Teaser 4
“Habis tu macam mana sekarang Zul? Kau tahan ke dengan kerenah family Leez tu? Kalau aku pun rimas. Kolot betul kan? Mentang-mentang Uncle Roslan tu guru mata pelajaran Sejarah, sampai semua dalam hidup anak dia pun nak dibuat macam kajian. Leez dah hafal ke buku yang dia kena baca tu?”
“Seriuslah aku tak tahan. Annoying gila kut! Macam hidup zaman purba kut nak ingat-ingat zaman jepun, zaman portugis semua. Tiap kali aku jumpa Leez, itu je ceritanya. Tak habis-habis dengan sejarah ayah dia! Silap gaya hari akad nikah aku nanti dia tanya aku Parasmeswara tu buka Melaka tahun berapa?”
“Habislah kau, Zul!”
“Aku takkan biarkan! Ini Zulfi la...”
“Kau nak buat apa Zul?”
“Lepas seminggu nikah, aku akan bawa Leez Ke New York. Kami akan tinggal dekat sana. Biar Leez tak dapat jumpa family gila sejarah tu. Puas hati aku. Annoying betullah.”
“Kau biar betul Zul?”
“Betullah. Bukan setakat tak dapat jumpa. Sekaligus Leez akan lupa sejarah hidup dia yang dia pernah ada ayah, ibu dan kakak yang kolot tu.”
“Tak baiklah kau buat macam tu Zul. Itu family Leez kut! Kata kau cinta dia. Kalau cinta, takkan kau sanggup buat macam tu?”
“Sebab aku cintakan Leez la aku buat macam tu Shid! Aku nak selamatkan hubungan aku dengan Leez. Sampai bila Leez nak kena hadap family gila Sejarah tu? Aku tak nak bakal anak aku nanti yang terikut-ikut perangai gila diorang pulak!”
Hampir terjatuh telefon bimbit yang aku pegang. Laju tangan kanan aku naik menekap mulut.
Oh Tuhan! Sampainya hati Zulfi. Begini pandangan dia pada keluarga aku. Sampainya hati lelaki ini. Air mataku menitis atas skrin telefon ayah. Sesak nafasku.
arenayidin
21 February 2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro