segera memejamkan matanya. kemudian dia membuka matanya semula. dia kembali melihat matanya di dalam cermin tapi kali ini dia memerhatikannya dengan penuh teliti. tiba tiba saja saiz anak matanya mula membesar dan kelihatan setitis darah merah mengalir keluar dari kedua belah anak matanya. "woah!!!!....", terkejut betul natasha di buatnya. dia terus terjatuh di atas lantai. dia segera menyentuh kelopak matanya dan memeriksa tangannya samada ianya berdarah ataupun tidak tapi tak ada pula darah kat situ. mungkin itu cuma halusinasinya saja kot. Mungkin juga di sebabkan dia terlalu letih maka otaknya mula berhalusinasi atau apa?... hm... entahlah, tapi yang pastinya ianya agak menakutkan juga. perlahan lahan dia melangkah menuju ke arah katilnya. Fikirnya lebih baik dia tidur dulu. Mungkin dengan cara ini dia tidak berhalusinasi lagi. dia pun berbaring di atas katilnya lalu cuba melelapkan matanya. tidak lama kemudian dia terlena di buai mimpi....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro